Saturday, October 31, 2009

Merancang untuk hari akhirat.

Sabtu, 31 Oktober 2009/ 12 Z.kaedah 1430

Merancang untuk hari akhirat.

Dunia yang tidak pasti ini pun manusia membuat perancangan rapi untuk hidup mencari nafkah dan membuat persiapan untuk masa tua, dengan tuan untuk menikmati kesenangan dan kebahagiaan hidup yang sementara, mengikut umur yang izinkan Allah swt untuk hidup.

Persoalannya, adakah kita sudah merancang untuk di dunia atau alam hari akhirat yang pastinya kan kita lalu nati selepas alam barzah iaitu selepas kita dimati dan dihidupkan semual?

Alam akhirat yang diputusakn sama ada kita kekal di neraka atau syurga itu adalah perkara yang pasti berkekalan selama-lamanya, kerana tidak ada alam selain akihirat lagi dan kita tidak dimati atau dihidupakan semaula lagi. Oleh itu peancangan hari akhirat ini adalah satu kemestaian yang mesti dilaksanakan bagi semua manusia yang hidup ini untuk bersedia menghadapi hidup yang kekal selama-lamanya dan akan menikmati ganjaran Allah swt sama ada balasan hidup di neraka atau syurga mengingikut amalan serta perancangan yang kita buat semasa hidup kita di dunia ini. Kehidupan di alam akhirat adalah merupakan perkara yang sudah tetap yang tidak ada keraguan lagi.

Dengan perancangan yang kita buat sekarang ini di dunia akan dapatlah kita mendapat hasilnya dan tidaklah kitamenyesal di akhirat nanti kierana semasa di dnia tidak merancang masa depan kita akhirat.

Ramai di antara manusia yang lali atau lupa untuk memikirkan merancanagn untuk hidup di akhirat dengan menunaikan tanggungjawab semasa di dunia, kerana hasilnya tidak dapat dilihat atau hitung semasa di dunia ini. Walaubagaimana Allah telah menjanjikan apa jua amalan kebajikan yang disyariatkan atau yang diperintahkan akan diberi ganjaran dari sebesar-besar hinggalah yang sekecil-kecilnya kebajikan.

Firman allah surah Al Muzzammil:20 ynag bremaksud,

' Dan apa saja kebaikan yang kamu perbuat untuk dirimu kamu akan memperoeah (balasannya) di sisi Allah, balasan yang paling baik dan amat besar pahalanya"


Ilmu alam atau dunia akhirat mungkin sangat sedikit yang kita ketahui, disebabkan kurangnya usaha untuk memahami atau mengetahuinya. Tapi jika kita mengkajinya dari sumber al -Quran dan sunnahnya tentulah dapat meyakinkan kita untuk berlumba-lumba berusaha di dunia dan mendapatkan ganjaran di akhirat sebanyak-banyaknya. Dan sememanglnya lah Allah memberikian ganjaran dan rahmat ynag berganda-ganda untuk kita perolehi di akhirat nanti dari usaha atau bekalan yang kita buat semasa hidup di dunia ini. Oleh itu perlu kita mengetahui mengenai ilmu akhirat kerana kita semua pasti akan melaluinya. Bila kita mati nanti tidaklah kita terpenga-penga dengan suasana yang kita tempuh sekiranya kita sudah bersedia dan mengetahui perjalanna hidup itu nanti.

Kita diterangkan dengan perkara-perkara ghaib ini di akhirat nanti melalui Al Quran dan hadis-hadsi Nabi. Antaranya seperti kejadian qiamat, perhimpunan manusia di padang mahsyar, penglihatan Allah swt oleh mukimin yang berada di syurga dan neraka, manusia yang akan menyeberang titian sirat yang merentangi neraka jahannam,, perhitungan amalan perbuatan manusia oleh Allah swt di atas apa yang kita lakukan di bumi (Mizan -Neraca timbangan amal)dll.

Firman Allah dalam Surah Attaghobun:9 yang bererti:

" Pada hari Allah mengumpulkan engkau semua, iaitu hari yang merugikan (kaum kafirin dan musyrikin, yakni hari qiamat. Barang siapa yang beriman kepada Allah dan mengerjakan kebaikan Allah akan menutupi semua kesalahan-kesalahannya dan akan memasukkan dalam syurga yang di bawahnya itu mengalirlah sungai-sungainya. Mereka kekal di dalam syurga itu selama-lamanya dan yang sedemikian itu adalah suatu kebahagiaan yang agung sekali".

Friday, October 30, 2009

Kekalkan menghafal Quraan

Jumaat, 30 Oktober/11 Z. Kaedah 1430



Abdullah ibn Mas'ud ra berkata:

Ertinya'' Nabi saw bersabda, "Suatu hal yang paling buruk bagi seorang muslim ialah: mengatakan: Saya telah lupa ayat itu", tetapi hendaklah dikatakan "telah dijadikan aku lupa. Dan bacalah selalu al-Quran, janganlah kurang perhatianmu kepadanya: kerana sesungguhnya Al- Quran itu lebih cepat terlepasnya dari dadamu, daripada terlepas unta dari tambatannya".

- (Al- Bujari, Muslim, Al Lu lu lu wal Marjan)

Abu Musa ra berlata :

"Nabi, saw bersabda:"Ulang-ulanglah selalu bacaan Al- Quran, kerana demi Tuhan, yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya Al- Quran itu lebih cepat terlepasnya dari dadamu, dari pada terlepas unta dari tambatannya"

Huraian:

1. Nabi , saw menerangkan bahawasanya perkatan yamah peling buruk yang diucapkan oleh seseorang , ialah : "Saya lupa ayat itu. ayat ini." Sebabnya dicela orang yang melupakan Al Quraan (melupakan ayat-ayat yang telah dihafaz, atau surah-surah yang telah dihafaz) , ialah kerana yang demikian itu memberi pengertian bahawa kepada Al Quran. Dia lupa adalah kerana kurang perhatiannya . Sekiranya dia selalu memperhatikannya, selalu dibacanya, tentulah kekal hafalannya dan selalulah dia ingat kepadanya.


2. Tetapi dia lupa sesuatu ayat, hendaklah ia megatakan bahawa dia telah dijadikan lupa kepada ayat itu. Perkatan Nabi ini memberi pengertian bahawa tidak layak disandarkan lupa kepada diri sendiri yang disebabkan kurang perhatiannya, hanya hendaklah ia mengatakan (saya dijadikan lupa). Hal ini memberi pengertian bahawa di mengakui perhambaan dirinya serta penyerahan dirinya kepada qudrat Illahiyah. Yang dibenci di sini, bukan mengatakan (saya telah lupa). Yang dibenci , hanyalah keadaaan kita yang melupakan Al- Quraan itu.

3. Hendaklah kamu selalu berusaha supaya kamu sentiasa ingat akan Al- Quran. Tegasnya janganlah kamu berlaku lengah dalam memlihara dan menghafal Al- Quran. Kita dianjurkan berbuat demikian, adalah kerana kita mudah sekalai lupa, bila tidak terus menerus kita memelihranya. Al- Quran lebih cepat terlepas dari ingatan, daripada terlepas unta dari tanbatannya.

Thursday, October 29, 2009

Dakwah satu kewajipan setiap individu

Khamis, 29 Oktober, 2009/10 Z. Kaedah 1430.

Setiap kita yang mukmin mempunyai peranan untuk menyeru kebaikan dengan menjalankan dakwah menyeru ke jalan Allah dengan mentaati perintahNya.

Firman allah swt:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".


- (Surah Ali imran: 104)

Walaupun Allah menghendaki satu kumpulan yang menjaankan dfakwah secara khusus, tetapi tidak lepada tangyngjawab seseorang itu uhguk sma-asma menyeru dan bredakwa ke arah kebaian. Keran alah jua mewajibkan Amar Makruf dan Nahi Mungkar ke atas seluruh umta berdasarkan ayat Surah Ali imran:110) yang bermaksud:

"Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah".

Dan sabda Rasullah saw yang bermaksud:

"Demi jiwa yang berada di dalamkekuasaannya, hendaklah kamumenyuruh berbuast baii dan melarang berbuat jahat dan menegah orang yang zalim, ataupun Allah menurunkan azabnya ke atasmu".

Adalah mendai tanggungjawab individu tersebut untuk mecegeh kemungaran dan melakasanak dakwah, kerana jiak tidak diberi perhatian,aksiat dan mungkar berlaji, seluru masyarakta akan etrepaksa menghadip kesan y atau akibat yang elaku.
Firman allkah dalam surah al -Isra':16 yang ermaksufd:

" Dan a pabila sampai tempoh kami hendak menbinasakan penduduk sebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhakakan dan melakukan maksiat padanya, maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya, sehnacur-hancurnya"

Walaupun tidak semua yang melakukan kerusakann atau maksiat, tetap sikap mereka berdiam diri terhadap kemungkaran, kemaksiatan dan kederhakaan yang berlaku menyebabkan mereka sama-sama bertanggungjawab terhadap keburukan yang berlaku itu.

-

Wednesday, October 28, 2009

Nikmat Allah

Rabu 28 Oktober 2009/9 Z. Kaedah 1430.



Nikmat-nikmat Allah swt itu sekalipun tidak dapat dihitung secara perinci, namun secara umumya dapat dihitung dalam lima bahagian:

1. Nikmat Pertama.

Kebahagian di akhirat di dalam syurga Allah, iaitu kebahagiaan yang kekal abadi tak ada keancuran, kegembiraaan yang tiada kesedihan, kepandain yang tiada kebodohan, kekayaan yang tiada bercampur dengan kefakiran. Tetapi tidak akan dapat mencapainya kecuali denan pertolongan Allah. kebahagian yang pertama ini tidak dapt sempurna kecuali degan adanya nikmat jenis kedua.

2. Nikmat kedua.

Keutamaan-keutamaan jiwa yang jumlanya ada empat jenis iaitu;

a. Akal yang disempurnakan dengan ilmu
b. Pemeliharaan diri yang ddesmpurnakan dengan menjauhi haram, syubahat dan maksiat.
3. Keberanian yang disempurnakan dengan rasa kesedaran.
4. Keadilan yang disempurnakan dengan cara kesedaran.

ke empat macam nikmat tersbut pada hakekatnya adalah merupakan pokok-pokok agama. Keutamaan kedua ini dapat disempurna dnegan adanya nikmat seperti ketiga.

3. Nikmat ketiga.

Keutamaan-keutamaan badaniyah yang terhitung dalam empat macam iaitu.

1. Kesihatan badan
2. Kekutan badan
3. Keelokan badan
4. Panjang umur.


Nikmat di atas dapat sempurna dengan adanya nikmat ke emapt.

4. Nikamat ke empat.

Keutamaan-keutamaan yang meliputi pada manusia yang terkumpul dalam empat macam iaitu:

1. Harta
2. Keluarga.
3. Kemuliaan.
4. Keluarga mulia.


Tetapi tidaklah dapat sempurna mengambil manfaat dengan nikmat-nkmat tersebut
kecuali dengna adanya nikmat macam kelima.

5. Nikmat Kelima.

Keutamaan-keutamana yang merupakan taufik, keutamaan-keutamaan ini ada empat macam

1. Hidayah Allah
2. Pimpinan Allah
3. Pembetulan Allah
4. Kekuatan dari Allah swt

Tuesday, October 27, 2009

Musibah penebus dosa

Selasa, 27 Oktober 2009/7 Z. Kaedah 1430


Maksud Firman Allah swt dalam surah As-Syuura ayat 29- 31:



29. Dan diantara ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaannya) ialah menciptakan langit dan bumi dan makjluk-makhluk yang melata yang disebarkan olehNya pada keduanya. Dan Dia maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendakinya.

30. Dan apa saja musibah yang menimpa kami, adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kami sendiri dan Allah swt memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan kami).

31. Dan kamu tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah) di muka bumi dan kamu tidak memperoleh seseorang pelinding pun dan tidak pun seorang pen0long selain dari Allah.

