Monday, June 30, 2008

Qadha dan Qadar

Isnin, 30 Jun 2008/ 26 Jamadilakhir 1429,

Insya Allah, 1 September bersamaan dengan 1 Ramadhan 1429 , Kira-kira 2 bulan 4 hari lagi Umat Islam akan menyambut Ramadhan dan mula berpuasa. Semoga dilanjutkan umur dan dapat menunaikan fardhu puasa bulan ramadhan tahun ini.

*******************************************************

Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah saw sabdanya yang bermaksud:

" Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah daripada mukmin yang lemah.Pada yang kuat dan yang lemah ada kelebihan masing-masing. Berusahalah untuk mencapai sesuatu yang berfaedah dan jangan lemah, jika kamu ditimpa sesuatu bencana janganlah kamu berkata: Kalau aku buat begini tentu jadi begini, tetapi katakanlah: Allah telah mentakdirkan. Apa-apa yang Allah kehendaki dilakukannya, kerana perkataan "kalau" membuka ruang kepada amalan syaitan"

-Riwayat Muslim.

Huraian:

1. Allah menganugerahkan kepada manusia kemampuan berfikir, merancang, bertindak dalam melakukan urusan mereka. Manusia melakukan sesuatu menggunakan tenaga, kemampuan dan benda-benda ciptaan Allah. Contonya seseorang yang bekerja akan mengeluarkan hasil dari ushanya dengan izin Allah. Tapi harus diingat bahawa hamba dan usahnya dijadikan oleh Allah. Dengan sebab itu semua perbuatanny manusia dijadikan oleh Allah swt,

Firaman Allah surat As Saffat:96, Terjemahannya:

" Dan Allah yang mencipotakan kamuj dan apa-apa yang kamu lakukkan"

2. Perbuatan manusia dan segala yang terjadi kepadanya terbahagi kepada "ijbari" dan "ikhtiari".

a) Ijabari- ialah sesuau yang berlaku di luar kehendak serta bukan hasil usaha manusia. Perkara ijbari seperti cacat dan sempurna anggota, warna kulit, cerdas dan lemah akal, sihat, sakit, mala petaka dan sebagainya. Perkara-perkrka tersebut berlaku dengan takdir Allah semata-mata, tanpa usaha dan ikhtiar manusia. Firman Allah dalam surah Al Qissas:68, terjemahannya,

" Dan Tuhan kamu menciptakan apa-apa yang Dia kehendaki dan Dialah juga yang memilih. Tidak ada pilihan bagi mereka"

b) Perbuatan ikhtiari pula ialah segala sesuatu yang berlaku dengan kemahuan dan hasil usaha serta ikhtiar manusia. Manusia mempunyai pilihan untuk melakukan atau sebaliknya. Atas kebebasan memillih inilah manusia dipertanggungjawabkan segala perbuatannya . Oleh sebab itulah ada dos dan pahala.

3. Beriman dengan Qadar dan Qadha diasaskan kepada kepercayaan kepaad sifat qudrat, iradat dan ilmu Allah. Kita wajib percaya bahawa segala kejadian yang berlaku adalah dengan kuasa dan ketentuan Allah. Kita juga wajib percaya bahawa Allah mengetahui segala perbuatan kita dan apa-apa yang berlaku sama ada sebelum atau sesudahnya. Firman Allah dalam Surah AlQamr: 49, Terjemahannya,

" Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan."

Sunday, June 29, 2008

Ayat Kursi Surah Al-Baqarah ayat 255

Ahad, 29 Jun 2008/25 Jamadilakhir 1429

Ayat yang dekenali dengan Ayat Kursi ialah ayat 255 dalam surah AlBaqarah Juz 2, adalah ayat yang paling utama dari sekalian ayat -ayat Quran, sebab pahala membacanya melebihi pahala membaca ayat-ayat yang lain. Ianya juga penghulu dari sekalian ayat.


