Sunday, January 31, 2010

Amanat Allah

Ahad, 31 Januari, 2010/14 safar, 1431
Allah swt berfirman;

Maksudnya, " Sesungguhnya telah Kami berikan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kmeudian amanat itu dipikul oleh manusia..."

( Al Ahzab: 72)

1. Amanat bermaksud - perintah taat yang mempunyai akibat pahala dan dosa (siksa)

2. Menurut Qurthubi amanat diertikan sebagai agama.

3,Al-Hasan, telah berkata, " Allah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung seraya berkata, "Jika kau laksanakan dengn baik dpat pahala, jika tidak maka disiksa'
lalu mereka berkata, " Kami tidak menyanggupinya.
4. Mujtahid bertkata, 'ketika Allah mencipta Adam ,ditawarkan amanat itu padanya. Penawaran kepad langit, bumi dan gunung adalah penawaran pemilihan. Bukan penetapan. Sedangkan penawaran kepada Adam adalah penetapan.

5. Al Qoffal dan lainnya berkata. "penawaran dalam ayat tersebut adalah sesuatu ynag indah. Di mana langit, bumi dan gunung, meskipun besar tidak sanggup menerima amant itu.Namu manusi menyanggupinya.

"Sesungguhnya manusia dia (manusia) itu zalaim dan bodoh"

- ( Al-Ahzab: 72)

6. Ibu Abbas berkata, amanat itu ditawarkan kepada Adam. Dikatakan kepadanya, " Jika kau taat diampuni. Jika derhaka kau akan disiksa'.
Adam menjawab, ' aku menerimanaya'. namun dalam jarak kira-kira Asar hingga malam hari itu juga , Adam melanaggar. Dia makan buah khuldi.

Amanat merupakan manifestasi dari iman.Siapa menjaga amanat Allah, tentu Allah akan menjaga keiamanannya. Rasulullah bersabda:

" Tanda orang munafik itu tiga: Jika berkata dia bohong. Jika berjanji dia mengingkari dan jika di percayai dia khianat".

7. Menjaga amanat adalah sifat para malaikat, nabi dan rasul ser aorang muttaqin. Allah swt berfirman:

Ertinya: " Sesungguhnya Allah menuruh supaya kamu menyampaikan amanat kepada orang yang berhak.."

( An Nisa': 58)
Sabda Rasululah saw, " Setiap kamu adah penjaga, dan setiap kamu diminta tanggungjawab tentang penjagaannya"

Saturday, January 30, 2010

Umat yang terpenagruhi duniawi dan lalai akhiratnya

Sabtu 30 januari 2010/ 14 Safar 1431

Sabda Rasulullah saw:

Maksudnya, " Akan datang atas umatku di mana mereka menyukai lima hal dan melupakan lima hal.

1. Mereka suka kepada dunia dan melupakan akhirat.

2. Mereka suka pada harta hingga melupakan Hari Hisab

3. Mereka cintakan makhluk sehingga melupakan Khaliknya.

4. Mereka suka berdoa, tapi lupa bertaubat.

5. Mereka suka rumah tetapi lupa pada kubur".

Friday, January 29, 2010

Kesah hidup Nabi saw yang hidup sedrhana

Jumaat, 29, Januari 2010/ 13 Safar 1431

Pada masa Islam di tengah-tengah kekayaan yang melimpah-limpah, pada suatu hari di kala Nabi Muhammad saw sementara tigggal di rumah, Umar sahabat Nabi masuk ke dalam kamar Nabi didapati tidak ada perhiasan, tidak ada perkakas dalam kamar itu selain sebuah bangku yang alasnya terdiri dari jalinan daun kurma, yang tergantung di dinding hanyalah sebuah guriba tempat air pesediaan untuk berwudhu bagi nabi.

Maka terharulah Umar melihatnya, sehingga bercucuranlah air matanya. Lalu Rasulullah menegurnya:

"Gerangan apakah sebabnya terharu dan air matamu bercucuran ya, Umar?"
Umar menjawab:

"Bagaimana saya tidak terharu, Ya Rasulullah, hanya begini keadaan yang kudapati dalam kamar tuan. Tidak ada perkakas, tiada kekayaan, padahal seluruh kunci masyruk dan maghrib telah tergenggam di tangah tuan, kekayaan telah melimpah-limpah".

Lalu beliau menjawab, " Aku ini adalah Pesuruh Allah , Ya Umar. Aku ini bukanlah seorang Kaisar dari Rom atau kaisar dar Farsi. mereka menunutut duania dan aku menuntut akhirat"

Pada suatu hari atang Jibril kepada Nabi Muhammad meyampaikan salam Tuhan dan bertanya," Manakah engkau yang suka Ya Muhammad, menjadi seorang Nabi yang kaya Raya seperti Nabi Sulaiaman atau menjadi seorang Nabi yang miskin/papa seperti Ayyub?"

Lalu beliau menjawab, "Aku lebih suka kenyang sehari dan lapar sehari, Jika kenyang aka bersyukur kepada Tuhanu. Jika lapar, aku bersabar atas cubaan Tuhanku".

Nabi Besar Muhammad saw sebagai hidup sufi dalam kehidupn kerohanian, hidup di tengah-tengah kekayaan yang melimpah-limpah. tetapi ia tetap hidup sederhana. Melihat kekayaan yang melimpah-limpah yang datangnya tidak disangka-sangka, Umar sendiri tercengang melihatnya. banyak di antara sahabat-sahabt yang dahulu hidupnya sedrehana, miskin menjadi orang kaya raya, seperti usman bin Affan, Said bin Ash, Zubair bin Awwam Abdur Rahaman bin Auf dll.

Demikian Allah berfirman;

" Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah akan diberi jalan keluar dari kesusahan dan Allah akan memberikan rezeki/kekayaan yang tidak disangka-sangka datangnya".
-(At-talak:2-3)

Wednesday, January 27, 2010

Hak seorang Muslim atas Muslim yang lain.

Rabu 27, Januari 2010/11 Safar 1431

Maksud hadis ynag diriwayatkan Imam Bukhari dan Imam Muslim dari sahabat Abu Hurairah ra.

" Hak seorang Muslim atas musliam lainnya itu ada enam perkara iaitu:

1. Jikalau kamu bertemu dengan orang Islam, maka ucapkanlah salam padanya.

2. Jika ia mengundangmu maka kabulkanlah undangannya itu.

3. Jikalau ia meminta nasihat padamu, maka berilah ia nasihat.

4. Jika ia bersin, lalu mengucapkan Alhamdiulliah maka bertasymitlah untuknya.

5. Apabila ia sakit maka tengoklah ia.

6. Jikalau ia meninggal dunia ikutlah menghantar jenazahnya (yakni bertakziah, dengan ikut solat jenazahnya, sebab ini adalah yang paling utama, kemudianm terus ikut ke kubur menghantar jenazahnya.

Tuesday, January 26, 2010

Nikmat Allah wajib disyukuri, sebelam azab Allah menimpa.

Selasa, 26 Januari 2010,/ 10 Safar 1431

Nikmat Allah wajib disyukuri, sebelam azab Allah menimpa.

Dalam Al Quran dikesahkan peristiwa negeri Sabak yang pada mulanya dalam keadaan maju dan kemudiannya ditimpa ujian/bala kerana penduduknya tidak lagi melaksanakan perintah Allah swt.

Firman Allah dalam Surah Sabak:15-17.

"Nisacayalah orang ynag menempati Negeri Sabak itu mempunyai tanda di tempat kediaman mereka, yaitu perkebunan dua buah yang ada di sekitar mereka, kanan dan kiri. Allah berfirman, " Makanlah rezeki Tuhannmu dan bersyukurlah kepada Allah.Tempat kediamanmu itu adalah suatu baldatun thayyibatun (Negara yang baik) wa rabbun ghafur ( dan dinaungi oleh Tuhan yang Maha Pengampun)

-(Sabak: 15)

" Tiba-tiba orang-orang Sabak itu sama memalingkan diri( dari kebenaran). Lalu kami (Allah) mengirimkan kepada mereka banjir dahsyat yang merosakkan mereka semuanya.Dua perkebunan mereka itu, Kami gantikan dengan dua perkebunan yang memabukkan tanaman-tanaman yang pahit buahnya, kayu-kayuannya tidak berbuah (kering) dan ada sedikit pohon bidara"
- (Sabak: 16)

"Yang sedemikian itulah kami memberikan balasan kepada orang-orang itu, kerana kekufuran mereka dan kami tidak menetapkan siksa kecuali kepada orang-orang yang melakukan kekufuran"

- ( Sabak: 17)

1. Berlakunya bencana alam seperti banjir, gempa bumi merupakan peringatan, kerana jika diperhatikan memang terdapat kemajuan dalam negara kita , dan juga berlakunya kekufuran di kalanagn umatnya, yang melakukan maksiat, mengerjakan perbuatan yang diharamkan. Tidak mustanahil dengan kekufuran yang berlaku, Allah akan jadikan negara itu/ pendudknya di uji dengan bencana yang akan merosakkan kehidupan kerana mereka tidak bersyukur dengan nikmat Allah yang diberikan kepada mereka.

Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud:

"Dan ingatlah di waktu tuhanmu memberitahukan (di dalam Al Kitab) niscaya apabila kamu semua bersyukur (kepada allah) niscaya aku (Allah) akan menambah(kenikmatan-kenikmatan lain) untukmu semua dan apabila engkau semua kufur, maka sesungguhnya siksaKu adalah amat pedih sekali"
- (Surah Ibrahim:7)

Saturday, January 23, 2010

Azab siksa menunggu Pencinta Dunia

Sabtu, 23 janyuari 2009/ 7 safar 1431

Firman Allah swt dalam Surah Ali Imran: 14 yang bermaksud,

" Telah dihiaskan bagi manusia itu mencintai hawanafsu terhadap wanita, anak-pinak, kekayaan yang melimpah-ruah dari emas dan perak, kuda yang tangkas, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang Itulah perhiasan kehidupan dunia".

(Ali Imaran:14)

1. Golongan yang mencintai dunia seperti di dalam ayat di atas - yang terdiri dari segala yang terdapai di muka bumi ini sama ada barang, benda yang menarik nafsu syahwat dan kelazatan, dapat melalaikan perintah Allah, kerana terlalu sibuk dengan urusan ynag berkaitan dengannnya, dan akhirnya akan menjerumuskannya ke dalam maksiat dan segala yang diharamkan Allah swt. Mereka dijanjikan dengan azab siksa dan menjadi beban yang berat, kecuali mrerka yang insaf dan segera bertaubat keapada Allah swt.

2. Pencinta kepada duni ini akan menybabkan terdedahnya kepda bahaya dan bencana seperti takkabur dan riya' lagi rasa sombong, dfisebabkan melakiukannya dengan melampaui batas, sehingga tidak ada masa lagi mengingati Allah dengan sebab terpeaday denag kemegahan dunia yang di hadapinya.

Friday, January 22, 2010

Tidak mengeluarkan zakat

82- Dari Umar al-Khattab r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak binasa sesuatu harta benda, sama ada di darat atau di laut, melainkan disebabkan harta itu tidak dikeluarkan zakatnya."(1)

(Hadith Gharib - Riwayat Tabrani)

Selain daripada yang disebutkan itu, kisah Tha'labah yang berlaku dalam zaman yang lalu menjelaskan lagi setakat mana buruknya bencana di dunia yang akan menimpa orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat

Menurut riwayatnya(2): Tha'labah ialah seorang penduduk Madinah yang hidup dalam zaman Rasulullah s.a.w.

Pada suatu hari, Tha'labah merayu, supaya Baginda mendoakan baginya semoga Allah Ta'ala memberinya harta kekayaan sehingga ia senang dan mewah.

Mendengar permintaannya itu, Baginda menyuruhnya bersyukur dengan apa yang ada, kerana mungkin ia akan menyeleweng dan lupa daratan setelah ia menjadi kaya raya.

Tha'labah merayu lagi kepada Baginda sambil bersumpah, bahawa ia akan mengeluarkan sebahagian dan hartanya untuk membantu fakir miskin dan orang-orang yang berhak mendapat bantuan.

Akhirnya Baginda berdoa ke hadrat Ilahi semoga Tha'labah diberi kemewahan sehingga ia menjadi seorang hartawan.

Tha'labah pun membela kambing, lalu kembang biaklah kambingnya itu sehingga ia terpaksa berpindah ke sebuah wadi (tanah lembah) di luar bandar Madinah.

Semenjak itu, Tha'labah yang biasanya mengerjakan sembahyang lima waktu dengan berjamaah bersama Baginda, hanya sempat mengerjakan dua waktu sahaja - Zuhur dan Asar.

Kemudian kambingnya bertambah biak lagi dan ia pula berpindah ke tempat yang terpencil jauh sehingga dia tidak dapat mengerjakan sembahyang yang lima dengan berjamaah bersama-sama Baginda kecuali sembahyang Jumaat dan akhimya sembahyang Jumaat juga ditinggalkan.

Oleh kerana Tha'labah telah lama tidak kelihatan, lalu Baginda bertanya khabar beritanya. Setelah diketahui beritanya, murkalah Baginda sambil menyebut berulang-ulang akan akibat buruk yang akan menimpa Tha'labah.

Kebetulan pada ketika itu turun perintah Allah Taala mengenai zakat, lalu baginda mengutuskan dua orang pegawainya memungut zakat dengan membawa surat Baginda yang menerangkan jenis-jenis harta benda yang diwajibkan zakatnya. Mereka juga diperintahkan supaya singgah ke tempat Tha'labah mengambil zakat binatang ternaknya dan mengambil zakat dari seorang lagi yang tinggal tidak jauh dari situ. Orang itu dikenal dengan nama "Al-Salmi".(3)

Setibanya mereka ke tempat Tha'labah dan setelah mereka mengenalkan diri sebagai pemungut zakat dan membacakan surat Baginda kepadanya. Tha'labah berbuat-buat tak faham sambil merungut dengan mengatakan bahawa zakat yang dikenakan itu sama sahaja dengan cukai kepala jizyah), kemudian Tha'labah meminta mereka datang sekali lagi ke tempatnya sekembalinya mereka dari tempat lain.

Lain pula halnya al-Salmi. Sebaik-baik sahaja ia mendengar kedatangan utusan Rasulullah s.a.w., segeralah ia memilih dan mengasingkan beberapa ekor binatang ternakan yang gemuk-gemuk untuk dijadikan zakat lalu diserahkannya kepada mereka.

Melihatkan kejujurannya yang demikian, mereka menerangkan kepadanya bahawa ia tidak diwajibkan memilih binatang ternaknya yang gemuk-gemuk untuk dijadikan zakat, (tetapi cukuplah yang sederhana keadaannya - asalkan tidak sakit atau cacat) dan kerana itu mereka keberatan hendak menerimanya.

Tetapi al-Salmi mendesak mereka mengambilnya sambil berkata: Bahawa ia sengaja memilih hartanya yang sebaik-baiknya dan memberikannya dengan sukarela dan ikhlas.

Mereka pun mengambilnya dan meneruskan perjalanan memungut zakat ke tempat lain sebagaimana yang ditugaskan dan sekembalinya mereka singgah sekali lagi untuk memungut zakat dari Tha'labah.

Tha'labah masih juga berdalih dan akhirnya dia meminta mereka pergi kerana dia hendak berfikir dahulu.

Kembalilah mereka ke Madinah membawa zakat yang telah dipungut dan juga membawa berita Tha'labah yang enggan membayar zakatnya.

Sebaik-baik sahaja Rasulullah s.a.w melihat ketibaan 'amil-'amilnya itu dan sebelum Baginda bertanya mereka, kedengaran Baginda menyebut bahawa Tha'labah akan menerima balasan yang seburuk-buruknya. Sebaliknya Baginda berdoa: Semoga al-Salmi (dan pembayar-pembayar zakat yang lain) diberkati Allah dan dimewahkan rezekinya.

______________________________


1. Kitab yang sama (1:542).

2. Sebagaimana yang terkandung dalam hadith riwayat Tabrani dan lain-lainnya. (Tafsir al-Alusi, 10:127). Dan (Tafsir al-Zamakhsyari, 2:292) dan juga dihuraikan oleh Fadhilah al-Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Hamid, Mekah Al-Mukarramah, dalam tulisannya: Al-Zakat, Faridhah al-Takaful al-Ijtima`i.

3. Tidak diterangkan namanya sebenar, tetapi kerana ia dari suku Arab, 'Bani Salim' ia disebut dengan panggilan: 'Al-Salmi'.

Thursday, January 21, 2010

Puasa Sunat Hari Isnin dan Khamis

Khamis, 21 Januari 2010/ 5 Safar 1431

Puasa Hari Isnin dan Khamis.


Disunatkan juga berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin dan Khamis, kerana Rasulullah s.a.w. mengambil berat puasa pada kedua-dua hari yang tersebut.

Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:

54- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُعْرَضُ الْأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ. (رواه الترمذي)

54- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal dibentangkan (oleh malaikat ke hadrat Allah Rabb al-'Alamin) pada tiap-tiap hari Isnin dan hari Khamis, oleh itu aku suka amalku dibentangkan semasa aku sedang berpuasa. "(1)

(Hadith Hasan Gharib - Riwayat Tirmizi)


Menurut Imam Nawawi, rahimahullah: Hadith ini juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan tidak menyebutkan tentang puasa. (2)

Dengan ini dapat difaham bahawa hadith riwayat Muslim itu hanya menerangkan keistimewaan hari Isnin dan hari Khamis, manakala hadith riwayat Tirmizi yang lalu menerangkan; Baginda berpuasa pada kedua-dua hari itu ialah disebabkan keistimewannya yang tersebut.

__________________________


1. Tuhfat al-Ahwazi (3:450).

2. Riyad al-Salihin (hlm. 454).



Keistimewaan Hari Isnin Secara Khusus

Hari Isnin pula mempunyai keistimewaan yang lain. Ini diterangkan dalam hadith yang berikut:


55- عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ الِاثْنَيْنِ قَالَ ذَاكَ يَوْمٌ وُلِدْتُ فِيهِ وَيَوْمٌ بُعِثْتُ أَوْ أُنْزِلَ عَلَيَّ فِيهِ. (رواه مسلم)


55- Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya tentang puasa hari Isnin.

Baginda menjawab: "Hari itu (hari yang bersejarah, kerana) padanya aku dilahirkan dan padanya aku diutus menjadi Rasul - atau pada hari itulah (mula-mula) diturunkan al-Qur'an kepada aku."(1)

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)



Daripada hadith ini dapat difaham dengan jelas, bahawa sebabnya Rasulullah s.a.w. mengambil berat berpuasa pada tiap-tiap hari Isnin ialah sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t kerana pada hari inilah Baginda diputerakan (hari maulidnya) dan pada hari inilah juga al-Qur'an mula-mula diturunkan serta Baginda diutuskan menjadi Rasulullah sebagai rahmat bagi seluruh alam.



Hakikat inilah yang menjadikan umat Islam turun temurun, menyambut "Hari Maulid al-Rasul" dan "Malam Nuzul al-Qur'an" dengan penuh kesyukuran.

_________________________

Wednesday, January 20, 2010

Penyusunan Al Quran

Rabu 20 Januari 2010/4 Safar 1431.



Sebelum Al Quran ditulis dalam bentuk mushaf, Nabai saw menghafaz ayat-ayat yang diwahyukan Allah swt.

Firman Allah swt

" Sesungguhnya kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al quran itu dan menetapkan bacaannya. Oleh itu apabil akami telah menyempurnakan bacaannya, maka bacalah menurut bacaan itu kemudiannya,Sesungguhnya kepada kamilah terserah urusan menjelaskan kendungannya"
- ( Surah: Al-Qiamah: 17-19

Ayat di atasenjelaskan Rasulullah mengingat dan ,embaca semula Al Qiran sepertri yang diajar oleh Jibril as., tanpa sebarang perubahan. Kebiasaan rasulullah saw apabila turunwahyu, baginda memanggil penulis yang terkenal untuk menulis wahyu tersebut.Antaranya ialah Zaid binThabit, 'Ali bin Abi talib, Othman bin Affan, abdullah bin Masud, Abu Bakar as siddiq, umar bin aL kHATAB, aNAS BIN Malik, Abi bin Kaab, dan Maawuyah bin abi Suffian ra.

Rasulullah mengarahkan supaya ayat-ayat itu ditulisn mengikut surah tertentu. ayat-ayat alQuran ditulis pada pelepah tamar, batu-batu nipis, kulit-ku;lit binatang, kerta san tulang-tulang.

Penyusunan ayat-ayat adalah mengikut perintah Rasulullah berasaskan taufik daripada Allah swt yang disampaikan melalui Jibril as, Ayat-ayat tersebut dibaca kepada sahabat-sahabat, melalui khutbah dan bacaan dalam solat. sahabt-dahabt pulan mendengar dan menghafaznya mengikut kebolehnan masing-masing. Setelah ayat-ayat dibacakan, Rasulaullah menghuraikan maksud AlQuran itu kepada sahabat supaya difahami. Hurain ini dikenali sebagai Hadis.

Rasulullah saw mengutus sahabat yang berkelayakan unuk menyebar Al Quran selain Mekah dan madinah. Contohnya rasululllah saw hant Mushaf bin Umar dan abdullah bin Maktum ke madinah sebelaum hijah ke sana. Muaz bin Jabal ditugaskan ke Yaman membaca dan meemahkan Al AQuran.

Tuesday, January 19, 2010

Adab menyampaikan takziah

Selasa, 19 Januari 2010/3 Safar 1431

Takziah.

Takziah ialah menyebarkan, menyebut sesuatu sebagai hiburan bagi keluarga yang ditinggalkan mayat, meringankan rasa sedih, dan ikut mengurangi rasa duka. Takziah hukumnya sunat. Kerana di dalamnya terdapat unsur amar makruf dan nahi mungkar dan firman Allah ;
“ Bertolong-tolonglah atau berbuat baik dan taqwa..”
(Al-Maidah 5:2)
Sabda Rasulullah saw:
“ Dan Allah tetap menolong hambanya selama hamba itu menolong saudaranya”
Takziah itu disunatkan sebelum maayat itu dikuburkan dan sesudahnya. Para ashhab mengatakan takziah itu dimulai pada saat kematian samapai tiga hari sesudah dikuburkan. Tiga hari itu tidak mesti, yang betul hanyan kurang lebih, demikian pendapat yang dikemukana oleh Syeikh Abu Muhammad Al Juwani, salah seorang ashhab . Setelh berlalu tiga hari dimakruhkan hukumnya bertakkziah, sebab takziah itu dimaksudkan untuk mententeramkan harti orang yang tertimpa musibah itu. Sedangkan menurut kebiasaan apabila sudah berlalua tiga hari, maka hati pun menjadi tenang kembali.Oleh itu jangan lagi dibangkit-bangkitkan kesedihannya. Demikian apa yang dikemukakan oleh jumhur ashhab .

Menurt Abdul Abbas bin Al_Qadhi salah seorang sahabat kami; “ Tidak mengapa bertakziah sesudah hari yang ketiga, bahkan dalam masa yang lama sekalipun”Dalaa di tempat pda harim hal inji mungkin orang ynag ditimpa musibah ini tidak ada di tempat ketika mayat ditanam dan kedua apabila orang yang bertakziah itu tidak ada di tempat pada hari dkuburkan mayat itu, lalau mereka tiba di tempat sesudah hari yang ketiga.
Sunat talziah orang islam kepada orang islam dengan ucapan .
Sabda nabi saw
“Semoga Allah membalas kesabaran dengan pahala yang besar kepadamu, semoga Dia membalas kesabaranmu dengan kebaikan dan semoga Dia mengampuni (kesalahan) almarhum ini.”

Monday, January 18, 2010

Bencana Alam Ujian Allah

Isnin, 18 Januari 2010/ 2 Safar 1431

Semoga anda sekalian dirahmati Allah swt,

Dalam al-Quran Allah Azzawajalla menceritakan banyak tamadun manusia dimusnahkan oleh Allah melalui bencana alam. Antaranya kaum Nabi Nuh dimusnahkan dengan banjir, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan gempa bumi dan kaum 'Aad dimusnahkan dengan ribut taufan tujuh hari tujuh malam. Jelasnya, bencana alam yang memusnahkan kaum-kaum tersebut adalah kerana hukuman Allah SWT atas kekufuran dan kemungkaran mereka.

Dalam surah al-Ankabut ayat 40 Allah SWT berfirman bermaksud:

“Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."

Peringatan ayat Allah SWT tersebut hendaknya menjadi pelajaran bagi kita bahawa akibat daripada kekufuran dan perbuatan maksiat yang dilakukan, akan menjadi penyebab datangnya kemurkaan Allah. Ketahuilah bahawa setiap bencana yang menimpa manusia mempunyai tiga pengajaran yang berbeza. Bagi mereka yang terselamat daripada bencana, maka bencana yang menimpa orang lain merupakan peringatan bentuk kasih sayang dari Allah agar mereka kembali pada jalan-Nya. Sedangkan bagi orang yang tidak beriman, maka bencana yang menimpa merupakan azab dan siksa dari Allah yang disebabkan oleh kekufuran dan kedurhakaan terhadap perintah Allah dan rasul-Nya. Dengan bencana juga, Allah hendak menunjukkan kepada manusia, mana antara orang yang benar keimanannya dan mana yang tidak.



