Thursday, April 30, 2009

Syurga dipermudahkan untuk Kaum Wanita

Khamis 30 April 2009

Sabda Rasulullah saw, "Seorang perempuan apabila ia mengerjakan sembahyang lima waktunya, dan berpuasa bulan ramadhannya dan memelihara kemaluannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah ia ke syurga melalui mana-mana pintu ynag ia kehendaki."

Allahh membuka peluang ynag seluas-luasnya untuk wamnita menaiki martabat-martabat tinggi di sisi hadhiratNya dan menjadi Wali Allah. I beramal sahaja di dalam lingkungan rumahtangganya dengan taat kepada Al;lah dan Rasul dan kepada suaminya, selama suaminya mentaati Allah, maka Allah Taala menghadiahkan untuknya pahala-pahala amal lelaki dan membuka sebagai peluang untuknya maju di alam rohani.

Alangkah sayangnya Allah Taala kepada kaum wanita, tetapi malangnya amat sedikit kaum wanita menyedari akan hal ini. Sebaliknya mereka berlumba-lumba bertanding dengan kaum lelaki di luar sana, untuk mendapatkan kedudukan, pangkat mau pun harta walau pun bertentangan dengan apa yang Allah Taala janjikan ganjaran kebaikan yang baik sekiranya menjalankan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan oleh agama.

Jikalau takdirnya semua kaum wanita Islam menyedari akan hal ini dengan kesedaran yang sebenar, niscaya mereka tiada akan berkekiaran di luar lingkungan rumahtangga dan tiada akan timbul gerakan emansipasi wanita atau perjuangan menuntut hak-hak yang sama.

Dalam satu hadis ynag lain Nabi menjawanb pertanyaan seorang wanita yang mewakili wanita lain mengenai tanggungjawab wanita yang kurang amal dari kaum lelaki disebabkan seperti memuaskan keinginan suami-suami mereka, melahirkan anak untuk mereka dan menguruskan rumahtangga, menjaga harta benda mereka semasa mereka berperang di jalan Allah, bertenun kain untuk mereka. Wanita itu bertanya adakah mereka juga mendapat pahala?

Ujar Junjungna rasulullah saw, "Dengarlah oleh mu bak-baik, kemudian pergilah khabarkan kepada wanita-wanita yang telah mengutuskan dikau ke mari, bahawsanya apabila sesorang wanita mencari keridhaan suaminya dan menguruskan kerja-kerja rumahnya dengan puas hati, maka ia mendapat ganjaran yang sama dengan lelaki dalam amal-amal mereka kerana Allah itu"

Dapatlah dibayangkan betapa sukacita dan gembiranya wanita-wanita Islam itu mendengar perkhabaran dari junjungan itu. Mereka dikecualikan daripada kerja-kerja berat yang dilakukan oleh kaum lelaki, di luar lingkungan rumahtangga kerana tugas keibuan mereka sudah pun berat, dan mereka ghalibnya, uzur pula semasa hamil selama kira-kira sembilan bulan, dan masih uzur lagi di dalam masa nifas, sehingga keiuzuran mereka itu boleh menyebabkan keuzuran batin jikalau hati mereka lemah. Namaun Allah Taala memberikan keringanan kepada mereka pula dalam ibadat: Mereka tiada dikehandaki mengqadha solat yang ditinggalkan dalam masa haidh dan nifas dan mereka diharuskan berbuka puasa semaas hamil atau semasa menyusukan anak jikalau takut mudharat atas diri mereka atau atas anak. tetapi mereka wajib mengqadha puasa itu..

Monday, April 27, 2009

Berkata benar,muliakan Jiran dan hormati tetamu

Isnin 27 April 2009.

Berkata benar, memuliakan Jiran dan menghormati tetamu.

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Maksudnya, telah diriwayatkan Abu Hurairah r.a. maka katanya, Bahawa sabda Rasulullah saw, "Barangsiapa percaya pada Allah dan hari kemudian hendaklah berkata ia dengan kebajikan atau diam diri. Barang siapa percaya pada Allah dan hari kemudian hendaklah muliakan segala jirannya, Barang siapa percaya pada Allah dan hari kemudian hendaklah ia muliakan tetamunya."

.........(H.R. Bukhari dan Muslim)

Pengajarannya:

1. Apabila kita hendak bercakap, fikirlah lebih dahulu apa yanag akan terjadi kesan daripada percakapan tersebut, sama ada memeberi apa-apa faedah atau tidak. Sekira ia boleh mendatangkan kerosakan atau kejahatan hendak ditahan supaya tidak bercakap mengenai perkara itu. Sebaliknya jika ianya mendatamhgkan faedah serta kebaikan bolehlah diteruskan.

2. Memuliakan jiran itu adalahsesuatu tuntutan yangpenting dalam agama islam. Sabda Nabi saw, " Bahawsanya sentiasa datang Jibril kepadaku menyuruh akau berbuat baik kepada jiran-jiran akau hingga aku sangka mereka itu berolegh harta oesaka daripada ku."
Adapun jirab itu mempunyai emapat makna:
1. Sesiapa yang tinggal dengan engkau dalam satu rumah.
2. Sesiapa yang berdekatan rumahnya dengan rumha engkau.
3. Empat puluh buah rumah berkeliling dari rummah engkau
4. Sesiapa senegeri dengan engkau.

Adalah jiran yan qari lagi Islamitu menpunyai n3 hak wajib dibayarkan kepadanya iaitu:

a) Hak kerana sejiran
b) Hak kerana berqarib
c)Hak kerana Islam

Jiaran Musliyang tiada qarib itu ialah mempunyai 2 hak iaitu:

a) Hak jiran
b) Hak Islam.

Hak Jiran kafir (bukan Islam) itu ialah hak jiran sahaja.

3. Memuliakan tetamu itu adalah adab Islam dan perangai Nabi-nabi dan orang-orang soleh.

Sunday, April 26, 2009

Berdakwah tangggungjawab semua

Ahad, 26 April 2009.

Sepatutnya sebagai umat Islam kita mampu untuk berdakwah setidak-tidaknya secara keci-kecilan untuk menasihati atau memberikan tunjuk ajar kepada rakan sesama Islam yangh didapati tidak mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh ajaran agama Islam. Umat Islam hari ini tanpa disedari ataupun tidak, banyak terlibat dalam melakukan dosa, sama ada besar ataupun kecil, sengaja ataupun tidak sengaja, sedar ataupun tidak, tetapi mereka tetap melakukannya, antara dosa atau kesalahan yang dilakukan ialah tidak menyampaikan apa-apa yang mereka tahu kepada mereka yang tidak tahu atau yang kurang arif mengenai Islam.

