Wednesday, September 30, 2009

Amalan dengan niat

Rabu 30 September 2009/11 Syawal 1430


Maksud hadis yang ertinya, Diriwayatkan oleh Umar Ibnu Khattab ra katanya. Telah mendengar aku akan Rasulullah saw bersabda ia, " Hanya sanya segala amalan itu dengan berniat. Dan sanya bagi tiap-tipa manusia itu apa-apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang berpindah kepada Allah dan RasulNya adalah perpindahannya kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa berpindah kepada dunia dipeolehinyalah akan dunia itu. Atau kepada seorang perempuan, berkahwinlah bia sama permpuan itu. Maka perpindahannya adalah kepada apa-apa yang berpindah ia kepadanya"

- (Riwayat Bukhari dan Muslim ndan sahihya)

Hadis ini menunjukkan bahawasany niat dan sengaja itu timbangan bagi sah dan kebilangan segala amalnnya. maka apabila elok niat itu eloklah amalan. Dan apabila niat tidak elok binasalah amalan itu. dan bagi amalan yang beserta dengan niat itu ada 3 keadaan"

1. Bhaawa diperbuat oleh seseorang akan amalan itu kerana takut daripada Allah swt maka inilah ibadat sekalian hamba.

2. Bahawa diperbuat olehnya akan amalan itu kerana harap beroleh syurga dan pahala, maka inilah ibadat sekalian saudagar.

3. Bahawa dikerjakan olenya akan amalan itu kerana malu daripada Allah swt, dan kerana membayarkan hak kehambaan dan kesyukuran kepadanya, dan serta demikian dilihatnya pula akan dirinya taksir dan lalai serta takut hatinya, kerana belum ia dapat tahu adakah amalannya itu diterima atau tiada.

Monday, September 28, 2009

Kasih kepada saudara seperti kasih kepada diri sendiri

Isnin,28 Septemeber 2009/ 9 Syawal 1430


Sabda Rasulullah saw yang ertinya: Telah diriwayatkan daripada Abu hamzah Anas bin Malik iatu khadam Rasulullah saw daripada Nabi saw maka bersabda ia, "Tiada sempurna iman seorang daripada kamu hingga kasih ia kepada saudaranya akan apa-apa yang ia kasih bagi dirinya sendiri",

- ( Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.)



Hadis ini menegeskan tidak sempurna iman bagi sesiapa yang tidak kasih kepada saudaranya, sebagaiman kasih ia kepada dirinya sendirinya. maka wajiblah atas seseorang berusaha dan beriktiar supaya saudar-saudarnya beroleh manfaat dan kebajikan daripadanya.Apabila tiada dikasihi olehnya bagai saudarnya akan apa-apa ynag ia kasihi bagi dirinya, maka dialah orang ynag dengki. Imam Ghazali berkata:

Adalah dengki itu atas tiga perkara:

1. Bahawa dicita oleh seseorang akan hilang nikmat Allah ynag dianugerahknnya kepada orang lain dan diharapnya supaya berpindah kepadanya.

2. Bahawa dicita olehnya akan nikmat Allah yang dianugerahkannya kepada orang lain dan tiadalah ia bercita supaya berpindah kepadanya atau tiada.

3. Bahawa tiada ia itu supaya hilang nikmat daripada lainnya, tetapi ia sangat benci sekiranya orang lain itu beroleh pangkat atau nikmat.

Adalah hukum dengki itu dalam Islam iaitu haram dan telarang.

Sunday, September 27, 2009

Mengingati Mati

Ahad, 27 September 2009 /8 Syawal 1430


Orang yang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati, kerana ia akan dapat mengingati kebangkitnya di akhirat serta membuat persediaan amalan sebagiamana yang diperintahkan Allah swt, di smaping melaksanakan tugasnya semasa hidup di dunia yang sementara atau fana ini.

Disebaliknya bekalan amalan kebajikan untuk akhirat akan dapat dimanfaatkan di akhirat kekal abadi atau beterusan selama-lamanya. Perancangan jangka panjang yang diamalkan sudah tentu tibanya, sedangnya hidup dunia yang seketika sebagai tempat musafir hanya untuk jangka yang sekejap mengikut umur kita yang ditentukan Allah swt.

Oleh itu selalulah ingat akan tibanya masa mati dan selepas itu menghadapi Tuhan yang mana kita akan disoal amalan kita sama ada melakukan kebaikan atau kejahatan dan akan menerima balasan yang ditetntukan sama ada dibalas dengan syurga atau neraka.

" Secerdik-cerdik manusia ialah terbanyak ingatannya kepada kematian serta terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat."

- (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunnya)


Semasa hidup di dunia ini, dengan mengingati mati itu seseorang itu akan dapat melupakan kenikmatan dan keseronokan dunia yang diperolehinya sepnerti kekayaan harta benda, tempat tinggal, pakaian , kemudahan makanan dan lain-lain yang meyeronok dan melalaikan daripada ingat kepada ALLAH SWT, tetapi kenikmatan itu semuanya berakhir dengan kematian selepas nyawaya di cabut oleh Allah swt

Oleh itu kita hendaklah mencari kenikmatan yang tidak ada kematian di akhirat yang kekal abadi di akhirat dengan mengamalkan amal soleh seta membabawa bekalan untuk akhirat.Jika kita sentiasa mengingati mati, kita akan sentiasa tabah akan menghadapi kedatangannya bila-bila masa, dan sekiranya kita di dalam taat kepada perintah Allah, saat kematian itu bagi kita merupakan saat yang amat bahagia , kerana saat itulah kita dapat bertemu dengan Allah swt kekasih kita.

Kenikmatan dunia yang berlebihan menjadikan seseoraag itu terlupa dari mengingati kematian. Bahkan ia ia akan lalai sama sekali dari mengingati mati dan adanya kehidupan yang kekal abadi di kahirat selepas kematiannya. Malahan orang yang tidak mengingati mati akan tidak takut mati dan berangapan akan terlepasa dari mati walaupun dia mungkin diberi peringatan mengenainya.

Firman Allah swt dalam Surah Jumu'ah :8, yang bermaksud;

"Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu semua melarikan diri
daripadanya itu, pasti akan menemui kamu kemudian kamu semua akan dikembalikan ke Dzat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata. Selanjutnya Dia akan memberitahunya padamu semua apa-apa yang kamu lakukan".

Cara ynag terbaik mengingati mati adalah antarnya mengingati ahli keluarga yang tersayang atau sahabat kenalan ynag btelah lebih dahulu mneinggalkan kita.

Selalulah kita menziarah orang yang sakit, mensolatkan jenazah dan menghantarnya ke kubur, menziarahi perkuburan kerana dia akan dapat mengingatkan kematian dan hari akhirat, dan muhasabah diri tentang apakah yang kita akan bawa untuk bekalan ke akhirat, mengingati bahawa azab Allah swt sangat pedih dan berwaspada dengan pengawasan Allah swt terhadap hambanya di mana dan pada setiap masa ianya berada. nabi bersabad, " apabila kamun tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu" -(Al Bujhari ndan Muslim)

Jauhuilah sifat lalai dari mengingati Allah, jangan melakukan maksiat, jauhilah kemegahan kekayaan duniawi, jangan mensia-siakan masa atau umur hidup semasa sihat dan masa yang diberi nikmat oleh Allah swt. dengan banyak berzikir kepada Nya.

Rasulullah saw bersabda kepada Abdullah bin Umar r.a.

"Jikalau engkau beraada di waktu pagi, maka janganlah menunggu-nunggu datangnya waktu petang (untuk mencari bekal kematian) dan jikalau engkau di waktu petang, maka jangan menunggu detanngya waktu pagi (untuk itu pula).

Ambillah kemanafaatan sewaktu hidupmu ini untuk bekal kematianmu dan sewaktu masih sihat untuk bekal sakitmu."