Tafsirannya:

1. Allah swt berfirman tentang tanda-tanda keagungan dan kekuasaanyNya, di antaranya adalah penciptaan langit dan bumi serta penciptaan makhluk-makhluk yanh melata ynag ada di langit dan di bumi, meliputi jenis manusia, jin, malaikat dan binatang-binatang dai segala jenisnya, nberbagai bentuk dan warnanya, semuanya itu Allah Maha kuasa untuk mengumpulkan di padang Mahsyar kelak di hari kiamat jika Dia menghendaki.

2. Allah berfirman bahaawa musibah dan bala' yang menimpa manusia adalah akibat dari ulah tangannya sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan.

3. Allah berfirman dalam surah Fathir ayat 45, " Dan sekiranya Allah menghukum manusia disebabkan apa yang mereka telah perbuat, niscaya Dia tidak akan menyiksakan satu pun makhluk bergerak yang bernyawa di bumi ini, tetapi Dia menangguhkan (hukumannya , sampai waktu yang sudah ditentukan . Nanti apabila ajal Allah Maha Melihat (keadaan ) hamba-hambaNya" .

4. Dan diriwayatkan oleh immam Ahmad dari Mu'awiyah bin Abi Sufya yang berkata, " aku mendengar Rasulullah bersabda, yang ertinya, " Tiada suatu yang mengganggu seorang mukmin pada tubuhnya, melainkan Allah menebus dengan musibah itu sebahagaian dari dosa-dosanya"

5. Dan diriwayatkan pula oleh Imam Ahnad daru Siti Aisyah sebuah hadis
yang bermaksud;
"Bila seseorang sudah banyak berbuat dosa dan tidak mempunyai amal yang dapat menebus dosa-dosa it, maka Allah akan menimpakan kepadanya kesusahan-kesusahan untuk menjadi penebus dosa-dosa itu"


Monday, October 26, 2009

Eratkanlah Silaturrahim sesama muslim

Isnin, 26 Oktober 2009/ 7 Z. Kaedah 1430=H

Eratkanlah Silaturrahim sesama muslim.

Silaturrahim (kasih sayang) akan membawa kebahagiaan bagi seseorang. Allah memberikan kemudahan rezeki dan melanjutkan usia seseorang yang melakukanya. Sebagaimana sabda Rasulullah saw;

" Barangsiapa yang ingin murah rezeki dan dilanjutkan umur (usianya) hendaklah ia menghubungkan silaturrahim"

- Riwayat Al Bukhary).

Bila terjalinnya silaturrahim urusan yang berkaitan sesama ahli keluarga dan sesama muslim akan berjalan lancar, mudah dengan berkat silaturrahim yang berjalan. Bila lancar , semua urusan pekerjaan menjadi mudah dan lancar, maka umur tak akan sia-sia.Usia dan umur pun dapat dipergunakan dengan sesuatu yang bermanafaat., dan selama waktu hidupnya dapat dimanafaatkan dengan sesuatu amal perbuatan yang berguna. Itulah yang dinamakan panjang umur! Kerana hakikat umur panjang ialah bagi mereka yang banyak amal perbuatan yang baik, yakni mereka yang menmanfaatkan umurnya dengan kebaikan.


Allah melarang memutuskan silaturrahim sesama islam kecuali uzur
syar'i.

Meghubungkan silaturrahim ialah dengan jalan hormat menghormati sesama kita muslim seperti hormat kepada tamu, hormat kepada jiran dan menjalinkan persaudaraan serta bebaik-baik terhadap ahli keluarga, dengan mengadakan hubungan ziarah menziarahi dengan niat untuk berkasih mesra atau bersilaturrahim terutama antara sesama saudara sekturunan (keluarga serumpun).

Elakkan perbezaan kedudukan kaya miskin itu menjadikan hubungan yang menunjukkan kesombongan atau kehinaan terhadap antara satu dengan yang lain. Di mana perlu jika terdapat saudara atau jiran ynag memerlukn pertolongan atau bantuan atau nasihat hendaklah kita menghulurkan apa juga bantuan sekadar yang mampu, bagi membantu kesulitan atau pendritaan yang sedang dihadapinya. Kita hendaklah bertolak ansur dan saling memaafkan di atas sebarang kesilapan tindakan atau kelakuan yang boleh memutuskan hubungan kasih sayang antara sesama muslim yang semestinya bersaudara di sisi Allah swt.

Allah swt paling benci kepada mereka yang memutuskan silaturrahiam. Sebagaimana sabda Rasulullah saw;

"Dua orang yang Allah swt tidak akan melihatnya (dengan rahmat) di Hari Qiamat (kerana murkanya);
1. Orang yang memutuskan silaturrahim dan,
2. Orang yang jahat terhadap jirannya"

Oleh itu kita hendaklah kita adakan silaturrahim yang baik, dan sekiranya berjauhan adakanlah selalu hubungann dengan surat menyurat atau sekarang ini alat telkomunikasi seperti telefon, e-mail dan seumpamaya.

Firman Allah swt dalam suarh AN-Nisa': 1;

"Wahai umat manusia, hendaklah kamu sekalian bertaqwa kepada Allah, yang telah menjadikan kamu sekalian (berasal) dari satu bapa (Adam) yang kemudian dijadikannya pula pasangannya , dari kedua jenis kelamin iaitu maka berkembang biaklah manusia di muka bumi ini lelaki da perempuan. Maka hendklah kamu takut kepada Allah yang kamu minta-meminta dengan namaNya, demikian juga hendaklah kamu jaga tali persaudaraan (silaturrahim). Allah selalu waspada tehadap kamu sekalian"

Abul Laits berkata:

"Jika seorang itu dekat dengan kerabatnya maka hubungan kerabat itu berupa hidayah-hidayah dan ziyarah, jika tidak dapat membantu dengan harta, maka cukup dengan tenaga, jika jauh maka hubunginya dengan surat menyurat dan jika dapat mendatangi maka itu lebih utama. Ketahuilah bahawa silaturrahim itu mengandungi sepuluh keuntungan iaitu:


Mendapat keridhaan Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. menyuruh silaturrahim

Menggembirakan mereka kerana ada hadis yang mengatakan bahawa seutama-utama amal ialah menyenangkan orang mikmin

Kegembiraan malaikat kerana malaikat senang dengan silaturrahim

Mendapat pujian kaum muslimin

Menjengkelkan iblis laknatullah

Menambah umur

Menjadi berkat rezekinya

Menyenangkan orang-orang yang telah mati kerana ayah dan nenek-nenek itu senang jika anak cucunya bersilaturrahim

Memupuk rasa cinta di kalangan kekeluargaan sehingga suka membantu bila memerlukan bantuan mereka

Bertambahnya pahala jika ia mati sebab selalu diingati kepadanya jika telah mati dan mendoakan kerana kebaikannya

Anas r.a berkata: "Tiga macam orang yang akan berada di bawah naungan Allah s.w.t. pada hari kiamat iaitu:

1. Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan diberkati umurnya dan dilapangkan kuburnya dan rezekinya

2. Wanita yang ditinggal mati oleh suaminya dan ditinggali anak-anak yatim lalu dipeliharanya sehingga kaya mereka atau mati

3. Orang yang membuat makanan lalu mengundang anak-anak yatim dan orang-orang miskin

Al-Hasan berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dua langkah manusia yang disukai Allah s.w.t. ialah:

1. Langkah menuju sembahyang fardhu dan

2. Langkah menuju silaturrahim kepada kerabat yang mahram .



Lima macam siapa yang melaziminya bertambah hasanatnya
bagaikan bukit yang besar dan dilapangkan rezekinya iaitu:


1. Siapa yang selalu sedekah sedikit atau banyak

2. Orang yang menghubungi kerabat

3. Orang yang selalu berjuang untuk menegakkan agama Allah s.w.t.

4. Orang yang selalu berwuduk dan tidak memboros penggunaan air

5. Orang yang tetap taat kepada kedua ibu bapanya


Semoga Allah menjadikan kita orang yang sentiasa berbuat baik dengan mengertakan hubungan silaturrahim sesama kita, ahli keluarga, jiran dan saudara sesama muslim seagama.

" Menghubungkan Silaturrahim " atau tali persaudaraan dan kekeluargaan. Silah = maknanya hubungan, Ar-Rahim maknanya pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga.

Allah subhanahua ta’ala mewajibkan kepada kita semua untuk menghubungkan silaturrahim dan mengharamkan, memutuskannya dan menyuruh supaya sentiasa berbuat baik dan tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikan kepada semua manusia terutama kepada yang ada hubungan kekeluargaan ataupun kerabat .


Firman Allah di didalam surah An-Nisa’ ayat 36 :

Ertinya :

" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri "


Menghubungkan silaturrahim ialah berbuat baik kepada semua yang ada pertalian kekeluargaan di antara kita. Bersegeralah menolong dan membantu mereka jika mereka memerlukannya dan jagalah perasaan mereka dengan sikap lemah lembut. Juga cintailah mereka dan berilah nasihat dan tolonglah mereka dalam segala masalah yang sedang mereka hadapi.


Dahulukanlah mereka dalam setiap perbuatan yang baik seperti dalam pemberian sedeqah, hidayah - dari orang lain di atas dasar silaturrahim. Sabda nabi s.a.w yang maksudnya :

" Sedeqah kepada orang miskin mendapat pahala sedeqah sahaja sedangkan kepada yang ada hubungan keluarga mendapat dua pahala iaitu pahala sedeqah dan pahala menghubungkan silaturrahim ".

Menjadi kewajipan setiap muslim untuk berlaku baik dan mengambil berat kepada semua yang ada hubungan kekeluargaan & dan inilah yang disebut
menghubungkan silaturrahim sama ada hubungan pertalian darah atau pernikahan umpama kelurga sebelah isteri atau suami. Menghubungkan silaturrahim ini diutamakan kepada keluarga yang ada keretakan. Hubungkanlah silaturrahim dengan mereka & lupakan kebencian dan padamkan api dendam & berlaku baik dan tunjukkan kasih sayang kepada mereka.


Allah subhanahua ta'ala berfirman di dalam surah Fussilat ayat 34
Ertinya :

" Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik apabila engkau berlaku yang demikian maka orang yang merasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."

Telah diriwayatkan di dalam hadis nabi s.a.w. , seorang sahabat bertanya kepada nabi (s.a.w.) : " Sesungguhnya saya mempunyai keluarga & saya menghubungkan silaturrahim dengan mereka tetapi mereka memutuskannya & saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya & saya memaafkan mereka tetapi mereka berlaku zalim terhadap saya. Bolehkah saya buat sebagaimana yang mereka buat ". Sabda nabi s.a.w. Tidak boleh dan jika kamu buat yang demikian bererti kamu juga telah memutuskan silaturrahim dengan mereka. Tetapi bersikap mulialah terhadap mereka dan teruskanlah menghubungkan silaturrahim dengan mereka kerana sesungguhnya pertolongan Allah sentiasa bersama kamu selagi kamu berbuat yang demikian.



Hubungkanlah silaturrahim dan jangan sekali-kali memutuskannya bersabarlah terhadap perbuatan yang menyakitkan & berbuat baiklah kepada yang berbuat jahat kepada kamu & bergaullah bersama mereka dengan akhlak yang mulia semoga kita semua beroleh kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Wallahu a'lam.

Asal kejadian manusia.

Isnin, 26 Oktober, 2009/ 7 Z. Kaedah 1430


Asal kejadian manusia.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Terjemhannya, Dari Abu Abdul rahman Abdullah bin Ma'sud bin Ghafil Al hazli ra katanya,

“ Telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah saw dan ia benar lagi dibenarkan, sesungguhnya salah seorang kamu kumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari air mani, kemudian jadi segumpal darah seperti yang demikian itu, empat puluh hari, kemudian jadi seketul daging seperti yang demkian itu juga, iaitu empat puluh hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu dituiupkan ruh padanya dan diperintahkanya menulis empat kalimah iaitu rezekinya, dan umurnya,dan amalnya dan celanya atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, Sesungguhnya salah seorang kamu megerjakan dengan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainakn sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan dengan amal ahli neraka, mak masuklah ia ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak anataranya nerka melainkansehasta, kemudian tedahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan amal ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.”