Oleh kerana berdakawah menyeru kepada kebaikan dan mencegah mungkar merupakan satu tanggungjawab dan kewajipan setiap orang, ianya haruslah di ambil berat suapaya kita sama-sama dapat menjauhkan saudara kita seagama melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah dan akan mendapat balasan jahat di akhirat kelak.

Berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Sesiapa (di kalangan orang Islam) yang melihat sesuatu yang mungkar, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa yang ada), jika dia tidak mampu melakukannya dengan tangan, maka dia merubahnya dengan lidah, jika tidak mampu juga maka dengan hati (berdoa), itulah selemah-lemah iman.

Oleh itu setiap muslim perlulah meningkatkan ilmu serta kefahaman Islam yang diamalkan supaya dapat beramal dengan jalan yang betul dan pada masa yang sama dapat memberi bimbingan kepada anak-anak, dan rakan-rakan yang sepatutnya dapat diperbetulkan dan diperingatkan, kerana mereka sangat memerlukan pertolongan dalam mengamalkan suruhan agamanya.

Saturday, April 25, 2009

Hilangkan rasa susah keduniaan

Sabtu, 25 April 2009/ 29 Jamadulakhir 1430.

Kesusahan dan kesedihan dengan sebab keduniaan adalah merupakan tanda-tanda kebodohan dan kurangnya akal seseorang. Kerana kesedihan itu tidak lain adalah kerana menyesali sesuatu yang sudah berlalu atau menakuti hari depan atau kerana susah atas sesuatu kejadian yang datang seketika. Sedangkan manusia itu diberikan nyawa untuk terus menjalani hidup di dunia ini. Dia diberikan kesihatan, mempunyai makan seharinya tetapi di luar dugaan dan kuasanya ditakdirkan ia mengalami sesuatu musibah atau ujian yang ditakdirkan Allah swt kepadanya.


Berlaku kerana sesuatu yang hilang daripadanya, maka yang berakal adalah waspada bahawa menyeselai sesuatu yang hilang itu tiada dapat mengumpulkan hal yang telah terselerak dan tidak dapat memperbaiki hal ynag tidak terpakai. Sedangkan sesuatu yang hilang tiada dapat diusahakan makam enyusahinya adalah merupakan kebodohan.

Oleh karana itu, maka wajaiblah bagi manusia dalam kehidupan di dunia ini, untuk selamanya melihat kepada orang yang di bawahnya dalam persoalan keduniaan, agar ia dapat bersyukur. Sebaliknya dalam masalah agama wajiblah ia melihat kepada orang yang di atasnya, agar masalah agama wajiblah ia melihat kepada orang yang atasnya, agar ia bertambah giat dalam beribadah.

Allah swt berfirman yang bermnaksud: "Kami jelaskan yang demikian itu, supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu..."
...( S.Al-Hadiids:23)

Dan apabila kesusahan itu sebab adanya keduniaan yang datang, maka kesusahan itu timbul kerana kedengkian/hasud sebab datangnya kenikmatan pada orang yang telah dikenal oleh manusia tadi, atau kerana fakir, kehilangan harta, pangkat dan sarana-sarana keduniaan yang lain.

Ada pun sebab-sebab timbulnya kesusahan dan kesedihan tadi adalah kerana kebodohan terhadap tipu daya keduniaan dan segala racun-racunnya. Seandaint, kerana ia tergolong orang yang ringan tanggungjawabnya, bukaa orang yang berat tanggungjawabnya.


Jiukalau orang yang mempubyai rasa rindu itu mau berfikir tentnang kesudahan indahnya keduniuaan ynagv dirundukan, maka tentulah ia tidak akan merindukannya; kerana ia akan mengerti baha keduniaan itu membawa musibah ynag banyk ynag mengakibatkan macxam-macam melapetaka bagi umat manusia. Setiap orang ynag berada di dunia ini pada setiap kedudukan berada dalam tiga bahagia iaitu:

1. Sebahagai siksaan
2. Sebahgian lamunan hidup lama
3. Sebahagian malapetaka.

Manusia itu setiap arah, di lawan masa: Sekali luput, sekali tertipma.

Oleh kerana itu maka barangsiapa sedar berfikir tentang kejadian setiap hari, iaitu dicabutnya kenikmatan dari orang yang memilikinya, datangnya hal-hal yang menakutkan pada orang yang mempunyainya, dan kesedihan mereka sebab hilangnya kenikmatan-kenikmatan tersebut tidak akan berdukacita atas hilangnya kenikmatan-kenikmatan tersebut. Orang seperti itu jika ditanya, "Mengapa engkau tidak merasa susah?". Dia akan menjawab, "Kerana saya taka dapat menyimpan sesuatu ynag hilang ynag menyusahkan saya".

Apabila seorang itu mahu memperhatikan dengan fikirannya tentang orang-orang yang empunyai keduniaan yang meereka lupa akan akhiratnya, dan memperhatikan juga trentang musinah yang menimpa mereka di dunia, maka tentulah ia akan merasa tenteram dan menjadi ringanlah untuk melepasklan soal keduniaan itu.

Bayangkan di hospital orang-orang yang dirawat kesakitan yang bermacam-macam, diperkuburan ahli waris keluaraga yang bersedihan . Apabila direnungkan peristiwa-peristiwa itu, tentulah kita rasa bersyukur sepanjang hari atas kenimatan-kenikmatan Allah yang diberikan kepada kita iaitu selamat dari malapetaka.

Thursday, April 23, 2009

Bacaan surah pendek imam

Khamis 23 April 2009

Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Bersabda Rasulullah saw: "Apabila salah seorang kamu jadi imam sembahyanag, hendaklah ia mempersingkatkan bacaan, kerana ada di antara ma'mum anak kecil, orang tua, orang lemah, orang sakit dan apabila ia sembahyang sendiri maka sembayanglah sekehendaknya!"

.......... HR: Sahih Muslim

Wednesday, April 22, 2009

Adab-adab berdoa

Imam Al-Ghazali dalam Kitabnya Ihya Ulumiddin menyebutkan 10 adab doa seperti berikut:


1. Hendaklah mengambil kesempatan pada waktu-wktu yang baik dan mulia, seperti din hari Arfah, bulan Ramadhan, Hari Jmaat, pada waktu sepertiga akhir malam dan pada waktu sahur dinihari.