- (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban)

Saturday, September 26, 2009

Lakukan Amalan Baik Sebelum Datangnya 7 Perkara

Sabtu, 26 Septemebr 2009.7 Syawal 1430

Dari Abu Hurairah ra, Bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

"Bersegeralah engkau semua dengan melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datangnya tujuh macam perkara ini yaitu:

1. Apakah yang engkau nantikan dalam meninggalkan bersegera itu , melainkan dengan datangnya kefakiran yang melalikan"

2. Atau pun kekayaan yang menyebabkan kecurangan

3. Ataupun sakit ynag merusakkan tubuh

4. Ataupun ketua bangkaan yang menyebabkan kurangnya akal fikiran, yakani akal menjadi tidak normal lagi

5. Ataupun kematian yang cepat

6 Ataupun Dajjal, maka ia adalah seburuk=buruknya makhluk ghaib yang dinantikan

7. Ataupun datangnya hari kiamat, pada hal hari kiamat itu adalah saat yang terbesar bencananya serta yang terpahit diderutanya"

- (Diriwayatkan oleh Imam Termizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan)

- (Diriwayatkan oleh Imam Termizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah hadis Hasan)

Friday, September 25, 2009

Ujian kubur

Jumaat 25 September 2009/6 Syawal 1430.


Ujian kubur sebagiamnaa yang diberitahu oleh Rasulullah saw.

Kita wajib beriman sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud,

"Tiada suatu pun yang diperlihatkan kepada aku melainkan aku melihatnya di tempt pediriankuini sehinggakan syurga dan neraka , lalu didiwahyukan kepadaku bahawa kamu akan diuji di dalam kubur kamu seperti atau hampir dengan ujian al-Masih Dajjal, di mana akan dikatakan: Apa yang kamu tahu mengenai lelaki ini? Adapun orang mukmin atau orang yang mempunyai keyakinan maka ia akan menjawab: Dia ialah Muhammad Rasulullah."

Dia datang kepada kami dengan membawa keteranagan dan petunjuk lalu kami menyahut dan mengikutinya, dialah Muhammad, lalu diulanginya sebanyak tiga klai. maka dikatakna kepadanya: Tidurlah dengan tenteram,sesungguhnya kami telah mnengetahui bahawa kamu memang berkeyakinan dengannya. Ada pun orang munafik atau orang yang dalam keraguan maka ia akan mengatakan: Aku tidak tahu. Aku pernah mendengar manusia mengatakan seseuatu tentangnya lalu aku pun mengatakannya"

- ( Riwayat al Bukari dan Muslimn)

Malaikat Mungkar dan Nakir akan menyoal setiap manusia tentang Tuhannya, agamanya dan Nabinya. Mereka yanga masih dalam keraguan dan tidak tahu ,mereka akan dipukul dan disekasa di dalam kuburnya.

Azab kubur dikenali sebagai azab barzakh. Setiap orang mati pasti akan melalui alam ini berdasarkan amalan buruknya, tidak mengira sama ada ia dikuburkan atau tidak, dimakan oleh binatang buasa atau ia terbakar sehingga jasadnyam di laut, maka roh dan tubuhnya akan menerima azab sebagimana yang dikenakan kepada orang yang dikuburkan. keterangann yang menyebutkan mayat disempitkan kuburnya sehingga bertemu tulang-tulang rusuknya dan seiumpamanya wajib difahami maksudnya sebagaimana yang dmaksudkan oleh Rasulullah saw tanpa melebih-lebih atau memandang remah tentangnya.

Thursday, September 24, 2009

Tujuh Golongan Yang Dilindungi Allah

Khamis 24 September 2009/5 Syaaban 1430





Maksud hadis; Dari Abu Hrairah ra dari Nabi saw bersabda:

"Tujuh (golonhan) yang dinaungi oleh Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya, iaitu;

1. Imam yang adil

2. Pemuda yang tumbuh dalam keadaan ibadah kepada Tuhannya.

3, Seseorang yang hatinya tergantung di masjid.

4. Dua orang yang saling mencinta kerana Allah yang mana keduanya bertemu dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang diminta oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dann kecantikan, maka ia menjawab; Sesungguhnya saya takut kepada Allah.

6, Seseorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu akan apa yang diperbuat oleh tangan kanannya.

6. Seorang yang ingat kepaada Allah dalamm kesunyian dan kedua matanya melelehakan air matanya
RAN NATKUT, ZUHUD DAN MEWUJUDKAN AMAL-AMAL SOLEH.

Nabi saw menjelaskan mereka tersebut akan dikurniakan dengna kesenangan, diliputi dengan naunganNya dan diberi rahmatNya , sehingga matahari tidak dekat dengan mereka.

Oleh itu kita perlu berlaku adil, ikhlaS beribdat, baik hubungan dengan Tuhan dan pergaulan sesama makhluk, melakukan sedekah dan berusaha merahsiakannya, menangis kerana Allah kerana takut kepada Allah, zuhud dan mewujudkan amal-amal soleh. ,

Firman Allah Surah An Nahl; 97, yang bermaksud,.

"Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan".

Wednesday, September 23, 2009

Solat tahajjud

Rabu, 23 September 2009/4 Syawal 1430

Bangunlah di waktu sebelah malam khussunya 1/3 malam atau waktu dini hari sebelum masuk waktu subuh untuk solat taahjjud.Solat ini dilakukan selepas terjaga dari tidur pada malamnya. Tahajud ertinya terbangun malam. Solat malam ini mempunyai kelebihannya yang tersendri yang menjadi amalan orang yanag soleh. Bagi rasulullah Allah mewajibkannnya solat tahajjud.

Alangkah baiknya skiranya solat ini menjadi amalan kita dari awal lagi tidak menagguhkannya.Slat ini sangat dianjuurkan oleh Nabi saw, sebab di waktu malam itulah saat ketengangan yang mudah mendekatkan hati kepada Allah.


Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat, dan tak ada batas banyaknya.

Selepas solat ahajud , hendaklah di akhiri dengan soalat witir sama ada 1 atau 3 rakaat (biangan ganjil)

Firman Allah dalam surah al Isra': 79:

"Pada malam hari, hendaklah engkau solat tahajud sebagai tambahann bagi engkau, mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji"

Sayyidinal Ali ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw besabda,

"Pada sepertiga malam yang akhiur Tuhan berfirman, " Sesiapa diantara penghuni bumi yang ada permintaan, akan Aku beri, siapa yang ingin bertaubat, Aku ampuni dan sesiapa yang mempunyI Hjat akan Aku perkekankan"

Rasulullah saw Bersabda,

" barangsiapa bersolat di dalam masjidku (masjid Nabawi di madinah) akan diberi pahala kepadanya sepulu ribu kali. Dan siappa sembayahang di dalam masjid il- haram akan diberi pahala sertus ribu kali' Salah seorang shahabat bertanya:"Ya Rasulullah, adakan solat yang lebih besar lagi pahalanya daripada itu? Rasulullah menjawab; "Ada. Iaitu seseorang yang bangun di tengah malam, lalu berwudhu' dengan baik kemudian , kemudian solat dua rakkat dengan hati yagh ikhlas".


Ibnu 'Abbas meriwayatkan, rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa besolat sunnat dua rakaat di waktu tengah malam, dibacanya pada rakaat pertama surah Al Fatihah dan sepuluh kali ayat kursi, begitu juga pada rakaat kedua, maka Tuhan menurunkan beberapa orang malaikat untuk menjaga orang itu dari kejahatan".

Allah menerangkan di dalam Al Quran: "Sembahyang tahajudlah sebagai ibadat sunant bagimu, semoga tuhan akan memberi kedudukan yang terpuji bagimu"


Usolli Sunnatal Tahajjud Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akbar.


" Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala.

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah. Selepas itu surah Al-Kafirun Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas

Semasa sujud akhir pada rakaat kedua bacalah sebanyak tiga kali,iaitu


Ertinya: "Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong "
Selepas memberi salam ucaplah doa :

Selepas salam bacalah doa yang bererti:

Ertinya : " Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum .

Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan". Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah" .

Rasulullah saw bersabda, " Tiada ada orang yang dirahmati oleh Allah swt lebih dari dia yang bangun menerjakan dua rakaat solat"

Tuesday, September 22, 2009

Tentang ibadat solat yang pertama disoal.

Selasa, 22 September 2009/3 Syawal1430 (Hari Raya ke 3)



Abu Hurairah menceritakan, "Kami dengar Rasulullah saw bersabda, " Yang mula sekali seseorang itu akan disoal pada hari kiamat ialah solatnya. Seseorania akan gagal rugi besar kalau solatnya ditolak. Sekiranya sebarang kekurangan didapati dalam solat fardhunya Allah swt akan berfirman (kepada malaikat, "Carilah dalam catatannya kiranya dia ada bersolat nafal"

Maka kekurangan dalam solat fardhunya akan diganti oleh solat nafilnya. Amalan-amalan yang lainnya (umpamanya, puasa zakat dll) akan disoal sedemikian rupa juga"


1. Oleh itu kita patut banyak bersolat nafal bagi menampung kekurangan solat fardhu yang kita lakukan, kerana solat fardhu tidak memadai kita lakukan, bahkan solat-solat sunat perlu juga amalkan bagi tujuan itu.

2. Begitu puasa ramadhan ialah akan disoal selepas itu dan sebarang kekurangan akan ditampung olah puas asunat. Kemudian zakat pula akan disoal dengan ctinya amalan-amalan baik itu lebih berat dalam timbangan, maka orang yang berkenaan itu akan dimasukkan ke dalam syurga, kalau tidak dia akan terima azab di dalam neraka jahanam.

Begitulah amalan-amalan Rasulullah saw iaitu apabila sesiapa memeluk ugama Islam, yang mula-mula sekali diajar kepadanya ialah solat.

Monday, September 21, 2009

Perhisaban di hari Akhirat

Isnin 21, September 2009/2 Syawal, 1430(Hari raya ke 2 Idilfitri.....Masih dalam suasana Raya, menngunjungi senanak saudara, mengeratkan silaturrahim, menziarah pekuburan mempeingatiyi kematdian dan mendoakan srwah-arwah yang telah meninggalkan dunia yang fana ini... Semoga roh mereka di cucuri bRahmat. Amin!!!!

Sesudah terjadinya kiamat besar, maka setiap manusia yang hidup, sedudah mati dihidupkan semula dipertemukan roh dan jasadnya yang selama ini terpisah.


Tubuh manusia dipertumbuhkan semula, sehingga lengkap dan sempurna seperti tubuh kita senbelum mati, lalu dikembalikan kepadanya roh kita yang asli, sehingga semua manusia menjadi hidup, hidup berjasad dan ber roh, dengan segenap kesedaran, pemikiran dll.

Semua manusia dihimpunkan untuk diadakan perhisaban, perhitungan atau pengadilan, untuk mempertanggungjawabkan semua perbuatan serta amalan semasa hidup di dunia baik yang besar maupun yang kecil.

Semua manusia tanpa kecuali setiap orang dihadapkan ke hadapan Maalik (RAJA HAKIM) iaitu penguasa di hari penghisaban.Jalannya perhisaban itu akan disaksikan oleh semua manusia dan malaikat.Setiap manusia akan terdakwa, semua malaikat akan menjadi PENUNTUT, sedang semua Nabi dan Rasul sebagai PEMBELA dan ALLAH sebagai Hakim yang akan memutuskan dengan putusan masuk Syurga atau Neraka. Satu putusan yang tak dapat dibantah, dirobah atau dibatalkan.

Perhisaban itu kadang-kadang berupakan soal jawab, kadang-kadang dengan membaca buku catatan, melihat sendiri akan setiap apa yang kita buat selama hidup di dspt. tape recorder ) dan akhirnya dengan berdirinya timbangan yang akan menimbaang berat ringannya setiap perbuatan yang baik dan yang jahat. jika kebaikannya lebih berat, maka masuk syurglah ia, jik kejahatan lebih berat maka masuk Nerakalah ia.

Firman Allah dalam surah al-Hijr 92-93

92. Demi Tuhan engkau (hai Muhammad) kami pasti akan menanya mereka sekalian.

93. Tentang apa saja yang telah mereka perbuat.

Sabada rasulullah saw,

" Pada hari kiamat seorang tak luput dari empat pertanyaan:

1. Tentang umurnya, untuk apa saja umur itu di pergunakannya.

2. Tentang hartanya dari mana di dapatnya dann untuk apa dibelanjakannaya.

3. Tentang Ilmunya untuk apa ilmu itu dipakainya.

4. Tentang tubuh (tenaga dan kekuatannya) untuk apa saja digerakkannya"

Sunday, September 20, 2009

1 syawal 1430

Ahad, 20 September 2009/1 Syawal 1430

Hari ini ialah Hari raya Idilfitri bagi tahun 1430 H. Semalam genap 29 hari umat Islam menjalani puasa ramadhan dengan penuh tabah serta mengharapkan keredhaan Allah swt. Berlalunya ramadhan bermakna ramadhan yang penuh bermakna bagi umat Islam untuk melaksanakan ibadat yang pelbagai dengan meningkatkan ketaqwaan hanya dapat ditemukan pada tahun hadapan.

Diharapkana amalan ramadhan ini dapat diteruskan dengan bulan-bulan yang akan datanag, dengan mengingatai amalan yang wjib dilaksankan spertri ibadat puasa dan solat lima waktu. Di samping itu pelbagai amalan sunat seperti solat terawih, solat sunat ynag lain spt tasbih, taubat, hatat, witir dan lain-lainnya. Amalan sedekah juga dilaksanakan di samping berdoa, berzikir , wirid dan lain-lainnya. Hingga di tahun hadapan, insya Allah jika dipanjangkan umur kita akan dapat menemui lagi ramadhan yang penuh berkat dan rahamat yang diberikan ganjaran oleh Allah swt.

Pada hari raya ini kita disunatkan untuk banyak bertakbir, bertahmid dan bertasbih bersempena meraikan kejayaan kita melawan hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadan.

Aidilfitri itu merujuk kepada hari raya fitrah, yakni meraikan kejayaan kita untuk kembali kepada fitrah. Dan manusia secara fitrahnya itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih jiwanya serta cenderung ke arah kebaikan.

Maka titik pertemuan kita dengan Syawal ini seharusnya mencetuskan perubahan dalam diri kita ke arah kebaikan. Kita perlu menginsafi bahawa bulan Ramadan yang telah meninggalkan kita merupakan medan latihan terbaik untuk membuat peningkatan taqwa.

Pemanfaatan Ramadan dengan sebaiknya akan tercermin dalam diri kita walaupun setelah ia berlalu.Jika sebelum Ramadan dahulu kita sering meninggalkan solat maka biarlah ketika dan sesudah Ramadan ini kita sering menjaga solat kita.

Jika dahulu kita agak keberatan selalu bersedekah maka harapannya selepas ini kita dapat menjadi lebih pemurah. Jika dahulu kita begitu sukar hendak meninggalkan tabiat merokok, maka kini moga-moga kita berjaya berhenti merokok.

Begitulah harapan kita terhadap madarasah Ramadan yang telah kita lalui ini. Perjuangan kita melawan nafsu selama sebulan ini seharusnya berhasil menyucikan diri daripada tabiat buruk serta sifat-sifat mazmumah.

Justeru itulah yang dikatakan kembali kepada fitrah iaitu asal kejadian manusia yang cenderung ke arah kebaikan.



Sememangnya dalam menyambut Aidilfitri ini ramai yang telah pulang ke kampon drai kota-kota sperti mKuala Lumpuer, temapat bekerja.