Perlu difahami bahawa bencana alam juga boleh berlaku disebabkan daripada kesilapan dan kerakusan manusia kerana mengejar kemewahan dunia. Demi wang ringgit bukit-bukau ditarah dan diruntuhkan, pembangunan dilaksanakan sesuka hati, pembakaran terbuka berleluasa, pembalakan haram menjadi-jadi dan pembuangan sampah di mana-mana. Akibatnya sistem ekologi dan keseimbangan alam semesta tergugat .

Insafilah peringatan Allah dalam surah ar-Rum ayat 41 yangbermaksud:


“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Ayat ini menyatakan bahawa bencana alam yang berlaku di muka bumi ini ada kaitannya dengan perilaku manusia yang tidak berhemah kepada alam semesta. Tindakan-tindakan manusia yang mengganggu dan memusnahkan keseimbangan ekologi adalah satu tindakan yang akan membawa manusia ke arah kemusnahan. Ini kerana, hubung kait antara manusia dengan alam sangat rapat sekali.



Menyedari bencana alam sebagai hak mutlak Allah SWT yang tidak diduga, maka kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam mengurus dan mengurangkan kesan bencana alam perlu dilakukan. Di negara kita, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri adalah agensi utama yang menyelaras segala tindakan mengenai bencana alam, namun usaha tersebut perlu diperkukuhkan melalui sokongan dan kerjasama padu semua pihak.



Firman Allah swt yang berksud:

“Patutkah penduduk negeri-negeri itu merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? Atau patutkah penduduk negeri itu merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka leka bermain-main?”. (Surah al-'Araf: 97-98)

Thursday, January 14, 2010

Mendidik Anak Yang Soleh

Khamis, 14 Januari 2009/28 Muharram 14




Sebagai seorang Islam, kita mengharapkan jenerasi kita khususnya anka-annk kita agar akan dapat menjadi anak yang berguna dalam erti kata yang lebih luas iaitu anak yang soleh dan solehah. Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah melalui perkawinan dan meneruskan zuriat untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan mereka di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.



Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w :


" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".


Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Sebagai ibubapa kita diwajipkan memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

1. Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.

Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul.

Firman Allah dalam surah Ali - Imran ayat: 38, yang bermaksud :

(Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.)



Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.

2. Hendaklah Menanam Akidah Di dalam Diri Anak-Anak

Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.

3. Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudut Ibadah

Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :yang bermaksud :

“ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam ”.

4. Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak

Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :


مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ

( رواه أبو دأود والترمذي )

Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia ”.

5. Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal

Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :


Yang bermaksud : “ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ”.


Kita dikehendaki supaya mengorbankan perhatian kita dari segi masa dan wang ringgit untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan atau pergerakan mereka seupaya mereka tidak terkeluar dari ajaran atau didikan yang dianjurakan oleh agama kita baik dari segi akhlak serta amalan yang dituntut demi kebaikan anak-anak kita sebagaaaimana yang dituntut oleh Allah swt.

Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insan yang sempurna dan merupakan modal insan palaburan ibubapa semasa didunia dan akhirat.

Firman Allah surah Al Furqwan :74 ynag bermaksud,



“ Dan orang orang yang berkata: " wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

( Surah al-Furqan : 74 )

Tuesday, January 12, 2010

Sifat' ujub

Selasa 12,Januari 2009/26 Muharram 1431

Sifat mazmumah anatan lainnya ilah 'UJUB. Ujub ertinya berbangga-bangga dengan menganggap besar nikmat dan merasa tenteram pada dirinya, tatapi lupa penisbatan nikmat tersebut kepada Pemberinya, iaitu Allah swt.

'Ujub boleh terjadi kerana

1. badan; apakah kerana ketampanan atau kecantikan, ataukah kerana kesihatan atan ketegapan bentuk badan.

2. pembicaraan, Ujub boleh jadi kerana pembicaraan, kemuliaan keturunan, ramai anak, banyak harta, ramai pengikut dan juga kerana banyak orang suruhan. Sifat ini ialah menunjukkan kebodohan. Sebab tempat itu bererti digunakan sebagai tempat mengalir bukan jala masuk pewujudan. Sabda Rasulullah saw, "Cukuplah seseorang itu dikatakan buruk apabila diia menghina saudaranya ynag muslim"

Penyebab utamanya ialh berbangga diri dan bersikap sombong. Kerana Allah sahajalah Yang Maha Besar dan Maha Agung.Sikap yang baik ialah bertawadhuk dan merasa hina di sisi Allah swt.

Monday, January 11, 2010

Allah Maha Pencipta

Isnin, 11 Januari, 2010/25 Muharram 1431

Surah Fatir, Surah ke 35, 45 Ayat.

Isu kandungan ayat 1, 2, 3.4. 5

1. Menerangkan kejadin amalaikat
2. Seluruh anak kunci rahmat iti di tangan Allah
3. Tiada sumber rezeki melainkan Allah
4. Janaji Allah itu tetap benar.
5. Syaitan itu musuh manusia yang abadi

Ayat 1:

"Segala puji tertentu bai Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat: Ia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Ayat 2:

"Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatu pun yang dapat menahannyanya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat dia laksanakannya sesudah itu. (ingatlah) Dialah sahaja Yaang Maha Kuasa, lagi Amat Bijaksana"

Ayat 3:

"Wahai manusia! kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakaNya kepada kamu; Tidak ada sama sekali yang menjadikan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembah Allah)"

Ayat 5:

"wahai manusia! Sesungghnya janji Allah (membalas amalan kamu)adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakann oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah kamu terpedaya dengan kemurkaann Allah dan dengan sifat terkayaNya dari segala-galanya"

Ayat 6:
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kmau , maka jadikan dia musuh (yang mesti dijauhitipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya mereka menjadi dari penduduk neraka'

Sunday, January 10, 2010

Kelebihan menolong orang yang perlukan bantuan

Ahad, 10 januari 2009/23 Muharram 1431


Draipada Abdullah bin Umar ra bahaw rasulullah saw bersabda:

' (Diantara) orang yang paling dicintai oleh Allah swt ialah orang banyak mmeberi manfaat kepada masyarakat, dan (diantara) amalan yang paling Allah sukai ialah kegembiraan yang dimasukkan dalam seorang muslim, atau menghilangkan baginya kesulitan, atau menyelesaikan hutang piutangnya, atau mengilangkan baginya kelaparan. Dan kalau akau berjalan dengan saudaraku kerana menyelesaikan hajatnya, maka itu lebih aku sukai daripada beriktikaf di masjid selama sebulan. Dan sesiapa yang mengawal marahnya Allah akan menutup auratnya (keaibannya) , dan sesiapa yang menahan sifat berangnya sedangkan ia berkuasa untuk bertindak, Allah akan penuhhkan hatinya dengan keredhaan pada hari kiamat, dan sesipa berjalan dengan saudaranya untuk menyelesaikan hajatnya sehingga dihasilkannya, Allah akan tetapkan kakinya (di sirat) pada hari kaki-kaki yang tergelincr (dimasukkan ke neraka), dan sesungguhnya akhlak yang buruk itu merosakkan amalan kebaikan, sebagaimana cuka merosakkan madu"

- (HR Imam Tabrani)

Sesorang yang memenuhi hajat orang lain/ menolong menyelesaikan hajatnya, ganjarannya ialah ia dberikan pahala sebulan beriktikaf.

Dengan inii fahamlah kita baha beruntunglah bagi sesiapa yang menjadi orang yang bayak memberi manfaat kepada manusia, memberikan bantuan dlam kerja-kerja kebajikan, menggembirakan nhatin mereka dengan menyelesaikan hutang piutang mereka atau m uisbah yang dideritai olehnya dan keluarganya.

Oleh itu perbanyakkanlah menolong meringankan kesusahan orang lain yang memerukan pertolongan kerana Allah aswt. Allah akan memebrikan pahala kepada orang-orang yang suka menolong.

Saturday, January 9, 2010

Menuntut ilmu, beribadat dan mencari sara hidup

Sabtu,9 januari 2010/ 21 Muharram 1431.


Laksanakan tugas amalan penting harian bagi mendapat faedah dunia dan akhirat agar kita menhyesal di akhirat nanti.

1.Berusaha mencari dan belajar lah ilmu yang bermanafaat dalam agama.