2. Hendaklah mempergunakan keadaan-keadaan yang baik dan mulia seperti waktu sujud dalam solat, pada waktu peperangan, di waktu tentera sebelah menyebelah sedang berhadapan-hadapan, pada waktu mula turun hujan, pada waktu orang mengucapkan qamat dalam waktu solat dan sesudahnya, juga termasuk waktu yang baik untuk berdoa di kaka hati sedang sepi.

3. Mengadap qiblat, mengangkat kedua belah tangnan dan mengucapkan kedua belaahb telapak tangan ke muka pada waktu selesai berdoa.

4.Merendahkan suara pada waktu mengucap doa sayup-sayup sampai antara terdengar dengan tidak.

5.Janganlah lafzah doa itu dibuiat demikian rupa sehingga melampaui batas.Yang baik memilih doa ynag berasal adari Nabi saw dan sahabat-sdahabatnya atau orang orang yangt soleh, kerana tidaklah tiap-tiap orang dapat menyusun sendiri doa yang baik, khuwatir kalau-kalau dalam karangannya itu melamapu batas.

6.Orang yang berdoa hendaklah berdsikaptadlarru', khusyu' dan takut serta penuh pengharapan akan terkabulnya doanya.

7.Mendasarkan permintaan kepada doa dan menyakini terkabulnya dengan keyakinan bahawa apa ynag dimintkannya itu benar.

8. Doa hendaklah dimulai dengan menyebut nbama Allah dna sesudah mengucapkan pujian sanjungan kepada nya lalu diiringi dnegan selawat kepada Nabi saw, demikian pula menyudahinya.

9.Doa hendaklah diulang-ulang terutama pada lafaz-lafaz atau klaimat ynag pentimg disebut 3 kali dan sungguh-sungguh berkeyakinan doa itu segera diperkenankan.

10. Hendaklah melakuan taubat dari semua dosa, meninggalkan semua perbuatan yang zalim dan menghadapkan diri kepada Allah.

Doa selamat di majlis umum

Rabu 22 April 2009

Doa2 yang boleh dijadikan hafalan di amalkan pada bila-bila masa atau masa yang terluang.

1. Dengan nama Allah Yang maha pengasih lagi Maha Penyayang.

(Alhamdulillah............................

2.Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam,
Salawat dan salam kami panjatkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw,
seluruh keluarganya dan sahabat-sahabatNya,
serta semua pengikut-pengikutnya.

3. Dengan memanjatkan puji dan syukur alhamdulillah dan dengan rasa terima kasih, kami bersyukur mensyukri nikmatMU atas pemberianMU yang amat berharga iaitu islam dan iman serta rezeki dan kesihatan zahir dan batin.


4.Ya Allah jauhkanlah kami daripada segala bahaya dan bencana, yang menimpa kami.

5. Ya Allah, curahkanlah dan tingkatkan lah iman kami,
dan berikan keampunan di atas dosa-dosa kami.

6. Ya Allah berikanlah kekuatan, pertolongan serta petunjuk hidayahMU untuk kami melipatgandakan ketatan melaksanakn perintahMu Ya Allah

7. Ya Allah ampunkan lah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami , dosa-dosa datuk nenek kami, guru-guru kami, serta kaum kerabat kami muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggalkan kami.

8. Hilangkanlah kesusahan kami,
dan jika mati nanti, tempatlah kami bersama-sama dengan orang-orang yang soleh-soleh, baik-baik dan beriman,
Dan semoga kami memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

9. Ya Allah Tuhan kami Yang maha Pengasih,
Terimalah dan kabulkan lah doa serta permohanan kami ini.

10. Rabbana atinaa fiddunia hasanatan wafil aakhirati hasanatan wqinaa azaban naar. Amin Ya rabbal aalamin.

Subhaana rabbika rabbil izzati ammaa yasifuun wal hamdu liullahi rabbil alamin.

Monday, April 20, 2009

Fadhilat membaca salawat Nabi saw

Isnin 20 April/24 Jamadulakhir 1430.

Banyka sekali faedahnya membaca salawat ke atas nabi Muhammad saw, sebagaiman ynag diterabngkan dalam beerapa hadis seperti di bawah ini.

1. "Barangsiapa yang membaca selawat untukku sekali, maka Allah akan memebrikan rahmat bagimua sepuluh kali."
.....................H.R. Muslim


2. Barangsispa membaca selawat yntukku di waktu pagi sepuluh kali, dan di waktu petang seepuluh kali, maka ia memperoleh syafaatku pada hari qiamat"

..................H.R. Tabrani


3."Seutama-utama manusia menurut pendanganku pada hari qiamat, ialh orang yang paling banyak sekali membaca salawatnya."

...................H.R.Turmuzi)

Orang yang mendengar menyebut naam Rasulullah saw, hendak;lah ia menjawab selawat itu dengan sebaik-baiknya,
Sabda Nabi saw,
"Orang yang kikir ialah orang ynag tidak mahu menjawab selawat ketika orang menyebut namku di sisinya"
..........................H.R. Ahmad)

Sunday, April 19, 2009

Fadhilat tilawatul Quran

Hari Ahad, 19 April 2009

Firman Allah bermaksud. "Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Al Quran dan mndirikan solat dan menafkahkan sebahagian harta/rezeqi yang Kami anugerahkankepada mereka dengan diam-diam dan terangan-terangan, mereka itu mengharapkan kebahagiaan ynag tidak akan merugi"

................( S. Al Fathir: ayat 29)

Sabda nabi Muhammad saw.

Maksudnya, "Seutama-utama ibadat umatku ialah tilawah (membaca) Al Quran"

..(H.R. Abu Nu'''aim)
Sabdanya lagi, "Bacalah oleh mu Al-Quran, kerana sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi orang-orang yng membacanya"

.... (H.R. Muslim)

Saturday, April 18, 2009

Kelebihan azan, saf dan berjemaah

Sabtu, 18 April 2009

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: ( Bersabda Rasulullah saw: (Kalau orang Islam itu tahu keutamaan azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tak mendapatnya kecuali dengan undian niscaya mereka mengambil undian: dan kalau mereka tahu keutamaan bersegera pergi untuk hadir jamaah Zuhur, niscaya mereka berlumba-lumba kepadanya, dan kalau mereka tahu kebaikan berjemaah pada sembahyang Isya dan subuh niscaya mereka menghhadirinya mskipun dengan merangkak) ..Hadis Muslim

Wednesday, April 15, 2009

Celanya Ujub

Rabu 15 April 2009

Ujub ertinya meas bangga pada diri sendiri, merasa hairan terhadap diri sendiri sengan sebab adanya satu dan lain hal.Diir sendiri yang dimaksudkan di sini iaah mengenai peribadinya, golongannya, kelompoknya atau apa saja yang di anggap srat hubungannya dengan dirinya sendiri.

akhlahk ujub ini sangat tercela dan sama sekali tidak ada kebaikannya.Allah berfirman (Janganlah kamu mengira sudah menyucikan dirimu sendiri) ..Surah Najm:32

Maksudnya ialah jangan sekali-kali hatimu menyangka bahawa dirimu sudah suci dan bersih dari segala kesalahan, sebab dengan sangkaan yang keliru ini, nantinya akan timbullah rasa ujub pada diri sendiri.

