Friday, October 31, 2008

Serakahnya anak Adam

Jumaat 31 Oktober 2008/ 1 Zulkaedah 1429 H

Sememang nya manusia bersifat mengikut nafsunya yang tak kenal cukup, sehingga umurnya digunakan mengaut harta dunia dan banyak yang khayal menunaikan tuntutan Allah swt untuk bekalan akhiratnya. Berpada-padalah mencari kekayaan dan harta dunia ,tapi tentukan kekayan dunia itu dapat di terima balasannnya dnegan membuat kerja amal kerana Allah swt.

Sabda Nabi Muhammad saw,

"Andaikata seorang anak Adam telah memiliki harta benda
sebanyak satu lembah,
tentu ia akan berusaha memiliki dua lembah.

Dan andaikata ia telah memiliki dua lembah
tentu ia akan berusaha untuk memiliki tiga lembah.
Memang tak ada yang dapat memenuhi kehendak anak Adam melainkan tanah.
Dan Allah memberi taubat bagi mereka ynag bertaubat"

- Riwayat Al Sheikhun Ahmad dan Tarmizi 'An Anas)

Thursday, October 30, 2008

Hidup beribadat kepada Allah

Khamis 30 Oktober 2008/30 Syawal 1429

Firman Allah swt:

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia ,elainkan supaya mereka menyembahKu"

( Az-Zariat, 51:56)
Dari ayat di atasmenerangkan bahawa tujuan manusia dilahirkan di dunia ini ialh untu7k berbakti kepada Allah melalui ibadat yang disyariatkan melalui Rasul dan Al Quran.
"Ibadat" bererti "penghambaan" iaitu dengan menyembah Allah yang Esa serta patuh dengan perintah-perintahNya. Tujuan Allah menciptakan manusia supaya mereka patuh serta taat kepada Allah.

Ibadat dalam erti kata yang seluasnya ialah bahawa seseorang itu mengikuti aturan dan hukum Allah dalam hidup mulai daripada baligh hinggalah ke akkhir hayat di dunia ini, dalam setiap langkah dan setiap masa dan meninggalkan dari ikatan setiap hukum yang bertentangan dengan hukum Allah.Setiap gerakan hendaklah sesuai dengan cara yang telah ditentukan Allah swt.Dengan demikian hidup seseorng itu dinamakan ibadat.Ibdat tidak mempunyai satu bentuk yang khas. Dalam setiap perbuatan dan setiap bentuk pekerjaan, ibadat kepada Allah harus dilaksanakan.

Tuesday, October 28, 2008

Solat Sunat Rawatib

Selasa, 28 Oktober/28 Syawal 1429 H

Solat sunat sebelum dan selpas solat fardhu dinamakan sunat rawatib yang sunat diamalkan mengikut apa ynag diajrkan kita mengamalkannya.

Dua sunat Rawatib iyu terbahagi kepada 2 bahagian:

1. Sunat Muakkad, iaitu sunta dianjurkan sekali dan dikuatkan untuk diamalkan dan adalah terdiri dari:

a) 2 rakaat sebelum fardhu suhur
b) 2 rakat selepas zuhur.

c) 2 rakaat sesudah maghrib
d) 2 rakat sesudah Isyak
e) 2 rakat sebelum subuh.
2. Sunat Ghari Muakkad iaitu terdiri dari:

a) 2 rakat (selain muakkad sda) sebelum fardhu zuhur dan 2 rakat sesudahnya.
b) 4 rakaat sebelum fardhu asyar dengan 2 salam. Tiada ada sesudahnya.
c) 2 rakaat sebelum isyak dan 2 rakat sesudahnya (Selain muakkad sda)

Monday, October 27, 2008

Bersedekah, sabar, meminta sedekah

27 Oktober 2008/27 Syawal 1429/ Hari Depavali dirayakan oleh kaum India Hari ini

Hadis Keempat Puluh

40- عَنْ أَبِي كَبْشَةَ الْأَنْمَارِيِّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ثَلَاثٌ أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ قَالَ فَأَمَّا الثَّلَاثُ الَّذِي أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ فَإِنَّهُ مَا نَقَّصَ مَالَ عَبْدٍ صَدَقَةٌ وَلَا ظُلِمَ عَبْدٌ بِمَظْلَمَةٍ فَيَصْبِرُ عَلَيْهَا إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا عِزًّا وَلَا يَفْتَحُ عَبْدٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ إِلَّا فَتَحَ اللَّهُ لَهُ بَابَ فَقْرٍ وَأَمَّا الَّذِي أُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ فَإِنَّهُ قَالَ إِنَّمَا الدُّنْيَا لِأَرْبَعَةِ نَفَرٍ عَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَيَعْلَمُ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ حَقَّهُ قَالَ فَهَذَا بِأَفْضَلِ الْمَنَازِلِ قَالَ وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِلْمًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ مَالًا قَالَ فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ عَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ فَأَجْرُهُمَا سَوَاءٌ قَالَ وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَا يَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَلَا يَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقَّهُ فَهَذَا بِأَخْبَثِ الْمَنَازِلِ قَالَ وَعَبْدٌ لَمْ يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالًا وَلَا عِلْمًا فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ لَعَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ هِيَ نِيَّتُهُ فَوِزْرُهُمَا فِيهِ سَوَاءٌ. (الترمذي وغيره)

40 - Dari Abu Kabsyah al-Anmari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tiga perkara, aku bersumpah menegaskan kebenarannya, iaitu tiadalah berkurang harta seseorang dengan sebab dikeluarkan sedekahnya dan tiadalah seseorang itu dizalimi dengan sesuatu kezaliman yang ia bersabar menanggungnya melainkan Allah menambahkan dia dengan kemuliaan dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedekah melainkan Allah membukakan kepadanya pintu kepapaan dan aku menerangkan kepada kamu satu hadis pengajaran maka hafazlah akan dia (untuk dijadikan iktibar)"; (kemudian Baginda menerangkannya) sabdanya: "Sebenarnya (habuan) dunia (mengenai ilmu agama dan harta) hanyalah terbahagi kepada empat (keadaan) manusia: Pertama - orang yang telah dikurniakan Allah dengan harta dan juga dengan ilmu agama, maka ia menggunakan ilmunya dengan berlaku taat kepada Allah dan menjauhi larangan-Nya dan menggunakan hartanya pada menghubungkan silaturahim kaum kerabatnya, serta ia mengetahui hak Allah pada nikmat-nikmat yang dikurniakan itu; maka orang yang demikian bersifat dengan semulia-mulia keadaan (di sisi Allah). Dan kedua - orang yang telah dikurniakan Allah dengan ilmu agama sahaja dan tidak dikurniakannya dengan harta serta ia berkata dengan niatnya yang benar: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu (yang dermawan) itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan baik kedua-dua orang itu adalah sama. Dan ketiga - orang yang telah dikurniakan Allah harta dan tidak dikurniakannya ilmu pengetahuan agama, maka ia menyalahgunakan hartanya dengan tidak berdasarkan ilmu, - ia tidak memelihara dirinya dengan harta itu dari azab Tuhan dan ia juga tidak menggunakan hartanya itu untuk silaturahim dan tidak pula mengetahui akan hak Allah pada hartanya itu; maka orang yang demikian, bersifat dengan seburuk-buruk keadaan. Dan keempat - orang yang tidak dikurniakan Allah dengan harta dan tidak juga dengan ilmu agama, lalu ia berkata: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan buruk kedua-dua orang itu adalah sama. "

(Tirmizi dan Lain-lainnya).

Hadis yang keempat puluh ini menerangkan tentang:

(1) Beberapa perkara yang baik dan yang buruk.

(2) Kelebihan niat yang suci dan akibat niat yang buruk.

Huraiannya:

Perkara-perkara yang baik dan yang buruk:

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menerangkan tentang tiga perkara, dua di antaranya sungguh baik dilakukan dan yang satu lagi haram dilakukan.

Pertama - Perkara bersedekah.

Kebanyakan manusia merasa berat hendak bersedekah atau menghulurkan derma bakti, kerana pada lahirnya perkara itu mengurangkan harta bendanya.

Oleh itu Baginda menegaskan dalam hadis ini, bahawa harta seseorang tidak akan berkurang sama sekali disebabkan ia bersedekah sedikit sebanyak daripadanya, bahkan dengan apa jalan pun hartanya itu akan bertambah kembang dan beroleh berkat selain daripada pahala yang akan didapatinya

Kedua - Bersabar terhadap sesuatu kezaliman:

Kebanyakan manusia tidak sanggup bersabar terhadap sesuatu kezaliman yang dilakukan kepadanya bahkan ia merasa terhina menanggungnya.

Tentang ini Baginda menegaskan bahawa bersabar dalam menghadap kezaliman tidak sekati-kali akan merendah atau menghina orang yang bersabar itu bahkan tetap akan menambahkan kemuliaannya, kerana ia selain daripada mendapat pahala sabarnya, ia pula dihargai dan dipandang baik; manakala orang yang menganiayakannya dikutuk oleh Allah dan dibenci oleh masyarakat.

Ketiga - Keburukan perbuatan meminta sedekah:

Setengah orang, dengan sebab bawaannya yang keji, lebih suka meminta sedekah daripada berusaha ikhtiar untuk menyara hidupnya atau membanyakkan hartanya.

Mengenai hal ini, Baginda menegaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan yang demikian amatlah buruk akibatnya, kerana selain dari beroleh kemurkaan Allah, jiwanya sentiasa papa dan tamak haloba sekalipun banyak harta yang dapat dikumpulkannya.

Sayugia diketahui bahawa:

(a) Meminta sedekah adalah satu perbuatan haram, tidak dihalalkan melainkan kepada salah satu dari tiga orang yang dinyatakan oleh hadis yang disebut oleh Muslim dan lain-lainnya, iaitu:

Pertama - Orang yang sungguh-sungguh tidak berada atau tidak berupaya.

Kedua - Orang yang harta bendanya habis ditimpa bencana.

Ketiga - Orang yang terkena membayar hutang yang ditanggungnya kerana menolak satu-satu kemudaratan atau membaiki satu-satu keburukan yang berlaku ke atas dirinya atau di dalam masyarakatnya.

(b) Keburukan akibat perbuatan yang haram itu telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa hadis, di antaranya hadis-hadis yang menyatakan bahawa:

(1) Sesiapa yang meminta harta orang kerana hendak membanyakkan hartanya maka ia hanya membanyakkan bara api kepada dirinya; oleh yang demikian terpulanglah kepadanya sama ada hendak mensedikitkan bara itu atau hendak membanyakkannya.

(2) Sesiapa yang meminta sedekah pada hal ia ada mempunyai kadar yang mencukupi untuk keperluan pagi dan petangnya maka ia hanya membanyakkan bara api neraka kepada dirinya.

(3) Sesiapa yang selalu meminta sedekah, maka ia akan dibangkitkan pada hari qiamat kelak dengan keadaan mukanya tidak ada sedikit daging pun.

(c) Meminta sedekah ada kalanya dengan cara berterus terang dan ada kalanya dengan cara tipu helah, umpamanya mendakwa atau berpura-pura bersifat miskin, alim, orang bijak pandai atau sebagainya, maka sesiapa yang diberikan sesuatu kerana dipercayai ada padanya satu-satu sifat yang didakwakannya itu sedang ia pada hakikatnya tidak bersifat demikian, haram ia menerima pemberian itu dan tidak menjadi miliknya kalau ia menerimanya; demikian juga hukumnya sesiapa yang diberikan sesuatu kerana takut atau malu kepadanya - apa yang diterimanya tidak menjadi miliknya dan haram ia memakannya atau menggunakannya.

(d) Bagi mengelakkan keburukan akibat meminta sedekah, maka Nabi Muhammad s.a.w. yang berperasaan belas dan kasih sayang kepada orang-orang yang beriman, menggalakkan umatnya berusaha mencari sara hidup dengan bekerja sendiri sekali pun seseorang itu terpaksa membuat kerja yang berat dan tidak disukai hatinya asalkan tidak dilarang oleh agama.

Dalam kitab-kitab hadis banyak didapati galakan itu, di antaranya hadis-hadis yang maksudnya:

(1) Sesungguhnya pemergian seseorang ke bukit mencari kayu api kemudian ia memikulnya dan menjualnya untuk mendapat keperluan hidupnya, adalah lebih baik dan ia meminta kepada orang, kerana terselamatnya daripada menanggung keberatan budi pemberian orang itu atau keburukan rasa kecewa kalau tidak diberinya.

(2) Sesiapa yang berusaha mencari keperluan hidupnya, keperluan hidup ibu bapanya yang tidak berada dan tidak terdaya bekerja atau keperluan orang tanggungannya supaya terselamat daripada kepapaan dan perbuatan yang tidak halal maka ia berusaha pada jalan yang diredhai Allah dan sesiapa yang berusaha mencari untuk bermegah-megah dengan kekayaan maka ia berusaha pada jalan syaitan yang kena rejam

(3) Sesungguhnya Allah suka dan kasih kepada orang mukmin yang berusaha mencari penghidupan yang halal sama ada dengan jalan bercucuk tanam, berniaga, bertukang dan sebagainya.

(4) Di antara dosa-dosa seseorang, ada dosa yang tidak ada baginya "kaffarah" selain daripada menanggung kedukaan dan kesusahan dalam mencari penghidupan.