Keterangannya:

1.Asal kejadian manusia dari anasir yang sma, iaitu dari air mani, dan keluar ke dunia dari tempat yang sama , dalam kedaan ynag sama-sam tidak mengetahui sesuatu. Berdasarkan kejadianny aynag sama iunikah , mak manusis senuny adalah satu sahaja tarafnya, tidak ada kemuliaan dan kehinaan seseorang, sebagaiman atidak ada sebarang sebab baginya emandang ketinggian dirinya dan kerendahana orang lain.

2.Ini juga menunjukkan kekuasaan Allah dan kebijaksanaanya menciptakan manusia dengan cara beransur-ansur serta ditempatkan pula garis perjalanna hidupnya di dunia, supaya manusiasedar akan dirinya, mengetahui halnya, faham hakikat hidupnya, iaitu ia diciptakan, dihidupkan oleh tuahan serta ditujjukki sebab-sebab penhhidupannya, kesihatannya dan sebaganya.Akhirnya supaya ia mengerti dan percaya tuhan ynag mencipytakannya tulah Tuhan yang mematikannya dan membangkitkanya kelak dari kuburnya. Dan kebangkitan nini bagi tuhan tidaklah sukar. Kerana apakah sukarnya lagi baginya mewujudkan kembali suatu yang telah add, sedang dahulu semasa belum ada dapat diwujudkan.

3.Bahawa amal sesorang adalah syarat yang menghampirkan kepada balasan yangbaik atau jahat, surga atau neraka sebagaiman yanh difahamkan dari hadis tersebut, dan bahaw seseorang tiada seharusnya mempastikan diberinya masuk syurga kerana kebaikannya, dan mempastikan oarang lain masuk neraka kerana kejahatannya, atau pun membanggakan sengan amalnya dan nerasa sudah cukup taatnta, kerana ia tidak tauhun bagaiman khotimah atau ksudahnya kelk, bahagia atau celaka,

4.Apa yang perlu dilakukan ialah mengusagahakan supaya amalan yang baik itu terus-menerus sepanjang hayat (istiqomah) serta memperelokkannya,mengawasi dari perkara yang merosakkan dan supaya selalu memelihara perjalanan hati atau jiwanya dari peubahahna yang mendatangkan akibat yang celaka. Kerana perubahan inilah yang sangat ditakuti sekali dan kerana inilah Rasulullah sendiri membanyakkan doa supaya ditetapkan hati degan sabdanya,

“ Ya muqaali balqulub thabbit qalbi 'ala dii nika”

' Hai Tuhan yang mengubah segala hati. Tetapkan lah hatiku atas agamaku”

Dan pernah dikatakan orang kepada Rasul: “Hai Nabi Allah. Kami beriman kepada mu dan kepada apa yang engkau datangkan. Adakah engkau takuti atas kami? Sabdanya” Ya, kerana segala hati adalah di antara dua jari dan jari-jari Tuhan Rahman 'Azawjal. Yang diubah-ubahkannnya betapa ia kehendaki.”.

Sunday, October 25, 2009

Jauhi sifat takkabur terhadap nikmat Allah

Ahad 25 Oktber 2009/6 Z.kaedah 1430

Firman Allah dalam surah Fussilat Ayat 49, 50 dan 51.

Ayat 49:

"Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)."

Ayat 50:

"Dan demi sesungguhnya! Jika Kami beri dia sesuatu dari rahmat kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia ( dengan sikap tidak bersyukur):"Ini ialah usahaku semata-mata). Dan Aku tidak fikir bahawa hari Qiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku akan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenangku sekarang ini). Maka demi sesungguhnya! kami akan memberitahu kepada orang-orang yang kufur engkar itu akan keburukan apa yang mereka telah lakukan, dan Kami akan beri mereka merasai azab siksa yang seberat-beratnya.


Ayat 51:

"Dan apabla kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa - merayu dengan panjang lebar".

Tafsiran:

1. Allah swt berfirman , bahawa manusia tidak jemu-jemu berdoa kepada Tuhannya memohon kebaikan berupa harta benda, kesihatan jasmani dan rohani, keturunan anak atau cucu dan lain-lain, akan tetapi bila ditimpa musibah, kecelakaan atau kerugian, maka ia segera berputus asa dan putus harapan.



2. Dan apabila Allah swt, memeberinya rahmat dengan kemudahan rezeki dan sebagainya sesudah sekian lama menderita kesengsaraan dan kesusahan, maka ia akan berkata bahawa apa yang diperolehinya itu adalah hal yang sepatutnya dimiliki. Dan lebih dari itu ia membalas pemberian Alllah swt, itu dengan kekafiran dan keingkaran dengan kata-kata yang diucapkan, Aku tidak menegira bahawa hari qiamat akan datang, dan kalupun ia tiba niscaya akau akan mendapat tempat yang baik di sisiNya dan aku akan diberi kemudahan sebagaimannya Dia memberikan di dunia ini"

3. Manauisa jika diberi nikmat dan kesenangan di dunia ia akan berpaling dari perintah-perintah Allah swt, dan menyombongkan diri, seakan-akan apa yang diperolehinya adalah berkat kepandaiannya dan tidak ada kaitan sedikit pun dengan kekuasaan Tuhan , akan tetapi bila ia mendapat sedikkit kesukaran dan kesusahan dalam hidupnya, maka alangkah seringnya ia berdoa dan memohon kepada Allah.

Friday, October 23, 2009

Jangan dilalaikan harta kekayaan.

Jumaat, 23 oktober,2009/ 4,Z.kaedah 1430H.

Jangan dilaikan harta kekayaan dunia

Surah Al Munafiqun, Ayat 9 dan 10

Dalam ayat-ayat tersebut, Allah mengingatkan orang-orang Islam supaya jangan melupakan kepentingan, keperluannnya yang utama iaitu ingat dan taat serta patuh kepada perintah dan larangan Allah, dengan sebab sibuk mengumpulkan harta kekayaaan dan memperbanyakkan anak pinak sehingga melalaikan peringtan dan ajaran Allah. Bila melalaikannya kelak akan merugi, menyesal dan kecewa di akhirat kelak.

Juga Allah mengingatkan supaya rezeki yang dberikan oleh Allah kepadanya ialah untuk beramal yang akan menguntungkan dirinya sendiri, sebab bila maut akan mer aggut jiwa seseorang ia pasti akan menyesal bila tidak memperpergunakan harta kekayaannya itu untuk sesatu yang akan menjadi bekalnya di akhirat. Lalu ia akan minta ditangguhkan ajalnya agar dapat bersedekah dan menjadi orang yang soleh.


Ayat 9:


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu daripada menegingati Allah (dengan menjalankan (perintahNya). Dan (ingatlah!) sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

Ayat 10:

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan (kedatangan ajal matiku - kepada suatu masa yang sedkit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula menjadi dari golongan orang-orang yang soleh",

Sabda Rasulullah saw: Sesungguhnya Allah tidak aka menunda,engundrkan ajal seseorang jika telah tiba waktunya, sedang bertambah umur itu jika allah memebrikan kepada seorang hamba keturtunan anak yang baik mendoakan kepadanya, maka smapailah doa itu kepadanya di dalam kuburnya"

- ( Riwayat Ibn Abi Hatim)

Thursday, October 22, 2009

Khasiat Surah al-Ikhlas

Khamis, 22 Oktober 2009/3 Z.Kaedah 1430H


Khasiat Surah Al Ikhlas.

1. Barangsiapa yang membaca Surah Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca sepertiga Al Quran"

- ( HR Ahmad dan An Nasai)

2."Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga, maka seakan-akan dia telah membaca Al Quran seluruhnya"

- ( HR Al 'Uqaili dari Rajaa Al Ghanawy)

3. " Barang siapa membaca Surah Al-Ikhlas sebelas kali , Allah membangun rumah untuknya di syurga".

- (HR Ahmad dari Mu'az bin Anas)



Hadis-hadis di atas menunjukkan betapa keutamaan Surah Ikhlas. Kerana dalam Surah Al Ikhlas ini sepenuhnya menegaskan kemurnian atas keesaan Allah swt.


Pernah ada seorang sahabat Nabi saw datang kepada beliau menceritakan bahawa dia selalu memperbanyakkan membaca surah Al Ikhlas di dalam solat kerana kecintaanya.

Lalu beliau bersabda kepada sahabatnya itu: ' Kecintaanmu kepada surah Al Ikhlas itu dapat memasukkanmu ke syurga".



Khasiat beramal membaca Surah Al Ikhlasa. Antarnya.

1. Untuk mendapatkan kebaikan d dunia dan di akhirat: Caranya, bacalah surah Al Ikhlas setiap hari sebagai amalan sehari-harinya. Insya Allah berkat surah Al Ikhlas yang kita baca itu kita akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.



2. Untuk mencapai segala yang dimaksud. Caranya: Bacalah surah Al Ikhlas 1,000 kali pada waktu antara solat maghrib dan Isyak. Setelah selesai membaca berdoalah kepada Allah minta apa yang dihajati. Insya Allah Tuhan akan mengabulkan semua yang dimkasud atau hajati.



Tambahan:

1. Aisyah ra berkata: Apabila Rasulullah saw mengadu atau merasa sakit pada bahagian badan, baginda membaca ayat-ayat berikut pada tapak tangannya yang kanan, kemudian menyapukan kepada tempat yang beliau rasakan sakit itu:

1. Qul Hu Wallahhu Ahad
2. Qul 'Auzubil falaq
3. Qul a'uzura binnas

2. Jangan lupa mengawal diri sewaktu berada di tempat tidur.

Aisyah ra, mengtakan bahawa apabila Nabi saw berada di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda menggengam kedua tangannya sambil membaca ayat-ayat di bawah ini, dan kemudian menghembus kedua-dua tangannya itu.

1. Qul Hu Wallahhu Ahad
2. Qul 'Auzubil falaq
3. Qul a'uzura binnas

Setelah selesai membaca dan menghembusnya, baginda menyapu dengan kedua-dua belah tangannya ke seluruh tubuhnya sekadar mungkin, dengan memulakannnya dari atas kepala, muka dan jasadnya yang biasa kelihatan. baginda melakukan sebanyak 3 kali.

- (Hadis Riwayat Bukhari)

Wednesday, October 21, 2009

Balasan melakukan kebaikan

Rabu 21 Oktober 2009/2 Zukaedah 1430

Dari Abu Hurairah ra. Dari Nabi saw beliau bersabda:

“ Barang siapa yang melapangkan dari seorang mukmin satu kesusahan di dunia, niscaya Allah akan melapangkan darinya satu kesusahan kelak di hari kiamat. Dan barang siapa yang menolong orang yang berada dalam kesusahan, niscaya Allah akan mempermudah urusannya di dunia dan di akhirat.

Dan barang siapa menutupi (aib) saudaranya sesams muslim, niscaya Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat.. Dan barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga dan tidaklah berkumpul suatu kaum di dalam satu rumah Allah (masjid), untuk membaca kitab Allah dan mempelajarinya sesama mereka, kecuali akan turun kepada mereka ketenteramn, dan mereka dilitputi oleh rahmat (Allah ), dan dikelilingi oleh para malaikat. Dan Allah akan menyebut-nyebut (nama dan kebaikan) mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisinya, dan barangsiapa yang amalannya tidak mamacunya cepat (meraih darjat tinggi di sisi Allah) maka (ketinggian) nasabnya tak akan dapat memacunya cepat (meraih derajat tinggi itu)”

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan lafaz yang tertera di atas.)

Tuesday, October 20, 2009

Tanggungjawab Ibubpa terhadap anak.

Selasa 20 Oktobwr 2009/1 Zukaedah 1430

Tanggungjawab Ibubpa terhadap anak.


Jika direnung keadaan masyarakat Islam hari, oleh kerana makin banyak gejala-gejalan yang terkeluar dari amalan ajaran islam dari segi budaya serta cara hidup khususnya di kalangan belia, kita perlu melihat sebenarnya apakah puncanya yang kini masayarakat kita berhadapan dengan masalah-masalah yang yang tidak pernah didapati sebelum ini . Salah satu punca utamanya ialah didikan ibubapa yang tidak disempurnakan terhadap anak-anaki mereka.