Menjelang i syawal juga, kedapatan masjid dan surau yang kelihatan jumlah saf solat tarawihnya semakin berkurangan. Malam-malam terakhir Ramadan ini terisi dengan aktiviti membuat kuih raya serta pelbagai lagi juadah. Di samping itu, ada yang sibuk mengemas rumah, menjahit pakaian serta langsir dan pelbagai aktiviti lain. Malah pusat beli belah pula semakin dipenuhi oleh para pelanggan untuk membeli persiapan raya.

Pada Hari Raya masing-masing dengan pakaian yang terbaik tanda kegembiraan kita menyambut raya. Setelah menunaikan solat Hari Raya kita akan pulang ke rumah menikmati juadah, bermaaf-maafan serta menziarahi sanak saudara.

Adakah bentuk sambutan yang kita bakal lalui sekadar berlegar dalam kerangka adat dan budaya sahaja? Bagaimanakah cara sambutan Hari Raya dapat dibentuk menurut acuan ibadah?

Persoalan sedemikian seharusnya bermain di fikiran kita dalam usaha kita menjadikan Aidilfitri ini lebih bermakna buat kita sebagai hamba Allah.

Kini timbul kecenderungan baru para remaja menyambut hari raya dengan mengunjungi kompleks beli belah. Ada yang datang untuk menonton wayang, bermain boling atau sekadar berpeleseran tanpa tujuan.

Segelintir remaja pula menyambut cuti raya dengan mengunjungi pusat hiburan atau kafe siber. Ada pula yang lebih selesa memerap di rumah menonton rancangan hiburan di kaca televisyen ataupun tidur sahaja.

Sambutan yang terlalu berunsurkan hiburan seakan menjalari golongan remaja kita masa kini. Tidak salah untuk berhibur asalkan tidak melanggar batas syarak dan sesuai masanya serta tidak melekakan. Namun kita perlu merenung bagaimana mengisi sambutan Aidilfitri ini agar dapat mencerminkan kembalinya kita kepada fitrah.

Selain itu, kita perlu meningkatkan kesedaran kita untuk kembali mengeratkan tali silaturahim antara sesama Muslim khususnya keluarga terdekat. Pada ketika hari raya inilah peluang terbaik untuk saling menziarahi dan mengenali sanak saudara kerana masing-masing berkumpul untuk bersama menyambut hari raya.

Ibu bapa harus memain peranan dengan membawa anak-anak berkunjung ke rumah saudara mara. Dengan membiasakan anak-anak sejak kecil melalui amalan sedemikian maka dewasa kelak mereka akan lebih mudah terikut untuk mengamalkannya.

Selain menerima tetamu di kalangan saudara mara, kita juga tidak patut lupa untuk menjamu fakir miskin. Amal jariah sedemikian yang kita dapat laksanakan ketika Ramadan justeru patut diteruskan ketika menyambut aidilfitri. Dengan ini ukhuwah dalam masyarakat dapat terus dieratkan di samping kita dapat beristiqamah dalam bersedekah.

Ibadah puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal ini juga adalah amat digalakkan untuk dilaksanakan. Ternyata ibadah puasa dalam Islam mempunyai kesinambungannya dan merujuk bahawa perjuangan menahan nafsu tidak pernah mempunyai titik noktahnya selagi nyawa dikandung badan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, kehadiran Syawal yang mulia ini menuntut kita bermuhasabah diri sejauh mana kita berjaya memanfaatkan bulan Ramadan yang bakal berlalu ini. Semoga latihan iman dan takwa yang kita jalani sepanjang Ramadan mencetuskan perubahan yang berkekalan dalam diri kita semua.

Saturday, September 19, 2009

Berdoa dengan Bertawassul dengan Amal soleh

Sabtu, 19 September 2009/29 Ramadhan 1430

Kita dibolehkan berdoa bertawassul dengan amal soleh yang kita lakukan kepada Allah swt, untuk mendapat pertolongan Allah swt. Ini dapat dilakukan sekiranya kita sentiasa berbuat amal soleh sebanyak-banyak dan seikhlas-ikhlasnya.

Amal soleh yang ikhlas itu kita jadikan media atau tawassul untuk bermohon dan berdoa kepada Allah untuk memohon mendapatkan sesuatu hajat. Amal soleh yang ikhlas yang 100% mencari kerdhaan allah, yang besih dari sifat-sifat riya' dan bangga, akan menjadi pengantar doa yang amat terjamin antara kita yang berdoa dengan Allah tempat kita bermohon keampunan dosa.

Beramal dan berdoalah mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa kita yang banyak itu.

Friday, September 18, 2009

Allah Maha Pengampun

Jumaat, 18 Septembar 2009/27 Ramadhan 1430

Sesungguhnya Allah Allah memberi ampuan /taubat kepada hambanya.Allah pemberi ampun dan penyanyang. Nabi Adam dan Hawalah manusia pertama dan kedua yang telah mendapatkan hadiah tebesar ini buat pertaman kalinya, setelah Adam dan Hawa berbuat kesalahan, lalu minta ampundan taubat.

Oleh itu sebagai manusia ynag banyak melakukan dosa-dosa hendak sentiasa bertaubat pada tipa waktu , sehingga bila sampai maut ia sudah bertaubat, sedang Allah telah berjanji bahawa "Dialah Allah yang menerima taubat hambaNya dan memaafkan segala kesalahan (kejahatan). Yakani asalkan mahu bertaubat dan mimnta ampun, mak Allah tetap akan mengampunkan dan Allah aka mengampunkan dosa-dosa orang yang bertaubat.

Adam telah meneriam beberapa Kalimat dari Tuhannya, Allah memberi ampun (taubat)kepadanya, kerana sesungguhnya Allah pemberi ampun dan Penyanyang"

- ( Al Baqarah : 38)

Firman Allah dalam surah az Zumar, 53 - 53,

53. Katakan (kepada manusia) : Hai hamba-hambaKu yang telah merasa berdosa atas
diri mereka, janganlah kamu berputus asa dri rahmat Allah, sesunguhnya Allah dapat memebri ampunan terhadap dosa seluruhnya, sesungguhnya Oalah Yang maha Pengampun dan Pengasih".

54. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserahdirilah (dalam agama Islam) kepadaNya, sebelum datangnya azab sehingga kau tidak dapat ditolong lagi.


Rasulullah saw, sendiri walau pun maksum, sentiasa bertaubat untuk bersih dari dosa-dosa serta ini dapat menjadikan teladan kepada umatnya.
Sabda Rasululah saw:

" Sesungguhnya aku minta ampun dan taubat kepada Allah Ta'ala dalam sehari 70 kali"

- Riwayat Thabrani dari bAbu Hurairah)

Firman Allah, Attahrim : 8)

'Dan Taubatlah kamu semua hai orang-orang mukmin supaya kamu bahagia. Selamat dari siksaNya dan mencapai rahmatNya. Sesubgguhnya taubat iu pembuka dari segala kebaikan.
Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu dengan sungguh-sungguh kepada Allah, sehingga Tuhan menghapus dosa-dosa mu dan memasukkan kamu ke syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai"

Kerana itu setiap muslim harus bertaubat kepada Allah setiap pagi dan petang.rang yang tidakk bertaubat itu termasuk orang yang zalim (aniaya)terhadap diri sendiri.Sebagaiman wajib juga menjaga solat lima waktu, sebab allah menjadikan solat lima waktu itu sebagai penyuci dosa-dosa kecil ynag terjadi seharia-hari yang tidak teras.

Thursday, September 17, 2009

Kedatangan hari kiamat

Khamis 17 September 2009/27 ramadhan 1430

KEDATANGAN hari kiamat, pastinya akan berlaku, tidak ada keraguan lagi padanya.KEPERCAYAAN kepadanya, Ia adalah satu rukun Iman yang enam, iaitu rukun Iman ke 5, iaitu mempercayai terhadap hari akhirat.