(5) Sesiapa yang bermalam dengan keadaan penat lesu kerana mencari penghidupan yang halal, bermalamlah ia dengan keadaan diberikan keampunan

(e) Sesiapa yang diberikan sesuatu pemberian dengan tidak ia memintanya dan tidak pula ia berharap-harap supaya diberikan kepadanya serta ia tidak mengetahui bahawa pemberian itu haram diterimanya, maka digalakkan dia menerima pemberian itu untuk menyara hidupnya dan orang tanggungannya atau untuk memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya.

Niat yang suci dan sebaliknya.

Nikmat pemberian yang sangat-sangat diperlukan dalam alam kehidupan ini ialah nikmat kerohanian (ilmu pengetahuan) dan nikmat kebendaan (harta kekayaan).

Kedua-dua nikmat itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada orang yang mendapatnya melainkan dengan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah; jika tidak maka buruk padahnya.

Dalam pada itu, orang yang tidak mendapat kedua-dua nikmat itu, tetapi ia mempunyai niat yang benar lagi suci - bahawa kalau ia mendapat nikmat itu ia akan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah - maka ia juga akan beroleh pahala disebabkan niatnya yang baik itu.

Sebaliknya kalau niatnya buruk maka buruklah pula akibatnya, seperti yang diterangkan dalam hadis ini

Sunday, October 26, 2008

Selesaikan masalah secara hikmah

Ahad 26 Oktober/26 syawal 1429

Sabbda Rasulullah s.a.w.

Rasional atasi masalah

DARIPADA Anas bin Malik (r.a) katanya: Datang seorang Arab Badwi (orang kampung) lalu kencing di satu penjuru masjid Madinah Rasulullah s.a.w. Kemudian dimarahi (disergah) orang ramai dan ada yang ingin memukulnya. Namun Rasulullah s.a.w. melarang mereka (dari mengganggunya) dan bersabda: “Bila dia puas dan selesai dari kencingnya itu, ambilkan setimba air dan siramilah ke atasnya”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Huraiannya

Rasulullah s.a.w. memberi contoh terbaik apabila berhadapan dengan keadaan di luar jangkaan seperti tindakan Arab Badwi itu. Rasulullah menenangkan para sahabat dan bersikap rasional, matang untuk mengatasi masalah. Sekiranya Arab Badwi itu diganggu maka akan bertaburanlah najis kencingnya itu ke merata masjid.

Kesimpulannya

Bertindaklah secara matang dan sopan sekalipun terhadap perbuatan biadab seperti ini. Kerana ingatlah perbuatan kasar dan keji tidak akan menyelesaikan masalah, malah akan merumitkan lagi masalah yang sedia ada.

Sumber: Petikan dari Utusan Malaysia

Saturday, October 25, 2008

Ganjaran syurga di akhirat yang perlu dihayati

Sabtu 25 Oktober/ 25 Syawal 1429


Tidak banyak dipelajari mengenai dunia akhirat dibandingkan dengan pengetahuan ynag berbagai yang dapati dipelajari dunia yang fana ini. Jika diketahui sepenuhnya tentulah kita akan lebih berusaha dengan bersungguh-sungguh membawa bekalan akhirat supaya dapat tinggal di syurga Allah yang tiada tolok bandingnya kelebihan yang disediakan Allah swt.

Oleh itu penerangan yang di buat oleh pengkaji isi Al Quran akan dapat memeberikan pengetahuan perkara-perkara yang ghaib ini untuk diketahui dan dihayati dengan lebih menentukan cara hidup yang berpandukan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.Lebih banyak kajian serta penerangan yang bersumberkan al Quran dan Al Hadis disebarkan betapa besarnya ganjaran Allah kepada hamba-hambaNya yang taqwa serta melaksanakan perintahNya, sebagai motivasi dan daya penarik untuk kita menghayati Islam secara syumul.

Kali ini disertakan beberapa huraian berkaiatn dengan nikmat syurga berdasarkan ayat-ayat al Quran yang dapat dijadikan panduan bersama.

Di sebalik ganjaran syurga juga, terdapat banyak surah atau ayat-ayat Al Quran yang menerangkan siksaan neraka yang akan disediakan kepada orang yang kafir engkar mentaati perintah Allah swt.
-------------------------------------------------------------

Ganjaran akhirat tiada bandingan.

Allah berfirman yang bermaksud : Katakanlah (Wahai Muhammad):

“Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya.

Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan daripada Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab neraka”. (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. (ali-‘Imran: 15-17)

Sheikh Sya’rawi berkata: “Berdasarkan ayat sebelum ini kepelbagaian jenis nikmat dan perhiasan. Seterusnya dinyatakan ayat yang membicarakan berkenaan dengan tawaran Allah SWT yang jauh lebih baik bagi mereka yang bertakwa dengan anugerah syurga dan segala nikmatnya.”

Ayat Ke-15

Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad):

“Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri Yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan daripada Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hamba-Nya.

Sebab Nuzul.

Ibn Jauzi meriwayatkan dalam kitabnya Zad al-Masir daripada Ata’ bin al-Said daripada Abi Bakar bin Hafs katanya: “Apabila Allah SWT menurunkan ayat 14 daripada surah ali-‘Imran lantas kata Umar: “Hai Tuhanku, sekarang ketika kamu hiasinya?” Lantas turunnya ayat ini.

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Sheikh Sya’rawi berkata: “Maksud perkataan Katakanlah (Wahai Muhammad): Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Bahawa Allah SWT menceritakan kepada kita dengan kebaikan daripada perhiasan dunia. Seolah-olah ayat ini Allah SWT menjadikan perkara tersebut sebagai qias atau perbandingan antara nikmat dunia dengan nikmat akhirat.”

ii. Sheikh Sya’rawi berkata: “Di sisi Tuhan di sini jelas terpampang perbandingan antara ayat ini dan sebelumnya sebagai contoh:

Beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dibandingkan dengan nikmat tanaman tumbuhan di dunia.

Mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih dibandingkan dengan sifat wanita di dunia sama ada dari segi akhlak dan kejadian.

iii. Al-Maraghi berkata: “Perkataan lebih baik (khayrun) memberi gambaran bahawa pelbagai jenis kesenangan tersebut pada asasnya adalah baik. Hal ini sememangnya tidak diragukan lagi, kerana nikmat-nikmat tersebut merupakan hasil kurniaan yang terpenting daripada Allah SWT kepada manusia”.

iv. Hamka berkata: “Semuanya ini beribu-ribu kali lebih baik daripada yang dihiaskan kepada kamu dari enam perkara tersebut. Allah SWT mengakui bahawa dunia mempunyai perhiasan dan manusia ditakdirkan mengingini perhiasan itu, tetapi Tuhan memperingatkan janganlah lupa akan tujuan dan terpesona oleh perhiasan luar kerana yang di sebelah dalam lebih hebat daripada perhiasan luar tersebut.”

Penulis berpendapat ayat ini jelas menunjukkan bahawa ganjaran dan kurniaan Allah SWT di akhirat jauh lebih baik daripada yang dimiliki di dunia.

Ayat Ke-16

Firman Allah SWT yang bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa Kami dan peliharalah Kami daripada azab neraka.”

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Sheikh Sya’rawi berkata: “Doa ini menjadi dalil bahawa yang berdoa mengetahui kehendak iman seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW berkenaan tentang ihsan iaitu kamu ibadat kepada Allah SWT seolah-olah kamu melihatnya dan jika tidak melihatnya maka yakinlah Allah SWT melihatmu”.

ii. Ibn Jauzi berkata: “Makna istighfar dalam ayat ini dengan dua maksud-

nIaitu istighfar yang maaruf dengan lidah seperti pendapat Ibn Masud dan al-Hasan.

nIaitu solat, inilah pendapat Mujahid, Qatadah, al-Dhahaq dan Muqatil.

Atas dasar inilah solat dinamakan istighfar kerana sesiapa yang bersolat sudah pasti memohon keampunan.

iii. Al-Maraghi berkata: “Orang yang menjaga diri daripada melakukan perbuatan dosa dan tunduk kepada Allah SWT dengan penuh perasaan takut, mengucapkan doa dengan penuh kekhusyukan dan harapan agar dikabulkan iaitu, Wahai Tuhan kami, kami benar-benar mengaku beriman terhadap sesuatu yang Engkau turunkan kepada Rasul-rasul Engkau, dengan keyakinan yang mendalam.”

Ayat Ke-17

Firman Allah SWT yang bermaksud: ”(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.”

Iktibar dan fiqh ayat:

i. Ibn Kathir berkata: “Orang sabar ialah mereka yang mentaati dan meninggalkan perkara yang haram. Orang yang benar iaitu mereka beriltizam dengan amalan yang payah dengan sebab keimanan.

ii. Ibn Jauzi berkata: “Waktu sahur ialah sebelum keluarnya fajar di penghujung akhir malam. Allah SWT sifatkan mereka dengan segala ketaatan ini kemudian sifatkan mereka dengan takutnya mereka kepada Allah SWT”.

iii. Sheikh Sya’rawi berkata: “Segala sifat di atas bagi mereka yang bertaqwa kepada Allah SWT”.

Daripada ayat-ayat ini jelas menunjukkan kurniaan Allah SWT kepada golongan yang mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita menjadi golongan yang mendapat syurga Allah SWT yang bersifat dengan sifat sabar, benar, taat, rajin bersedekah dan beristighfar.

Sumber: Petikan dari Utusan Malysia pada 25 Oktober

Friday, October 24, 2008

Amalan Ayat 21-24 Surah Al-Hasyer

Jumaat, 24 Oktober 2008/24 Syawal 1429.


Siapa yang membaca di waktu pagi" " A'uzu billahis sami'il aliim minas syaita nirrajim 3 x kemudian 3 ayat terakhir dalam surat Al-Hasyer, maka Allah menyerahkan padanya 70,000 malaikat membacakan doa baginya hingga petang, dan jika mati pada hari itu ditulis mati syahid, dan jika dibacakannya di waktu petang maka ia mendapat kedudukan seperti itu yakni hingga pagi."

- (RIWAYAT AT TIRMIZI , AHMAD)


هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ ﴿٢٢﴾ هُوَ اللَّهُ الَّذِي

لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ

عَمَّا يُشْرِكُونَ ﴿٢٣﴾ هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي

السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ


[22]
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[23]
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

[24]
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

Wednesday, October 22, 2008

Perbuatan dengan Niat

Hadis Ketiga Puluh Lapan

38- عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ. (البخاري ومسلم)

38 - Dari Umar bin Al-Khattab ra., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Segala amal (gerak geri anggota zahir manusia yang disengajakan) tidak berlaku melainkan dengan adanya satu-satu niat dan sesungguhnya tiap-tiap seorang, hanya akan beroleh balasan berdasarkan niatnya. Dengan asas yang tersebut, sesiapa yang berhijrah dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu menyampaikannya kepada (balasan baik) Allah dan Rasul-Nya; dan sesiapa berhijrah dengan tujuan mendapat faedah dunia atau dengan tujuan hendak berkahwin dengan seorang perempuan, maka hijrahnya itu hanya menyampaikannya kepada apa yang ditujunya sahaja".

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang ketiga puluh lapan ini menerangkan:

Nilai segala amal berdasarkan niat.

Huraiannya:

Perkataan "Niat" bererti:

(1) Tujuan yang membangkit dan menggerakkan hati seseorang "hendak" melakukan sesuatu perkara yang tertentu.

(2) Perasaan berbangkitnya dan tergeraknya hati hendak melakukan perkara itu.

Pengertian yang pertama menjadi asas untuk menilai baik buruknya perkara yang hendak dilakukan itu.

Pengertian yang kedua pula menjadi asas untuk diiktiraf dan dikirakan perkara yang dilakukan itu.

Tiap-tiap satu perbuatan atau amal yang dilakukan oleh seseorang tak dapat tidak didorong oleh niatnya; dengan sebab itu maka tiap-tiap amal - yang baik dan yang buruk - dinilai berasaskan niat orang yang melakukannya. Cara menilai yang demikian menjadi asas bagi segala amal dalam Islam.

Menurut asas yang tersebut maka satu-satu amal yang dikerjakan oleh dua orang dengan dorongan dua niat yang berlainan maka nilainya dikira berlainan pula.

Bagi menjelaskan keadaan asas itu, Rasulullah s.a.w. bersabda menerangkan amal berhijrah sebagai contoh. Berhijrah - dari Mekah ke Madinah - pada masa itu adalah diwajibkan atas orang-orang Islam. Dalam pada itu amalan berhijrah itu diberi nilaian yang berlainan dengan sebab berlainan niat orang yang melakukannya, sebagaimana yang ternyata dari sabda Baginda dalam hadis ini.

Soal Niat:

Sebelum memulakan sesuatu amal hendaklah terlebih dahulu memperbaiki niat dan keikhlasannya, dan hendaklah mengambil tahu dan memikirkan halnya dengan teliti, kerana niat itu menjadi asas dan segala amal tetap menjadi pengikutnya; - jika baik niat seseorang maka baiklah amalnya dan jika buruk dan rosak niatnya maka buruklah dan rosaklah pula amalnya.

Oleh itu, tiap-tiap seorang janganlah ia menuturkan sesuatu perkataan atau mengerjakan sesuatu amalan atau berniat hendak menjalankan sesuatu urusan, melainkan hendaklah ia menjadikan niatnya semata-mata untuk "bertaqarrub" (mendampingkan diri) kepada Allah dan mengharapkan pahala yang ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Taala bagi amal yang diniatkan itu.