1.Ibuubapa adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi mendidik anak-anaknya sebagai anak seorang islam yang soleh/soleha dan menjamin keselamatan anak-anak sebagai mukmin yang dapat masuk syurga dan terhindar dari siksaan api neraka.


2.Tanpa pendidikan agama yang sempurna, akan menjadikan mereka manusia yang tidak patuh mengamalkan perintah Allah di dunia ini dan akan menjadi perosak masyarakat dan menjadi hidup ini sia-sia dan mendapat siksa Allah di akhirat nanti kekal di neraka jaham.Kegagalan mendidik anak-anak di jalan Allah ini akan menyebabkan anak terjerumus ke dalam kehidupan yangh tidak taat kepada perintah Allah atau mengamalkan amalan hidup secara Islam dan tidak menyediakan ibadat untuk menghadapi kedupan di akhirat.


3.Oleh itu pendidikan agama bagi anak-anak sanagtlah penting bagi mendidik anak-anaknya sebagaimana yang dituntut oleh agama untuk mendapat keredhaan Allah swt. Didikan yangtuh kepada ajaran-ajaran agama itu tidak akan melakkan sesuatu yang tidak baik kecuali agama Yahudi,


4.Kesimpulan corak pendidikan Islam:
4.1. Jangan menyengutukan Allah kerana ia merupakan satu kezaliman yang besar.
- (Luqman:13)

4.2. Melakukan kebaikan kerana setiap perbuatan akan dinilai dan dibalas seklipun perbutan itu seberat sebiji sawi, berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi. Allah itu Maha lembut (baik) Maha mengetahui . ( al Luqman: 16)

4.3. Ajaklah anak mendirikan solat. Ajaklah mereka yang lain mengerjakan kebaikan dan tegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar, dan bersabaar terhadap apa-apa mala petaka yang menimpa.

4.4.Jangan sombong diii, memaling muka dari berhadapan dengan orang lain, berjalan jangan angkuh, Allah tidak suka orang yang sombong dan membanggakan diri.
4.Sesderhanakan langkah bila berjalan dan suara mau diperlahankan. Seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

Didikan ibu bapa sangat penting supaya sentaiasa taat taat kepada perintah Allah dengan melaksanakan tanggungjawab seperti solat, puasa, zakat, haji, melakukan kebaikan dan seumpamanya dengan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah atau dilarang oleh Allah. Jika didikan tidakanak-anak tidak diberikanatau disempurakan, seorang anak itu akan sanggup melakukan apa sahaja kejahatan yang dihadapinya dan akan menerima balasan keazaban dengan balasan neraka di akhirat nanti
Firmann Allah dalam Surah An Nisa'; 116 yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah tdak mengampuni dosa orang yang menyengetukanNya dengan apa juapun, dan mengampunkan yang lian daripada kesalahan itu bagi sesiapa yang menyengutukan Allah dengan sesuatu, maka sesungguhnya ia telah sesat , ssesesatnya.”

Akibat dari ketidak pedulian ibubapa mendidik anak-anak mereka, maka di hari ini akan dapat melihat di dalam masyarakat Islam sendiri bebagai gejala yang melanggar kehendak agama yang susah untuk di perbetulkan kerana keterlajuran tidak di asuh dengan kehidudpan mengikut kehendak agama islam itu,


Antaranya yang dapat diperlihatkan di kalangan generasi hari ini ialah:

1.Ada di kalangan anak-anak Islam yang berfahaman atheis, komunis, siosalis dan freethinker dan dipengaruk oleh agama laian seperti keristiian ddann budha atau hindu serta fahaman kepada kuasa ghaib sperti pokok, batu, gua dll.

2. Terlibat dengan hiburan yang mengkhayalkan seperti konsert, muzik filem dll.

3. Pergaulan yang melampau batas dan menggalakkan pendekatan ziza.

4. Mendedahkan aurat bagi wanita yang berpakaian tidak sopan dan keterlaluau yang boleh menggoda lelaki dan berlakunya perogolan dan perzinaan di kalangan mereka yang bergaul bebas.
.
5.Tidak menghormatan ibubapa dan guru mereka .

6.Tidak membrikajnperjatain untk belajar agama untuk kenambah pengetahuan yang perlu ditambah untuk memlakuka amalan ynag dit8untut dalam islam spert membaca , mengkaji al Quran dan bidng agama yang berkaitan seperti mengenai munakahat, solat, serta pengajian yang berkaitan dewngan ilmu fardhu ain.yang lain.

7.Tidak mengambil berat melakukan solat dalam waktu yang diwajibkan, tetapi lebih mengutama mengejar perniagaan atau tugas dunia yang sementara ini dan boleh meneyebakan mereka kufur terhadap Allah swt seperti dengan meninggalkan solat tanpa sebab atau sengaja meringan-ringankan solat frdhu.

8. Di kalangan orang islam sendiri ada yang tidak memelihara hubungan sesama sendiri,seperti memberi ucapan salam, mengeratkan silaturrahim dengan jiran, sahabat handai dan tidlak lagi menggalakkan tolong menolong anatara satu sama lain. Sebalikannya melakukan permusuhan sesma islam dalam merebut kuasa dan kedudukan tanpa menghiraukan dosa yang dilakukan terhadap sesama Islam.
Dengan suasana gejala sosial dan lain-lain maksiat yang dilakukan dalam masyarakat hari , anggota masyarakat di semua peringkat terpaksa melakukan sesuatu bagi mengelakkan perkara mungkar bermaharaja lela berlaku dengan mengadakan berbagai aktiviti , seperti dakwah , teguran dan nasihant di mana yang dapat. Jika tidak keadaan yang melanggar perintah Allah ini akan di murka, Allah dan diturukan musibah di kalangan masyarakat seperti bala bencana ,dengan tujuan memberikan keinsafan kepada manusia yang telah membelakangkan tanggungjawab sebagaimana yang wajib di lakasnakan sebagai khaliifh Allah di dunia ini.

Semoga ibubapa yang bertanggungjawab terhadap anak-anak ini akan dapat menyempurnakan didikan seta asuhan dalam keluarga masing-masing, melalui sekolah agama, atau institusi agama yang dapat membentuk sahsiah dan menentukan keturunannya akan mengamalkan ajaran islam dan akan dapat menjamin kehidupan di dunia yang diredha Allah dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti.

Monday, October 19, 2009

Rahmat Allah yang melimpah

Isnin 19 Oktober 2009/30 Syawal 1430

Rahmat Allah Yang melimpah
Rahmat Allah swt yang melimpah.

Allah swt memberi rahmatNya dengan tidak memandang bulu, dengan tidak memandang baik atau buruknya seseorang yang diberi itu.Tatapi rahmat yang diberikan dengan tidak memandang bulu itu adalah rahmat-rahmat yang kecil, dalam waktu terbatas ia itu selama hidup di dunia ini terhad dalam tempoh jangka umur seseorang itu yang sangat terhad . (60- 70, 80, 90 tahun...? )

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Allah telah menjadikan rahmat dalam seratus bahagian, maka ditahan pada-Nya yang sembilan puluh sembilan dan diturunkan dibumi satu bahagian, maka dengan satu bahagian itu masing-masing makhluk berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana khuatir memijak anaknya."

Sabda rasulullah saw;

" Sesungguhnya Allah swt pada hari ia menciptakan langit dan bumi, menciptakan pula akan 100 rahmat. masing-masingnya memenuhi ruang antara langit dan bumi. Di antara 100 rahmat tersebut dijadikan Allah hanya satu rahmat untuk di bmi ini.Dengan rahmat yang satu itulah berkasih sayangng antara seorang ibu dan anaknya, antara binatang-binatang liar dan burung-burung terhadap anak-anak masing-masing, 99 rahmat liannya ditahan dan bila sudah terjadi kiamat besar, diempurnakanNyalah rahmat itu".

Firman allah swt:

"Katakan lah (Hai Muhammad): Harta benda (kesenangagan) dunia ini sedikit, di akhirat itu lebih baik bagi orang yang taqwa di mana mereka tidak akan dianiaya di rugikan) sekalipun sedikit".

- (An Nisa': 77)

Abul-Laits berkata: "Rasulullah s.a.w. telah menerangkan kepada kaum mukmin rahmat Allah s.w.t. supaya mereka bersyurkur kepada yang telah memuliakan mereka dengan rahmat-Nya dan rahmat amal soleh, sebab siapa yang mengharapkan rahmat Allah s.w.t. harus beramal mengikut petunjukNya untuk mencapai rahmatNya.



Ibn Abbas r.a. berkata: "Ketika turun ayat:

"Warahmati wasi'at kulla syai'i." Yang bermaksud: "Rahmat-Ku meliputi segala sesuatu.", maka iblis laknatullah menonjol-nonjolkan diri sambil berkata: Saya termasuk dari sesuatu, tentu saya akan mendapat bahagian dari rahmat-Nya." Demikian pula kaum Yahudi dan Nashara (Kristien), kemudian diturunkan lanjutannya:

"Fasa aktubua lilladz ina yattaquna wayu'tunazzakat walladzina hum biayatina yuminun." Yang bermaksud: "Maka Aku tetapkan rahmat-Ku pada orang-orang yang taqwa, jaga-jaga diri dari syirik dan mengeluarkan zakat, dan mereka percaya pada ayat-ayat Kami."

Iblis laknatullah patah harapan untuk mendapat rahmat tetapi Yahudi dan Nashara merasa tidak syirik dan sudah mengeluarkan zakat dan percaya pada kitab Allah s.w.t. Kemudian turun ayat lajutannya:

"Alladzina yattabi Uunarsulan nabiyyal ummiya." Yang bermaksud: "Ialah mereka yang mengikuti rasul nabi yang ummi yaitu Nabi Muhammad s.a.w." Sampai disini kaum Yahudia dan Nashara putus dari rahmat Allah s.w.t. Oleh sebab itu maka kewajipan utama bagi tiap-tiap orang mukmin memuji syurkur kepada Allah s.w.t. atas kurniaan nikmat iman yang diberikan Allah s.w.t. kepadanya, disamping mengharapkan semoga segala dosa-dosanya diampunkan oleh Allah s.w.t.

Yahya bin Mu'adz Arrazi dalam doanya berkata: "Ya Allah, Engkau telah menurunkan satu rahmat dan memuliakan kami dengan rahmat beragama Islam, apabila melengkapkan rahmat yang merata, bagaimana kami tidak akan mengharapkan pengampunan-Mu."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Al-khudri r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Ada seorang masuk syurga tanpa amal kebaikan, hanya ketika ia akan mati berpesan kepada keluarganya: "Jika saya meninggal bakar mayatku dan tumbuk tulang-tulangku sampai halus kemudian abunya taburkan separuh didarat dan separuh dilaut, maka ketika mati, dilaksanakan wasiatnya. Maka Allah menyuruh darat dan laut supaya mengumpulkan abunya, kemudian ketika ditanya: "Mengapa kau berbuat sedemikian itu?" Jawabnya: "Kerana takut kepadaMu Tuhan. Maka Allah mengampunkan baginya kerana takutnya kepada Tuhan itu."



Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr Al-ash berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya bagi Allah tidak ada dosa yang tidak dapat diampunkannya, ada pada ummat yang sebelum kamu seorang yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang kemudian pergi kepada pendeta dan berkata: "Saya telah membunuh sembilan puluh sembilan jiwa, apakah ada jalan bagiku untuk bertaubat?" Jawab pendeta: "Tidak ada, sebab perbuatanmu sudah melampaui batas." Maka segera ia berdiri dan langsung membunuh pendeta itu sehingga genap yang dibunuh seratus orang. Kemudian pergi ke pendeta yang lain dan berkata: "saya telah membunuh seratus orang, apakah ada jalan bagiku untuk bertaubat?" Jawab pendeta itu: "Sebenarnya perbuatan mu sudah melampau dan saya tidak mengetahui, hanya disana ada dua dusun, yang satu bernama Bushro dan penduduknya orang-orang baik yang selalu mengerjakan amal ahli syurga, sedang yang lain bernama Kafrah, penduduknya hanya berbuat derhaka melakukan amal ahli neraka, maka bila kamu pergi ke Bushro dan mengikuti amal perbuatan mereka, maka jangan ragu bahawa taubat mu akan diterima." Maka pergilah ia ke Bushro, dan ketika ia ditengah jalan jatuh mati, maka bertengkarlah Malaikat Siksa dan Malaikat Rahmat, sehingga bertanya kepada Tuhan. Maka disuruh: "Ukur saja maka kedusun mana ia lebih dekat, masukkan ia kegolongan penduduknya." Tiba-tiba terdapat ia lebih dekat kedusun Bushro sekadar ujung jari, maka ia tercatat dari golongan penduduknya."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud berkata: "Tiga macam yang saya berani bersumpah sedang yang keempat bila saya bersumpah pasti benar:

*

Allah s.w.t. tidak akan memelihara seseorang didunia, kemudian diserahkan kepada lainNya dihari kiamat.
*

Allah s.w.t. tidak akan menyamakan orang yang mempunyai bahagian dalam Islam dengan yang tidak mempunyai bahagian.
*

Tidak seorang yang cinta pada suatu kaum, melainkan akan berkumpul dengan mereka pada hari kiamat.
*

Allah s.w.t. tidak menutupi hamba didunia melainkan pasti akan menutupinya diakhirat.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Mas'ud r.a. berkata: "Empat ayat surah Annisaa' bagi kaum muslimin lebih baik dari dunia seisinya."

Ayatnya ialah:

*

Innallaha laa yagh firu an yusy roka bihi wayagh firu maa duna dzalika liman yasaa'u waman yusy rik billahi faqad iftara itsman adziima. Yang bermaksud: Allah tidak akan mengampuni pada orang yang syirik dan dapat mengampuni selain itu bagi siapa yang dikehendaki, dan siapa yang syirik (mempersekutukan Tuhan) maka ia telah berbuat dosa yang sangat besar.
*

Walau annahum idz dhalamu anfusahum jauka fas taghfarullaha was taghfara lahumurraluuhu lawajadullaha tawwaba rahima. Yang bermaksud: Andaikan ketika mereka berbuat zalim itu datang kepadamu (Nabi Muhammad s.a.w.), lalu minta ampun kepada Allah dan dimintakan ampun oleh Rasulullah, pasti mereka akan mendapatkan Allah itu maha pengampun lagi penyayang.
*

In taj tani bu kabaa ira maa tunhauna anhu nukaffir ankum sayyi aatikum wanud khilkum mud kholan kariima. Yang bermaksud: Jika kamu meninggalkan dosa-dosa yang besar yang telah dilarang, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosamu yang kecil-kecil dan memasukkan kamu dalam tempat yang mulia.
*

Waman ya mal suu'a au yadh lim nafsahu tsumma yas tagh firillaha yajidillaha ghafuu ra rahima. Yang bermaksud: Dan siapa berbuat kejahatan atau menganiaya diri sendiri kemudian membaca istighfar (minta ampun) kepada Allah, pasti akan mendapatkan Allah maha pengampun dan penyayang.

Jabir bin Abdillah An-Anshari r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Syafaatku untuk orang-orang yang berdosa besar dari ummatku, siapa yang mendustakannya tidak akan mencapainya." Jabir r.a. berkata: "Orang yang tidak berdosa besar tidak memerlukan syafaat sebagaimana ayat ketiga diatas."



Seluruh rahmat, nikmat, hartabnda atau kesenganagan di dunia ini terbatas sekali, terbatas banyaknya dan terbatas waktu kegunaannya. Bila seorang jatuh sakit yang berat, tak ada guna baginya wnag yang bagaimana juga banyaknya atau harta yang bagaimana juga banyak atau bagusnya. Tetapi rahmat atau kesenangan di akhirat itu tidak terbats baik jumlahnya begitu juga waktunya.

Oleh itu di sampunag mencari kesenagnan dunia sekarang ini,kita jangan lupa mencari kesenagnan untuk di akhirat nanti.Sebodoh-bodoh manusia ialah orang yang mengorabankan kesengangan akhiratnya untuk mendapat kesengangan dunia ini.

Sabda Rasulullah: " Sejelek-jelek kedudukan manusia pada sisi Allah di hari kiamat ialah seorang yang mengorbankan akhiratnya untuk dunia lainnya"

Sunday, October 18, 2009

Memohonlah keampunan kepada Allah swt

Ahad 18 Oktober 2009/29 Syawal 1430

Memohon keampunan kepada Allah swt.

Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hamba-Nya agar mereka dapat membersihakan dirinya daripada dosa-doasa yang dilakukan semasa hidupnya.

Sebagai hamaba Allah manusia itu sentiasa melakukan dosa atau kesalahan ynag berupa keengkaran perintah Allah swt. Dengan rahmatNya Allah memberikan keampunan kepada hamba untuk emninsaf dan menyesal di atas kesalahan yang dilakukan dan berbalik ke pangkal jalan taat dan bertaqwa kepada Allah. Nabi Muhammad telah membenarkan hal ini dalam sebuah sabdanya yang berbunyi: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."

Taubat dari segala kesalahan tidaklah membuat seorang terhina di hadapan Tuhannya. Hal itu justru akan menambah kecintaan dan kedekatan seorang hamba dengan Tuhannya karena sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang bertaubat dan mensucikan diri.

Sebagaimana firmanya dalam surat Al-Baqarah: 222, "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

Taubat dalam Islam tidak mengenal perantara, bahkan pintunya selalu terbuka luas tanpa penghalang dan batas. Allah selalu menbentangkan tangan-Nya bagi hamba-hamba-Nya yang ingin kembali kepada-Nya.

Seperti terungkap dalam hadis riwayat Imam Muslim dari Abu musa Al-Asy`ari:

"SesungguhnyaAllah membentangkan tangan-Nya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kesalahan pada malam hari sampai matahari terbit dari barat."

Rugilah orang-orang yang berputus asa dari rahmat Allah dan membiarkan dirinya terus-menerus melampai batas. Padahal, pintu taubat selalu terbuka dan sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya karena sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang.

Firman Allah dalam surat Ali Imran ayat: 133, "Bersegaralah kepada ampunan dari tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa yaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."

Taubat yang tingkatannya paling tinggi di hadapan Allah adalah "Taubat Nasuha", yaitu taubat yang murni.

Sebagaimana dijelaskan dalam surat At-Tahrim: 66, "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam sorga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bresamanya, sedang cahaya mereka memancar di depan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan 'Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kamidan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu'".

Taubat Nasuha adalah bertaubat dari dosa yang diperbuatnya saat ini dan menyesal atas dosa-dosa yang dilakukannya di masa lalu dan brejanji untuk tidak melakukannya lagi di masa medatang. Apabila dosa atau kesalahan tersebut terhadap bani Adam (sesama manusia), maka caranya adalah dengan meminta maaf kepadanya. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat, "Apakah penyesalan itu taubat?", "Ya", kata Rasulullah (H.R. Ibnu Majah). Amr bin Ala pernah mengatakan: "Taubat Nasuha adalah apabila kamu membenci perbuatan dosa sebagaimana kamu pernah mencintainya".



“ Allah berfirman : “ Wahai anak Adam, selagi engkau meminta dan berharap daripadakKu maka Aku akan ampunkan semua (dosa) mu yang telah lalu, dan Aku tidak peduli.

Wahai anak Adam, senadainya dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, niscaya Aku memberikan keampunan kepadamu.

Wahai anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan dosa sepenuh bumi, dan engkau tidak menyekutukan Aku dengan ynag lain, niscaya Aku akan datang kepadamu sepenuh (bumi pula).”

(Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan ia bverkata : Hadis ini hasan sohih)

Friday, October 16, 2009

Ibadat Fardhu Haji di Mekah

Jumaat. 16 Oktober, 2009/27 Syawal 1430H

Rukun Islam kelima-Mengerjakan Haji.

Kini bulan Syawal bermulalah bulan haji yang boleh seeorang itu pergi ke mekah untuk memulakan ibadat Haji. Bagi Malayasia bakalhaji tahun ini pihak Tabung Haji akan menerbangkan bakal Hajinya yang pertama mulai 20 Oktober ini.

Termasuk juga dalam soal perbekalan, ialah supaya ada pula belanja untuk anak isteri yang tinggal dan belanja orang-orang yang menjadi tanggungan belanjanya sehari-hari.Jika salah satu anatar ynag tersebut di atas tidak ada , maka belumlah wajib ats sesorang mengerjakan haji.

Ketuamaan mengerjakan haji adalah sebagaiman sabda Rasulullah saw;
“Dari Abu Hurairah ra ia telah berkata; bersabda rasulullah saw,: “ Sesiapa yang pergi naik haji , lalu ia tidak mengerjakan dosa, dan tidak pula berbuat keeerhakaan (kafir) kepada Tuhan, kembalilah ia seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya”.

( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Kewajipan mengerjakan haji sebagaimana hadis dar Hadis dari Saidina Ali, katanya, bersabda Rasulullah SAW,
"Sesiapa yang berkemampuan dari segi kewangan, bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikan dia ke Baitullah pada hal dia tidak pi ergi mengerjakan haji lalu dia mati, maka matinya adalah seperti mati Yahudi atau Nasrani."

(Hadis Tirmizi dan Gharib).


Di dalam Islam seorang itu dihukumkan wajib menegrjakan fardhu ini ekiranya menpunyain kuasa mengunjunginya. Mkasu kuasa ialah ada kenderaan, ada bekal dan berbadan sihat dna jalan aman pegi balik.Yang kuasa bagi perempuan ilah ada baginya muhrim (suaminya, bapanya dan sebagainya) yang akan menemaninya pergi haji.

Berikut adalah kegiatan utama dalam ibadah haji berdasarkan urutan waktu:


Sebelum 8 Dzulhijjah, umat Islam dari seluruh dunia mulai berbondong untuk melaksanakan Tawaf Haji di Masjid Al Haram, Makkah.


8 Dzulhijjah, jamaah haji harus bermalam di Mina. Sebelumnyanya pada pagi 8 Dzulhijjah, semua umat Islam memakai pakaian Ihram (dua lembar kain tanpa jahitan sebagai pakaian haji), kemudian berniat haji, dan membaca bacaan Talbiyah. Pagi hari tanggal 8 Dzulhijjah, jamaah menuju Mina. Malam harinya, semua jamaah haji harus bermalam di Mina.


9 Dzulhijjah, pagi harinya semua jamaah haji pergi ke Arafah. Kemudian jamaah melaksanakan ibadah Wukuf, yaitu berdiam diri dan berdoa di padang luas ini hingga Maghrib datang. Ketika malam datang, jamaah segera menuju dan bermalam Muzdalifah.


10 Dzulhijjah, setelah pagi di Muzdalifah, jamaah segera menuju Mina untuk melaksanakan ibadah Jumrah Aqabah, yaitu melempar batu sebanyak tujuh kali ke tugu pertama sebagai simbolisasi mengusir setan. Setelah mencukur rambut atau sebagian rambut, jamaah bisa Tawaf Haji (menyelesaikan Haji), atau bermalam di Mina dan melaksanakan jumrah sambungan (Ula dan Wustha).


11 Dzulhijjah, melempar jumrah sambungan (Ula) di tugu pertama, tugu kedua, dan tugu ketiga.

12 Dzulhijjah, melempar jumrah sambungan (Ula) di tugu pertama, tugu kedua, dan tugu ketiga.
Sebelum pulang ke negara masing-masing, jamaah melaksanakan Thawaf Wada' (thawaf perpisahan).


Lokasi utama dalam ibadah haji

1. Makkah Al Mukaromah

Di kota inilah berdiri pusat ibadah umat Islam sedunia, Ka'bah, yang berada di pusat Masjidil Haram. Dalam ritual haji, Makkah menjadi tempat pembuka dan penutup ibadah ini ketika jamaah diwajibkan melaksanakan niat dan thawaf haji.


2. Arafah

Kota di sebelah timur Makkah ini juga dikenal sebagai tempat pusatnya haji, yiatu tempat wukuf dilaksanakan, yakni pada tanggal 9 Dzulhijjah tiap tahunnya. Daerah berbentuk padang luas ini adalah tempat berkumpulnya sekitar dua juta jamaah haji dari seluruh dunia. Di luar musim haji, daerah ini tidak dipakai.