Tuesday, April 14, 2009

Berusahalah mencari rezeki, jangan sampai melupakan Allah

Selasa, 14 April 2009

Firman AllahAl Qasas: 77,

( Dan carilah apa yang telah dianugerahkan kepadamu (kebahgiaan ) akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagiaanmu dari kenikmatan dunia)

Demikianlah mencari rezqi (kebahgiaan) untuk akhirat haruslah sejajar dan seirama dengan mencari kebahagiaan untuk dunia.

Dalam ayat yang lain Allah telah mnerangkan bahawa sesungguhnya Dia Allah telah menjamin rezqi kepada setiap hambanya.

Surah An Jabut: 60

(Dan beberapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa/mengurus rizqinya sendiri. Allahlah yang memberi rezqi kepadadanya dan kepadamu, dan Dia Maha mendengar lagi Mha Mengetahui)

Firman Allah lagi,

( Dan tidak ada seekor binatang melata pun di bumi ini melainkan Allah lah yang mem,bri rezqi.


...............(S.Hud: 6)

ms 38 Bersambung

Monday, April 13, 2009

Nama-Nama Allah yang Sungguh Indah

Isnin 13 April 2009/16 Jamadul akhir 1430

Di dalam Surah Al Hasyr ( Pengusiran ) terdapat 15 Nama Allah yang sunggguh indah. Nama-nam tersebut khusus kepada Allah dan tidak boleh digunkan kepada nama kebanyakan makhluk. Jika nama-nama tersebut hendak digunakan kepada manusia perlulah ditambah dengan lafaz Abdul yang bererti hamba. Mithalnya Abdul Qudus, Abdul Rahman, Abdullah dan sebagainya.

Ayat 22-24:

22. Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui Yang ghaib dan Yang Nyata. Dialah yang Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

23. Dia Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja Yang Maha Suci Yang Maha Sejahtera. Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

24. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa. Yang Mempunyai Nama-nama Yang Paling Baik, Bertasbih kepadanya apa yang ada dilangit dan di bumi, Dan Dia lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Nama-Nama Allah yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah:




1. Allah - Allah adalah nama zat Tuhan. Nama Allah hanya di khaskan kepada Tuhan sebenar ynag disembah. Tiada Tuhan yang lain ynag hidup abadi dan berdiri dedngan sendiri. Dalam AlQuran perkataan Allah disebut sebanyak 1987 kali

2.Ar Rahman: Nama yang menunjukkan Allah Maha Pemurah, pemberi rahmat dan mengurniakan nikmat dan kebaikan kepada sekalian hamba sama ada beragama Islam atau tidak. Ini bererti orang kafir pun mendapat nikmat Allah.

3. Ar Rahim : Nama yang menunjukkah Allah Maha Penyanyang, kasih sayang Allah dia akhirat hanya untukl hambanya yang beriman.

4. Al Mulk: Allah mentadbirkan segala urusan tanpa apa-apa pertolongan Kekuasaan Allah dan penguasaNya tidak dapat dihalang atau ditandingi oleh sesiaipa.

5. Al Quidus: Menunjukkan Allah Maha suci darpada segala-galanya sama ada dari segi zat, qalam, pendengaran, penglihatan dan perbuatan.

Sunday, April 12, 2009

Memohonlah kepada Allah

Ahad, 12 April 2009/ 16 Rabiul Akhir 1430

Manusia yang dicipyakan Allah dan Allahlah Yanga Maha Berkusa dan Maha Mengetahui keperluan dan menentukan segaala-segala sejak diciptakan dan hingga ke hari akhirat.
Dalam serba kekurangan manusiammemrlukan perolongan dari Allah untuk mendapatkan sesuatu keperluan melalui usahanya beriktiar dan menmdapatkan petunjuk dan pertolongan dari Allah. Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Berkusa menjadikan sekalian makhluk dan mentadbirkan Alam semesta, sepeerti sekalian langit dan bumi, matahari dan lain-lain nya.

Firman Allah dalam Surah al Haj :61 yang bermkasud,

Pertolongan yang dijanjikan Allah tetap berlaku kerana Allah berkuasa menukar gantikan sesuatu keadaan sebagaimana kuasa-Nya memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti); dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat. (al-Haj: 61)




Dalam urusan kehidupan manusia sehari-hari, mereka melalui berbagai-bagai ujian serta musibah yang semujanya datangnya dari Allah. Oleh itu mereka hendaklah bersabar di atas dugaan yang menimpa mereka dengan mengharapkan pertolongan Allah SWT. Mereka diwajibkan berdoa dan bertawakal kepada Allah sepenuh hati kerana Allah berkuasa atas segalanya sebagaimana berkuasanya Allah menguasai peraturan alam buana ini.

Di dalam Quran dijelaskan Kuasa Allah Yang Maha Agung dengan meminta kita berfikir dengan kejasian alam seperti ciptraan malam dan siang silih berganti. Begitu juga pertukaran musim-musim sama ada musim panas, sejuk, luruh dan sebagainya. Kekuasaan-Nya sungguh mengagumkan dengan tidak pernah mungkir atau terlewat.

Mereka yang beramal soleh dan menuruti suruhan-Nya akan mendapat balasan syurga. Sebaliknya mereka yang ingkar dengan melanggar perintah-Nya akan dimasukkan ke neraka.


Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertolongan dan keredaan dari Allah SWT, bukan memohon pertolongan dari kuasa-kuasa lain kerana dibimbangi akan menjadikan kita terjerbak dalam keadaan syirik.

Oleh itu, sentiasalah kita berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Sesungguhnya Allah itu amat berkuasa terhadap sesuatu dan akan menolong hamba-hamba-Nya yang sentiasa berdoa untuk mendapat dan mengharapkan pertolongan daripadaNya.

Saturday, April 11, 2009

Orang yang baik berkurangan sedang ynag jahat bertambah banyak.