Benar atau tidaknya niat yang didakwakan oleh seseorang:

Disyaratkan bagi benarnya niat seseorang hendaklah disertakan dengan amal; maka sesiapa yang menuntut ilmu misalnya dan mendakwa bahawa niatnya pada mencapai ilmu itu ialah untuk beramal dan mengajarkannya, kemudian ia tidak melakukan yang demikian setelah mendapat ilmu itu, maka nyatalah niatnya yang tersebut tidak benar.

Juga sesiapa yang mencari kekayaan dunia dan mendakwa bahawa ia mencari kekayaan dunia itu ialah dengan tujuan "berdikari" - tidak bergantung kepada orang dan kerana hendak membantu orang-orang yang memerlukan bantuan, memberi sedekah kepada fakir miskin dan melakukan silaturahim kepada kaum kerabat, kemudian ia tidak melakukan yang demikian setelah mendapatnya, maka nyatalah tidak benar niatnya itu.

Niat tidak dapat mengubah keadaan maksiat:

Sebenarnya niat itu tidak memberi kesan dan tidak dapat mengubah sama sekali akan hakikat sesuatu perbuatan buruk atau sesuatu maksiat.

Perkara yang buruk tetap buruk, walaupun orang yang melakukannya mendakwa bahawa perkara itu dilakukan dengan niat yang baik.

Misalnya: Orang yang meminum arak dengan niat hendak menguatkan badan untuk berbuat ibadat konon, maka niatnya yang demikian tidak menjadikan perbuatannya itu baik, bahkan niat mendampingkan diri dengan melakukan maksiat itu dikirakan niat yang jahat dan niat itu juga menambahkan kejahatan kepada maksiat yang dilakukan itu.

Oleh itu, tiap-tiap seorang sayugianya berusaha dengan bersungguh-sungguh menguasai niatnya untuk mengharapkan keredhaan Allah semata mata, dan sayugianya pula meniatkan ketika melakukan perkara-perkara yang harus sebagai bantuan untuk menolongnya mengerjakan taat kepada Allah Taala.

Elok juga diketahui bahawa sesuatu amal boleh dihimpunkan padanya beberapa niat dan orang yang mengerjakannya mendapat pahala bagi tiap-tiap niat yang diniatkannya itu.

Misalnya: Dalam perkara-perkara taat, apabila seseorang membaca Al-Qur'an hendaklah meniatkan untuk bermunajat dengan Allah Taala, kerana orang yang membaca Al-Qur'an adalah orang yang bermunajat dengan Tuhannya; dan hendaklah juga meniatkan untuk mendapat ilmu pengetahuan dari Al-Qur'an, kerana Al-Qur'an menjadi sumbernya dan juga hendaklah ia meniatkan untuk mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri dan pendengar-pendengarnya dengan bacaan Al-Qur'an itu; dan lain-lain lagi dan niat-niat yang baik.

Dalam perkara-perkara yang harus pula, apabila makan minum hendaklah ia meniatkan untuk mematuhi perintah Tuhannya yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal yang Kami kurniakan kepada kamu," dan juga meniatkan dengan makan minum itu untuk mendapat tenaga dan kekuatan yang memudahkannya mengerjakan taat kepada Allah Taala dan juga meniatkan untuk melahirkan syukur kepada Allah yang memerintahkan dengan firman-Nya, maksudnya: "Makanlah kamu dari rezeki Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya" dan demikianlah seterusnya yang sayugianya dilakukan mengenal niat-niat yang baik.

Sayugia diketahui, seseorang itu tidak sunyi - sama ada ia berniat - untuk melakukan sesuatu perkara dari salah satu dari tiga keadaan:

Pertama - Bahawa ia berniat serta bertindak melakukannya.

Kedua - Ia berniat dan tidak bertindak melaksanakannya sedang ia boleh bertindak; maka hukum keadaan niat yang demikian dan keadaan niat yang pertama ada diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. (seperti yang akan dinyatakan dalam hadis 39);

Ketiga - ia berniat untuk melakukan sesuatu perkara, sedang ia tidak mampu melakukannya, lalu ia berkata dalam hatinya: "Kalaulah aku terdaya melakukannya nescaya aku lakukan," maka ia beroleh balasan bagi apa yang diniatkannya itu, sama seperti yang didapati oleh orang yang mengerjakannya.

Hendaklah diingat lagi, sesuatu amal itu ada kalanya dikerjakan dengan perasaan riak semata-mata dan ada kalanya bercampur dengan riak. Kedua-dua jenis ini tidak ada pahala padanya bahkan haram dilakukan. Demikian juga tidak ada pahala bagi mana-mana amal yang dikerjakan semata-mata dengan tujuan mendapat keuntungan dunia, seperti berjuang di medan perang untuk mendapat harta rampasan sahaja; tetapi kalau perjuangannya itu untuk meninggikan agama Allah serta mendapat harta rampasan perang, maka perjuangannya yang tersebut mendapat pahala, walaupun tidak sepenuhnya.

Selain dari itu, sesiapa yang melakukan sesuatu amal ibadat, kemudian terlintas di hatinya perasaan riak semasa ia mengerjakannya, lalu ia menolaknya dengan serta merta maka tidaklah tercacat amal ibadatnya itu; masalah ini diakui sahnya secara ijmak. Kalau ia teruskan perasaan riak itu maka hampalah amal ibadatnya yang tersebut dari beroleh pahala - kalaulah perkara yang dikerjakannya itu berhubung antara satu dengan yang lain hingga ke akhirnya, seperti yang terdapat dalam sembahyang dan juga yang terdapat di dalam amalan haji; tetapi kalau perkara yang dikerjakannya itu tidak berhubung antara satu dengan yang lain, seperti membaca Al-Qur'an, bertasbih dan bertahlil, maka ia hanya mendapat pahala bagi bahagian yang tidak ada perasaan riak padanya; kalau pula satu-satu amal ibadat yang dikerjakan itu sempurna dan bersih suci dari segala yang mencacatkannya, kemudian ia dipuji orang lalu ia bergembira dengan pujian itu, maka yang demikian tidak merosakkan ibadatnya yang telah sempurna itu.

Hadis Ketiga Puluh Sembilan

39- عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى قَالَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَاتِ ثُمَّ بَيَّنَ ذَلِكَ فَمَنْ هَمَّ بِحَسَنَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِنْدَهُ عَشْرَ حَسَنَاتٍ إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ إِلَى أَضْعَافٍ كَثِيرَةٍ وَإِنْ هَمَّ بِسَيِّئَةٍ فَلَمْ يَعْمَلْهَا كَتَبَهَا اللَّهُ عِنْدَهُ حَسَنَةً كَامِلَةً وَإِنْ هَمَّ بِهَا فَعَمِلَهَا كَتَبَهَا اللَّهُ سَيِّئَةً وَاحِدَةً. (البخاري ومسلم)

39- Dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi s.a.w, mengenai apa yang disampaikannya dari Tuhannya (hadis Qudsi), sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menetapkan kebaikan dan kejahatan, kemudian Ia menerangkan yang demikian, iaitu sesiapa yang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, kemudian ia tidak melakukannya, nescaya Allah menuliskan gerak hatinya hendak melakukan itu satu kebaikan yang sempurna sisiNya (selagi ia tidak berniat hendak meninggalkan membuatnya); dan jika orang itu tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kebaikan, lalu dilakukannya, nescaya Allah menuliskan kebaikan itu di sisiNya dengan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda, (bahkan) sehingga sampai berganda-ganda banyaknya dan jika seseorang tergerak hatinya hendak melakukan sesuatu kejahatan, kemudian ia tidak melakukannya (kerana Allah), nescaya Allah tukarkan kejahatan yang tidak dilakukan (keranaNya) itu menjadi satu kebaikan yang sempurna di sisiNya dan jika tergerak hatinya hendak melakukan kejahatan itu, kemudian ia melakukannya, nescaya Allah menuliskannya satu kejahatan sahaja."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang ketiga puluh sembilan ini menerangkan bahawa:

(1) Kebaikan dan kejahatan, Allah jua yang menetapkannya.

(2) Niat seseorang ada nilainya.

Huraiannya:

(1) Soal kebaikan dan kejahatan:

Boleh dikatakan semua orang suka kepada perkara-perkara yang baik dan bencikan perkara-perkara yang jahat, tetapi soal baik dan jahat tidak dapat ditentukan oleh manusia dengan tepatnya, kerana masing-masing mempunyai tabiat dan perasaan hati yang berlainan maka berlainan pula pertimbangan tentang perkara yang baik dan yang jahat itu.

Dengan yang demikian, maka kebaikan dan kejahatan itu hanya Allah yang menentukannya, kerana Allah jualah yang mengetahui hakikat sesuatu perkara dan yang menentukan hukumnya serta memberi balasan mengenainya.

(2) Nilaian Niat:

Dalam hal melakukan kebaikan dan kejahatan, niatnya sahaja pun sudah ada nilainya. Orang yang berniat hendak melakukan sesuatu perkara yang baik tetapi ia tidak melakukannya, maka Allah Taala memberi kepadanya satu kebaikan yang sempurna kerana kejayaannya menentang dan membatalkan niatnya yang jahat itu sehingga ia tidak melangsungkan kejahatan yang diniatkannya.

Balasan Allah Taala yang demikian ialah sebagai menilai niat seseorang. Mengenai amal perbuatan maka lain pula nilainya. Tiap-tiap satu amal kebajikan, diberi - sekurang-kurangnya - sepuluh kali ganda, manakala tiap-tiap satu amal kejahatan dibalas dengan satu kejahatan sahaja.

Dengan ini nyatalah setakat mana melimpahnya kemurahan Allah Taala kepada setiap hamba-Nya.

Hadis Keempat Puluh

40- عَنْ أَبِي كَبْشَةَ الْأَنْمَارِيِّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ثَلَاثٌ أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ قَالَ فَأَمَّا الثَّلَاثُ الَّذِي أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ فَإِنَّهُ مَا نَقَّصَ مَالَ عَبْدٍ صَدَقَةٌ وَلَا ظُلِمَ عَبْدٌ بِمَظْلَمَةٍ فَيَصْبِرُ عَلَيْهَا إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا عِزًّا وَلَا يَفْتَحُ عَبْدٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ إِلَّا فَتَحَ اللَّهُ لَهُ بَابَ فَقْرٍ وَأَمَّا الَّذِي أُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ فَإِنَّهُ قَالَ إِنَّمَا الدُّنْيَا لِأَرْبَعَةِ نَفَرٍ عَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَيَعْلَمُ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ حَقَّهُ قَالَ فَهَذَا بِأَفْضَلِ الْمَنَازِلِ قَالَ وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عِلْمًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ مَالًا قَالَ فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ عَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ فَأَجْرُهُمَا سَوَاءٌ قَالَ وَعَبْدٌ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَا يَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَلَا يَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقَّهُ فَهَذَا بِأَخْبَثِ الْمَنَازِلِ قَالَ وَعَبْدٌ لَمْ يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالًا وَلَا عِلْمًا فَهُوَ يَقُولُ لَوْ كَانَ لِي مَالٌ لَعَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ قَالَ هِيَ نِيَّتُهُ فَوِزْرُهُمَا فِيهِ سَوَاءٌ. (الترمذي وغيره)

40 - Dari Abu Kabsyah al-Anmari r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tiga perkara, aku bersumpah menegaskan kebenarannya, iaitu tiadalah berkurang harta seseorang dengan sebab dikeluarkan sedekahnya dan tiadalah seseorang itu dizalimi dengan sesuatu kezaliman yang ia bersabar menanggungnya melainkan Allah menambahkan dia dengan kemuliaan dan tiadalah seseorang memulakan sesuatu cara meminta sedekah melainkan Allah membukakan kepadanya pintu kepapaan dan aku menerangkan kepada kamu satu hadis pengajaran maka hafazlah akan dia (untuk dijadikan iktibar)"; (kemudian Baginda menerangkannya) sabdanya: "Sebenarnya (habuan) dunia (mengenai ilmu agama dan harta) hanyalah terbahagi kepada empat (keadaan) manusia: Pertama - orang yang telah dikurniakan Allah dengan harta dan juga dengan ilmu agama, maka ia menggunakan ilmunya dengan berlaku taat kepada Allah dan menjauhi larangan-Nya dan menggunakan hartanya pada menghubungkan silaturahim kaum kerabatnya, serta ia mengetahui hak Allah pada nikmat-nikmat yang dikurniakan itu; maka orang yang demikian bersifat dengan semulia-mulia keadaan (di sisi Allah). Dan kedua - orang yang telah dikurniakan Allah dengan ilmu agama sahaja dan tidak dikurniakannya dengan harta serta ia berkata dengan niatnya yang benar: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu (yang dermawan) itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan baik kedua-dua orang itu adalah sama. Dan ketiga - orang yang telah dikurniakan Allah harta dan tidak dikurniakannya ilmu pengetahuan agama, maka ia menyalahgunakan hartanya dengan tidak berdasarkan ilmu, - ia tidak memelihara dirinya dengan harta itu dari azab Tuhan dan ia juga tidak menggunakan hartanya itu untuk silaturahim dan tidak pula mengetahui akan hak Allah pada hartanya itu; maka orang yang demikian, bersifat dengan seburuk-buruk keadaan. Dan keempat - orang yang tidak dikurniakan Allah dengan harta dan tidak juga dengan ilmu agama, lalu ia berkata: "Kalaulah aku ada harta, sudah tentu aku akan lakukan apa yang dilakukan oleh si anu itu", maka ia beroleh balasan dengan sebab niatnya; (dengan yang demikian) maka balasan buruk kedua-dua orang itu adalah sama. "

(Tirmizi dan Lain-lainnya).