Firman Allah swt,
" Sesungguhnya kiamat itu pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan sesungguhnya Allah akan membangkitkan kembali orang-orang yang di dalam kubur"

- ( al-Haj:7)

" Sesungguhnya kiamat itu pasti datang, hampir Aku sembunyikan rahasianya, supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan apa ynag ia lakukan"

- (Thaha: 15)

"Sesungguhnya kiamat itu pasti datang, tidak ada kearaguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman"

-(Al Mi'min : 59)

Allah yang Maha PENGASIH lagi PENYAYANG kepada hambanya memberitahu kita tentang berlakunya hari kiamat, melalui para Nabi dan Rasulnya, kerana tanpa wahyunya tidak mungkin kita dapat mengetahuinya dan akan gelap dengan peristiwa yang besar itu yang akan kita laluinya. Kita juga tidak lagi menyesal atau menuntut kenapa Kita tidak diberi petunjuk tentang hari pembalasan tersebut'

Firman Allah swt,

" (Dan kami telah utus) Rasul-rasul menyampaikan khabar gembira dan berita-berita ancaman, supaya tidak ada alasan bagi manusia atas (menyalahkan ) Allah, sudah datangnya Rasul-rasul itu. Allah Maha Gagah dan Maha Bijaksana"

- ( An Nisa' : 165)

Bagi meyakinkan lagi hari kiamat atau hari kebangkitan di akhirat , lihat Firman Allah dalam surah al Haj 5-7 ynag bererti:


"Wahai manusia, jika kamu masih dlam keraguan tentang kebangkitan, maka ketahuilah bahawa, Kami telah ciptakan kamu dari kepal daging, yang sempurna kejadiannya, keraan Kami hendak terangkan kepada kamu (kekuasaan kami), dan Kami tempatkan di tempat peranakan (rahim) secara yang Kami kehendaki (pertumbuhannya) dalam masa yang tertentu.

kemudian kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian kami pelihara kamu sampai kamu cukup kuat dan teguh, dan sesudah itu sebagaian kamu mati dan sebahagian lagi mencapai umur yang lanjut (tua bangka-nyanyuk) sehingga tidak mengetahui apa yang sudah diketahuinya. Dan engkau lihat bumi kering (keras), tetapi apabila kami turunkan air (hujan) atasnya, maka mekar dan suburlah ia, sehingga dapat menumbuhkan sehgala macam tunmbuh-tumbuhan yang cantik"

Demikian itu (semua) menunjukkan bahawa Allah itu Maha Benar, dan bahawa Ia sanggup menghidupkan apa yang mati dan sesungguhnya Ia berkuasa atas apapun jua" Sesungguhnya kiamat itu pasti datang (terjadi), tidak ada keraguan padanya, dan sesungguhnya Allah akan bagkitkan orang-orang yang di dalam kubur itu"

Fikirkanlah proses kejadian manusia serta tumbuh-tumbuahan , sudah tentulah allah pula dapat menghidupkan pula orang ynag sudah mati yang pernah pula diciptakan sebelumya.

Wednesday, September 16, 2009

Mendaptkan lailatul qadar

Rabu, 16 September 2009/ 26 Ramadhan 1430


Malam ini kita masuk ke malam 27 ramadhan. Adakah kita bersedia untuk mengambil peluang ketangan lalatul qadar, sekiranya malam ni berlakunya? Di masjid=masjid dan surau setiap malam 10 akhhir ramadhan lagi, telah mulai kaum muslim berada di masjid atau setidak-tidaknya di rumah untuk menjani ibadah yang dapat mengisi malam tersebut.

Keeutamaan lailatul qadar

Lailatul qadar berada di hari-hari malam 10 terakhir Ramadan. Malam itu adalah
lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam yang begitu agung dalam kerajaan langit sehingga diabadikan dalam suatu surah al-Quran iaitu sural al qadar di dalam Quran.

Kita orang muslim tidak sepatutnya melepaskan peluang yang besar ganjaran ini dilepaskan begitu sahaja tanpa b erusaha menghidupakna malam tersebut dengan berobadat solat, zikir doa membaca ayat suci dan seumpamnaa.

Adalah dipercayai lailatul qadar dapat ditemukan dengan menghidupkan malam-malam yang ganjil dari 10 malam yang terakhir, sangat cerah bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam terakhir dan paling terjamin bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam-malam Ramadan.


Memang lailatul qadar adalah suatu hadiah atau anugerah bagi umat ini. Para ulama meriwayatkan pelbagai riwayat bagaimana lailatul qadar dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW kerana mengambil kira jangka hayat umat ini yang jauh lebih pendek berbanding umur umat sebahagian nabi-nabi terdahulu.

Dengan beramal-ibadah pada malam ini barulah boleh kita menyaingi kuantiti ibadah umat-umat yang dikurniakan umur yang jauh lebih panjang.

Harus diinsafi bahawa sebagai suatu urusan ibadah, kelebihan utama lailatul qadar bukan terbatas kepada sifir 1,000 bulan yang begitu sinonim dengan malam tersebut.

Dalam mana-mana urusan ibadah nilai utama sesuatu amalan tetap tergantung kepada rahmat dan kasih Tuhan yang menjadi tumpuan sesuatu amalan tersebut.


Oleh itu memburu lailatul qadar bukan bererti kita sekadar mengejar gandaan seribu bulan itu tetapi yang lebih penting, berusaha mencarinya bererti kita bersungguh-sungguh untuk menyambut dan meraikan suatu bukti kasih dan rahmat Allah SWT kepada kita.

Mendapatkan lailatul qadar

Sesuai sebagai anugerah yang begitu bernilai dan berharga, lailatul qadar tidaklah sampai begitu mudah diperolehi oleh sesiapa sahaja tanpa perlu berusaha. Malahan cara hidup serta amal ibadat sejak balgh lagi dikira sebagai ibadat yangdapat diberikan rahmat serta anugerah Allah bertemu dengam lailatu qadar. Oleh itu perlu ada amal ibadah yang cukup untuk dapat mendapat ganjaran pahala 1000 bulan yang dijanjikan.

Walaupun kita mewarisi pelbagai panduan dan petua daripada Rasulullah SAW sendiri dan para ulama pewaris Baginda SAW tentang mengenalpasti malam lailatul qadar, masih tidak ada satu kesepakatan tentang bilakah sebenarnya jatuhnya malam itu.


Juga harus diingat, para ulama turut berpandangan bahawa siangnya lailatul qadar juga perlu diisi dengan amal ibadah sama seperti malamnya.

Sesuai sebagai tanda rahmat dan pemberian Tuhan, lailatul qadar tidaklah pula terlalu sukar dan terlalu jauh dari capaian kita. Ia ditentukan jatuh di dalam bulan Ramadan.

Bulan Ramadan adalah bulan ibadah umat ini yang mana rata-ratanya malam-malam Ramadan adalah malam-malam yang lebih baik pengisian ibadahnya bagi kita semua.

Bagi mendapatkan lalitul qadar boleh dicapai dengan menghidupkan sebahagian besar malam itu, sebahagian ulama meriwayatkan bahawa untuk syarat minimum untuk mendapatkan sebahagian laba malam ini bukannya terlalu sukar.

Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatto' misalnya, meriwayatkan pandangan Ibnul Musayyib bahawa, "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak pada malam lailatul qadar secara berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mendapat laba / bahagian daripadanya (lailatul qadar)".

Pandangan-pandangan yang lebih ringan ini meletakkan syarat mendapatkan lailatul qadar pada menjaga solat-solat fardu pada malam tersebut.

Jika pandangan ini yang kita ambil nescaya mendapatkan lailatul qadar bukannya terlalu sukar dan boleh diusahakan oleh semua orang. Tetapi Tuhan itu Maha Adil, hakikatnya, mereka yang biasa lalai tetap akan lalai dan gagal hatta untuk menjaga solat-solat fardu ini walaupun di malam-malam akhir Ramadan.