Kita perlu belajar bagi mneingkatakan ilmu serta kefahaman dalam agama supaya dapat kita menjalani ibadat sebagaimana yang dikehendaki oleh agama. Usaha arah ini termasuklah mempelajari ilmu, mengajarkan ilmu, membaca, menyalin atau mengarangnya. Rasulullah saw bersabda menegaskan kemuliaan perbuatan seperti ini;

" Di antara dosa itu, ada yang tidak tertutup oleh solat, puasa dan haji, kecuali oleh perhatian terhadap pencarian ilmu"

" barangsiapa tempoh usianya habis ketika mencari ilmu, maka ia akan menemuiku, sednag perbezaan antara dia dengan p ara nabi hanya satu darjat"

"Barangsiapa menuliskan satu huruf ilmu bagi seorang muslim, maka baginya pahala seprti sedekah satu dinar dan memerdekakan satu hamba sahaya. Untuk setiap huruf, Allah juga menuliskan baginya satu kebaikan dan menghapuskan satu keburukan"

2. Lakukanlah ibadah yang lebih khusuus antaranya seperti :

a) mendirikan solat,
b) berzikir
c) membaca Al Quran
d) bertasbih.

Semua urusan beribadat tersebut bertujuan mengingati dan mendekatrkan diri kepada Allah.Syaikh Muhammad Nawawi mengatakan, " Sesuatu yang dpat menyampaikan kebaikan kepada kaum muslimin, sesuatu yang dpaat menggembnirakan hati mereka dan sesuatu yang memudahkan amal soleh, serti berkhidmat kepada fuqaha,kamu sufi dan ahli agama..."

3. Berusaha mencari rezeki menyara hidup harian uhtuk dari dan keluarga.

Friday, January 8, 2010

Berbuat sesama sudara dalam Islam

Jumaat 8 JANUARI 2009/ 20 Muharram 1431


Kehidupan manusia di atas muka bumi ini tidak dapat lari dari hidup secara berjamaah atau dengan kata lain “Hidup Bermasyarakat”. Apabila kita jauh dari sanak saudara dan ahli keluarga, maka orang yang paling hampir dengan kita ialah jiran tetangga atau sahabat handai yang tinggal dekat mahupun yang jauh dari kita.

Firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 36 : yang bermaksud,


“ dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat dan orang-orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takabur dan suka meninggi-ninggikan diri ”.

Berdasarkan ayat tersebut, dapat difahami bahawa melaksanakan tuntutan sosial sesama umat Islam adalah salah satu tuntutan dalam Islam dan ia merupakan salah satu cabang keimanan kita terhadap Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabda baginda :


مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فَلَيْسَ مِنْهُمٌ وَمَنْ اَصْبَحَ وَهَمُّهُ غَيْرَ اللهِ فَلَيْسَ مِنَ الله.
( رواه الطبراني )

Maksudnya : “Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.


Islam adalah agama persaudaraan dan perpaduan. Dalam persaudaraan dan perpaduan terkandung nilai-nilai unggul seperti berbuat baik, berkasih sayang, hormat menghormati, tolong menolong, amanah, jujur, bertimbang rasa dan sebagainya. Maka nilai-nilai ini menjadi tunjang di dalam kehidupan bermasyarakat.

Tuntutan melakukan kebajikan tidak terbatas kepada ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga atau orang-orang yang ada pertalian darah dengan kita sahaja. Bahkan kita dituntut berbuat baik atau melakukan kebajikan kepada kawan-kawan, jiran tetangga bahkan kepada orang-orang yang kita tidak kenali termasuk juga terhadap haiwan dan makhluk-makhluk yang lain.



Umat Islam mempunyai peluang yang amat luas untuk melipatgandakan pahala khususnya bagi mereka yang dikurniakan harta dan wang ringgit yang banyak. Kerana itu, beruntunglah orang-orang yang diberi oleh Allah s.w.t. kelebihan suka menolong orang lain dan membantu di dalam kerja-kerja kebajikan.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Maksudnya : “ Sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”.

Berdasarkan hadir tersebut, maka beruntunglah kita atau bagi sesiapa yang menjadi orang yang banyak memberi manfaat kepada sesama manusia, suka memberi bantuan dalam kerja-kerja kebajikan atau berusaha mengurangkan penderitaan terhadap musibah yang ditanggung oleh seseorang. Oleh itu, yang jelas bagi kita semua, bahawa seruan amalan suka menolong dan membantu orang lain adalah termasuk didalam amal ibadah, bahkan pahalanya lebih besar daripada beriktikaf di dalam masjid.


Ibnu Qayyim Rahimahu Allah menghuraikan hadis tersebut dengan menjelaskan bahawa sesiapa yang berbuat baik dengan orang lain. Allah akan berbuat baik kepada dirinya, dan sesiapa yang bersifat rahmah kepada orang lain, Allah akan bersifat rahmah kepadanya, dan sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepada dirinya, dan sesiapa yang menutup keaiban orang lain, maka Allah akan menutup keaibannya, dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, maka Allah akan menegah kebaikan kepadanya dan sesiapa yang berhubung kepada yang lain dengan sifat tertentu Allah akan bermuamalah denganya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat. Oleh yang demikian banyakkan membantu atau menolong orang yang memerlukan bantuan kerana Allah.


Semoga sebagai umat Islam kita sama-sama menyemarakan tuntutan tanggungjawab sosial terutama ditempat kediaman kita. Kerana sesungguhnya tersirat seribu rahsia dan hikmah disebalik semangat tersebut. semoga hubungan yang baik dan semangat tolong menolong dapat mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah (persaudaraan) sesama Islam.

Kesimpulan:

1. Menurut Sunnahtul Allah, bahawa manusia tidak boleh hidup bersendirian. Oleh sebab itu, manusia tidak dapat lari dari hidup bermasyarakat yang saling perlu memerlukan dan saling bergantung antara satu sama lain.

2. Masyarakat yang hidup saling tolong menolong dan hidup dalam suasana ukhuwwah, akan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera, makmur dan bahagia.

3. Tuntutan menunaikan tanggungjawab sesama umat Islam atau melaksanakan hak mereka merupakan salah satu dari cabang iman. Sesiapa yang melaksanakan tuntutan ini akan mendapat ganjaran pahala serta dikasihi Allah s.w.t. dan Rasul.

4. Semangat bantu membantu dan hidup berkasih sayang serta bertolak ansur dapat membentuk perpaduan yang jitu. Disamping ia dapat menghindarkan dari anasir-anasir yang tidak sihat, perbuatan khianat, fitnah dan sebagainya yang boleh mengancam kehidupan mesyarakat.



Firman Allah swt dalam surah Susilat :34, ynag bermaksud,


(Dan tidaklah sama ( kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan yang jahat. Tolaklah ( kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik, apabila engkau perlaku demikian maka orang-orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah sahabat karib ”.

(Surah Fusilat ayat : 34)

Tuesday, January 5, 2010

Selasa,5 DISEMBER, 2010/ 19 Muharram, 1431

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ مَاتَ يُشْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا دَخَلَ النَّارَ. ( البخاري ومسلم )

5- Dari Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya: Rasulullah s.a.w, bersabda: "Sesiapa mati dalam keadaan melakukan sebarang syirik terhadap Allah, masuklah dia ke dalam neraka. "

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kelima ini. menerangkan:


Akibat buruk yang akan menimpa orang yang melakukan syirik.


Huraiannya

Syirik ialah mempersekutukan sesuatu dengan Allah Taala pada sifat "Uluhiyah"Nya atau sifat "Rububiyyah"Nya.

Sifat "Uluhiyah" Allah `Azza wa Jalla ialah sifatNya berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintahNya, ditumpui dan dipohonkan untuk mendapat segala kebaikan dan menolak sebarang mala petaka dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sifat "Rububiyyah"Nya pula ialah sifat mentadbir dan menguruskan cara menjaga dan memelihara, mengasuh dan mendidik sekalian alam yang telah diciptakan-Nya, iaitu dengan mengadakan segala keperluan yang dihajati oleh wujud tiap-tiap satunya, mengatur dan menyusun undang-undang dan peraturan bagi kesuburan, perkembangan dan kesempurnaan masing-masing, serta menyatakan dan menunjukkan hukum-hukum halal haram dan sah batal untuk kebaikan jasmani dan kebahagiaan rohani manusia.

Maka sesiapa yang menganggap bahawa mana-mana satu dari sifat-sifat itu ada pada sesuatu yang lain daripada Allah Taala nescaya ia telah melakukan syirik dengan Allah, walaupun ia pada masa itu masih beriman kepada Allah. Tentang ini Allah Taala berfirman dalam Surah Yusof, ayat 106. maksudnya: Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah dalam pada itu mereka tidak sunyi dari perbuatan syirik.