Hadis yang keempat puluh ini menerangkan tentang:

(1) Beberapa perkara yang baik dan yang buruk.

(2) Kelebihan niat yang suci dan akibat niat yang buruk.

Huraiannya:

Perkara-perkara yang baik dan yang buruk:

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menerangkan tentang tiga perkara, dua di antaranya sungguh baik dilakukan dan yang satu lagi haram dilakukan.

Pertama - Perkara bersedekah.

Kebanyakan manusia merasa berat hendak bersedekah atau menghulurkan derma bakti, kerana pada lahirnya perkara itu mengurangkan harta bendanya.

Oleh itu Baginda menegaskan dalam hadis ini, bahawa harta seseorang tidak akan berkurang sama sekali disebabkan ia bersedekah sedikit sebanyak daripadanya, bahkan dengan apa jalan pun hartanya itu akan bertambah kembang dan beroleh berkat selain daripada pahala yang akan didapatinya

Kedua - Bersabar terhadap sesuatu kezaliman:

Kebanyakan manusia tidak sanggup bersabar terhadap sesuatu kezaliman yang dilakukan kepadanya bahkan ia merasa terhina menanggungnya.

Tentang ini Baginda menegaskan bahawa bersabar dalam menghadap kezaliman tidak sekati-kali akan merendah atau menghina orang yang bersabar itu bahkan tetap akan menambahkan kemuliaannya, kerana ia selain daripada mendapat pahala sabarnya, ia pula dihargai dan dipandang baik; manakala orang yang menganiayakannya dikutuk oleh Allah dan dibenci oleh masyarakat.

Ketiga - Keburukan perbuatan meminta sedekah:

Setengah orang, dengan sebab bawaannya yang keji, lebih suka meminta sedekah daripada berusaha ikhtiar untuk menyara hidupnya atau membanyakkan hartanya.

Mengenai hal ini, Baginda menegaskan bahawa orang yang melakukan perbuatan yang demikian amatlah buruk akibatnya, kerana selain dari beroleh kemurkaan Allah, jiwanya sentiasa papa dan tamak haloba sekalipun banyak harta yang dapat dikumpulkannya.

Sayugia diketahui bahawa:

(a) Meminta sedekah adalah satu perbuatan haram, tidak dihalalkan melainkan kepada salah satu dari tiga orang yang dinyatakan oleh hadis yang disebut oleh Muslim dan lain-lainnya, iaitu:

Pertama - Orang yang sungguh-sungguh tidak berada atau tidak berupaya.

Kedua - Orang yang harta bendanya habis ditimpa bencana.

Ketiga - Orang yang terkena membayar hutang yang ditanggungnya kerana menolak satu-satu kemudaratan atau membaiki satu-satu keburukan yang berlaku ke atas dirinya atau di dalam masyarakatnya.

(b) Keburukan akibat perbuatan yang haram itu telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa hadis, di antaranya hadis-hadis yang menyatakan bahawa:

(1) Sesiapa yang meminta harta orang kerana hendak membanyakkan hartanya maka ia hanya membanyakkan bara api kepada dirinya; oleh yang demikian terpulanglah kepadanya sama ada hendak mensedikitkan bara itu atau hendak membanyakkannya.

(2) Sesiapa yang meminta sedekah pada hal ia ada mempunyai kadar yang mencukupi untuk keperluan pagi dan petangnya maka ia hanya membanyakkan bara api neraka kepada dirinya.

(3) Sesiapa yang selalu meminta sedekah, maka ia akan dibangkitkan pada hari qiamat kelak dengan keadaan mukanya tidak ada sedikit daging pun.

(c) Meminta sedekah ada kalanya dengan cara berterus terang dan ada kalanya dengan cara tipu helah, umpamanya mendakwa atau berpura-pura bersifat miskin, alim, orang bijak pandai atau sebagainya, maka sesiapa yang diberikan sesuatu kerana dipercayai ada padanya satu-satu sifat yang didakwakannya itu sedang ia pada hakikatnya tidak bersifat demikian, haram ia menerima pemberian itu dan tidak menjadi miliknya kalau ia menerimanya; demikian juga hukumnya sesiapa yang diberikan sesuatu kerana takut atau malu kepadanya - apa yang diterimanya tidak menjadi miliknya dan haram ia memakannya atau menggunakannya.

(d) Bagi mengelakkan keburukan akibat meminta sedekah, maka Nabi Muhammad s.a.w. yang berperasaan belas dan kasih sayang kepada orang-orang yang beriman, menggalakkan umatnya berusaha mencari sara hidup dengan bekerja sendiri sekali pun seseorang itu terpaksa membuat kerja yang berat dan tidak disukai hatinya asalkan tidak dilarang oleh agama.

Dalam kitab-kitab hadis banyak didapati galakan itu, di antaranya hadis-hadis yang maksudnya:

(1) Sesungguhnya pemergian seseorang ke bukit mencari kayu api kemudian ia memikulnya dan menjualnya untuk mendapat keperluan hidupnya, adalah lebih baik dan ia meminta kepada orang, kerana terselamatnya daripada menanggung keberatan budi pemberian orang itu atau keburukan rasa kecewa kalau tidak diberinya.

(2) Sesiapa yang berusaha mencari keperluan hidupnya, keperluan hidup ibu bapanya yang tidak berada dan tidak terdaya bekerja atau keperluan orang tanggungannya supaya terselamat daripada kepapaan dan perbuatan yang tidak halal maka ia berusaha pada jalan yang diredhai Allah dan sesiapa yang berusaha mencari untuk bermegah-megah dengan kekayaan maka ia berusaha pada jalan syaitan yang kena rejam

(3) Sesungguhnya Allah suka dan kasih kepada orang mukmin yang berusaha mencari penghidupan yang halal sama ada dengan jalan bercucuk tanam, berniaga, bertukang dan sebagainya.

(4) Di antara dosa-dosa seseorang, ada dosa yang tidak ada baginya "kaffarah" selain daripada menanggung kedukaan dan kesusahan dalam mencari penghidupan.

(5) Sesiapa yang bermalam dengan keadaan penat lesu kerana mencari penghidupan yang halal, bermalamlah ia dengan keadaan diberikan keampunan

(e) Sesiapa yang diberikan sesuatu pemberian dengan tidak ia memintanya dan tidak pula ia berharap-harap supaya diberikan kepadanya serta ia tidak mengetahui bahawa pemberian itu haram diterimanya, maka digalakkan dia menerima pemberian itu untuk menyara hidupnya dan orang tanggungannya atau untuk memberi pertolongan kepada orang yang memerlukannya.

Niat yang suci dan sebaliknya.

Nikmat pemberian yang sangat-sangat diperlukan dalam alam kehidupan ini ialah nikmat kerohanian (ilmu pengetahuan) dan nikmat kebendaan (harta kekayaan).

Kedua-dua nikmat itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada orang yang mendapatnya melainkan dengan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah; jika tidak maka buruk padahnya.

Dalam pada itu, orang yang tidak mendapat kedua-dua nikmat itu, tetapi ia mempunyai niat yang benar lagi suci - bahawa kalau ia mendapat nikmat itu ia akan menggunakannya pada jalan yang diredhai Allah - maka ia juga akan beroleh pahala disebabkan niatnya yang baik itu.

Sebaliknya kalau niatnya buruk maka buruklah pula akibatnya, seperti yang diterangkan dalam hadis ini

Hadis Keempat Puluh Satu

41- عَنْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْزُو جَيْشٌ الْكَعْبَةَ فَإِذَا كَانُوا بِبَيْدَاءَ مِنْ الْأَرْضِ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ وَفِيهِمْ أَسْوَاقُهُمْ وَمَنْ لَيْسَ مِنْهُمْ قَالَ يُخْسَفُ بِأَوَّلِهِمْ وَآخِرِهِمْ ثُمَّ يُبْعَثُونَ عَلَى نِيَّاتِهِمْ (البخاري ومسلم)

41 - Dari `Aisyah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Satu angkatan tentera hendak menyerang Ka'bah, maka apabila mereka berada di suatu tanah lapang, ditimbuskan mereka seluruhnya dari awal hingga ke akhirnya!" Sayidatina Aisyah merasa musykil serta bertanya dengan katanya "Ya Rasulu11ah! bagaimana mereka ditimbuskan seluruhnya pada hal ada di antaranya orang-orang yang berjual beli dan orang-orang yang bukan dari tentera itu?" Baginda menjawab: "(Ya!) mereka seluruhnya ditimbuskan, kemudian mereka dibangkitkan pada hari qiamat (dan masing-masing dibalas) menurut niatnya."

(Bukhari dan Muslim)

Hadis yang keempat puluh satu ini menerangkan:

(1) Akibat buruk orang yang mencabuli sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala.

(2) Sesiapa yang berada dalam kalangan orang-orang yang melakukan maksiat atau fitnah kekacauan akan menanggung dalam dunia ini bala bencana yang menimpa mereka.

(3) Balasan akhirat berdasarkan niat masing-masing.

Huraiannya:

(1) Akibat buruk orang-orang yang mencabuli kehormatan sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala:

Tiap-tiap sesuatu yang mulia di sisi Allah Taala, sama ada hukum, masa, tempat atau hamba Allah yang dikasihi-Nya; wajiblah dimuliakan dan dihormati sebagaimana apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Sesiapa yang mencabulinya, maka buruklah padahnya, seperti yang diterangkan dalam hadis ini.

(2) Orang yang ada bersama dalam kalangan orang-orang yang melakukan perbuatan yang durjana, akan ditimpa bala bencana:

Biasanya mala petaka dan bala bencana yang diturunkan oleh Allah Taala menimpa orang-orang yang melakukan perbuatan yang dilarang akan merangkum orang-orang yang tidak bersalah yang ada bersama, meskipun keadaan kedua-dua golongan itu berlainan.

(3) Balasan akhirat diberi berdasarkan niat masing-masing:

Balasan akhirat adalah menurut hakikat sesuatu sama ada baik atau buruk.

Misalnya: Dua orang mati bersama dalam perjalanan ke pasar. Yang seorang berniat hendak membeli barang dan yang seorang lagi hendak mencuri, maka pada hari qiamat kelak, keduanya akan menerima balasan menurut niat masing-masing.

Tuesday, October 21, 2008

Bertaqwa kepada Allah

Firman Allah yang bermaksud:

18. Hai orang-orang yang berman, bertaqawalah pada Allah, dan hendaknya tiap jiwa harus memperhatikan apakan yang telah disiapkan untuk hari esok (hari kemudian) dan hendaknya benar-benar bertaqwa pada Allah, sesungguhnya Allah Maha Menegtahui sedalam-dalamnya semua perbuatanmu.

19. Dan janganlah kamu berlaku seperti orang-orang yang melalaikan ajaran Allah, maka mereka sebenarnya telah melupakan kepentingan dirinya sendiri, merekalah orang-orang yang Fasiq (yang lepas dari agama)

20. Tidak dapat di samakan ahli neraka dengan ahli syurga, orang-orang ahli syurga itulah yang beruntung dan berbahagia.

(Surah Al-Hasyer: 18-20)

Dalam ayat 18 ini Allah memanggil semua orang yang beriman supaya benar-benar melaksanakan taqwa kepada Allah dengan menjalankan semua perintahNya dan menjahuhi laranganNya, kemudian bersiap-siap membenahi, membekali diri untuk menghadapi maut dan dalam kubur hingga di akhirat kelak, supaya lebih memperbanyak bekal yang bererti lebih beruntung dan terjamin bahagianya.

Dan diingatkan jangan sampai meniru orang-orang yang tertipu oleh kemewahan dunia dan kesenangannya sehingga melalikan peingatan dan ajaran Allah, sebab orang ynag melalaikan tuntutan agama Allah itu pada hakikatnya telah melupakan kepentingan diri sendiri atau keselamatan diri sendiri. Dan mereka itulah ynag disebut fasiq.

Tidak ada gunanya perkataan yang tidak ditujukan untuk mencapai ridha Allah. Dan tidak ada gunanya harta yang tidak dibelanjakan, didermakan unuk fisabilillah, dan tidak ada gunanyua (kebaikan) bagi orang yang kebodohannya mengalahkan kesabarannya (ketenangannya) . Dan tidak ada kebaikan bagi seorang bila akan berbuat sesuatu dalam agama takut dicela orang (R. Atthabarani)

Monday, October 20, 2008

Al Hadis

Selasa 20 Oktober 2008.

Hadis adalah sumber yang penting kepada orang mukmin untuk memandu mereka ke arah kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat. Al- Hadis ialah sesuatu yang telah diriwayatkan dengan keizinan dariada Nabi, baik mengenai perbuatan, percakapan atau perkataan, kelakuan, ikrar atau penerangan tentang sifat atau ciri-ciri fizikal baginda yang zahir.

Al-Sunnah ialah segala ucapan. perbuatan, pengakuan, akhlak dan sifat-sifat peribadi serta sifat kejadian Rasulullah, sama ada sebelum Baginda diutuskan menjadi Rasul, seperti mengasinglkan diri di Gua Hira' dan selepas diutuskan menjadi rasul. Al Sunnah ialah apa yang disandarkan kepada Nabi, sama ada apa yang berhubung dengan perkataan, sebeum menjadi rasul atau selepasnya.