Sabtu 11 April 2009
Maksud jadis Ruwah Attabarani filawsatt, yang bermajsud.
Daripada Aisyah ra berkata ( Aku mendengan Rasullullahsaw bersabda (Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ib8bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurangan) dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertamba ramai orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik. Dan anak-anak menjdi beranai melawan orng-orang tua dan orng-orang yang jahat brrani melawan orang-orang baik)

Keterangan:

Di antara tanda-tanda kiamat:

1. Bila anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.

2. Bila hujan berkuragan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.

3.Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk kebuat kejahatan sangat banyak

4, Orang yang berbuat kebaikan sedikiit dan tidak nmendapat kemudahan yang sewajarnya.

5, Anak-anak sudah beranai melawan orang tuanya.

6. Orang-oranag yang jahat berani melawan orang-orang baik dan tidak segan terhadap mereka.

Corak masyarakat pada hari ini tidak banyak bezanya dengan apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw, tadi. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan daripada apa yang disabdakan oleh rasulullah saw,

Mari kita bedoa mudah-mudahan Allah menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolongan di kalangan mereka yang disebutkan tadi.

Thursday, April 9, 2009

Amalan Soleh teman yang berkekalan

Khamis, 9 April 2009.

Khatim Al Assim berkata salah satu faedah ilmu yang dipelajari dari gurunya Asyaqiq Al Balkhi...

1. Sesungguhnya aku telah melihat kepada makhluk2 yang ada di dunia ini lalu aku mendapati bagi setiap makhluk ini mesti ada sesuatu yang dikasihinya daa diasyikinya dan aku melihat pula bahawa ada sebahagian daripada sesuatu yang dikasihi itu hanya menemani kekasihnya sehingga sampai ia sakit sahaja.

Dan ada pula yang sentiasa menemani keksihnya sehingga ke dalam kubur.

Manakala yang lainnya akan terus balik dan tidak mahu untuk bersama-sama dengan kekasihnyya di dalam kubur. Ia akan membiarkan kekasihnya tinggal seorang diri di dalam kubur.

Lalu aku terus berfikir. Dan akhirnya aku membuat kesimpulan bahawa sebaik-baik kekasih itu ialah kekasih yang setia mengiringi kekasihnya ke dalam kubur dan menjadi penghibur dan teman setia.

Dan tidak ada kekasih yang bersedia untuk berbuat demikain selain daripada amalan yang soleh.

Maka aku terus menjadikan amalan soleh ini sebagai teman dan kekasihku, supaya ia dapat menerangi kuburku, dan menghibur hatiku dan sudah pasti ia tidak akan meninggalkan aku duduk bersendirian.

Petikan dari: Ayuhal Wadud(Wahai anakku yang tercinta): Abu Hamid Muhammad bin Muhamad Al Ghazali rt.

Wednesday, April 8, 2009

Pesanan Rasulullah.saw

Rabu, 8 April 2009


1. Janganlah manusia menjadi kafir sesudah ia beriman.

2. Janganlah manusia menyekutukan Allah

3. Hendaklah manusia mempunyai budi pekerti yang mulia.

4. Hendaklah manusia menjadi umat yang bersatu padu.


Dengan adanya pesanan dari Rasukullah itu , maka hendaklah kitamengetahui dengan mempelajari sunnah Allah dan RsulNya serta mengamalkannya.

Tuesday, April 7, 2009

Taat kepada Allah dan Rasul

Selasa 7 April 2009.

Mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan semua larangan-larangannya itu disebut TAAT , baik taat itu kepada Allah, Rasul maupun terhadap para pemimpin (yang bijaksana)

Dalam surah An Nisa ayat 59 difirmankan,
'"Hai orang orang yang briman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah(Al Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya"

Patuh/taat terhadap sesama manusia pun harus dilakasanakan asal perintah-perintahnya tidak melanggar dengan syariat Islam.

"Tunduk dan patuh itu wajib bagi setiap manusia (muslim) di dalam apa yang ia sukai atau ia tidak suka, selama ia tidak diperintah berbuat naksiat. Dan apabila ia diperintah berbatmaksiat,mak sekali-kali tidak ia tunduk dan patuh"
............(HR. Tarmizi)

Jangan pula merasa puas hati dan gembira disebabkan taat yang telah dilakukan, sebab ketaatan itu bukan dari kamu. Sebaliknya bagi orang yang telah mnenjalankan ketaatan itu merasa gembira dengan berdasarkan bahawa ketaatan yang dilakukan itu berkat kurnia dan nikmat dari Allah swt, bukan dari usahanya sendiri. Sebagaiman firman Allah Surah Yunus ayat 58,

'"katakanlah : Dengan kurnia Allah dan rahmatnya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan Rahmatnya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan, .(Yunus:58)

Bergembira setelah menjalankan ketatan yang berdasarkan bahawa ketaatan yang dijalankan itu berkat ikhtiar daya dan upayanya sendiri gembirakan yang demikian yang dilarang dan di murkai Allah serta boleh melebur amal ketaatannya itu.

Bergembira setelah menjalankan ketaatan yang berdasarkan bahawa ketaatan yang dijalankan itu berkat rahmat dan kurnia Allah serta semua disandarkan kepada kekuasaan Allah. Bergembira yang demikan itu adalah gembira yang diperintahkan dan terpuji , kerana ia menunjukkan syukurnya kepada Allah.

Semoga kita semua dapat bergembura setelah menjalankan ketaatan yang diridhai dan diterima Allah swt.


Berita terkini dari Utusan Malaysia 8 April 2009

Najib jangka umum Kabinet baru hari ini

KUALA LUMPUR: Tumpuan hari ini pastinya pengumuman penting Datuk Seri Najib Razak mengenai barisan Kabinet barunya sejak mengambil alih kepemimpinan negara, minggu lalu.

Perdana Menteri dijadual membuat pengumuman barisan Kabinetnya itu yang diramal lebih kecil dan melakukan beberapa kejutan pada bila-bila masa hari ini.

Bagaimanapun, laporan awal menyebut Najib akan mengumumkannnya di sini, jam 10 pagi ini dan satu lagi laporan selewat-lewatnya petang ini.


Sekurang-kurangnya enam menteri mungkin digugurkan, dengan menggabungkan beberapa kementerian, selain mewujudkan semula jawatan Setiausaha Parlimen yang dimansuhkan selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Difahamkan Najib sudah menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi semalam berhubung pelantikan barisan Kabinet barunya.