Dengan itu nyatalah amat buruknya seseorang mendewa-dewakan sebarang makhluk dengan mengasihinya dan menurut perintahnya sebagaimana ia mencintai dan mentaati Allah, atau meminta dan mengharapkan hasil sesuatu hajat dari sesuatu makhluk atau dengan sesuatu cara, kecuali setelah diketahui bahawa makhluk atau cara yang tersebut diharuskan oleh Allah bagi seseorang menggunakannya sebagai jalan, sebab, atau alat untuk menjayakan maksudnya.

Demikian juga amatlah salahnya menerima sebarang undang-undang dan peraturan, atau hukum-hakam yang diadakan oleh yang lain daripada Allah, kecuali sekadar yang berdasarkan aturan, kenyataan, atau pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Kesimpulan hadis ini, mengingatkan manusia daripada terjerumus ke dalam sebarang i'tiqad atau perbuatan syirik supaya terselamat daripada balasan buruk yang dijanjikan.




6- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا هُنَّ قَالَ الشِّرْكُ بِاللَّهِ ... . ( البخاري ومسلم )

6- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Jauhkan dan singkirkanlah perkara-perkara yang membinasakan. " Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apakah dia perkara-perkara itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w. menjawab: "(Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah .

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang keenam ini memerintahkan supaya:


Menjauhi syirik dalam segala bentuknya.


Setelah kita mengetahui setakat mana buruknya akibat syirik, maka dengan ini kita diperintahkan supaya menjauhi dan menyingkirkan segala jenis syirik terhadap Allah, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi.

Syirik yang besar atau yang nyata itu ialah: mempercayai adanya sesuatu yang setara dan sebanding dengan Allah s.w.t., yang ditujukan kepadanya doa permohonan, yang diuntukkan kepadanya satu-satu cara ibadat, dan yang ditakuti bala bencananya.

Dengan adanya syirik yang demikian, maka akidah Tauhid orang yang melakukannya telah berbelah bagi, dan orang Musyrik inilah yang dijanjikan Allah dengan neraka.

Syirik yang kecil atau yang tersembunyi itu pula ialah kepercayaan perkataan atau perbuatan yang menyebabkan berlakunya syirik terhadap kekuasaan atau undang-undang peraturan Allah.

Syirik yang tersembunyi itu amat banyak, di antaranya:

(1) Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan baik atau buruk.

(2) Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah.

(3) Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain dari Allah.

(4) Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah.

(5) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan Si anu, tentulah aku tidak berjaya.

(6) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda atau sebagainya, tentulah rumahku dimasuki pencuri.

(7) Melakukan sesuatu ibadat, atau daya usaha pengorbanan, atau perjuangan bukan kerana menjunjung perintah Allah semata-mata, tetapi juga untuk tujuan-tujuan yang lain.




7- عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً. ( الإمام أحمد )

7- Dari Mahmud bin Labid r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpakamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: "Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah? " Baginda s.a.w., menjawab: "(Syirik yang kecil itu) ialah ria' - Allah Taala akan berfirman pada hari Qiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing "Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan ria' di dunia dahulu (untuk menunjukkan kepada mereka), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"

(Imam Ahmad)

8- عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُما، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ حَلَفَ بِغَيْرِ اللَّهِ فَقَدْ أَشْرَكَ. ( الترمذي )

8- Dari Ibn Umar, r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada nama atau sifat Allah maka sesungguhnya ia telah melakukan syirik terhadap Allah. "

(Tirmizi)

9- عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ. ( أبو داود والإمام أحمد)

9- Dari Ibn Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik"

( Abu Daud dan Imam Ahmad)

Hadis yang kesembilan ini menunjukkan bahawa tiga perkara yang tersebut adalah dari perkara-perkara syirik kecil atau syirik yang tersembunyi yang wajib dijauhi oleh tiap-tiap seorang. Tetapi bukanlah semua jenis ketiga-tiga perkara itu dikira syirik, malah setengah jenisnya sahaja, iaitu yang mengandungi perkataan yang tidak difaham, kerana boleh jadi termasuk perkara sihir, syirik atau lain-lainnya yang dilarang oleh hukum syarak sebagaimana yang dilakukan oleh kaum jahiliah

Adapun yang mengandungi ayat-ayat al-Qur'an atau zikrullah, maka yang demikian tidak dilarang.

Pendeknya, tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram kiranya mengandungi perkataan yang tidak difaham maknanya, atau yang berdasarkan sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor.

Adapun yang menggunakan kalam Allah, nama-Nya atau sifat-sifat-Nya atau zikrullah, maka yang demikian tidaklah salah.

Dengan penjelasan ini, selesailah perselisihan yang nampak pada zahirnya berlaku di antara dalil-dalil yang melarang dan dalil-dalil yang membenarkan perkara-perkara yang tersebut.

Kesimpulannya, bagi menyelamatkan seseorang daripada syirik yang tersembunyi ini hendaklah:

(1) Jangan menggunakan sesuatu benda, atau perkataan, ataupun sesuatu cara sebagai sebab bagi mendapat kebaikan atau menolak perkara-perkara yang tidak diingini, kecuali setelah diketahui bahawa sesuatu itu telah berlaku adat Tuhan menjadikannya sebab bagi musabab yang tertentu, serta diketahui pula bahawa menggunakan sesuatu itu tidak dilarang oleh hukum Allah.

(2) Jangan i'tiqadkan sesuatu sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan menghasilkan musababnya, bahkan memberi kesannya itu bergantung kepada takdir dan izin Allah Yang Maha Kuasa.

(3) Jangan melakukan sesuatu amal ibadat dengan tujuan mendapat penghargaan atau balasan daripada yang lain dari Allah Azza wa Jalla

Perkara : Baginda S.A.W. Menjadi Tumpuan Pertanyaan Sahabat Sahabatnya

Monday, January 4, 2010

Bermohon kepada Allah bagi menyembuhkan penyakit/kemudaratan

Isnin, 4 Januari 2010/18 Muharram 1431.



Bermohon kepada Allah bagi menyembuhkan penyakit/kemudaratan.



Dalam hidup ini kita diuji oleh Allah swt dengan ditimpanya penyakit, musibah dan kesusahan yang menyebabkan kita merasa menderita menanggung kesakitan dan sesusahan. Jika ditimpa penyakit kita diwajibkan berikhtiar mengubatinya dan pada masa yang sama bedoa memohon kepada Allah swt supaya disembuhkan penyakit tersebut.Dalam menghadapi penyakit itu kita hendaklah redha dan bersabar terhadap Allah swt di atas ujian yang diberikan kepada kita.

2. Dalam hal ini di dalam Al- Quran dikesahkan Nabi Ayub yang pernah menderita akibat penyakit yang dapat dijadika contoh bagimana beliau telah bersabar mendapatkan rahmat Allah swt, dan jika dapat bersabar berterusan ia pasti akan membuahkan kejayaan. Kerana kita yakin kuasa menyembuh itu adalah di tangan Allah dan sesiapa yang diperkenankanNya. Apabila seorang hamba berhubungan dengan Allah yang bersifat Al-Syafi (Yang Maha Menyembuhkan), maka pertolongan Illahi pun berjalan dengan sempurna untuk menyembuhkan sesuatu penyakit dan Allah pula memberi ilham kepadanya. Al- Quran menggambarkan kepada kita mengenai "ubat' yang telah menyembuhkan penyakit yang diderita oleh Nabi Ayub a.s Allah berfirman:

" Hentakkan kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum"-(Surah Sod:41)

3. Terdapat di dalam Al Quran permohonan nabi Ayub kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit yang dideritainya dna Allah memperkenannya nya. Firman allah dlam surah Al-Anbia: 90:
"Dan (ingatlah kisah)Ayub, Ketika ia menyeru Tuhannya: (Ya tuhanku) sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha penyayang..Maka kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu kmai lenyapkan penyakit yang ada padaya, dan kami kembalikan keluarganya kepadanya. Dan kami lipatgandakan bilangan mereka, sebagai satu rahmat dari kami dan untuk menjadi peringatan bagi segala mereka yang menyembah Allah"

4. Manusia lupa bahawa tidak ada siapa pun yang boleh menghilangkan bencana, kecuali allah swt. Firman Allah swt:

"Dan jika Allah menimpa sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya, kecualai Dia".
- (Surah Yunus: 107)

Sesungguhnya tidak ada sesiapa pun di alam ini ynag boleh kita harapkan untuk menghilangkan bencaa dan kemudaratan, selain dari Allah. Sesungguhnya pintu doa sentiasa terbuka dan peluang untuk "berzikir" terserah kepada kita. Hayatilah ayat-ayat berikut:

1. " Dan sesungguhnya telah kmai mudahkan Al Quran untuk peringatan, maka adakah orang yang mahu mengambil peringatan" ( Surah Al Isra': 56)

2." Al Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam".(Surah: Al-Takwir; 27)

3. Belumkah datang waktunya bagi orang-orang ynag beriman, supaya tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka0. (Surah Al Hadid: 16)

5. Awaslah supaya perasaan putus asa tidak merayap ke dalam hati kita, yang menyebabkan kita bercita-cita untuk mati,ataupun meminta agar mati itu disegerakan.Anas R.A mengatakan, bahawa Rasulullah saw bersabda;

" Janganlah seseorang kaum itu bercita-cita untuk mati kerana penyakit yang menegnainya. Jika sekiranya ia terpaksa bercita-cita maka hendaklah dia berkata begini:
"Ya allah, hidupkanlah aku jika sekiranya hidup itu lebih baik bagiku, matikanlah aku jika sekiranya kematian itu lebih baik bagiku"

Yang paling baik ialah ialah kuat sabar, dan tenang menghadapi setiap ketentuan Allah swt yang menimpa kita serta berserah diri dan redha dengan kehendak Allah swt.

Sunday, January 3, 2010

Mengurangkan Timbangan dalam urusan perniagaan/jual beli.

Ahad, 3 Januari 2010/17 Muharram 1431

Mengurangkan Timbangan dalam urusan perniagaan/jual beli.

1. Perniagaan sangat digalakkan bagi menyara cara hidup bagi mencari harta kekayaan di dunia. Sembilan persepuluh dari rezeki itu boleh diperolehi dari perniagaan.Walasu bagaimanapun Islam menetapkan cara sebagaimana yang diperintahkan Allah supaya tidak melakukan perkara yang haram atau menindas orang lain untuk mengejar keuntungan yang tidak dihalalkan di dalam Islam.Selaku ahli perniagaan kecil atau besar kita mestilah berasaskan perkara yang amat penting iaitu mencari yang halal dengan cara yang halal pula.Ertinya carilah barang yang halal untuk diniagakan dengan cara yang penuh kejujuran. serta tidak melibatkan penipuan,. pengananiayaan , pencurian hak orang lain,perampasan, riba dan sebagainya.
an jual beli yang diotetapkan did alam Islam.

2. Menjalankan petrniagaan tanpa mengikut cara yang tersebut dia tas, adalah haram hukumnya kerana tidak menamalkan cara atau peraturan ynag ditetapkan dalam Islam. Haram dipakai dan haram dimakan , sebabperbuatan itu dinamakan perbuatan ynag batil (tidak sah) menurut Agama. Di antara perbuatan ynag yang termasuk perbuatan yang batil adalah seperti berikut.

1. Penipuan
2. Perampasan
3. Makan riba
4. Pengkhianatan
5. Perjudian
6. Suapan
7. Berdusta
8. Pencurian

3. Barang-barang yag bersukat seperti pada zaman dulu tyang tiada alat timbangan seperti hari ini, hendaklah disukat dengna sempurna dan barang-barang yang bertimbanag hendaklah ditimbang dengan cukup, tiada boleh kurang.

Firman Allah swt: " Dan hendaklah kamu sempurnakan sukatan dan timbangan dengan adil"
- ( Al-An'am: 152)

Perbuatan curang mengurangi sukatan dan timbangan dalam syariat Islam adalah dipandang sebagai satu dosa besar. Orang yang melakukannya diancam azab sengsara di akhirat kelak.

Firman Allah swt:

" Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mengurangkan (sukatan dan timbangan) iaitu orang-orangayang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka minmta patuhi . Dan apabila mereka mnyukat atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangkannya"
- ( Al-Muttaffifin: 1-3)

Rasulullah saw bersabda ynag bermaksud:

" Lima (dibalas) dengna lima. Mereka sahabat bertanya: Apaah lima (dibalas) dengan lima , Hai Rasulullah?

Rasullulah menjawab; satu kaum tidak membatalkan perjanjian melainkan Allah (membenarkan) musuh menguasai mereka. Mereka tidaklah memutuskan perkara dengan selain apa yang telah diturunkan Allah, melainkan merebak kepapaan dalam kalangan mereka.

Tiada lahir di kalangan mereka kejahatan (zina) , melainkan Allah menurunkan ta'un ke atas mereka, yakani banyak kematian. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan, melainkan mereka ditahan dari tunbuh-tumbuhan (tanaman tidak menjadi) dan mereka ditimpa kemarau dan kelaparan. Dan tiadalah mereka menahan zakat (tidak mengeluarkan zakat) melainkan mereka tidak mendapat hujan".

-( HR. At-Thabarani)

Demikianlah ancaman Allah dan Rasul tehadap dosa kerana curang dalam timbangan dan sukatan; Dan Firman allah lagi:

"Tidakkah orang-orang itu menyangka, bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan? Pada suatu hari yang besar, iaitu hari (ketika) manusia berdiri menghadap tuhan semesta alam"

-(Al-Nuthaffifin: 4-6)

Pada hari kiamat nanti orang-orang yang curang itu akan mendpat siksa yang pedih dari Allah. Ini adalah satu kepastian.

Saturday, January 2, 2010

Akhlak Al Quran

Sabtu, 2 Januari 2009/16 Muharram 1431.

Akhlak Islam sebagaimana dalam Al Quran.

Akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:


1. " Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia."

(Al-Qalam:4)


Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman Allah subhaanahu wa taaala:


2. "Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. "

(Ali-Imran:190)



Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.

Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.


Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan:" akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk."


Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.

Pada surat An-Nisaa’ (4): 36 sampai dengan ayat 39, dan pada surat Al-Baqarah (2): 205, secara garis besar Allah telah memberikan beberapa petunjuk tentang bermuamalah yang baik yang sesuai dengan al-akhlaq al-karimah (akhlak yang mulia) antara lain ialah:


1. Beribadah kepada Allah semata, yaitu tunduk dan merendahkan diri kepada Allah dengan cara melaksanakan segala apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan segala apa yang dilarang Allah SwT, baik dengan hati atau dengan anggota badan. Karena Allah-lah Pencipta, Pemberi rizki, Pemberi ni’mat, dan yang memberikan kelebihan kepada manusia atas makhluk lainnya, maka hanya kepada-Nyalah beribadah dan bersyukur. Hanya Dialah yang berhak disembah dan tidak disekutukan dengan lainnya.


2. Tidak berbuat syirk, yaitu menyekutukan Allah dengan lainnya, baik syirk akbar (syirk besar), yaitu dalam masalah akidah maupun syirk ashghar (syirk kecil), yaitu syirk dalam masalah tujuan beribadah. Perbuatan syirk adalah lawan dari tauhid yaitu meyakini bahwa hanya Allahlah Pencipta alam ini dan hanya Allahlah yang wajib disembah. Perintah beribadah dan larangan berbuat syirk biasanya disebutkan secara bersamaan, baik dalam Al-Qur’an maupun dalam al-Hadits. Sebab keduanya, merupakan asas Islam yang paling pokok. Menurut para mufasir, perbuatan syirk itu telah dilakukan manusia sejak permulaan perkembangan manusia karena kurangnya pengetahuan tentang Allah SwT, Pencipta alam ini. Dalam Al-Qur’an terdapat banyak ayat yang memberikan informasi tentang perbuatan syirk yang dilakukan sebagian manusia, antara lain :

“Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudlaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan … … “ (Yunus [10] : 18).
Orang-orang musyrikin pada waktu itu menyembah berhala-berhala, patung-patung dan sebagainya selain Allah SwT, dengan alasan untuk mendekatkan diri kepada Allah SwT, sebagaimana diungkapkan dalam firman-Nya.

Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): “Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya”. …. (Az-Zumar [39] : 3).
Orang-orang Nasrani pun karena jahilnya menyembah Nabi Isa as sebagaimana diungkapkan dalam firman-Nya :

“Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan”. (At-Taubah [9]: 31).
Akhlak yang paling mulia dan yang paling tinggi nilainya ialah keyakinan bahwa tiada Tuhan yang pantas disembah selain Allah SwT, dan hanya menyembah kepada Allah SwT, serta tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun.