Al-Sunah dan Al-Hadis mempunyai penegrtian yang sama seperti di atas.

Al-Khabar membawa pengertian yang sama dengan hadis . Berita dari Nabi atau dari sahabat atau daripada tabi'i. Al-Khabar itu lebih umum daripada al hadis. Hal tersebut kerana al Khabar itu meliputi apa ynag diriwayatkan dari Nabi atau selainnya.


Al-Athar ialah hadis Mauquf iaitu kata-kata sahabat dan sesuatu yang diriwayatkan daripada sahabat.

Menurut pendapat majoriti ahli hadis, mereka menggunakan istilah hadis, akhbar dan athar dengan makna yang sama.

Terdapat dua jenis hadis iaitu:

1. Hadi Qudsi
2. Hadis Nabawi.

Hadis Qudsi menyampai pengjaran dan penjelasan kepada para sahabat dengan pengajaran yang diterima daripada Allah dengan lafaz yang tidak sama dengan sunnah atau hadis biasa atau tidak sama dengan al-Quran. Di mana Nabi menggunakan ibarat dan menyandarkannya kepada Allah, maka jenis ini dinamakan Hadis Qudsi.
Hadis qudsi ialah percakapan Allah swt yang diriwayatkan oleh Rasulullah saw. Ertinya Rasulullah saw memindahkan firman Allah swt dengan bahasa baginda sendiri.

2. Hadis Nabawi perkataannya keluar daripada Nabi tanpa dinisbahkan kepada Allah swt. Dari segi isinya membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan manusia dan negara , menerangkan hukum halal haram serta perkhabaran baik dan buruk.

Hdis Nabawi perkataannya keluar daripada Nabi tanpa dinisbahkan kepada Allah swt. Dari segi isnad hadis Nabi dinisbahkan kepada Nabi sebagai orang yang bersabda.

Sunday, October 19, 2008

Fadhilat Surah Al-Ikhlas

AHAD, 19 Oktober 2008/19 Syawal 1429

Dari Ubay ibn Ka'b r.r. dari Nabi saw, beliau berkata yang bermaksud,

"Barangsiapa membaca surah al-ikhlas satu kali, maka Allah memberikan kepadanya dari pahala seorang yang beriman kepada allah . malaikatNya , kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya, dan Dia memberi kepadanya - dari pahala seperti pahala orang mati syahid"

( Demikian dalam at-Tafsir ak Kabir)

Darai Abu Hurairah, Nabi saw Maksudnya,

" Barangsiapa membaca "Qulhu wallahu ahad", maka seakan-akan ia membaca sepertiga al-_Quran".

Bersabda Rasulullah saw, Maksudnya,

"Barangsiapa membaca "Qulhu wallahu ahad" (3 kali), Maka ia seperti membaca al-Quran seluruhnya".
(Demikian di dalam al-Jami' ash-Shaghir)

Barang siapa membaca "Qulhu wallahu Ahad" 10 x maka Allah membangunkan untuknya rumah di dalam syurga.

Barangsiapa membaca "Qulhu wallahu Ahad" setiap hari 50 x maka ia kelak di hari kiamat dipanggil dari kuburnya, "Bangunlah kamu, hai orang yang memuji Allah swt, maka masuklah ke syurga"

Nabi saw bersada bahawa,

" Brangsiapa membaca "Quluhu wallahi Ahad" 100 X di dalam atau di luar solat, maka Allah swt menulis untuknya bebas dari neraka.


Sebelum tidur kita diajar supaya mengamalkan bacaan berikut:

1. Baca surah al-ikhlas 3 x
2. Selawat atas Nabi Muhammad juga para Nabi
3. Memohon kemapunan kepada semua saudara se Islam
4..Bertasbih 4 kali.


Sebagaimana sabda Rasulullah saw,

"Suatu waktu Nabi bersabda kepada Aisyah ketika hendak tidur, " Aisyah kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan al- Quran dan menjadikan Nabi mensyafaatimu kelak di hari kiamat, semua orang islam telah redha kepadamu, pula sebelum kamu mengerjakan haji dan umrah" , Lalu beliau melanjutkan sembahyangnya. Selesai sembahyang Siti Aisyah melapor. " Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusnanmu, engkau perintahkan akau melakukan empat perkara dalam waktu yang aku tiada boleh melaksanakannya". Beliau dengan senyum menyatakan, Ketika kmau membaca " Qulhu wallahhu Ahad" maka sekan-akan kamu teklah menghkhatamkan al Quran, ketika kamu membbaca selawat atasku juga atas para nabi sebelumku maka kami para nabi kelak di hari kiamat mensyafaatmu, ketika kamu memohon keampunan semua orang mukmin maka mereka telah redha kepadamu, dan ketika kamu membaca "tasbih... Subhana Allah hi Walhamdulillahi walaillaha illahu Wallahu Akbar":, maka bereti kamu telah berhaji dan berumrah"

(Tafsir Hanafi)

Friday, October 17, 2008

Hal yang ghaib

Jumaat, 17 Oktober 2008

Dari Ibnu Umar ra dari Nabi Muhammad saw, beliau bersabda," Lima kunci hal yang ghaib, tiada mengetahuinya selain dari Allah:

1. Tiada mengetahui apa yang tersimpan dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.
2. Tiada yang mengetahui apa yang terjadi besok, melainkan Allah.
3. Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun, melainkan Allah.
4. Tiada mengetahui seseorang di negeri mana dia akan meninggal dunia.
5. Dan tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

(Riwayat: Bikhari)

Thursday, October 16, 2008

Keadaan di Syurga dan Neraka di akhiarat.

Khamis, 16 oktober 2006/16 Syawal 1429

1. Dari Abu Hurairah ra katanya Rasulullah saw bersabda bahawa Allah Ta'la telah berfirman. " Kusedsiakn bagi hamba-hambaKu yang solah segala kenikmatan yang belum prernah dilihat mata, belum prernah di dengar telinga, bahkan belum pernah tergambar dalam hati sanubari manusia. Sesuai dengan firman Allah Allah Ta'ala di dalam kitabnya yang muliua, " Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka (iaitu segala macam kenikmatan) yang menyedapkan pandagan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan" (As-Sajdah, 32:17)



2. Diliputi keredhaan Allah Ta'ala.

Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya, Nabi saw bersabda: "Allah Ta'ala berfirman kepada penduduk syurga. " Hai penduduk syurga", Maka menjawab penduduk syurga " Kami siap memenuhi panggilan dan perintahMu, Wahai Tuhan Kami.Segala kebaikan berada di tangan Engkau. Lalu bertanya Allah Ta'ala, "Adakah kamu merasa puas?" Jawab mereka. "Bagaimana kami tidak akan puas, bukankah Engkau telah memberi kami segala kenikmatan yang belum pernah Engkau berikan kepada makhluk lain?" Tanya, "Maukah kamu Aku beri nikmat yang lebih istimewa dari itu?" Jawab mereka," Wahai Tuhan, nikmat apa pulakah yang lebih istimewa dari itu? Jawab Allah Ta'ala. "Akan Kucurahkan kepadamu keredhaanKu, di mana Aku tidak akan pernah marah kepadamu sesudah itu untuk selama-lamanya"

(Riwayat: Sohih Muslim)

3. Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi saw, beliau bersabda: "Setelah penghuni syurga masuk ke dalam syurga dan penghuni neraka masuk ke dalam neraka, berdirilah orang yang memberikan pengumuman kepada mereka, mengucapkan: " Hai penghuni neraka! Tidak ada lagi kematian! Hai penghuni syurga! Tidak ada lagi kematian.Kekal selamanya!"

4. Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Nabi saw bersabda: "Setiap yang masuk syurga , diperlihatkan kepadanya tempat diamnya dalam neraka, kalau senadainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu bertambah syukurnya kepada Tuhan. Setiap orang yang masuk ke dalam neraka, diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam syurga, kalau seandainya dia mengerjakan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyesalannya"

(Riwayat: Soheh Bukhori)

Jenazah yang disolatkan oleh 40 orang.

1. Dari 'Abdullah bin 'Abas ,a. katanya , anaknya meninggal di Qudaid atau di "Usfan. Lalu dia bertkata hambanya, " Hai. Kuraib! Cubalah kamu lihat, sudah banyakkah orang berkumpul untuk mensolatkan jenazah?" Kata Kuraib, " Aku pergi melihat, dan memang orang telah banyak berkumpul. Lalu dibertiathu kepada 'Abdullah" Tanya 'Abdullah, " Adakah mereka empat puluh orang?" Jawab Kuraib," Ada". Kata 'Abdullah. "Keluarkanlah jenazah! Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Apabila seorang Muslim meninggal dunia, lalu jenazahnaya disolatkan oleh empat puluh orang Muslim (yang tidak musyrik) maka Allah menerima suyafaat mereka terhadap jenazah itu"

(Riwayat: Sohih Muslim)
Menziaah Kubur Ibu.

2. Dari Abu Hurairah r.a. katanya, " Pada suatu ketika Rasululllah saw ziarah ke kubur ibunya, lalu beliau menangis maka menangis pulalah orang sekelilingnya. Kemudian beliau bersabda" "Aku mohon izin kepada Tuhankun untuk memintakan ampun bagi ibuku, tatapi tidak dipekenankanNya. Kemudian ku mohon izin untuk menziarahi kuburnya, maka diperkenankanNya bagiku. Kerana itu pergilah kalian ke kuburan, kerana hal itu akan mengingatkan kamu kepada maut."

(Riwayat: Sohih Muslim)

Wednesday, October 15, 2008

Tanda-tanda berlakunya kiamat

Rabu, 15 Oktober 2008/15 Syawal 1429.

Qiamat tetap dan pasti akan berlaku bila sampai masanya. Hanya masa dan tarikhnya tidak diketahui.Rasulullah saw dalam hadsnya memberikantanda-tanad atau petunjuka tetntan hampirnya hari qiamat yang kebanyakan kita tidak ambil perhatian malah lalai dengan kehidupan dunia yang tidak pernah cukup megikut kemahuan nafsu serta tamak dengan harta kekayaan dan keserokan dunia yang sementara kerana setiap insan itu akan menghadapi maut.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda:

" Belum akan terjadi kiamat sebelu timbul peperangan antara dua pasukan besar, antara kedua-duanya timbul perang besar, sedang seruan keduanya sama.

Dan sebelum lahir beberapa dajjal (penipu besar) yang amat pandai berbohong, hampir sebanyak tiga puluh orang, semua mendawakan dirinya utusan Allah.

Dan sebelum ilmu pengetahuan diambil (berkrangan) banyak kegoncangan, zaman bertamabah cepa, kekacauan merajalela dan banyak huru-hara iaitu pembunuhan.

Dan sebelum harta samapai melimpah ruah, sehingga orang yang berharta ingin hendak memperolah orang yang akan menerima sedekahnya dan ditawarkan untuk menerima sedekah itu mengatakan tidak lagi memerlukannya.Dan juga sebelum orang banyak bermegah-megah (bersenang-senang) dalam gedung-gedung besar.

Dan sebelum seseorang melalui kubur orang lain, lalu ia mengatakan, "Wahai, hendaknya saya menggantikan orang itu"

Dan sebelum matahari terbit di tempat terbenamnya. Setelah matahari terbit (sebelah barat) dan kelihatan oleh orang banyak, mereka beriman semuanya, tetapi ketika itu keimanan tidak berguna kepada seseorang yang belum beriman sebelumnya atau keimannnya belum menimbulkan usaha-uasa yang baiuk.

Ketika kiamat terjadi, dua orang yang hendak berjual beli telah mengembangkan kain di hadapan keduannya, tidak sempat lagi meneruskan jual beli dan tidak pula sempat melipat kain.

Ketika kiamat terjadi, seseorang yang baru selesai memerah susu sapinya, tidak sempatlagi meminumnya.

Ketika kiamat terjadi, seseorang yang sedanag memperbaiku tepi kolamnya tidak sempat lagi meminum airnya.

Ketika kiamat terjadi, seseorang yang mengangkat makanan ke mulutnya, tidak sempat lagi memakannya"

(Riwayat: Sohih Bokhari)

Tuesday, October 14, 2008

Azan

Selasa 14 Oktober 2008

Berita dari Abu Sa'id Al-khudri ra, mengatakan: " Apabila kamu mendengar azan, maka baca pualahaaa bacaan yang dibaca Muazzin itu".

Berita dari Jabir bin Abdullah ra mengatakan, "Siapa yang mendoa sesudah mendengara azan,

"Wahai Allah, Tuhan dari panggilan yang sempurnaini dan dari solat yang berdiri kekal, berilah kiranya kepada Muhammad kedudukan dan kemuliaan yang tinggi, bangkitkanlah dia, di hari qiamat, di tempat yang mulia yang telah Engkau janjikan', niscaya akan akan turuan kepada orang itu pertolongna di hari qiamat nanti"

Ganjaran jawab azan, sembahyang berjemaah

DARIPADA Abi Said al-Khudri, sesungguhnya Nabi Muhammad bersabda bermaksud: “Jika kamu mendengar suara azan, hendaklah kamu kata seperti apa yang dikatakan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).Dalam hadis di atas, Nabi Muhammad memerintahkan umatnya supaya sentiasa menghormati apabila seseorang melaungkan azan untuk mengerjakan sembahyang. Dengan laungan azan, menandakan masuknya waktu sembahyang supaya kita mengerjakan ibadat yang diperintahkan Allah itu.