Zikir dan doa yang diajarkan oleh nabi SAW untuk lailatul qadar juga cukup pendek mampu diamalkan oleh semua orang. Maka marilah kita memperbanyakkan doa ini di hari-hari ini, Allahumma innaka 'Afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'nniy yang maksudnya, "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun , sukakan keampunan maka ampunilah aku".

Walaupun pintu untuk kita menghayati lailatul qadar melalui ibadah khusus lebih terbuka di bulan Ramadan dengan budaya dan suasananya yang tersendiri, ini tidak menafikan hakikat luasnya makna dan bentuk ibadah dalam Islam.

Mereka yang terpaksa menyelesaikan tugasan dan kerja mereka yang tidak bercanggah dengan agama dan dalam kadar yang sesuai dengan bulan Ramadan ini, tetap boleh meniatkan kerja-kerja mereka sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mendapatkan dan menghayati lailatul qadar.



Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.

Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah."

- (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah (SAW) bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau. "

- (Hadis riwayat Muslim )

Keistimewaan Lailatul Qadar diserikan lagi penurunan wahyu al-Quran untuk pertama kalinya kepada Rasulullah sewaktu baginda berada di Gua Hira. Selepas itu al-Quran mula diturunkan secara berperingkat-peringkat dan beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun lagi di Madinah al-Munawwarah. Peristiwa bersejarah penurunan al-Quran diabadikan Allah dalam helaian al-Quran.

Antaranya firman Allah bermaksud:

"Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada Lailatul Qadar. Dan apa jalannya kamu dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul Qadar". Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut). Sejahteralah malam (yang berkat itu) hingga terbit fajar."
- (Surah al-Qadr, ayat 1-5).

Jelas daripada mafhum ayat suci di atas bahawa Lailatul Qadar akan muncul pada setiap Ramadan sebagai anugerah Ilahi dan rahmat Allah yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad.


Namun mereka berselisih pendapat mengenai malam ke berapa daripada 10 malam terakhir itu. Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27 Ramadan. Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27." - (Hadis riwayat Ahmad)

Ada juga riwayat lain yang mengatakan malam mulia itu berlaku pada malam-malam ganjil 10 hari terakhir.

Walau apapun harinya, yang pentingnya pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan-Nya kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan.

Kelebihan Lailatul Qadar tentu tidak akan dianugerahkan kepada sebarangan orang dan tidak pula diberikan kepada orang yang ibadahnya hanya pada malam tertentu saja dalam Ramadan.

Akan tetapi fadilat malam mulia itu akan menyinari orang yang benar-benar ikhlas, khusyuk dan istiqamah dalam mempertahankan nilai keIslaman dalam setiap tutur kata, perilaku, akhlak, ibadat dan kegiatan sehariannya.

Hadirnya malam penuh berkat itu akan dinantikan dan disambut dengan penuh keyakinan dan keimanannya, sekali gus melayakkan dirinya termasuk dalam kelompok orang yang dilimpahi kenikmatan syurga dan kebahagiaan abadi.

Menurut sejarah Islam, Lailatul Qadar pertama kali menemui Rasulullah (SAW) ketika baginda sedang khusyuk menyendiri di Gua Hira, bermuhasabah dan merenung diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Tidak berapa lama kemudiannya, datang al-Ruh al-Amin iaitu malaikat Jibril membawa bersama wahyu Ilahi untuk membimbing baginda sehingga berlakulah perubahan secara menyeluruh dalam setiap detik dan perjalanan hidupnya.

Ia juga membawa perubahan kepada detik dan perjalanan hidup umat manusia sejagat.

Selanjutnya, Lailatul Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah (SAW) dan umatnya sebagai tanda kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya yang menyeluruh.



Contohnya, Nabi Nuh dikurniakan Allah umur selama 950 tahun. Maka, Lailatul Qadar adalah kurniaan sangat besar nilainya bagi umat Nabi Muhammad SAW. Ini kerana lamanya waktu seribu bulan apabila dihitung dalam kiraan tahun ialah selama 80 tahun lebih. Tambahan pula, angka itu jauh lebih banyak berbanding dengan umur umat Nabi Muhammad saw yang rata-ratanya dalam sekitar 60 tahun saja.

Kerana keutamaan inilah, Rasulullah (SAW) amat menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.

Dalam hal ini, memadailah Rasulullah (SAW) sebagai model yang menampilkan teladan terpuji untuk diikuti oleh umat Islam seluruhnya dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan. Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf dan membangunkan keluarganya agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari.

Rasulullah (SAW) juga tidak mendekati isteri-isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat dalam masjid seperti solat Tahajud, solat Witir, solat Tarawih, berzikir kepada Allah serta membaca dan tadarus al-Quran.

Baginda juga sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara doa yang sering baginda baca ialah doa bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan kebajikan akhirat saja, malah untuk memantapkan lagi langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan agar bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa.

Tambahan pula, setiap manusia pada dasarnya tidak akan terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah.

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar


Apkah malan-amalan yang boleh diamalkan pada malam mencari lalaitu qadar?

Mulai jam 12.00 tengah malam:

1. Sembahyang sunat wudhuk.

2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.

3. Membaca al-Quran.

4. Istighfar

5. Zikrullah

6. Bertasbih

7. Selawat

8. Sembahyang sunat tahajjud.

9. Sembahyang sunat tasbih.

Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca:

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."

D0a yang dijarkan nabi untuk dibaca pada nmalam lalaitu; qadar ialh seperti:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."

Tuesday, September 15, 2009

Keutamaan Jihad di jalan Allah

Selasa, 15 September 2009/25 Ramadhan 1430

Allah Taa'la berfirman,

"Hai sekalian orang-orang yang beriman. Sukakah kalau Aku tunjukkan kepadamu semua, akan sesuatu perdaganagn yang dapat menyelamatkan engkau semua dari siksa yang menyakitkan?

Iaitu suapaya engkau semua beriman kepada Allah dan rasulNya dan pula berjihad fi-sabillilah dengan harta-harta dan dirimu semua. Yang sedemikian itu adalah lebih baik untukkmu semua, jikalau engkau semua mengetahui.

Allah juga akan mengampunkan dosa-dosamu semua serta memasukkan engkau semua dalam syurga-syurga yang mengalirlah sungai-sungai di bawahnya, demikian pula beberapa tempat tinggal yang indah di syurga 'Adn - kesenagnan yang kekal dan yang sedemikian itu adalah suatu keuntungan yang besar.

Ada pula pemberian-pemberian yang lain-lain yang engkau semua mencintainya , iaitu pertolongan dari Allah dan kemenanangan yang dekat dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman".

Sabda Rasululah saw juga:

drai Abu Hurairah ra katanya:

" Rasulullah saw ditanya: " Amalan apakah yang lebih utama?"

Belaiu menjawab: "Beriman kepada Allah dan rasulNya"

Belaiu saw ditanya lagi; " Kemudian amalan apakah?"

Belaiu menjawab" iaitu jihad fi sabilillah."

Beliau saw ditanya lagi: "kemudian amalan apakah?"

Belaiu menjawab: "Iaitu haji ynag mabrur."

- (Mutaffiaq 'alaih)

- (as-Sar: 10-13)

Monday, September 14, 2009

Sunnahnya 2 rakkat Sesudah wudhu'

Isnin, 13 September 2009/24 Ramadhan 14390

Islam itu mudah. Jika kita dapat megamlakang sesuatu amalan dengan berterusan secara ikhlas kerana Allah, Allah memberikan ganjaran pahala serta rahamt ynag di luar dugaan kita, walaupu amaln tersebut tidak sebagaiman besarnya seperti mewajibakan amalan untuk di laksanakan.