3. Mina


Tempat berdirinya tugu jumrah, yaitu tempat pelaksanaan kegiatan melontarkan batu ke tugu jumrah sebagai simbolisasi tindakan nabi Ibrahim ketika mengusir setan. Dimasing-maising tempat itu berdiri tugu yang digunakan untuk pelaksanaan: Jumrah Aqabah, Jumrah Ula, dan Jumrah Wustha. Di tempat ini jamaah juga diwajibkan untuk menginap satu malam.


4. Muzdalifah.

Tempat di dekat Mina dan Arafah, dikenal sebagai tempat jamaah haji melakukan Mabit (Bermalam) dan mengumpulkan bebatuan untuk melaksanakan ibadah jumrah di Mina.


5. Madinah

Adalah kota suci kedua umat Islam. Di tempat inilah panutan umat Islam, Nabi Muhammad SAW dimakamkan di Masjid Nabawi. Tempat ini sebenarnya tidak masuk ke dalam ritual ibadah haji, namun jamaah haji dari seluruh dunia biasanya menyempatkan diri berkunjung ke kota yang letaknya kurang lebih 330 km (450 km melalui transportasi darat) utara Makkah ini untuk berziarah dan melaksanakan salat di masjidnya Nabi.



Di antara rahasia dan hikmat pekerjaan haji.


1.Rahasia memaki ihram.

Perrsamaan sesama muslim sebagai hamba Allah tanpa mengira derajat atau keturunan dan tidak membanggakan diri tapi sama-sama melakukan ibadat kerana Allah.

2.Rahasia tawaf di kaabah.

Tawaf bertujuan menambatkan tali taqwa kepada Allah, yang tidak akan mereka putuskan untuk selama-lamanya.


3.Rahasia mengerjakan sai.

Mengingatkan kejadian semasa Siti Hajar , isteri nabi Ibrahim berlari-lari atara kedua bukit Safa dan Marwa untuk mencari air bagi anaknya Nabi Ismail.Dia berlari-lari ulang alik tujuh kali itu dengan pengharapan yang tak putus kepada Allah. Pekerjaan ini seolah-olah seseorang itu sedang haus kepada keredhaan Tuhannya dengan penuh tunduk dan khyusuk kepada Allah. Dengan cara ini seorang berkeadaan meminta ampun kepada Allah hingga berkali-kali hingga mendapat keampunan Allah.


4.Rahasia wukuf di padang Arfah.

Perhimpunan itu menandakan jemaah Islam, mempererat hubungnan dengan Allah swt.serta hubungan persaudaraan sesama islam dengan mendekatkan ke hadrat Allah swt.


5.Rahasia melontar Jumrah di Mina.

Pekerjaaan ini mengingatkan kita peristiwa Nabi Ibrahim, di mana dia dihalang oleh Iblis dalam melakukan perintah korban, tapi dia tidak tergoda bahkan pengorbanan terus dilakukan. Sebab itu lah Jumrah yang tiga itu sentiasa dilempar, sebab disanalah iblis hendak memperdayakannya dahulu.

Bagi melaksanakan rukun ibadat haji ini, memerlukan perancangan bagi mengumpulkan wang yang secukupnya dari hasil pendapatan secra berdikit-dikit sehingga berjaya dikumpulkan untuk tujuan tersebut. Dengan berusaha dan meniatkan mengerjakan haji, Allah akan memberkati usaha kita dan mencapai matalamat sebagaimana diwajibkan haji sekali seumur hidup dan dapat menebuskan segala dosa yang kita lakukan. Mudah-mudahan setiap muslim kita akan dapat menunaikan tanggungjawab yang mulia ini. Insya Allah.

Firman Allah swt dalam surah Al-haj :27)

" Dan beritahukanlah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka itu datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan dengan berkenderaan dari tiap-tiap negeri yang jauh."

Thursday, October 15, 2009

Hubungan baik sesama Muslim

Khamis, 15 Oktober 2009/ 26 Syawal 1430 H.


1. Setiap seorang muslim itu adalah bersaudara. Sifat bermusuhan seperti hasad, bergaduh dan melakukan penganiayaan terhadap saudara sesama muslim adalah dilarang.
Kita hendaklah menanggap seorang itu saudara kita yang perlu dikasihi dan diberi bantuan semasa di dalam kesusahan di mana perlu dengan mengingatkan kita sesama hamba Allah.

2. Adalah dilarang keras melakukan pembunuhan, mengambil harta secara tidak sah dan menjatuhkan kehoramatan sesama saudara seislam.
Dalam banyak hal ada di anatas orang islam sendri melakukan perkara-perakar ynag ditegah agam terhadap sudara seislam dengan tujuan menghina atau menjatuhakn seseorang itu bagi kepentingan peribadi mau pun mendapatkan kuasa untuk mendapatkan kedudukan serta pangkat dan kekayaan, tanpa mengindagkan seruan sebagaimana yang diterangkan dalam sabda Rasullulah. Ingatlah bahawa balasan yang setimpal akan di balas Allah swt di akhirat nanti atas sebab kejahilan dan sifat sombong dan takabur semasa di dunia yang fana ini.


3. Oleh itu berlaku baiklah terhadap sesama suadara islam dengan memberi salam, mengeratkan silaturrahim, melakukan kebaikan dan ketaqwaan dalam jemaah dan bekerjasma dalam hal-hal kemasyarakatan dan melindungi serta menjaga nama baik dan maruah sesama saudara dengan menjauhi perkara-perkara yang dibenci Allah swt.Tolong-menolong merupakan kebajikan dan agar meninggalkan kemungkaran yang mana hal ini merupakan al-taqwa.

Wallahu a'lam.



Berikut adalah hadis byang berkaitan untuk direnung bersama.

Dari Abu Hurairah r.a beliau berkata' " Rasulullah saw telah bersabda:

" Janganlah kamu sekalian saling mendengki (hasad), menipu, membenci, memutsuskan hubungan , dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang hendak dibeli oleh saudaranya yang lain. Dan jadilah kamu sekalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak boleh ia menzaliminya, menterlantarkannya , membohonginya dan menghinanya. Taqwa itu di sini (sambil beliau menisyaratkan kepada dadanya tiga kali). Cukuplah kejahatan seseorang dengan ia meghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim bagi muslim yang lain adalah haram.: darahnya, hartanya dan kehormatannya"


- (Diriwayat oleh Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih-sayang, kasihan dan simpati adalah ibarat satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh anggota lain turut berjaga malam dan demam."

- (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW:"Tiga perkara yang barang siapa mendapatinya, dia akan merasakan manisnya iman, iaitu dia mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada kecintaan kepada selain keduanya, dia mencintai saudaranya dan dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah, dia membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan ke dalam api neraka."

-(riwayat al Bukhari dan Muslim)




Ukhuwah bertaut kasih bersemi
Islam menekankan prinsip dan hubungan saling tolong menolong di dalam lingkungan kehidupan manusiawi.
Allah SWT memerintahkan hamba-Nya saling bekerjasama di dalam perkara kebajikan dan ketakwaan, dan melarang dari saling bekerjasama di dalam perkara dosa dan permusuhan. Ia beradasrkan ayat 2 surah al-Maidah.
Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat di atas menyebut, Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin agar saling tolong-menolong di dalam perkara kebaikan.
Allah SWT melarang mereka daripada saling bantu-membantu dalam perkara dan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. (Tafsir al-Quran al-Azim 2/7)


Sabda Rasulullah SAW: Tiga perkara yang barang siapa mendapatinya, dia akan merasakan manisnya iman, iaitu dia mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi daripada kecintaan kepada selain keduanya, dia mencintai saudaranya dan dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah, dia membenci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan ke dalam api neraka. (riwayat al Bukhari dan Muslim)

Wednesday, October 14, 2009

Sifat loba Yang dicela

Rabu, 14 Oktober, 2009/25 Syawal 1430

ANAK ADAM, SEKIRANYA TELAH MEMPUNYAI DUA ALUR EMAS,
PASTILAH IA MENGINGINKAN SEBUAH LAGI.


Anas bin malik ra menerangkan,

Rasulullah bersabda : “ Sekiranya anak Adam telah mempunyai satu alur emas, pastilah ia menginginkan supaya dia mempunyai dua buah dan tak ada yang dapat memenuhi mulut anak adam, selain tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat kepadaNya”.

(Al-Bukhari dan Muslim, Al-Lu 'lu-u wal Marjan)

1.Orang yang dipelihara Allah sajalah yang tidak bersifat tamak. Anak Adam ditabi'atkan mencintai harta dan berusaha mencari dan memperolehinya. Hanya orang-orang dipelihara Allah dan ditaufiqkan untuk memgatsi tabiat itu, itulah yang terpelihara.

2.Hadis ini mencela sifat loba dan sifat rakus kepada harta. Oleh kerananyalah para ulama salaf menyukai sedikit dunia dan merasa cukup dengan apa yang ada.

Tuesday, October 13, 2009

Kedudukan sauami isteri dan terhadap ibubapa

Selasa, 13 Oktober 2009/ 24 Syawal 1430.

Sumber Surah An Nisa' m.s 84, ayat 34 dan 36

1. Menerangkan kedudukan lelaki dan perempuan dalam kehidupan rumahtangga.

2. Menerangkan cara-cara mendisdplinkan isteri yang tidak taat.

3. Menerangkan kewajipan seseorang Muslim terhadap dud ibubapa, keluarga, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jauh, sahabat teman dan sebagainya.

Ayat 34.


" Kaum lelaki itu adalah pimpinan pengawalyang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihhkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan (juga)kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebaahagian dari harta mereka. mak perempuan-perempuan yang solih itu ialah yang taat (kepada Allah an suaminya), dan yang memelihara (kehotmatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharakan), ketika suami tidak hadhir bersama., dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya.

Dan perempuan-perempuan yang kamu bibang melakukan durhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berddegil) tinggalkan (pulaukan) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan oukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). kemudian mereka taat kepada kamu, maka janganlah kmau menmcari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Dan (ingatlah) baha sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar"*

* (Yakni Maha Besar kekuasaanNya. Oleh itu awasilah kamu daripada berlaku zalim kepada kaum perempuan).



Ayat 36:



" Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sessuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin , dan jiran tetangga yang dekat , dan jiran tetangga yang jauh, dna rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar (juga) hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takabur dan membanggakan diri"

Monday, October 12, 2009

Janji-janji Allah kepada orang Mukmin

Isnin, 12 oktober, 2009/, 23 syawal 1430

1.Orang-orang Mukmin dijanjikan dengan keampunan dan keselamatan
2.Menerangkan kunci pentadbran langit dan bumi di tangan Allah.
3.Menerangkan peristiwa-peristiwa maha agung selepas ditiup sangkala yang pertama
dan kedua
4.Pemandangan orang-orang kafir diseret ke dalam neraka dan pemandangan orang-orang mukmin yang dimasukkan ke dalam syurga”

Petikan ayat-ayat dari Surah Az-Zumar surah ke 39.

Surah Az-zumar: bermaksud (Kumpulan manusia yang berpasuk-pasuk). Surah ini turun di Mekah yang mengandungi 75 ayat. Dimaklumkan Allah bahawa orang beriman dan kafir dibawa berpasuk-pasuk untuk mnerima balasan masing-masing.

Ayat 53.

“ Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Amat Pengampun, lagi Amat Mengasihani”

Ayat 54:

“Dan balik kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab, kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan”

Ayat 61,

“ Dan sebaliknya Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat), dengan mereka memperolehi kemenangan besar (keridhaan Allah) ; mereka tidak aakan disentuh sesuatu yang buruk, dan tidak akan berdukacita”

Ayat 62:

“Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dia lah yang mentadbirkan serta mengausai segala-galanya”

Ayat 63:

“ Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbenharaan langit dan bumi (orang-orang yang percayakan demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur engkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang rugi serugi-ruginya”

Ayat 65.

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu(Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-Nabi yang terdahulu daripadamu: “ Demi sesungguhnya jika engkau (dan pengikut -pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) nescaya akan tetap gugur ilmumu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi”

Ayat 73

“Dan orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan di bawa ke syurga dengan berpasukan-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dnegan kata-kata: “Salam sejahtera kepada kamu, Berbagialah kamu! Maka silalah masuk ke dalam syurga ini. Dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya” (mereka pun masuk)

Ayat 74.