Antara menteri yang dikatakan akan digugurkan ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan, yang tewas jawatan Timbalan Presiden MCA pada pemilihan parti itu, tahun lalu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, yang turut kalah dalam pemilihan Umno, bulan lalu, juga dijangka digugurkan.

Dua menteri lain dijangka digugurkan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A Aziz dan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad pula meletak jawatan, berkuat kuasa hari ini, selepas tewas pada pemilihan Umno.

Bagaimanapun, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden, dijangka dikekalkan.

Difahamkan, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon akan dilantik sebagai Senator untuk diserapkan dalam Kabinet baru. Shahrizat dijangka mengetuai kementerian lamanya, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bekas menteri, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis juga dikatakan akan kembali ke Kabinet, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin akan dinaikkan pangkat menjadi menteri.

Tiga Naib Presiden Umno diramal bertukar portfolio dengan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi ke Kementerian Dalam Negeri; Datuk Seri Hishammuddin Hussein ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, manakala Datuk Seri Shafie Apdal bertukar ke Kementerian Pertahanan.

Antara kementerian dikatakan akan digabungkan ialah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang diserapkan ke Kementerian Pelancongan; Kementerian Pengajian Tinggi disatukan dengan Kementerian Pelajaran, manakala Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bergabung dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Monday, April 6, 2009

Kembalinya kerahmatullah Ust Hosni Muhammad

Isnin, 6 April 2009

Kembalinya ke rahmatullah Ustaz Hosni Muhammad di Hospital Universiti Petaling Jaya pada 6 April jam 12.30 pagi kerana sakit jantung. Di solat jenazahkan di di Masjid Al Mukminun di USJ 2, Subang Jaya, jam 12.50 pm dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Subang Jaya. Pernah bertugas mengajar Al Quran di Masjid Ar Rahimah, Taman Grenwood setiap hari Khamis malam Jumaat selepas Isya sejak tahun 2002 hingga Awal Mac 2009. Antara murid ynag belajar dengan beliau termasuklah peniulis sendiri , Abu Samah bin Mohd Amin, Baharom Mohd Dan , Senen, Ismail Jurami, dan Mohd Azhar dan Nik Azmi .Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt dan dimasukkan ke dalam golongan solihin. Amin.


Talqin dibacakan sebaik sahaja mayat di dikebumikan dan didengari semua ynag hadir menyaksikan pengekebumian itu. Talaqin boleh diabaca dalam Bahasa Melayu atau Bhasa Arab atau kedua-duanya sekali,

Terjemahan Bacaan Talqin

Maha suci Allah Yanag Maha Kuasa lagikekal tanpa kesudahan.
Maha suci Allah yang telah mengaturkan manusia seluruhnya terpaksa menempuh kematian supaya dapat dicuba dan diujinya siapakah di antara manusia yaneg telah mengerjakan amala soleh dan membuat kebajikan, mka segala derma dan hasil dari amalan mereka semuanya akan dapat dilihat satu persatunya pada hari ytang ditetapkan Yuhan.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Segala sesuatu yang lain daripada Allah Taala tetap akan rosak dan b inasa kerana Allah ynag mengatur segala-galanyya dan kepada Allahlah akan kembali sekalian kita, maka berbahagialah sesiapa juga ynag terselamat dan terlepas daripada azab api neraka dan seterusnya mendapat anugerahnya nikmat yang berkekalan di dalam syurga.

Segala nikmat dan kesedapan ynag bercorak keduniaan semuanya hanya untuk sementara waktu sahaja.


Allah menjadiukan kamu selian daripada tanah, ke dalam tanah pula kamu akan dimasukkan da daripada tanah juga kamu akan dikeluarkan semula. Allah menjadikan kamu supaya menanggung amanah dan menjalankan kewajipan selama kamu kamu hidup di dunia kemudian dimasukkan kamu ke dalam tanah untuk mnjadi mangsa dan makanan ulat serta cacing yang tidak mengenal kamu siapa dna tidak teragak-agak atau bertempoh-tempoh lagi membaham dan memamah kamu hingga berkecai dan hancur lebur segala urat dan daging kamu tanpa meninggalkan sebarang sisa.

Hingga Allah memerintahkan malaikat Israfil mwniup sangkalllkala maka dihidupkan kmau semuanya dengan serentak dan semsa untuk dibawa ke hadapan Mahkamah Rabuyl Jalil , di sanalah segala amalan dan pekerjaan kamu diperiksa, buruk baiknya semuana dibaicarakan untuk dihukum dengan pembalasan yang setimpal atau diberi ganjaran dengan adil dan saksama.

Aku bersumpah dengan nama Allah Yang Maha Besar, dengan nama RasulkNya Yang Mulia dan di atas agama Islam Yang Maha Suci. Apa yakan disebutkan ini adalah perkara-perkara yang telah dijanjikan oleh Allah swt dan amatlah benar4 segala Rasuo-rasulnya yang telah menyampaikan janjinya.

Wahai sudaraku Pulan bin Pulan (sebut nama si mayat), wahai saudarakupulan bin pulan....semoga Allah kurniakankas8han belasnya ke atas saudara, ketahuilahnbahawa segala nikmat dan kesedapan dunia telah hilang dareipada sudara sekarang. Sudara telah masuk ke dalam sempadan akhirat dan tinggal di sini hingga hari qiamat. Wahai saudarku pulan bin pulan...., janganlah sekaili-kal8i saudara lupakan pengakuan dan perjanjian kita d dunia iaitu...

" Aku naik saksi bahaw atidak ada Tuhan ynag layak disembah, melainkan Allahndanaku naik saksi bahawa Muhammad itu Rasulullah"


Apabila datang dua malaikat yang ditugaskan memeriksa saudara dengan perintah Allah, jandganlah dsaudara gebntar dan takit. kerana mereka juga makhluk Allllah seperti saudara.

Mereka akab berrtanya, siapakah Tuhan saudara sembah/ Siapakah nabi saudara? APAKAH IKTIKID DAN KEPER4CAYAA SAUSDARA? Dan ats agama saudar hidup dan mati? Katakan kepada mereka. Allah Tuhanku yang sebenar-benar. Bila ditanya lagi jawablahjua, Allah Tuhanku yang sebenr-benarnya.

Bila ditanyalagi bagi klai ketiga iaitu yang rterahir. maka jawablah dengan lidah yang lancar tanpa tajkikt dan gentarbkepada mereka.Allah Tuyhanklyu,. Muhammad Rasulullah abiku. Islam agama ku, dan Al Quran pedoman dan ikutanku, Baitullah kiblatku, sembayuyang kewaji8panku,m sekalianorang Islam adalah saiudara=daudaraku. Ibrahim bapa pad aagamaku, hidup dan matiku d8i ats perkataan.