Oleh itu mariloah amalkan apa jua yang yang kita pelajariberbentuk kebaikan sebgai tuntutan agama dengan harapan apa yang kita mampu akan diberikan balasan baik atau ganjaran suyga semasa di akhirat kelak. Hadis di bawah ini merupakan contoh amalan seorang hamba Allah iaitu Bilal yang taat bertaqwa kepada Allah menyatakan di samping melaksanakan perintahnya yang diwajibkan, beliau telah mengamalkan solat sunat selepas wuduhu'nya.

Maksud hadis.

Dari abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah saw berakata kepada Bilal:

"Hai Bilal, beritahukanlah kepada saya denan satu amalan yang paling engkau harapkan serta yang engkau amalkan dalam islam, kerana sesungguhnya saya mendengar suara derap kedua terumpahmu di mukaku di dalam syurga."

Bilal menjawab: " Saya tidak melakukan sesuatu amalan yang lebih saya harapkan di sisiku daripada kalau saya habis bersuci sesuatu sucian dalam waktu malam atau pun siang, melanikan saya tentu bersembahayang dengan sucianku itu , sebagaiamana yang ditentukan untukku - yakni setiapa habis berwudhu' lalu mlelakukan solat sunnah wudhu'."

- (Muttafaq 'alaih )
g

Sunday, September 13, 2009

Sunnahnya berkumpul untuk membaca al Quran

Ahad, 13 September 2009/23 Ramadhan 1430


Amalan bertadarus di bulan Ramadhhan amatlah dituntut untuk mendapatkan ganjaran pahala dari membaca, memahami dan memahami serta menmgamalkan kandunganya al Quran.
Budaaya bertadarus ini perlulah di teruskan di lain bulan ramadhan untuk mendapatkan fadhilatserta ganjaran pahala yang diberikan.

Sebagaiman hadis di bawah ini kepada sesiapa ynag bertadarus dengan membaca bergilir-gilir dan menyemak orang yang membaca, Allah memebrikan ketenagan kepada pesertanya dan diberikan rahmat kepada mereka dan diberi pujian kepada malaikat yang d majlis tersebut

Dari Abu Hurairah ra katanya:

"Rasulullah saw bersabda: " Tiada suatu kaum pun yang sama berkumpul dalam salah satu rumah dari rumah-rumah Allah- yakni masjid, sambil mebaca kitabullah dan saling bertadarus di antara mereka itu, iatu berganti-gantian membacanya, mrlainkan turunlah ketenangan di atas mereka, serta mereka akan diliputi oleh kerahmatan dan diliputi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebutkan mereka itu kepada makhluk-makhluk yang ada di sisiNya- yakni para malaikat".

- (Riwayat Muslim)

Saturday, September 12, 2009

kelebihan solat subuh dan Isyak berjemaah

Sabtu, 12 September 2009/12 Ramadhan 1430

Dari Abu Hurairah ra, bahawasanya rasululllah saw bersabda:

" Andaikata para manusia itu mengetahui betapa besar pahalanya mengerjakan solat isyak dan subuh dengan berjemaah, nescayalah mereka akan mendatangi kedua solat itu, sekali pun dengan berjalan merangkak'

( Mutaafaq 'alaih)

Friday, September 11, 2009

khusyuk dalam solat

11 September 2009/21 ramadhan 1430

Sebagaimann Sabda Rasulullahy saw yang bermaksud:

Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk,

Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.


"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan".


Amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:


1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.


2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.


3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.


4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.


6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.


7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.


9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.


10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.


11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.


12. Mengambil wuduk dengan sempurna.


13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.


14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.


15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya.
Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:



"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Thursday, September 10, 2009

Syarat-syarat ibadah.

Khamais, 10 September 2009/20 Ramadhan 1430

Syarat-syarat Ibadah.

Perbuatan dan ucapan seseorang muslim itu menjadi ibadah deng memneuhi syarat utama seperti di baw2ah:

1. Syidqul azimah iaitu mempunyai kemahuan yang kuat tanpa ragu-ragu.

2. Ikhlas kerana allah swt semata-mata semasa melakukan dengan perbuatan atau ucapan.

3. Sesuai dengan syariat, menurut perintah Allah swt dansesuai dengan contoh rasulnya.

Daripadanya dapatlah difahami bahawa ketaatan kepada Allah swt dan rasulNya merupakan aqidah dan menjadi syarat sesuatu amalann itu diterima Allah sebagai ibadat.Ikhlas yang dituntut dalammibadah nmestilah bersih dari perkara syirik. Inilah merupakan hal yang lazim untuk mengukur kepekaan iman seseorang.

Muhammad Qutb mengatakna bahaw aada 3 masalah yang terkandung dalamm ibadah:

1. itikad yang bulat menyatakan bahwa Allah swt itu Esa dalam zat Nya, sana Nya dan sifat Nya.

2. mengarahkan tujan hanya kepadaNya dengan syiar-syiar ta'abuddiyah yang diwajibkan Allah swt bagi hamba-hambaNya.

3. Sentiasa berusaha (iltizam) dengan apa-apa yang diturunkan Allah swt, misalnya tentang masalah hukum halal haram.

Ini bererti tanpa mematuhi syarat-syarat di atas, seseorang itu telah terkeluar dari tauhidnya serta syrik dalam agamnya.

Wednesday, September 9, 2009

Hidup bersabar

Rabu, 9 September 2009/19 Ramadhan 1430

Firman Allah swt (surah Al Zumar:10) " Sesungguhnya hanya orang-oarang ynag bersabarlah diberikan pahala kepada mereka tanpa batasan"

Tanpa batasan bermaksud Allah akan berikan kepada mereka yang bersabar dengan segala macam dugaan hidup itu dengan tidak terhitung banyaknya pahala yang di berikan.

Tuesday, September 8, 2009

Jalan mengingati Mati

Selasa, 8 September 2009/17 Ramadhan 1430

Sebaik-baik untuk mengingati mati ialah dengan memperbanyakkan kenagan-kenangan kepada kawan-kawan, teman atau ibubapa yang telah dulu mneingalkan kita. Ingatkan mereka sebentar, bagaimana mereka mati dan bagaimana akhirnya tempat berdiam di bawah tanah. Inatlah sejenak rupa-rupa mereka itu, juga kedudukan mereka semasa hidup dan kengan pula keadannya sekarang.

Perkara-perkara Yang Membatalkan Islam

Selasa. 8 September 2009/ 17 Ramadhan 1430.


1. Syirik dalam beribadah kepada Allah swt.

2. Menjadikan suatu benda (makhluk) sebagai perantaraan anatara dia dan Robbnya.

3.Tidak mengkafirkan orang musyrik dan membenarkan mazhab mereka.Ini jelas telah disebut sebagai kekufran.


4. Lebih menguamakan hukum thoghut daripada hukumAllah swt dan petunjuk RasulNya

5. Tidak menyukai bahkan membenci sunnah Rasulullah saw. Ini termasuk kafir secara ijmak.

6. Mengejek atau memperolokkan dinullah (al-Islam), misalnya tentang pahalaNya mah pun ketentuan hukumNya.

7. Mempelajari, terpikat dan mengamalkan ilmu sihir.

8. Membantu dan menolong orang=orang yang musyrik untuk memusuhi orang-orang Islam (kaum muslimin)

9. Berkeyakinan bahawa sebahagian manusia diperbolehkan tidak mengikuti syariat nabi Muhammad saw.

10. Berpaling dari dinullah atau dari hal-hal yang menjadi syarat utama seorang muslim. Orang seperti ini tidak mahu mempelajari dan melaksanakan ajaran kitabullah dan sunnah RasulNya.

Kesimpulan:

Dalam hal ini tidak ada bezanya, baik terhadap orang-orang yang hanya main-main saja atau yang sengaja dan besungguh-sungguh untuk melakukan perkara-perkara di atas.



Semoga Allah swt melindungin kita semua dari perkara-perkara yang mendatangkan kemurkaanNya dan kepedihan seksaNya.