Hadis ini menggambarkan bahawa hendaklah seseorang Muslim itu, apabila mendengar suara muazin melaungkan azan, hendaklah diam daripada berkata-kata. Ini supaya kita sama-sama mendengar dan memahami apa yang dikatakan itu. Kita juga diperintahkan oleh Nabi supaya mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh muazin tadi. Melainkan pada perkataan hayya ala solah, maka pada kalimah ini, hendaklah kita mengatakan la haula wala quwwata illa billah.

Bagi orang Islam yang berada dalam keadaan sembahyang, hendaklah mereka menjawabnya selepas selesai mengerjakan ibadat tadi. Kerana itu, apabila seseorang masuk ke dalam masjid ketika azan dilaungkan, hendaklah dia berhenti dulu supaya boleh mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh muazin.

Antara lafaz yang dilaungkan oleh muazin ialah mengajak manusia menunaikan sembahyang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sembahyang beramai-ramai lebih baik daripada sembahyang secara sendirian dua puluh tujuh kali ganda.”

AZAN SEBAGAI LAMBANG SYIAR ISLAM

Azan merupakan lafaz khusus yang disyariatkan oleh Islam untuk menyatakan masuknya waktu sembahyang fardhu dan menyeru orang-orang Islam supaya berkumpul untuk mengerjakannya.

Azan dari segi bahasa ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan). Ini dapat dilihat di dalam al-Qur’an sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Pemberitahuan daripada Allah dan RasulNya kepada sekalian manusia.”
(Surah at-Taubah: 3)

Begitu juga firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji…”
(Surah al-Haj: 27)

Dari segi syara` pula, azan ialah suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.

Azan disunatkan ketika hendak mendirikan sembahyang sama ada sembahyang tunai atau qadha’. Hukum azan adalah sunat mu’akkadah `ala al-kifayah bagi sesuatu kumpulan. Ini bermakna tuntutan sunatnya terlaksana walaupun tidak dilakukan oleh semua ahli kumpulan tersebut. Bagi individu pula, ia merupakan sunat `aini atau dengan kata lain pahala sunat diperolehi apabila seseorang itu melakukannya.

Al-Qur’an, as-Sunnah dan al-Ijma` menyatakan bahawa azan adalah suatu syariat di dalam Islam. Ini adalah kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dalil daripada al-Qur’an ialah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang...”
(Surah al-Ma’idah: 58)

Dalil daripada as-Sunnah pula merangkumi banyak hadith. Antaranya ialah sebuah hadith yang bermaksud:

“Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari segi sejarahnya, azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Hal ini telah terkandung di dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu `Umar r.a. Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w. telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat tentang cara untuk memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai agar ke masjid melakukan solat jemaah. Dalam mesyuarat itu, terdapat beberapa cadangan.

Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat. Apabila bendera telah berkibar, orang yang melihatnya hendaklah memberitahunya kepada orang ramai. Ada juga yang mencadangkan supaya ditiup trompet seperti yang biasa dilakukan oleh penganut agama Yahudi. Ada yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasrani. Terdapat juga usul supaya dinyalakan api di atas bukit. Orang yang melihat api tersebut hendaklah datang menghadiri solat berjemaah.

Semua usul yang diajukan telah ditolak oleh Nabi s.a.w. Kemudian, Umar bin al-Khattab mencadangkan agar diteriakkan ucapan: “Telah datang waktu solat”. Usul beliau ini telah diterima oleh Nabi s.a.w. tetapi Baginda menukar lafaz itu dengan lafaz “assolatu jami`ah” yang bererti “marilah solat berjemaah”.

Sementara itu, pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi tentang seorang lelaki yang datang kepadanya dengan membawa loceng. Abdullah memohon agar loceng itu dijual kepadanya. Pembawa loceng bertanya: “Untuk apakah tuan gunakan loceng ini?”. Abdullah menjawab: “Kami akan memukulnya untuk memberitahu telah masuknya waktu solat kepada orang ramai”. Apabila mendengar jawapan tersebut, pembawa loceng itu berkata: “Mahukah tuan saya tunjukkan cara yang lebih baik untuk memberitahu solat?”. Abdullah menjawab: “Itu baik sekali”. Lalu pembawa loceng itu berkata: “Kumandangkanlah Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)”. Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Nabi s.a.w. bersabda: “Mimpimu itu mimpi yang benar”. Nabi s.a.w. memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan tersebut. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar pula datang kepada Nabi s.a.w. dan menceritakan bahawa beliau juga bermimpi seperti yang dialami oleh Abdullah bin Zaid.

Di sini jelas menunjukkan bahawa lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan lafaz-lafaz azan yang didengar oleh Abdullah bin Zaid dan Umar bin al-Khattab dalam mimpi masing-masing. Namun begitu, mimpi-mimpi tersebut bukanlah menjadi dasar pensyariatan azan kerana secara kebetulan lafaz-lafaz azan yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. mempunyai persamaan dengan mimpi kedua-dua orang sahabat tadi. Sandaran azan bukan sahaja melalui mimpi bahkan ia diperkuatkan lagi dengan penerimaan wahyu. Al-Bazzar meriwayatkan bahawa:

“Nabi s.a.w. pada malam isra’ telah diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s. dan Nabi Nuh a.s., Allah s.w.t. menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi”.


Menurut pendapat jumhur ulama’, terdapat beberapa adab dan tertib dalam melaksanakan azan. Antaranya ialah:

1. mu’azzin hendaklah tidak menerima upah apabila melaksanakan tugasnya.

2. mu’azzin harus suci daripada hadath kecil, hadath besar dan najis.

3. mu’azzin hendaklah menghadap qiblat ketika mengumandangkan azan.

4. ketika membaca “hayya `ala as-salah”, mu’azzin hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca “hayya `ala al-falah” menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri.

5. mu’azzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua telinganya.

6. suara mu’azzin hendaklah nyaring.

7. mu’azzin tidak boleh bercakap ketika mengumandangkan azan.

8. orang-orang yang mendengar azan hendaklah menyahutnya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh mu’azzin, kecuali pada lafaz “hayya `ala as-salah” dan “hayya `ala al-falah”. Kedua-duanya disahut dengan “la haula wala quwwata illa bi Allah” yang bermaksud “tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah”.

9. setelah selesai azan, mu’azzin dan yang mendengar azan hendaklah berdoa: “Allahumma rabba hazihi ad-da`wah at-tammah wa as-salati al-qa’imah, ati Muhammadan al-wasilah wa al-fadhilah wab`athhu maqaman mahmudan allzi wa`adtah” yang bermaksud “wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya” (Riwayat Bukhari).

Selain itu, melakukan azan mempunyai beberapa kelebihan dan mendapat pahala yang besar. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Kalaulah orang ramai mengetahui pahala yang ada dalam azan dan pahala dalam barisan pertama sembahyang, kemudian mereka tidak ada jalan selain membuat undian untuk mendapatnya, nescaya mereka akan masuk undian itu.”
(Riwayat Muttafaq `Alayh)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:

“Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang. Hendaklah engkau angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada Hari Akhirat.”
(Riwayat Bukhari)

Dalam sebuah hadith yang lain ada disebut:

“Tukang azan adalah orang yang paling panjang leher di Hari Akhirat.”
(Riwayat Muslim, Ahmad dan Ibnu Majah)

Menurut pendapat yang sahih daripada ulama’ Syafi`i dan Hanbali, azan beserta iqamah adalah lebih baik daripada menjadi Imam. Ini disebabkan Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Siapakah yang lebih bagus perkataannya daripada orang yang berdoa kepada Allah dan beramal salih.”
(Surah Fussilat: 33)

`A’isyah berkata: “Mereka yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah tukang azan”. Di dalam hadith lain ada juga menyebut:

“Imam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada imiam-imam dan ampunilah tukang azan”.
(Riwayat Syafi`i, Ahmad, Abu Dawud,Tirmizi,
An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Amanah lebih tinggi daripada daman dan keampunan adalah lebih tinggi daripada petunjuk. Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifah tidak melakukan tugas azan ini kerana mereka tidak mempunyai banyak masa. Menurut pendapat ulama’ Hanafi, iqamah dan menjadi imam adalah lebih baik daripada azan kerana Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifahnya menjalankan tugas imam, tetapi mereka tidak menjalankan tugas menjadi tukang azan.


SUMBER RUJUKAN:

• Al-Qur’an Al-Karim dan terjemahannya.

• Al-Fiqh al-Manhaji Kitab Fiqh Mazhab Syafie, Jilid 1, Terbitan Pustaka Salam Sdn. Bhd., Karangan Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji.

• Ensiklopedia Islam, Jilid 1, Cetakan Pertama 2004, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Susunan Drs. H.A. Hafizah Dasuki dll.

• Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Jilid 1, Cetakan Pertama 2003, Terbitan Era Visi Publication Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, Susunan Shafie Abdul Rahman dll.

• Fiqh & Perundangan Islam, Jilid 1, Cetakan Ketiga 1997, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Karangan Dr. Wahbah al-Zuhaili, Terjemahan Syed Ahmad Syed Hussain dll.

as Bilal

Melakukan azan dan iqamah setiap masuk waktu Salat

Menjadi imam ketika ketiadaan Imam

Mengawasi kebersihan dan kesempurnaan peralatan masjid

Mengandalikan kursus pengajian fardhu `ain dan mengajar Muqaddam untuk kanak-kanak dan seumpamanya.

Menjadi Amil pungutan zakat fitrah dalam qariah

Melaksanakan tugas pengurusan jenazah serta yang berkenaan dengannya

Lain lain tugas yang diarahkan

Mengetuai kumpulan selawat, marhaban dan berzanji
Fiqh Azan dan Iqamah

Pengertian

Azan dari segi bahasa ialah ” memberitahu”. Dari segi Syarak ialah ” Satu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui masuk waktu sembahyang.” Juga boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.



Pensyariatan

Dalil al-Quran yang bermaksud; ” Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang....” ( Surah al-Maidah :58)

Dalil Hadis yan bermaksud;”Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang dari kamu melakukan azan dan yang lebih tua dari kamu hendaklah menjadi Imam. ” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; ” Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang, hendaklah engkau angkatkan suara menyuruh orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada hari akhirat.”

Hukum Azan

Azan dan Iqamah menurut jumhur selain Mazhab Hambali ialah sunat muakkad bagi lelaki yang sembahyang di masjid, semua sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat.

Tidak sunat untuk sembahyang yang lain seperti sembahyang hari raya , gerhana matahari, terawih dan sembahyang jenazah.

Ulama Syafie dan Maliki menambah bahawa orang perempuan hanya disunatkan iqamah dan tidak perlu azan.

Azan bagi sembahyang yang luput dan sembahyang bersendirian

Mengikut pendapat yang muktamad daripada mazhab Syafie adalah sunat azan dan iqamah bagi orang yang bersembahyang bersendirian samada sembahyang tunai atau qadha, walaupun mendengar azan.

Jika hendak melakukan sembahyang Jamak hendaklah diazan untuk sembahyang yang pertama

Makruh meninggalkan azan dan iqamah bagi sembahyang lima waktu , tetapi jika telah melakukan sembahyang tanpa kedua-duanya maka tidak perlu diulang semula

Syarat-syarat Azan

Masuk waktu

Hendaklah dengan bahasa Arab

Azan dan Iqamah mesti didengar.

Tertib dan Muwalat diantara lafaz azan dan iqamah, tidak sah azan tanpa tertib dan muwalat dan hendaklah diulang semula

Azan mestikah dilakukan seorang sahaja. Jika dilakukan secara berkumpulan dan serentak hukumnya sah.

Orang yang melakukan azan hendaklah seorang Musliam lelaki yang berakal. Termasuk bertaqwa, mengetahui sunnah Rasul, mengetahui waktu-waktu sembahyang , adil dan amanah.

Cara dan sifat Azan

Ahli ahli fekah sependapat lafaz-lafaz azan diriwayatkan secara mutawatir dan tidak ditambah dan tidak dikurangi. Caranya disebut dua kali, dua kali.

Mereka sependapat mengatakan bahawa azan Subuh ada tambahan ”ASHSHALAATU KHAIRUM MINAN NAUUM” sebanyak dua kali.

Golongan Syafie menerima ”Tajri” iaitu melafazkan dua kalimah syahadah dengan perlahan kemudian melafazkan semula keduanya dengan nyaring.

Pendapat ulamak Syafie, kalimah –kalimah azan yang masyhur bilangannya termasuk ’tarji’ adalah 19 kalimah iaitu.



اَﷲُ اَكْبَرُ, اَﷲُ اَكْبَرُ

اَشْهَدُ اَن لاَّ اِلٰهَ اِلاَّ اﷲُ

اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اﷲِ

حَيَّ عَلَى الصَّلَوه

حَيَّ عَلَى الْفَلاَحْ



لاَ اِلٰهَ اِلاَّ اﷲ

اَﷲُ اَكْبَرُ, اَﷲُ اَكْبَرُ

اَشْهَدُ اَن لاَّ اِلٰهَ اِلاَّ اﷲُ

اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اﷲِ

حَيَّ عَلَى الصَّلَوه

حَيَّ عَلَى الْفَلاَحْ



اَﷲُ اَكْبَرُ, اَﷲُ اَكْبَرُ



اَﷲُ اَكْبَرُ, اَﷲُ اَكْبَرُ

اَشْهَدُ اَن لاَّ اِلٰهَ اِلاَّ اﷲُ

اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اﷲِ

حَيَّ عَلَى الصَّلَوه

حَيَّ عَلَى الْفَلاَحْ



لاَ اِلٰهَ اِلاَّ اﷲ


اَﷲُ اَكْبَرُ, اَﷲُ اَكْبَرُ

اَشْهَدُ اَن لاَّ اِلٰهَ اِلاَّ اﷲُ

اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُولُ اﷲِ

حَيَّ عَلَى الصَّلَوه

حَيَّ عَلَى الْفَلاَحْ



اَﷲُ اَكْبَرُ, اَﷲُ اَكْبَرُ



Perkara –perkara sunat yang dilakukan ketika azan.