.Laila haillaal Muhammadur rasul lullah.

Ingat dan peganlah bersungguh sungguh kenyataan dan pesananku ini selama-lamanya, Ketahuilah saudara akan berada di alam Barzah ini sehibngga hari qiamat kelak.

Sekiranya ditanya saudara dari hal Muhammad, maka katakanlah bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah dan utusannya, yang telah menyampaikan kepada kami segala kesenagana kesenangan dan tanda-tanda daripada Allah, maka kami telah berfirman dan menuntut ajaranntya.Setelah selesia perikassan berserahlah diri saudara kepada Allah byang Maha Esa yang memilik Arasy Yang Maha besar.

Ketahuilah bahawa saudaraku, Bahawasanya mati itu benar, memasuki ke liang kubur iu benar, Soalan Munkar dan Nakir itu di dalam kubur ituy benar.Dibangkitkan manusia untuk diperiksa amalannya itu adalah benar.Melalui Titi saratul Mustaqim , balasan nikkmatsyurga dan pembalasanmsekas neraka se uanya benar belaka dan tetap berlaku.

Dah bahawsanya Hari Qiamat tepa akan tiba tanpa syak dan ragu-ragu lagi.Maka Alah emenghidupakan semula sekalian manusia wahai saudara.

Selamat tinggal buat selama-lamanya dan kami serahkan saudara kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang semoga dicucuriNya rahmat dan keampunan ke atas saudara.

Ya Allah Yang Maha Besar
Ya Allah Yang maha Besar
Ya Alah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Kurnikanlah limpah RahmatNya kepada saudara kami hambamu ini. Ampunkianlah dosa dan kesalahannya ndan ampunkanlah dosa dan kesalahan kami Ya Tuhan Seru Sekalian Alam.

Wahai saudara,

Ingatlah pesananku yang terakhir, bahawasanya Allah Tuhan kita. Islam satu-satunya agama kita dan Muhammad saw Rasululah Nabi kita. Kepada Allah kami berharap memberi perlindiungan kepada mu saudara, mengampun dosa kesalahan mu, serta, menerima segala amalan kebajkan yang telah saudara tunaikan, Amin...........

Ya Allah Yang Maha Lemah Lembut . Ya Allah Yang Maha mendengar, terimalah rayun hamba mu yang lemah ini.

Kami mneyeru dengan perasaan yang sedih dan hati yang penuh pengharapan serta berkat kemuliaan RasulMu, bahawa tidaklah kiranya mayat saudara kami ini diseksa dan di azabkan. Amin.

Semoga bacaan talqin di tas memberi keinsafan kepada saudara dana kita semua yang kita akan mati satu hari yang Allah sahaja mengetahuinya.

Sunday, April 5, 2009

Jenis Nafsu

Ahad, 5 April 2009



Tahukah bahawa nafsu itu selalu mengajak kepada perbuatan yang tidak betul. Dari itu mengetahui selok belok nafsu dalam jiwa itu diharuskan, sebab dengan mengetahuinya orang mudah memeranginya dan mengalahkannya.

Ketahuilah di dalam jiwa manusia itu terdapat 2 nafsu iaitu:

1. Nafsu Ammaaroh

2, Nafsu Mutmainnah

1. Nafsi Amaroh, iaitiu nafsu yang selalu condong kepada kejahatan yang brjaian dengan badannya, keran a badsaniah itu selalu condong kepada kelazatan dan kepuasan syahwat iaitu senang makajn minum yang enak-enak, rakus kepada kebendaan dunia dan senagn kepoada perbuatan maksiat.

2.Nafsu Mutmainnah iaitu nafsu yanag diberi rahamat olrh Allah yang dari dalam hatinya terpanacar sinar kejernihan ynag menunjukkan bahaw ia telah bersih dari perbuatan ynagt tercela dan kelak di akhirat ia mendapat panggilan dari Tuhannya.

Adapun nafsu Ammarah itu klau diperinci menjadi enam jenis antaranya:

1. Syahwat
2. Marah
3. Tamak
4.Sombo9ng
5. Riya
6. Dengki

Ke enama jenis nafsu itu harus diperang, dibersihkan dari hati seseorang , iaitu dengan mencukupimalan-amaln yang bersifat pendekatan kepada ALLAH.

Nafsu amarah harus diperangi dengan sifat sabar. Nafsu tamak harus diperangi dengan sifat qonaah iaitu menerima apa adanya dari pemberian Allah. Nafsu sombong harus diperangi dengan sifat tawadhu iaitu merendah diri dari semua orang. Nafsi riay harsus diperangi dengan sifat ikhlas.

Jadi jelasnya, nafsiu Ammar itulah adalam mush denna nafsu kmutmuaainnah. Untuk itu senjata ynag plaingh ampuh untuk membasmi nafsu ammarah adalah nafsu mutmainnah.

Ada pun nafsu mutmainnah itu mempunyai 5 jenis sifat, antara lain:

1. Amalan-amalan yang sifatnya pendekatan kepada Allah.

Saturday, April 4, 2009

Makanan Rohani.

Sabtu, 4 April 2009

Dalam kehidupan ini kita sangat mengutamakan perkara yang zahirnya dapat dilihat dan dirasai. Disekeliling kita disedikan dengan keperluan fizikal seperti tempat tinggal (rumah), pakaian , makanan dan segala kemudahan seperti kenderaan dan peralatan yang lain.

Tanpa memikirkan semua itu berupa perkara-perkara yang sementara, semasa umur masih ada yang sangat terhad dikurniakan Allah Yang Maha Berkuasa, berkewajipanlha kita melaksanakn tanggungjawab terhadap Allah .

Apa yang lebih utama yang sepatutnya difikirkan bersama ialah amalan rohani ibadat kepada Allah swt yang menjadi bekalan ke akhirat.

Sewajarnya kita pada setiap masa dalam keadaan berzikir/ingat kepada Allah dan melakukan kerja dengan niat kerana Allah bagi mendapat keredhaan Nya dan amlan kita diambil sebagai amalan ynag diberi ganjaran syurga di akhirat nanti.

Oleh itu bagi melaksanakan amalan-amalan tersebut kita memerlukan ilmu agama yang termasuk di dalamnya ilmu Fardu Ain yang bertersakan syariat bagi mengabdikan diri ke jalan Allah ynag sempurna semasa hidup di dunia.Dengan ilmu yang dipelajari akan dapat kita menunaikan segala perintah Allah Tala dan juga mempelajari ilmu akhirat yang dapat menjami keselamatan di akhirat.