3. Berbakti kepada kedua orang tua (ibu bapa), sebagaimana ditegaskan pada surat An-Nisaa’ [4]: 36, sesudah perintah beribadah dan melarang berbuat syirk. Ini memberikan pengertian bahwa berbakti kepada kedua orang tua merupakan kewajiban yang paling besar sesudah beribadah kepada Allah dan meninggalkan kemusyrikan.
Pada ayat lainnya ditegaskan kembali:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (Al-Israa’ [17]: 23). Dan pada ayat lannya ditegaskan kembali:

“… …Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu”. (Luqman [31] : 14).
Dimaksudkan dengan “wa bil walidaini ihsana” (berbakti kepada dua orang ibu-bapak, ialah menaati kedua orang tua dalam hal kebaikan dan berusaha memenuhi kemauan keduanya, dalam hal kebaikan serta menjauhi segala apa yang tidak menyenangkan keduanya. Sebab keduanya telah mengasuh dan mendidik anak dengan sangat susah payah sejak masih di kandungan hingga dewasa bahkan tidak sedikit hingga mencapai umur tua. Keduanya melakukannya dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan dari anak, dan hanya mengharapkan keridaan Allah SwT.
Ibnu al-’Arabi berpendapat bahwa berbakti kepada kedua orang tua adalah salah satu rukun dari rukun-rukun ad-diin (agama) dalam menjalankan kewajiban-kewajiban, baik dengan kata-kata maupun dengan perbuatan.
Berbuat baik kepada kedua orang tua, merupakan kewajiban mutlak, baik dengan kata-kata yang sopan, maupun dengan perbuatan serta sikap yang menunjukkan kepada penghormatan kepada keduanya.

4. Berbuat baik kepada kerabat seperti anak-anak saudara dekat, seperti kakak, adik, paman dan sebagainya dengan cara bersilaturrahim, saling menghormati, saling menolong, membantu dan sebagainya, dengan rasa cinta dan kasih sayang.
Silaturrahim mempunyai kekuatan yang luar biasa, dengan silaturrahim persaudaraan menjadi kokoh dan erat, persatuan dalam masyarakat, bahkan dalam negara menjadi kuat dan kokoh.

Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu”. (An-Nisaa’ [4]: 1).

5. Berbuat baik kepada anak-anak yatim
Pada surat An-Nisaa’ (4) ayat 2 sampai dengan ayat 6, telah dijelaskan bahwa pengasuhan dan pendidikan anak-anak yatim merupakan kewajiban bagi orang-orang mampu. Sebab anak-anak yatim tergolong anak-anak yang sengsara, karena mereka telah kehilangan pengasuh, pendidik, pelindung dan penolong yaitu ayah yang tercinta dan yang sangat diandalkan. Dan pada ayat lainnya Allah berfirman:

“Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang”. (Adh-Dhuhaa [93] : 9).
6. Berbuat baik kepada orang-orang miskin
Dimaksudkan dengan orang miskin ialah orang yang tidak dapat memenuhi kebutuhannya. Itulah pendapat Muhammad Rasyid Rida. Adapun perbedaan antara fakir dan miskin, menurut Ibnu Jarir ath-Thabari, orang fakir ialah orang yang tidak dapat memenuhi kebutuhannya, tetapi dapat menahan diri dari meminta-minta, sedang orang miskin ialah orang yang tidak dapat memenuhi kebutuhannya, tetapi suka meminta-minta.
Mereka baik miskin maupun fakir wajib diberi santunan dengan cara memberikan infak atau sedekah dengan sebaik-baiknya, dan dipergauli dengan santun, agar tidak merasa dihina dan dilecehkan, sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya:

“Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu menghardiknya”. (Adh-Dhuhaa [93]: 10).

7. Berbuat baik kepada tetangga dekat.
Menurut sebagian ulama, yang dimaksudkan dengan tetangga dekat ialah tetangga yang berada di sekitar kita sebanyak kurang lebih 40 rumah atau dekat nasabnya, atau karena seagama.
Berbuat baik kepada tetangga merupakan pelaksanaan prinsip tolong menolong dan kasih sayang sesama manusia.
Rasulullah saw sering mengingatkan kaum muslimin agar berhati-hati dalam bertetangga, sebagaimana diungkapkan dalam suatu Hadits :

“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhir, rr.xka janganlah menyakiti tetangganya …… “ (Diriwayatkan oleh Muslim, 1: 39 dari Abu Hurairah).
8. Berbuat baik kepada tetangga jauh, yaitu tetangga yang tempat tinggalnya jauh di luar 40 tetangga. Sekalipun jauh, tetangga itu harus dihormati. Islam tidak membeda-bedakan antara tetangga dekat dan tetangga jauh, bahkan tidak membeda-bedakan agama, suku dan bangsa. Mereka semuanya wajib dipergauli dan disantuni dengan sebaik-baiknya.
Nabi Muhammad pernah mengunjungi seorang anak dari tetangganya yang beragama Yahudi. Ibnu Umar pun pernah menyembelih seekor kambing, lalu dia menyuruh pembantunya agar memberikan daging kepada tetangganya yang beragama Yahudi.
Adapun cara menghormat tetangga, disesuaikan dengan adat kebiasaan masing-masing negara/daerah.


6. Berbuat baik kepada sahabat dekat, misalnya: teman dalam organisasi, teman sekolah, teman seperjuangan, teman bekerja, teman hajji, teman berjama’ah di Masjid, bekas isteri, atau bekas suami dan sebagainya. Semuanya itu wajib dipergauli dengan baik, dengan santun sesuai dengan tuntunan Islam.


7. Berbuat baik kepada Ibnu Sabil, yaitu orang yang berada dalam perjalanan (musafir) yang kekurangan bekal dalam perjalanan. Sekalipun ibnu sabil di daerahnya tergolong orang berada atau kaya, tetapi ketika dalam perjalanan kekurangan bekal, maka dapat dikategorikan miskin/fakir. Karena itulah, ia wajib diberi bantuan infak.


8. Berbuat baik kepada lingkungan, yaitu binatang-binatang, tanaman-tanaman, dan semua apa yang berada di lingkungan kita, di samping harus memelihara dengan baik juga dilarang berbuat kerusakan-kerusakan, sebagaimana disebutkan dalam surat Al-Baqarah [2]: 205. Merusak lingkungan termasuk pelanggaran terhadap akhlak qur’ani.

Kesimpulan.


Ayat-ayat tersebut di atas (an-Nisaa’ [4] : 36 - 39, dan Al-Baqarah [2]: 205) merupakan peraturan asasi tentang mu’amalah antara manusia dengan Allah, antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan lingkungan.
Para ulama sepakat bahwa ayat-ayat tersebut merupakan sumber akhlak qur’ani dan asas mu’amalah Islamiyah.l





Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:

Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).

Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak.


Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.


Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.

Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam hidup ini.


Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.

Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.

Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:

* Dilakukan dengan sedar dan niat.

* Dilakukan denganikhtiar sendiri.

* Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

Akhlak dan moral.


Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa lati moralis atau mores iaitu jamak kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah, baik, atau buruk.

Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos daripada ethos yang juga membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan dan norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan oandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu. Nilai-nilaian bersifat relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat.

Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti.


Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang.

Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,, membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif.

Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia, tentang ketinggian budi dan rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk (Ilmu Tingkah Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu Penceriaan Akhlak). Jika dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak menjadi salah jika kita menamakan ilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy.


Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah menggariskan beberapa prinsip utama; antaranya lain:

* Beriman kepada Allah

* Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta menjadikannya uswah hasanah

* Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya

* Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik

* Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram

* Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat

* Keadilan syara

* Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat


Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran, pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai denganprinsip-prinsip tersebut. Serta sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif.

Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika, iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atau buruk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmu akhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah, etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adapt kebiasaan yang umum berlaku dalam masyarakat.

Akhlak yang agung

Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam keran a sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya:


"Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung".

(Al-Qalam:4)


Dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbautan dan cara hidup Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri. Perilaku dan car hidup Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik jasmani mahupun rohani.


Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspek alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyuNya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia.

Kesyumulan kkhlak islam.

Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam.

Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tanduk manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini.

Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam, manakala asa akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah.

Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadeeth-hadeeth Rasulullah sallallahu alaihi wasallam merumuskan kedudukan akhlak sebagai:

Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda menjawab: Akhlak yang baik.

Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deennya.

Ciri-ciri akhlak Islamiah,

Antara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah:

* Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat, dan masa.

* Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan: Ditinjau dari sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalah merangkumi semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah danaqliyyah, sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk mengawal kebebasan peribadi seseorang.

* Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.

* Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek tersebut.

* Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islmaiyyah memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatu matlamat, cara perlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara Islam. Islam tidak menerima falsafah: Matlamat tidak menghalalkan cara.

* Keseimbangan: Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan realiti hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan antara kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.