Orang yang berazan hendaklah orang yang lantang dan elok suaranya.

Azan hendaklah secara berdiri

Orang yang berazan hendaklah orang yang merdeka ,baligh , adil, amanah, orang yang soleh dan mengetahui waktu sembahyang

Orang yang berazan hendaklah dalam keadaan suci daripada hadas

Orang yang berazan hendaklah boleh melihat kerana orang buta tidak mengetahui waktu dan kemungkinan dia tersalah.

Hendaklah dia meletakkan jari-jari tanganya dikedua-dua telinganya

Handaklah dia menyebut dengan cara berhenti diantara dua kalimah

Hnedaklah menghadap kiblat. Disunat memusingkan kepala ke kanan ketika menyebut ”HAYYA `ALAS SHOLAH” dan kekiri ketika menyebut”HAYYA `ALAL FALAH” . Disunatkan jarak masa antara azan dan iqamah

Hendaklah azan dengan ikhlas.

Tukang azan seeloknya terdiri dari dua orang

Sunat azan awal waktu

Boleh menjemput pemimpin untuk sembahyang.

Sunat tidak berdiri sebelum azan selesai kerana berlakunya pergerakan ketika azan mnyerupai Syaitan.

Makruh ketika Azan

Makruh azan tersebut tanpa melakukan perkara –perkra sunat yang lepas

Makruh dilagukan dan dipanjangkan azan sehingga mengubah kalimah- kalimah azan atau menambah dan mengurangkannya.

Makruh berjalan

Makruh dilakukan tathwib meliankan waktu subuh

Haram keluar masjid selepas azan

Makruh Azan sebelum fajar dalam bulan Ramadhan kalau ditakuti mengganggu orang yang sedang sahur

Menjawab seruan azan dan iqamah

Jumhur ulama termasuk Syafie berpendapat sunat menjawab bagi orang yang mendengar azan dan iqamah.

Caranya dengan mengucapkan seperti oranag yang mengucapkan azan dan iqamah itu , kecuali pada kalimah ”HAYYA `ALAS SHOLAH” dan ”HAYYA `ALAL FALAH” hendaklah dijawab ” LAA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAAH”. Dalam taswib hendaklah dijawab ”SODAQTA WA BARARTA”.

Menurut jumhur ulama, mesti menjawab walaupun dalam keadaan berjunub, haid, nifas atau sedang tawaf fardhu atau sunat.

Menurut ulama Hanafi , orang yang sedang haid, nifas, mendengar khutbah bersetubuh, dalm bilik air, makan, mengajar ilmu dan belajar tidak perlu menjawab azan. Tetapi orang yang baca al-Quran hendaklah menjawab.

Menurut ulama Syafie, apabila seseorang masuk masjid, hendaklah dia menjawab sambil berdiri dan tidak boleh melakukan solat tahiyyatul masjid. Ini bertujuan untuk menghimpunkan antara pahala menjawab dan pahala tahiyyatul masjid.

Sunat yang perlu dilakukan selepas azan

Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

Berdoa dengan doa yang Ma`thur iaitu doa selepas azan

Berdoa selepas azan subuh iaitu memohon kesejahteraan dari Allah bagi kehidupan di dunia dan akhirat.

Tukang azan sunat duduk menunggu jemaah antara azan dan iqamah.




Iqamah

Sifat atau cara iqamah

Menurut jumhur selain ulama` Hambali, iqamat adalah sunat muakkat bagi solat fardhu. Ulama berbeza pendapat tentang iqamah.

Menurut ulama Syafie, lafaz iqamah tidak berulang iaitu 11 kalimah kecuali lafaz ”QAD QAAMATIS SYOLAH” ia diulang sebanyak dua kali (Lihat muka sebelah)

Hukum Iqamah

Hukum Iqamah adalah sama dengan hukum azan , bezanya;

Sunat dipercepatkan iqamah

Menurut mazhab yang empat, afdhal orang yang azan, dialah sendiri yang iqamah.

Pendapat ulama Syafie, sunat dilakukan iqamah di tempat yang lain dari tempat azan dan suara yang lebih rendah dari suara azan. Iqamah tidah boleh dibuat sehingga imam memberi keizinan.

Jemaah tidak boleh bangun ketika iqamah sehingga imam bangun atau datang. Menurut Imam Syafie, sunat bangun setelah tamat Iqamah.

Di sunatkan iqamah dalam keadaan berdiri, suci , mengadap kiblat, tidak berjalan dan bercakap.

Diisyaratkan tidak ada jarak panjang antara iqamah dan solat. Jika berlaku , hendaklah diulang semula. Ia tidak boleh dipisahkan kecuali dengan satu perkara sunat seperti imam menyuruh membetulkan saf.

Apabila tukang azan melakukan azan dan iqamah , orang lain tidak digalakkan berazan dan beriqamah

Sunat bagi imam menyamakan saf sembahyang makmum dengan memalingkan ke kanan dan ke kiri lalu mengatakan:

Azan untuk maksud selain sembahyang

Azan di telinga kanak-kanak yang baru lahir, sunat diiqamahkan pada telinga kiri

Azan di waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang musafir

Azan pada telinga orang yang berduka cita , orang yang jatuh , marah dan juga yang dirasuk jin atau syaitan

zan : Sebuah Kekuatan Ummah
05 September 2008
Oleh ZALILA ISA

Azan merupakan lafaz khusus ataupun zikir yang diamalkan oleh masyarakat Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardhu dan seterusnya menyeru mereka agar berkumpul untuk menunaikan solat fardhu sama ada secara sendirian atau terlebih baik secara berjemaah.

Hadir sebagai peraturan sejagat, azan dilihat sebagai satu panggilan suci yang mengandungi makna tertentu yang seterusnya boleh disimbolkan sebagai penyatuan ummah dan penyeruan ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

Azan sudah berusia 1429 tahun dan disyariatkan di Madinah al- Munawarrah. Diriwayatkan bahawa azan diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama hijrah. Ketika itu, orang-orang yang berhijrah ke Madinah berkumpul untuk menunaikan solat. Terbit persoalan pada waktu itu bagaimana caranya memberitahu umat Islam masuknya waktu solat dan menyeru secara langsung kepada mereka untuk bersama-sama menunaikan solat secara berjemaah.

Sudah pasti perlunya satu mekanisme yang praktikal dan mudah serta satu cara yang merangkumi perlambangan dakwah Islamiah yang menyeru kepada kebaikan dan kesejahteraan dunia dan akhirat. Pada saat itu, diriwayatkan Abdullah Bin Zaid dan Umar bin al-Khattab telah bermimpi mengenai lafaz azan. Rasulullah membenarkan mimpi mereka dan meminta Bilal bin Rabah melaungkannya.

Azan merupakan satu lafaz khusus yang menyeru umat Islam menunaikan solat dan melakukan solat berjemaah. Mengerti dari aspek harfiahnya, azan membawa maksud ‘al-I’lam’ (pemberitahuan) atau ‘an-nida’ (seruan).

Al-Quran, as sunah dan al-ijmak menyatakan, laungan azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar. Dihukumkan sebagai sunat muakkad dan fardhu kifayah bagi umat Islam.

Azan harus dilafazkan oleh seorang lelaki yang beragama Islam, berakal, dilafazkan dalam bahasa Arab dan dilaungkan ketika masuknya waktu solat. Azan juga harus diseru oleh muazzin (orang yang melaungkan azan) yang suci daripada hadas besar, hadas kecil dan najis. Dilaksanakan dengan mengadap kiblat dengan suara yang nyaring tetapi merdu.

Dilafazkan dengan jiwa yang benar, azan hadir bukan sahaja sebagai satu peraturan bagi umat Islam mengerjakan solat. Malah, azan juga dilaungkan ketika bayi dilahirkan, jenazah dikebumikan, ketika menghadapi bencana dan gangguan jin atau syaitan dan azan juga diselitkan ketika mengerjakan sesuatu yang baik. Pendek kata azan adalah perantaraan untuk memohon rahmat dan berkat serta kekuatan, kesyukuran dan sebagainya buat umat Islam.

Lafaz azan menyimpul kesatuan yang merangkumi aspek tauhid (akidah), ibadah dan akhlak muslim yang sejati. Hal ini terlihat jelas melalui seruan yang dilaungkan sebanyak lima kali sehari untuk mengajak umat Islam mendepani kehidupan dengan sempurna.


Allah hu Akbar (4x) – Allah Maha Besar

Ash-hadu alla ilaha illallah (2x) – Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah

Ash-hadu anna Muhammadar rasulullah (2x) – Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah

Hayya ‘alas-solah (2x) – Marilah mendirikan solat

Hayya ‘alal-falah (2x) – Marilah menuju kejayaan

*As-solatu khayru minan naum (2x) – Solat itu lebih baik dari tidur

Allah hu Akbar (2x) – Allah Maha Besar

La ilaha illallah (1x) – Tiada Tuhan selain Allah

(* hanya digunakan untuk solat subuh)

Tauhid merupakan kepercayaan bahawa Tuhan hanya satu iaitu Allah. Tauhid terangkum di dalam lafaz azan dan ini jelas memberitahu bahawa Allah Maha besar, tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah. Itu syahadah yang perlu dipegang sebagai umat Islam dan akidah yang wajib ditetapkan dalam hati.

Menghayati azan sedalam-dalamnya memberi pengertian yang luas. Mengiyakan dan meyakini kewujudan Allah S.W.T, mengakui kebesaran dan keagunganNya sudah cukup memberi semangat dan kekuatan buat umat Islam mendepani cabaran yang pelbagai. Itulah yang dilafazkan sebagai Allah hu-Akbar dan Ash –hadu alla ilaha illallah.

Mengakui kehadiran Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah S.W.T dan pemimpin umat Islam memberi pengertian bahawa kita percaya bahawa Nabi Muhammad adalah utusan yang telah dihantar oleh Allah untuk memimpin dan memberi cahaya pertunjuk kepada umat islam di dunia. Keyakinan ini terlontar melalui lafaz Ash- hadu- anna muhammadar rasulullah.

Kalimah syahadah yang terkandung dalam azan ini adalah tunjang kepada ketauhidan umat Islam akan kewujudan Tuhan. Tauhid yang diseru juga membuang perbezaan sesama manusia dari aspek warna kulit, latar belakang pendidikan, tahap kekayaan dan darjat. Tauhid ini memberi persepsi manusia itu sama di sisi tuhan. Yang membezakannya adalah ketaqwaan kepada Allah S.W.T.

Jelas seruan azan yang mengingatkan tauhid dan akidah setiap muslim adalah sesuatu yang harus di pandang berat kerana iman manusia seringkali mengalami pasang surut dan tidak konsisten bergantung kepada ujian dan dugaan yang mereka terima. Ia juga meliputi seluruh kehidupan yang harus berpaksi kepada hubungan yang baik dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan yang baik sesama manusia (habluminannas).

Laungan azan yang bergema di seluruk pelusuk alam menunjukkan bukti kewujudan umat manusia yang beragama Islam. Laungan ini bukan sahaja melambangkan tauhid seperti yang telah dijelaskan di atas. Selain tauhid dan akidah yang terkandung dalam lafaz azan, aspek kepentingan mengerjakan ibadah solat juga ditekankan.

Lafaz ‘Hayya alas-solah’ melambangkan kepentingan mengerjakan ibadah solat yang menjadi kekuatan dalam menyeimbangkan peranan manusia di dunia dan akhirat. Selain itu laungan azan memang sudah sebati dalam setiap umat Islam dan bukan Islam sebagai satu seruan menunaikan solat. Solat inilah yang akan mencerminkan akhlak seseorang muslim.

Hayya alas-solah, lafaz yang mengajak seluruh umat Islam melakukan solat sebaiknya secara berjemaah. Kekuatan dan kesepaduan ummah terlihat di sini apabila imam dan makmum hadir sebagai satu jemaah. Imam sebagai ketua solat berada di hadapan dan memastikan barisan jemaahnya berada dalam barisan yang rapi dan betul. Mengikut perilaku imam dan menegur jika imam melakukan kesilapan bacaan dan tertib gerakan.

Situasi ini juga melambangkan kepatuhan kepada konsep kepemimpinan secara keseluruhannya. Memilih imam yang benar-benar layak untuk memimpin solat seperti memilih pemimpin yang benar-benar layak menerajui negara sudah pasti melahirkan keadaan yang baik untuk umat dan negara

Manakala, aspek akhlak yang tekandung dalam seruan azan diwakili dengan lafaz ‘Hayya alal-falah’ iaitu bermakna marilah menuju kejayaan. Melalui tauhid yang kukuh iaitu menghayati syahadah yang terkandung dalam azan, kita akan senang melakukan ibadah.