Antara makanan rohani:

1. Melaksanakan solat fardhu, dan yang sunat bagi meningati dan mendekatkan diri dengan Allah swt.

2. Berdoa, berzikir, betrasbih, beristighfar mengagungkan kebesaran Allah dan memohon keampunan dosa-dosa ynag kita lakukan.

3.Mencari rezeki yang halal untuk menyara hidup diri dan keluarga dan memberikan infak, seperti zakat dan sedakah kepada yang diwajibkanatau ynag memerlukan.

4. Melaksanakan amal kebajikan sesama manusia dan makhluk di bumi ini.

5. Melakukan amal makruf dan nahi mungkar.

6. Meninggalkan perbuatan yang haram dan melakukan amalan sunat sebanyak-banyaknya.

7. Meyakinkan kebesarana Allah serta mencintainya dan mengharapkan kasihan belas dan rahmat di dunia dan di akhirat, menyedarijiwa ini dikelilingi dengan ihsan Allah swt.

Ingatlah sepotong hadis Nabi saw:,

(Bekerjalah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal di dalamnya. Dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada di sana. Dan beramallah kerana Allah sekadar mana engkau berhajat kepadanya, dan buatlah sebarang amalan yang akan memasukkan engkau ke dalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan siksaannya).



Hari ini dalam Sejarah.

Mohd Najib PM ke 6, angkat sumpah

KUALA LUMPUR 3 April - Di istana Negara pagi ini Datuk Seri Najib Tun Razak bin Tun Hj Abdul Razak mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.


Beliau masuk ke Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Pasangan itu kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.



Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Acara penuh istiadat itu bermula apabila Tuanku Mizan dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berangkat memasuki Balairong Seri pada pukul 10.05 pagi.

Upacara dimulakan dengan lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri dimulakan pada 10.10 pagi.

Najib kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan, diikuti dengan bacaan doa selamat.

Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Datuk Sri Abdullah menerima anugerah TUN.

Pada majlis yang sama, Abdullah dikurniakan anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) manakala Jeanne menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SSM), kedua-duanya membawa gelaran Tun, daripada Seri Paduka.

Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, pada 23 Julai 1953 dan merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak dan Tun Rahah Mohd. Noah.

Pelantikan Najib hari ini cukup signifikan kepada sejarah negara kerana ini merupakan kali pertama anak kepada perdana menteri dilantik ke jawatan yang sama.

Najib, 55, mempunyai beberapa rekod dalam sejarah politik tanah air, termasuk menjadi Ahli Parlimen paling muda pada usia 22 tahun, Menteri Besar paling muda pada usia 29 tahun, anggota Majlis Tertinggi UMNO paling muda pada usia 28 tahun, timbalan menteri paling muda pada usia 25 tahun dan menteri paling muda pada usia 33 tahun.

Friday, April 3, 2009

Tabiat suka panjang umur dan suka harta benda

Jumaat, 3 April 2009


139- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ حُبُّ الْمَالِ وَطُولُ الْعُمُرِ. (البخاري)

139- Dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah s.a.w, bersabda: "Anak Adam membesar dan turut membesar bersamanya dua perkara: Sayangkan harta dan inginkan panjang umurnya.


(Bukhari).


Dalam hadis ini Rasulullah menyatakan bahawa ada dua perkara yang tidak terpisah dari seseorang walaupun umurnya telah meningkat tua, iaitu suka mempunyai harta benda dan inginkan panjang umur. Sesungguhpun dua perkara itu dari tabiat semula jadi manusia, tetapi tiap-tiap seorang disuruh membendung kedua tabiat yang tersebut dengan mengingati bahawa harta dan panjang umur itu tidak menguntungkan kalau tidak disertakan dengan usaha membanyakkan amal ibadat dan menjauhkan diri dari segala maksiat.

140- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ قَلْبُ الْكَبِيرِ شَابًّا فِي اثْنَتَيْنِ فِي حُبِّ الدُّنْيَا وَطُولِ الْأَمَلِ. (البخاري ومسلم)

140- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda: "Hati orang tua sentiasa muda dalam dua keadaan. Dalam keadaan kasihkan dunia dan dalam keadaan panjang cita-cita."


(Bukhari dan Muslim)


Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w., menyatakan bahawa ada lagi dua perkara yang merugikan manusia kalau tidak dijaga dan diawasinya, iaitu kasihkan dunia dan panjang cita-cita.


Dua perkara ini menjadikan seseorang yang telah tua, lalai daripada menyediakan bekalan untuk hari akhiratnya, pada hal yang sewajibnya makin ia beransur tua, makin ia membanyakkan amal baktinya, kerana ia tidak mungkin lagi kembali kepada kekuatan dan kecergasannya yang telah lalu.

Thursday, April 2, 2009

Meratap orang mati

Khamis, 2 April 2009

Sabda Nabi saw, ,,Bukan lah dari golongan kami orang yang menampar-nampar pipinya, mengoyak-ngoyakkan pakaiannya dan menyeru dengan seruan-seruan Jahliah,,

..... (HR. Al Bukhairi dan Muslim)

Segala pebuatan atau ucapan ynag melahitrkan kesedeihan atau yang menambahkan kesdihan atas kematian adalah terlarang, kerana perkara-perkara tersebut akan meelanjutkan sesedihan padahal orang-orang diperintahkan supaya bersabar menerima ujian dan menghadapi segalam macam ujuan dengan penuh kerelaan dan penyerahan diri kepda Allah.Lagipun perbuatan serupa itu merupakan sebagai bantahan dan ketidakrelaaan atas Qadha dan Qadar aLLAH.

mENITISKAN AIR MATA KERAAN SEDIH ATAS KEMATIAN TIDAK MENGAPA .

mMaksud hadis ertinta, ,, Dua perkara yang ada poadxa manusia yang menjadikan mereka kafitr, merendahkan keturunan orang lain , meratapi mayat,,

,,,,,......HR: Muslim dan Al Bahaiqi)

Bewberap pendapat:

1. Dua perkara tadi membawa kepada kekafiuran

2. Hukuman dimaksudkan dengan kafir di sini ialah kafir nimat.

3. Hukuman yang demikian ()kafir bagi orang yang melakukann dengana nmeghalalkan perbuatan tersebut.

4. Yang paling sah bahawa kedua-dua perbuatan tersebut adlah perbuatan orang-orang kafir dan perangai Jahiliah.

Demikian pendapat imam An-Nawawi,