“ Serta berkata: “Segala puji tetentu bagi Allah yang telah menetapi janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mendapat pusaka bumi syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kamu boleh mengambil tempat dari syurga ini di mana sahaja kamu sukai, maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal”

-------------------------------------------------------------------------------

Berita Utama. Keputusan Pilihan Raya pada 11 Oktober 09 (Ahad)

PORT DICKSON 11 Okt. – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dengan memperoleh 8,013 undi menewaskan Pas.

Majoriti yang diperoleh calon BN, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad meningkat kepada 5,435 undi berbanding 2,333 undi pada Pilihan Raya Umum 2008.

BN menang di semua lapan daerah mengundi termasuk tiga daerah yang dimenangi pembangkang pada Mac tahun lalu.

Calon Pas, Zukefly Mohamad Omar hanya memperoleh 2,578 undi. Pas kalah di semua 18 saluran mengundi.

Sunday, October 11, 2009

Faedah/Khasiat Amalan membaca Surah Al Waqiah

AHAD, 11,Oktober, 2009/ 22 sYAWAL 1430

1. Pengenalan: Surah ini ialah surah yang ke 55 di dalam al Quran/ Juzuk 27/mengandungi 96 ayat. Dalam Al Quran muka surat 534-537

2. Maksud hadis Nabi saw, " Barangsiapa membaca surah al Waqiah, tiap-tiap malam, akan terhindarlah ia dari papa (miskin melarat)
- ( R. Al baihaqy an Mas'ud)
3. Menurut fatwa sebagahgia ulama katanya:

"Barangsiapa membaca suear Al Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali selama 40 hari, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari berbagai penjuru serta berkah pula".

4. Ada pula mengatakan: "Barangsiapa mewiridkan tiap-tiap hari sesudah solat asar sebanyak 14 klai, maka Allah memebri rezeki yang mudah dan murah.

5.Bila surah Al Waqiah ini dibacakan bagi orang yang sakait. Insya Allah , Tuhan akan meringankan sakitnya.

Dan apabila dibaca pada orang yang sedang sakaratul maut , In sya Allah akan mudah keluar rohnya.

Kemudian apabila dibaca keada ahli kubur, Insya Allah, andainya ia dalam siksa Allah akan meringankan siksanya.

BERAMALLAH DENGAN MEMBACA SURAH INI SEMOGA DIMAKBULKAN DOA SERTA PERMOHONAN DAN HAJAT KITA OLEH ALLAH SWT.

Friday, October 9, 2009

Sedeqah sebagai perisai api neraka

Jumaat, 9 Oktober 2009/20 Syawal 1430


Rasulullah saw menganjurkan kita untuk memlihara diri dari neraka dengan memberi sedekah, walaupun yang dapat dapat kita berikan itu, hanya sedikit, dan menyatakan bahawa tutur kata yang baik dan dapat menyenangkan hati orang, dapat menjadi sebab terlepas dari neraka. Jadikanlah sedeqah sebagai perisai walaupun sedeqah itu hanya setengah biji kurama atau hanya dengan menuturkan kata-kata yang menyenangkan hati orang.

Lantaran itu kita jangan lah meremehkan sedeqah walaupun dengan bersedeqah dengan sebiji kurma, kerana yang demikain itu memberi faedah jua, dan sedeqah yang sedikit itu menjadi pelindung dari api neraka.



'Adii Hatim ra berkata.

“ Bersabda Nabi saw: “Tak ada seseorang darkamu melainkan allah akan menhadapkan pembicaraa. kepadanya dan kelak Allah akan berkata-kata dengan dia pada hari qiamat. Tak ada antara allah dan antaranya seorang juru bahasa. Kemeudian dia meliahat , maka dia tidak mendang sesuatu pun di mukanya, kemudian dia melihat lagi ke hadapannya, lalu dihadapinya oleh mereka. Barangsiapa di anatra kamu sanggup memlihara diri dari neraka, walaupun dengan sebelah biji kurma , maka hendaklah di lakukannya”.

( Al Bukhari danMusliam aL-lu-u wal Marjan)



Lagi sabda Nabi saw,

“Peliharalah dirimu dari neraka. Kemudian Nabi berpaling dan menjauhkan pandangannya (tiga kali beliau lakukan yang demikian). Sehingga kami menyangka bahawa nabi melihat kepada neraka itu. Kemudian beliau berkata: Peliharalah dirimu dari api neraka wlaupun dengan sebelah biji kurma. Barangsiapa tidak memperolehinya maka hendaklah ia bersedeqah dengan kata yang baik.”

( Al Bukhari danMusliam aL-lu-u wal Marjan)


Apabila kamu telah mengetahui yang demikian maka peliharalah dari neraka, janganlah kamu menganiaya seseorang walau sebesar biji kurma. Atau apabila kamu telah mengetahui bahawa taj ada tynag berguna bagi kamu di akhirat selain dari amal soleh dan kamu mengetahui pula bahawa di hadapanmu terletak neraka, maka jadikanlah sedrqah sebagai perisai, walaupun sedeqah itu hanya setengah biji kurma.

Thursday, October 8, 2009

Bid'ah

Khamis, 8 Oktober 2009/19 Syawal 1430


Mengada-adakan ibadat (bid'ah)


Dari Ummul mukminin (Ibu sekailan orang mukmin) iaitu Umii Abdullah Aisyah ra katanya: rasulullah bersabda:' barangsiapa mengada-adakan dalam urusan (agama) kami ini sesuatu pekerjaan yang tiada daripadanya, maka (yang diada-adakan) itu tertolak. Diriwayatkna Oleh Bukhari dan Muslim:
Barangsiapa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang tiada di atasnya urusan kami, maka ia tertolak.

Keterangan:

1.Mengada-adakan , ialah merekakan dan membuat sesuatu yang baharu yang tidak ada contoh dari Nabai saw. Inilah yang dkatakan bid'ah. Semua urusan ibadat dari segi syariatnya telah ditunjukkkan cara keimanan dan cara melaksanakan amal yang berkaitan dengan ibadat.Sesuaau yang selain daripadanya, ialah suatu pekerjaan agama yang tiada dalam agama atau dalilinya dari segi kaedah atau peraturan pengambilan hukum adalah tertolak iaitu tidak di terima di sisi Allah swt.

2.Adapun pekerjaan yang berhubung dengan kehidupan dunia seperti perniagaan, pertanian, perusahaan dan sebagainya maka tidaklah termasuk ke dalam pengertian hadis tersebut. Yang demikian tidaklah dilarang mengadakan sesuatu cara atau peraturan yang baharu yang lebih sesuai dengan zaman selama tidak ada keterangan yang melarangnya oleh sesuatu sebab.

3.Orang yang mengada-adakan sesuatu dalam agama (bid'ah) yang tidak sesuai dengan syarak, maka adalah berdosa dan amalanya dikembalikan kepadanya dan ia mendapat amaran keras, kerana Nabai saw telah bersabda, “ Barangsiapa mengada-adakan sesuatu (bid'ah) atau menolong (memperlinbdunginya) orang yang mengadakannya, maka atasnya kutukan Allah”.

============================================================

Wednesday, October 7, 2009

Asal kejadian manusia.

Rabu, 7 Oktober 2009/18 Syawal 1430H.



Asal kejadian manusia.


Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Terjemhannya, Dari Abu Abdul Rahman Abdullah bin Ma'sud bin Ghafil Al Hazli ra katanya, “ Telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah saw dan ia benar lagi dibenarkan, Sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama empat puluh hari air mani, kemudian jadi segumpal darah seperti yang demikian itu, empat puluh hari, kemudian jadi seketul daging seperti yang demkian itu juga, iaitu empat puluh hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan ruh padanya dan diperintahkanya menulis empat kalimah iaitu rezekinya, dan umurnya,dan amalnya dan celanya atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, Sesungguhnya salah seorang kamu megerjakan dengan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainakn sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan dengan amal ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak anataranya nerka melainkansehasta, kemudian tedahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan amal ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.”

Keterangannya:

1.Asal kejadian manusia dari anasir yang sama, iaitu dari air mani, dan keluar ke dunia dari tempat yang sama , dalam kedaan ynag sama-sam tidak mengetahui sesuatu. Berdasarkan kejadianny aynag sama iunikah , mak manusis senuny adalah satu sahaja tarafnya, tidak ada kemuliaan dan kehinaan seseorang, sebagaimana tidak ada sebarang sebab baginya memandang ketinggian dirinya dan kerendahan orang lain.

2.Ini juga menunjukkan kekuasaan Allah dan kebijaksanaanya menciptakan manusia dengan cara beransur-ansur serta ditempatkan pula garis perjalana hidupnya di dunia, supaya manusia sedar akan dirinya, mengetahui halnya, faham hakikat hidupnya, iaitu ia diciptakan, dihidupkan oleh Tuhan serta ditunjukki sebab-sebab penhhidupannya, kesihatannya dan sebagainya. Akhirnya supaya ia mengerti dan percaya Tuhan yang menciptakannya tulah Tuhan yang mematikannya dan membangkitkanya kelak dari kuburnya. Dan kebangkitan ini bagi Tuhan tidaklah sukar. Kerana apakah sukarnya lagi baginya mewujudkan kembali suatu yang telah ada, sedang dahulu semasa belum ada dapat diwujudkan.

3. Bahawa amal sesorang adalah syarat yang menghampirkan kepada balasan yang baik atau jahat, syurga atau neraka sebagaimana yang difahamkan dari hadis tersebut, dan bahawa seseorang tiada seharusnya mempastikan diberinya masuk syurga kerana kebaikannya, dan mempastikan orang lain masuk neraka kerana kejahatannya, atau pun membanggakan dengan amalnya dan merasa sudah cukup taatnya, kerana ia tidak tahu bagaimana khotimah atau kesudahanya kelak, bahagia atau celaka,

4. Apa yang perlu dilakukan ialah mengusagahakan supaya amalan yang baik itu terus-menerus sepanjang hayat (istiqomah) serta memperelokkannya, mengawasi dari perkara yang merosakkan dan supaya selalu memelihara perjalanan hati atau jiwanya dari peubahahna yang mendatangkan akibat yang celaka. Kerana perubahan inilah yang sangat ditakuti sekali dan kerana inilah Rasulullah sendiri membanyakkan doa supaya ditetapkan hati degan sabdanya,

“ Ya muqaali balqulub thabbit qalbi 'ala dii nika”

' Hai Tuhan yang mengubah segala hati. Tetapkan lah hatiku atas agamaku”

Dan pernah dikatakan orang kepada Rasul: “Hai Nabi Allah. Kami beriman kepada mu dan kepada apa yang engkau datangkan. Adakah engkau takuti atas kami? Sabdanya” Ya, kerana segala hati adalah di antara dua jari dan jari-jari Tuhan Rahman 'Azawjal. Yang diubah-ubahkannnya betapa ia kehendaki.”.

Tuesday, October 6, 2009

Alam Barzah /Kubur

Selasa, 6 Oktober 2009/17 Syawal 1430



Kehidupan di alam barzah atau kubur itu memang benar lagi hak. Begitu pula mengenai adanya pertanyaan kubur, azab kubur dan keadaan mayat setelah mati atau dikuburkan. Sebagaimana yang kita ketahui , bahawa manusia itu akan mengalami empat tahap hidup;

1. Tahap Alam Rahim ( kandungan)
2. Alam dunia
3. Alam barzah
4. Alam akhirat

Adapun antara firman dan hadis yang berkenaan adalah seperti:

1. Allah berfirman Al Kauthar:1-2)

Artinya: "Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur"

Dalam ayat di atas Allah memperingatkan kepada kita agar jangan bermegah-megah dalam soal banyak anak, harta, pengikut, kemuliaan dan seumpamanya. Sebab perbuatan seperti itu serinag menjadikan manusia lalai dari tujuan hidupnya dan lupa kepada Allah serta mengabaikan perintah dan larangannya. Tujuan hidup ialah untuk untuk menyembah dan taat kepada jalan Allah dan berbakti kepadaNya.