Dengan tauhid yang melambangkan kekuatan akidah seseorang muslim itu juga, umat Islam patuh kepada Tuhan dengan melakukan ibadah yang diperintahkan. Ibadah ini pula merangkumi ikatan sesama manusia seperti kuatnya ikatan imam dan makmum serta pemimpin dan rakyat. Ini sekaligus akan membawa kemenangan buat umat Islam menentang bujukan syaitan dan musuh Islam secara nyata atau terselindung.

Lumrah dalam perhubungan sesama manusia terdapat pertelingkahan dan perselisihan pendapat. Oleh itu, kita diminta kembali kepada Allah S.W.T, mengagungkan kekuasaannya serta tidak lupa bahawa hanya Allah S.W.T yang mampu memberi dan manarik balik apa yang telah dikurnikan kepada umat manusia. Hal ini terangkum dalam lafaz seterusnya. Kalimah Allah Maha Besar, tiada Tuhan selain Allah dilaungkan kembali sebagai penutup seruan.

Betapa manisnya Tuhan mengatur lafaz azan untuk panduan dan peraturan sejagat umat manusia. Hanya orang-orang yang tidak menghayati akan kerugian dan tidak mendapat apa-apa hikmah apabila mendengar laungan azan di sekeliling mereka.

Laungan azan terbiar di angin lalu tanpa memberi apa-apa kesan pada jiwa dan sanubari umat yang mengaku Islam. Mengaku Tuhan itu satu dan tiada tuhan selain Allah. Memilukan juga apabila ada sesetengah stesen televisyen dan radio tidak mahu menyiarkan seruan azan di setesen mereka dengan alasan kemajmukan rakyat negara ini.

Wujud kesepakatan masyarakat bukan Islam yang meminta seruan azan diperlahankan kenyaringannya di masjid dan surau-surau sekitar mereka dengan alasan menggangu kedamaian suasana. Mereka tidak menghormati azan yang dilaungkan malah berani meminta azan diperlahankan walaupun mereka tahu bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang harus mencanang keislamannya di pelusuk bumi ini melalui pelbagai cara dan salah satu daripadanya ialah seruan azan.

Oleh kerana masyarakat Islam sendiri kebanyakannya tidak menghayati dan mengambil tahu pengertian lafaz azan itu, maka tidak ada perjuangan untuk menentang anasir bukan Islam yang mahu mengaturcara kehidupan masyarakat Islam di bumi Islam ini sendiri.

Azan dilihat sebagai seruan biasa untuk memanggil umat Islam bersolat. Kehidupan tetap berjalan seperti biasa tanpa perlu memberhentikan sebentar perbualan, perbuatan dan sebagainya demi menghormati azan. Di manakah azan di hati kita?

Monday, October 13, 2008

Puasa enam bulan syawal

Puasa enam ialah puasa yang disunatkan berpuasa selama 6 hari sepanjang syawal.Selepas hari Raya pertamma mulai 2 syawal seorang itu telah boleh mula berpuasa memngikut keselesaannya masing-masing untuk berpuasa pada hari tertentu dalam bulan syawal mencukupkan 6 hari berpuasa.Ada orang yan berpuasa berturut hari selama 6 hari melengkapkan bilangan 6 hari dan ada ynag berpuasa megiukut penentuan masing-masing berpuasa pada bila-bila hari sepanjnag syawal asalkan puasa syawalnya berjumlah 6 hari.



Betapa besarnya ganjaran berpuusa tersebut sebagaimana , Allah SWT berfirman (dalam hadis Qudsi) yang bermaksud: Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu)”. (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi. (Sahih Muslim no: 1151)



Abu Said Al-Khudri r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun. (Sahih al-Bukhari no: 2840) Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal.



Abu Ayyub Al-Ansari r.a berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun. (Sahih Muslim hadis no: 1164].

Di dalam hadis ini Rasulullah menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa setahun. Maksudnya setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari.Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah SWT maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.

Puasa enam ini memberi ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.


Puasa ini juga akan merasakan seorang itu dapat meneruskan ketaatan selain yang diwajibkan akan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada tuhannya. Sebab itulah kata ulama: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadan, sedangkan pada bulan lain Allah SWT dilupai”.

Bagi yang berpuasa syawal seorang itu akan merasa telah melaksanakan sunnah dan dapat makan minum seperti biasa dan menganggapkan boleh beraya kali kedua walaupun tidak ada syariat ynag menetapkan Hari Raya Syawal.

Sunday, October 12, 2008

Belajar itu wajib

Ahad 12 Oktober 2008/12 Syawal 1429.


BELAJAR MENUNTUT ILMU ITU WAJIB.

Secara formal kita dihantar oleh ibubapa atau penjaga kita ke sekolah untuk belajar. Biasanya kita belajar mengikut kemampuan kita sehingga tamat persekolahan. Barangkali kita menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Maktab, Kolej atau Universiti dalam bidang yang lebih khusus bagi persediaan medapatkan pekerjaan untuk sara hidup kita.

Walau pun proses tersebut khususnya ilmu berasaskan agama Islam untuk kita meneruskan hidup ini supaya dapat panduan yang sebaiknya dalam menjalani hidup dan beramal untuk melaksanakan perintah Allah dan menjadi bekalan akhirat.

Di bandar-bandar khususnya banyak peluang untuk kita meneruskan pengajian secara sambilan atau secara tidak formal seperti di Pusat pengajian, Masjid-masjid atau surau bagi meneruskan pengetahuan agama yang begitu luas bidangnya untuk kita pelajari. Kerana hanya melalui ilmu pengetahun sahajalah kita sebagai mukmimn akan dapat mengamalkan berbagai ibadat yang diwajibkan kepada kita untuk melaksanakannya.

Kita tidak seharusnyua berpuas hati dengan pendidikan agama semasa di bangku sekolah tetapi perlulah meningkattkan lagi poengetahun sa dan mempelbagaikan bidang ilmu yang perlu kita kuasai.

Sabda nabi saw ynag bermaksud:

1. "Mencari ilmu penegetahuan adalah wajib ats setiap orangf muslim"

( Diriwayatkan oleh Ibnu Abdibarr)

2. " Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu penegtahuaa, akan dengan sebab kelakuannya itu Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya guna menuju ke syurga"

( Diriwayatkan oleh Muslim)

Imam Shafi"i berkata, " Mencari ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan sunnah"

Dan Ibnu Mas'ud ra berkata, "Hendaklah kamu semua mengusahakan ilmu pengetahuan itu sebelum ia dilenyapkan. Lenyapnya ilmu pengetahuan ialah dengan matinya orang-orang yang memberikan atau yang mengajarkannya.Seseorang itu tidaklah akan dilahirkan dan sudah menjadi pandai, Jadi ilmu pengetahuan itu pasti diusahakan dengan belajar".

Memikirkan ilmu adalah sama pahalanya dengan berpuasa , menalaahnya sama dengan bangun solat malam. Dengan menggunakan ilmulah akan menjadi benar cara berbakti kepada Allah 'azza wa jalla. Denganya Allah dipuja dan disembah, dengannya pula Dia di Maha esakan dan di agung-agungkan. Dengannya seseorang menjadi wara' dan sangat taqwa pada Allah. Dengannya dieratkan tali persaudaraan dan dengannya dapat diketahuinya apa-apa yang halal dan yang haram.

Ilmu pengetahuan adalah pemimpin segala amalan dan amalan itu hanyalah sebagai pengikutnya belaka. Yang diilhami dan dikurnia ilmu adalah benar-benar orang yang berbahagia dan yang terhalang atau tidak diberi ilmu adalah benar-benar celaka".
Posted by abu samah at 6:11 PM 0 comments
Friday, October 10, 2008
Alam Akhirat.
Jumaat, 10 Oktober 2008

Alam akhirat ialah alam yang akkhir yuang ditempuh mnausi dan alam ynag kekal selama-lamanya.Setiap manus pasti kan menmpuh ke emapt-empat lam ini, iaitu alam kandungan, alam dunai, alam barzah dan alam akhirat.

Alam akhirat ialam alam ynag m,erupakan alam alam yang terdiri darti syurga dan neraka yang kekal selama-lamya.Setalh itu tidak lagoi alam ynahg lain. Allah swt mengggambarkan alam akhirat irtiu adal adalah khidupan ynag lebih baik dan kekal,Kehiiiidupan akhirat adalah kehidupan setelkah dunai berakhir. Percaya adaanya kehidupan akhirat adalah sebagai ciri-ciri orang yang sempurna imannya dan bertaqwa kepada Allah,

Allah berfirman:
ertinya, " Serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat"
(Al Baqarah:4)

Senbagaiman firman Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:

1,. " Dan sesungguhnya akhirat itu lah negeri yang kekal"

(Al Mu"min: 39)

2. "Sedamg kehidupan dian kahirat adala lebih baiki dan lebih kekal"
( Al-A'laa: 17)

3. 'Dan kampung akhirat itu lebih baik bagi mereka yang bertaqawa"
( Al-A'raaf: 169)

4.Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau merek mengetahui"

( Al-'Ankabuut: 64)

Itulah firman-firman Allah yang mengemukakan sifat dan hakikat kehidupan di alam akhirat. Saat ini tidak lagi ada manusia yang menempuh kehidupan alam Akhirat.

Manusia yang telah mati mendahuli kita, baru menempuh alam barzah. Sebabnya ada kehidupan akhirat itu setelah datangnya dan terjadinya qiamat, dimana pada saat itu semua manusia dimatikan semua oleh Allah Taala dengan tanda tiupan senkala Israfil ynag pertama.Lalu segkala Israfil ditiup yang kedua kalinya sebagai tanda kehidupan setelah mati. Dan itulah pembangkitan seluruh malkhluk (manusia) sejak zaman Nabi Adam hingga manusia yang akhir dari kuburnya. Setelah itu akan diadakan hisab (penelitian dan pemeriksaan segala amal perbuatan yang telah dilakukan dosa selama hidup di dunia).

Kemudian seluruh manusia akan disidangkan di Mahkamah Yaumil Qiamah (Akhirat) dan akan diadili langsung oleh Hakim Yang Maha Adil iaitu Allah swt. Pada saat itu pun manusia-manusia akan diberikan keta'atan, kebaikan, kejahatan maupun pelangaran. Setelah itu ditimbangkan suratan amal itu, lalu manusia diperintahkan untuk melintasi As-sirat iaitu jambatan tajam dan licin serta gawat yang melintas di atas Neraka nmenuju syurga. Bagi mereka ynag selamat dalam melintasi titian As-Sirat maka sampailah ke syurga. Sebaliknya bagi yang celaka tentu akan terjerumus ke jurang api neraka yang bergejolak dan menyala-nyala.

Akhirnya itulah merupakan kehidupan yang kekal untuk selam-lamaya dan kehidupan pada tahap terakhir yajni kehidupan alam kahirat.

Firman Allah yang ertinya:

" Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".

( Al-Qasas: 83)

Yang dimaksudkan "negeri akhirat" di sini ialah kebakasudhagiaan dan kenikmatan di akhirat. Sedangkan maksud "kesudahan yang baik" adalah Syurga.

Firman Allah swt bermaksud:

" Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhamu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, ynag disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa".



( Ai 'Imran: 133)

Sabtu, 11 Oktober 2008/ Syawal 1429

Keutamaan Mengingati Mati.

Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan mati. Akan dirasai setelah seorang itu lanjut umurnya, ia akan merasakan umurnya akan ditarik balik oleh Allah swt bila-bila masa. Pada masa itu keinsafan dan kesedaran dapat dirasakan dan merasakan baru sedikit amalan beklan yang akan dibawa, sedangkan pelbagai keingkaran perintah Allah pernah dan maksiat dilakukan semasa hidupnya. Ia akan berbanyak-bakyak bertaubat meminta keampunan Allah untuk menempuah Alam akhirat nanti.

Oleh itu beramllah sebelum terlewat.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah saw yang menjelaskan keutamaan mengingat perihal kematian itu. Antaranya seperti berikut:

1. Sabda Nabi saw,

"Perbanyakkanlah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan segala macam kelazatan (Kematian)"
(HR At-Tirmizi)

2."Perbanyakknlah menginti kematian, sebab yang sedemikian itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia"

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abidduya)

3. " Cukuplah kematian itusebagai penasihat"

(HR. Thabrani dan Baihaqi)

4." Secerdik-cerdik manusia dalah yang terbanyak ingatkan kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa dngan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhrat"

(HR. Ibnu Majah dan Inbnu Abiddunya)

Cara yang sebaik-baiknya ntuk mengingati matiialkah dengan membperbanyakkan kenan-kenangan kepda kawan-kawabn autau teman-teman karib yang telaha lebih dahulu meninggalka. Ingatlah mereka sebentar, nagaiman kematian mereka itu dan bagaimankahirnya tempat berdiam di bawah tanah /dalam kubur.Ingat pula lah sejenak rupa-rupa mereka itu, juga kedudukan dan jabatan mereka didkalangan msyarakat. Kenangkan pla bagaiman keadaannya sekarang. Tentunya kecantikna rupa paras dan kedudukan semua telah dilenyapkan oleh tanah dan menutupinya, bahagian-bahagian tubuhnya tentu sudah bercerai-berai antara satu dengan yang lain dal;am kubur mereka.

Dengan itu juga bersegeralah kita melakukan amal kebaikan semasa Umur masih dikurniakan Allah . Allah memberikan modal umur kepada kita, agar benat-benar kita pergunakan dnegan sebaik-baiknya untuk menadapt keredhan Allah swt dengan melakasnakan segala kewajipan semasa hidup ini