Sunday, September 6, 2009

Kelebihan berjemaah solat

Ahad, 6 September 2009/15 Ramadhan 1430

Sabda rasulullah saw'

" Andaikan mereka mengethui kebaikan yang erdapat di kegelapan malam dan subuh, nescaya mereka akanmendatanginya meskinpun harus merangkak"

- (Muttafiq 'alaih)

" Baransiapa yang melakaukan (solat0 Isya' berjemaah maka dia itu telah melakukan solat setengah malam , dan barangsiapa yang melakukan solat Subuh berjemaah maka (sama halnya)dia itu melkukan solat malam penuh"

- ( At Tarmizi)

Dari Abu Hurairah ra Rasulullah saw bersabda yang bererti:

"Seorang yang solat jemaah dua puluh lima kali lebih besar daripada solatdi rumah atau di pasar, jika ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian keluar menuju masjid hanya untukburusan solat, mak tak putus-putusnya malaikat berselawat atasnya sambil mengucapkaj : " Allahuma sollia 'alaihi, Allahhummar hamhu"

-( Muttafaq 'alaihi)

Saturday, September 5, 2009

Peristiwa Nuzul Al Quran

Sabtu, 5 September 2009/14 Ramadhan 1430H

Adalah menjadi kebiasaan umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan kita akan mengadakan perayaan ulan tahun atau sambutan memperingati Nuzul Al-Quran.


Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Peristiwa ini menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Bagaiman Al Quran itu diturunkan?

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.

1. Dikatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

2. pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.

Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-'Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.


Nabi Muhammad s.a.w. mengalami bermacam-macam cara dan keadaan semasa menerima wahyu. Antara cara-cara Al-Quran diwahyukan adalah:


1. Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini, Nabi s.a.w. tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasa bahawa itu sudah berada di dala, kalbunya. Mengenai hal ini, Nabi mengatakan: "Ruhul Quddus mewahyukan ke dalam kalbuku". ( As-Syura: 51)


2. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar mengenai kata-kata itu.


3. Wahyu datang kepadanya seperti gemercingnya loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan Nabi s.a.w. Kadang-kadang pada keningnya terdapat peluh, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Ada ketikanya, unta beliau terpaksa berhenti dan duduk kerana merasa amat berat. Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit: " Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang demam yang kuat dan peluhnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa".


4. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi s.a.w. dalam rupanya yang benar-benar asli sebagaimana yang terdapat di dalam surah An- Najm ayat 13 & 14 : "Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidratulmuntaha".

Friday, September 4, 2009

Ujian dan kesabaran

Jumaat, 4 September 2209/14 Ramadhan 1430H

Ujian adalah sunatullah dan bentuknya adalah pelbagai. Ujian berlalu bersama orang beriman tanpa di sedari dan tanpa dia duga sebelumnya. Yang harus dilakukan oleh orang yang beriman ialah bersabar dan redha dengan apa yang ditakdirkan Allah swt.

Firman Allah swt,

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan, "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
- (Al Ankabut:2-3)

Allah swt berfirman:

"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekuranganharta, jiwa da buah-buahna. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-oarang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Inna lillahi wa inna ilahi raji'un"(SEsungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali). Mereka itulah ynag mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."

-( Al Baqarah: 155-157)

Allah swt menguji para hambanya kerana empat faktor:

1. Ketinggian darjat di dyunia dan di akhirat.
Mereka ini diuji pada permulaan jalan. Jika mereka sabar dan mengharap pahala dari Allah swt , maka Allah meninggikandarjat mereka untukselamanya.

2. Pembinaan dan pendidikan.
Allah hendak mendidik hati dengan ujian dariNya, sehingga dia benar-benar ikhlas dan jujur denganNya.

3. Pernyataan penghmbaan yang sebenar.

Untuk menetukan seorang hamba itu benar-benar yang taat dengan bukti-bukti yang kukuh bukan sekadar pengakuan yang lemah.

4.Pahala dan ganjaran di sisi Allah swt,
Seorang yang sabar dan berharap dengan Allah akan sentiasa diberikan pahala dan mendapat kemenangan di sisi Allah swt.

Sabda Rasulullah saw, "Jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu mendpatiNya di hadapanmu (dengan pertolongannya), Kenallah Allah dalam kesenangan, pasti Dia akan mengaenalmu dalam kesusahan". Selanjutnya Rasulullah saw bersabda, "Ketahuilah bahawa kemenangan ada bersama kesabaran".

-( At Tirmizi)

Firman Allah swt, "..........sesungguhnya hanya orang ynag bersabarlah yang dcukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-zumar : 10)

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa yang dapat meringankan cubaan dan musiabah ialah beriman dengan takdir. Sesiapa yang belum beriman kepada takdir, maka Allah tidak akan menerima setiap perbuatan,keadilan, tindakan, kalimah dan tiada juga zakatnya dan justeru
dia akan mendapatkan azab ynag sangat pedih.

Thursday, September 3, 2009

Amalan di dalam ramadhan

Khamis 3 September 2009/13 Ramadhan 1430

Diantara amalan-amalan yang dituntut semasa menjalani puasa ramadhan secara ringkas ialah:

1. Berniat puasa pada malam harinya.

2. Makan sahur serta sunat mentakhirkan sahur- hingga ada waktu antara makan
dan solat subuh, sekadar membaca 50 ayata al Quran

3. Meninggalkan kerja,perbuatan seperti perkataan keji, mencela-cela orang yang
sia-sia

4. Menahan diri dari cercaan orang lain

5. Menyegerakan berbuka puasa bila masuk waktu berbuka puasa.

6. Berbuka dengan buah kurma dan manisan.

7. Memperbanyak doa ketika berbuka pt memohonan keampunan dari dosa.

8. Banyakkan sedekah dan memberi makan orang yang berpuasa.


9. Menghidupkan malam ramadhan dengan solat-solat sunat atau qiyamulail.

10. Memperbanyakkan tadarus/membaca Al Quran di rumah atau di masjid. (Sebab
Rasulullah pada setiap malam Ramadhan belajar alQuran dari Jibril a.s. serta
mempebaiki lafaz dan tajwidnya)


11. Memperbanyakkan istighfar, zikirullah dan berdoa untuk mendapat keampunan
Allah swt.

12. Kerjakan Solat terawih

13. Iktikaf di masjid

14. Berusaha mendapatkan ganjaran lailatul Qadar.

15. Memperbanyakkan istighfar pada malam terakhir ramadhan.

16. Mengeluarkan zakat fitrah (bermula terbitnya bulan ramadhan hingga 1 syawal
sebelum solat idilfitri dimulakan)

17. Mandi sebelum mengerjakan solat idilfitri

18. Memakai pakain yang bagus di hari Raya

19. Makan seblum pergi solat hari raya.

20. Mengambil jalan berlainan ketika pergi dan pulang dari masjid/tempat solat.

21. kerjakanlah Puasa 6 bulan syawal.

Wednesday, September 2, 2009

Fadhilat Asma- ul Husna

Rabu, 2 september 2009/12 Syaaban 1430.


Asma-ul Husna adalah merupakan nama-nama Allah yang terkandng dalam al Quran, di mana pada tiap-tiap nama tersebut mengandungi khasiatnya masing-masing.


Dari Abu Hurairah ra ia berkata, rasulullah saw telah bersabda

"Sesungguhnya Allah mempunyaai 99 nama , iaitu seratus kurang satu. brangsiapa menghitungnya (menghafal seluuhnya) masuklah ia ke dalam syurga"

- (H.R. Bukhari)

Tuesday, September 1, 2009

Solat dalam bulan ramadhan

Selasa, 1 September 2009/12 Syaaban 1430



Dari abu Hurairah ra dari Nabi saw sabdanya:

"Barangsiapa berdiri bersembahyang dalam buan ramadhan kerana didorong keimanan dan keinginan memperoleh keredhaan Allah, maka diampunkan untuknya dosa-dosanya yang terdahulu"

( Muttafaq 'alaih)