Lagi sebagaiman Firman Allah dalam Surah Al Baqarah; 21:

"Hai manusia, sembahlah Tuhannmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebeumnya agar kamu bertaqwa".

Kebisaannya manusia yang bermegah-megahan dalam soal duania , baru menyedari kesalahannya setelah dekat ajalnya, setelah maut datang hendak meraggut jiwa, dan setelah manusia itu dimasukkan ke dalam kubur. Jadi adanya alam kubur benar-benar akan ditempuhi oleh setiap manusia.

Dalam surah Al Hajj: 7, Allah berfirman . "Dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang yang di dalam kubur"

Firman Allah dalam Surah Fatir: 22, " Etinya: Dan tidak (pula) sma orang-orang yang hidup dna orang-orang yang mati, Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendakkiNya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat mendengar"

Maksud hadis, "Apabila seorang itu sudah mati, mak diperlihatkan baginya akan tempatnya setiap pagi dan petabng. jika ia termasuk ahli syurga mka ia melihat syurga, dan apabila ia masuk ahli neraka, ak ia pun melihat neraka. Nabi bersabda: Kemudian dikatakan: "Inilah tempatmu yang kamu akan dibangkitkan kepadanya di hari kiamat"
- (HR. Sahih Muslim)

Demikianlah firman-firman Allah serta hadis yang mengemukakan dan memuatkan kata-kata kubur. Maka ini menunjukkan alam kubur itu benar-benar hak dan ada, yang mana setiap manusia yang telah mati akan hidup kembali dan berada pada tahap kehidupan yang ketiga, iaitu hidup di alam kubur /barzah.

Sunday, October 4, 2009

Budi Pekerti Orang Mukmin

Ahad 4 Oktober 2009.15 Syawal 1430

Surah Al Furqan Yang bermaksud: (Rujuk Al Quran, ms 365- 366)

Ayat 63. "Dan hamba-hangba (allah) Ar Rahman, ialh mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-oarang yang berkelakuan kurang adab hadapkan kata-kata kepada mereka , mereka menjawab dengan perkataan ynag selamat dari perkara yang tidak diingini"

Ayat 64. "Dan mereka (yang diridhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada truhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri"

Ayat 65. "Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata; " Wahai Tuhan kami! Sisihkanlah azab neraka jahanam dari kami, sesungguhnya azab siksaNya itu adalah mengerikan".

Ayat 66. " Sesungguhnya neraka jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk"

Ayat 67. D
" Dan juga mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada pula bakhil kedekut; dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di anatar kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu".

Ayat 68. " Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah membunuhnya, kecualimdengan jalan yang hak ( ynag dibenarkan noleh syara'), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapati balasan dosa"

Ayat 69. " Akan digandakan baginya azab siksa pada hari Qiamat dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan"

Ayat 70. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, mak orang-orang itu Allah akan menggantikan pada tempat kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah allah Amat pengamoun , lagi Amat mengasihani"

Ayat 71. " Dan sesiapa ynag bertaubat serta beramat soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat dengan Tuhannya dengan sebenar-benar taubat'

Ayat 72. ' Dan mereka (yang diridhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghafhori tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu ynag sia-sia, mereka melaluinya dengan secara membersihkan diri daripadanya".

Ayat 73. " Dan juga mereka (yang diridhai Alah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta".

Ayat 74. "Dan juga mereka (yag didhai Allah itu ialah orang-orang ) yang berdoa dengan berkata "Wahai Tuhan , Berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kamai:erkra-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan dijadikan kami imam bagi orang-orang yang mahu bertaqwa".

Ayat 75: 'Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di syurga disebabkan kesabaran mereka, dna mereka pula akanmenerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya"

Ayat 76: 'ereka kekal di dalam surag itu; amatlah eloknya syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal"

Ayat 77. katakanlah (Wahai Muhammad) kepada golongan ynag engkar) " tuhanku tidak akan menghargakan kamu kalau tidak adaanya doa ibadatkamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghrgakan seseorang pun melainkan kerana kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telah pun menyalahi (ketetapan Tuanku itu) ; dengan yanag demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".

Friday, October 2, 2009

Imam-Imam Hadis yag Termasyhur

Jumaat, 2 Oktober 2009/13 Syawal 1430


1. Imam Bukhari ( 194-256H/810-870 M)
2. Imam Muslim (204-261H/ 819-8740M)
3. Imam abu daud ( 202-275H / 817-888M)
4. Imam Termizi ( 209-279H/ 824-893M)
5. Imam Nasai' (215-303H/ 830-915 M)
6. Imam Ibnu Majah ( 207-273 H/ 822-886)

A. IMAM BUKHARI.

1.1. Imaam Bukhari ialah Abu Abdullah Muhammad bbin Ismail al Bukari.

1.2.Beliau mulai belajar sejak umur 11 tahun di Bukhari. Kemudian datang mengerjakan hanji di mekah lalu belajar ilmu hadis dari para ulamak di Mekah, kemudian di Madinah, Iraq dan kota-kota besar seluruh negera islam dalam masa 16 tahun lamanya.Menurut riwayat, beliau pernah belajar kepada 1000 orang guru untuk mendengarkan hadis hingga terkenal seorang Imam yang telah menghafaz berpuluh-puluh ribu hadis dengan cukup sempurna sertya btahan diuju kekuatan ingatannya,

1.3. Sewaktu beliau datang ke baghdad, mak ulamak hadis yang termuka di kota itu telah berusah menguji kekuatan ilmu beliau. Mereka telah kemukakkan kepada beliau sebanyak 100 hadis nyang dicampur adukkan dan dikacau bilaukan sanad dan matan(lafaz) hadis, kemudina diminta beliau menerangkan dan membetulkannya.Oleh beliau segera dinyatakan hadis itu dengn menerangkan sanad bagi tiap-tiap matan menurit yang dihafaznya. Dengan ini barulah mereka tahu kebolehan beliau dan terus mengakui kelebihannya.

1.4. Beliau mempunyai kitab soleh yang tekenal dengan nama "
Soheh Al Bukhari". Dalam kitanb ini idisi dengan hadis-hadis yang soheh belaka.

1.5. Beliau wafat pada tahun 256 H dalam usia 62 tahun dan tiada mneinggalkan anak seorang jua pun.


B. IMAM MUSLIM.

2.1. Imam Muslim ialah: aBU AlHusin Muslim bIbni Al-hajaj Ibni Muslim Al Qisyiri Al Nisa Bauri.

2.2. Beliau berguru kepada imam Bukhari, dan kitabnya yang termasyhur ialah kitab SOHEH MUSLIM yang disusun dalam tempuh 12 tahun.

2.3. Belaiau wafat pada tahun 261 H daalm usia 57 tahun.

C. IMAM ABU DAUD.

3.1. Imam Abu daud ialah; Sulaiman bin Alsyahasth bin Ishak AlSidil Al sajastani.

3.2. Belaiu belajar hadis dari para ulamak Iraq, Khorasan, Syam, Mesir dll.

3.3. karangan belaiu yang masyhur ialah kitab ALSeNAN .Mengenai kiotab ini belaiu berkata."Aku tuliskian hadis i Rasulullah saw sebanyak 500,000 hadis,emudian ku pilih dan ku susun dalam kitab Alsenan in iseb anyak 4,800 hadis yang soheh sahaja atau mendekati yang soheh.

3.4. Beliau trekenal sebagai seorang mujtahid. Dianatar penetapannya ialah tiada dapat diqadhakan solat ynag ditinggalkan dengan sengaja.

3.5. Belaiu wafat di Basrah pada tahun 255 H dalam usia 73 tahun,

D.AM TWRMIZI(209-279H/824-893M)

4.1. Imam Termizi ialah: Abu 'Isa Muhammad bin Isa Al salmi al Termizi (Orang termiz). Beliau seorang Imam Ilmu hadis setelah lama mempelajarinya di khorasan, Iraq danhijaz.

4.2. Karangan beliau yang terkenal ilah JAMI' TERMIZI. beliau pernah berkata,
" Bahawa setelah akau karangkan kitab ini, aku perlihatkan kepada ulamak-ulamak Hijaz , Iraq dan Khorasab". Mereka semua berkata bahawa barangsiapa ada menympan kitab ini, seolah-olah di rumahnay ada Nabi ynag sedang berkata-kata.

4.3. Beliau wafat pada tahun 279h di Taermiz dalam usia 70 tahun.

E.IMAM NASAI' ( 215-303H/830-915M)



5.1. Imam Nasi' ialah: Abu Abdul Rahman ahmad bin Shuib bin Ali An Nasai'.

5.2. Beliau seorang ahli hadis yang utama yang pernah mengembara dari kampungnya di Khorasan ke merata-rata negara Islam dan akhirnya menetap di Mesir. Sebuah karangan b eliau yang terkenal bernama ALSANAN yang dianggap sebagai kitab yang utama dalam lengongan kitab-kitabhadis.

5.3. Belau wafat di Mekah pada tahun 303H dan usia 88 tahun.


E. IMAM IBNU MAJAH (207-273H/822-886M)

6.1. Imam Ibnu Majah ialah: Abu abdullah Mhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah Al Qazwaini.

6.2. Belaiu seorang imam hadis dari penduduk Quzwin, yang telah mengembara ke Basrah, Baghdad, Syam, dan Hijaz untuk mempelajari hadis, kemudian menyusunkitabnya yang terkenal dengan nama SENAN IBNU MAJAH.

6-3. Beliau wafat pada tahun 273H dalam usi 66 tahun.

Thursday, October 1, 2009

Jangan bersifat pemarah

Khamis, 1 Oktober 2009/ 12 Syawal 1430


Maksud hadis ertinya: Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra. Ada seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah saw, :" Berilah aku ajaran hai Rasulullah saw! Sahut rasulullah saw: Janganlah engkau pemarah. Kemudian diulang-ulang oleh lelaki itu meminta ajaran kepadanya hingga beberapa kali. Tetapi Rasulullah tetap menyahut : Jangan engkau pemarah."

- ( Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari.)i


Maksud hadis ini Janganlah engkau turutkan pemarah engkau itu, dan bukanlah yang dilarang daripadanya iaitu sifat marah semata-mata, kerana ia suatu sifat yang tak boleh tinggal daripada tiap-tiap manusi.

Bersabda Rasulullah saw: Jauhi dirimu daripada pemarah itu kerana ia bara yang bernyala-nyala di dalam hati anak Adam: Tidakkah melihat kepada salah seorang kamu ketika marahnya, betapa merah kedua mata dan berdiri segala bulu roma uratnya?

Apabila kedatangan marah salah seorang kamu hendaklah ia pergi berbaring dan tidur. Senya telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw, maka lalu katanya, " Hai Rasulullah, berilah akau ilmu pengetahuan supaya dekat aku dariapada syurga dan jauh akau daripada neraka. Sahut Rasulullah, "Janganlah engkau pemarah dan bagi engkaulah syurga".


Sabda Rasulullah saw:" Adalah pemarah itu daripada syaitan sedang ia dijadikan daripada api., yangmana tiada padam ia melaikan dengan air. Maka apabila marah salah seorang daripada kamu hendaklah ia pergi mengambil wudhu'

Sabdanya lagi, " Apabila marah salah seorang kamu sedang berdiri, hendaklah ia pergi duduk dan jika tidak hilang marahnya hendaklah ia pergi berbaring"

Apabila perasaan tidak dikawal dengan sabar, ia akan menjadi ikutan nafsu yang boleh menyebabkan bertindak dengan tidak siuman dan akan boleh menyebabkan meyesal atas tindakan yang telah dilakukan. Oleh itu perasaan marah hendaklah di kawal dengan sifat sabar dan cuba dengan menyejukkan suasana marah seperti berwudhu', duduk ,baring, dan seumpamanya.

Untuk menahan nafsu marah, kita hendaklah berniat kerana Allah semata-mata. Kita melakukannya kerana perkara ini adalah dipandang berat oleh Allah dan kita takut pada anacamannya. Kita menahan perasaan marah bukan atas sebab-sebab keduniaan atau terepengaruh oleh pujukan seseorang tanpa takut akan seksaan Allah.