Maksud firman Allah awt,

" Allah itu, Tuhan, yang tiada Tuhan melainkan Allah, Dia yang hidup (kekal) lagi amat menjaga. Tiada Dia mengantuk dan tiada tidur. Dia mempunyai segala apa yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada siapa yang dapat memberi syafaat (pertolngan) pada sisiNya, melainkan dengan izinNya. Dia mengetahui apa-apa yang ada di hadapan mereka dan yang ada di belakang m,ereka. Tiada mereka mengetahui sesuatu npun akan ilmu Allah, melainkan dengan kehendNya. KerusiNya (ilmuNya dan kerajaanNya) meliputi seluruh langit dan bumi, dan tiada keberatan bagiNya menjaga kedua-duaNya. Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar".

Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawasanya Rasululah saw bersabda:

" Tiap-tiap sesuatu itu ada kemucaknya, dan sesungguhnya kemuncak al-Quran itu adalah surah Al Baqarah yang di dalamnya ada sebuah ayat, dialah penghulu segala ayat Al-Quran".

Disebutkan dalam al-Baidhawi bahawa Nani saw bersabda yang b ererti, " Sesungguhnya sebesar-besar ayat Al Quran itu ialah Kursi. Barangsiapa membacanya, Allah akan utus malaikat bagi menulis kebajikanya dan menghapus kesalahannya, mulai dari saat itu hingga ke hari esok"

Huraian kepada ayat di atas:

1. Ayat tersebut menerangkan bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah sahaja. Dia bersifat "hai" ertinya hidup, yakni kekal selama-lamanya., tidak akan mati atau binasa, bersifat "qoium" ertinya amat menjaga, yakni bertanggungjawab mengurus dan mentadbirkan semua makhlukNya. Tidak pernah mengantuk, apalagi tudur, Bahkan sentiasa jaga dan siap sedia, kerana mengantuk itu melupakan ingatan dan tidur itu menghilangkan kesedaran akal dan hati, juga menghilangkan tenaga, kekuatan dan kekauasaan yang bererrti mati. Maka orang yang tidur serupalah dengan orang yang mati.

2. Allah itulah yang memilki segala sesuatu, baik yang ada dilangit maupun yang ada di bumi, semuanya adalahmilikNya, MakhlukNya dan hambanya. Maka tidaklah layak bintang di langit atau berhala di bumi dipertuhan oleh orang musyrik, kerana semuanya itu makhluk Allah juga.

3.Tiada siapa yang dapat memeberi syafaat (pertolongan) melainkan dengan izinNya. Maka pada hari kiamat kelak, segala berhala orang yang musyrikin semabah tiadalah dapat menolong dan menjamin mereka di sisi Allah.

4. Ilmu Allah dan kerajaaNya meliputu seluruh langit dan umi, dan tiada pula Allah keberatan menjaga dan memelihara keduanya kerana Dia Maha Tinggi, tidak ada yang lebih tinggi daripadanya dan Maha Besar tidak ada yang lebih Agung daripadaNYa.

5. Allah mengetahui apa yang ada di hadapan mereka (akan datang) dari perkara-perkara yang baik dan jahatnya, yang mengetahui apa di belakang mereka, yakni yang sudah mereka lakukan Tiada mereka mengetahui sesuatu pun akan ilmu Allah melainkan dengan kehendakNya.Para Rasul dan nabi sahaja yang mengetahui ilmu Allah kerana yang demikian itu sebagai bukti kerasulanNya.

Friday, June 27, 2008

Alhamdulillah

Alhamdulillah ( segala puji kepunyaan Allah.... Tuhan pencipta seluruh alam)

Kalaimah di atas dapat duhuraikan dengan jelas bahawa segala bentuk sanjungan, pujaan, syukur, terima kasih, sayang, cinta hormat, kihidmat perasaan lega dan puas kita tujukan hanya kepada Allah swt sahaja, kerana Allahlah yang mencipta, mengatur, memelihara, mengawsi , menghidupkan, menumbuhkan , mengembang-biakkan, sumber segala daya dan kekuatan dari seluruh alam.

Dengan kalimah yang ringkas dan beberapa saat diucapkan ini, hendaknya dapat kita menghadirkan di dalam ingatan dan kesadaran kita seluruh alam semesta (alam kosmos, alam mikros, bakteri, atom) , lalu kita resaplkan dalam penegrtian kita akan keagungan, kebesaran dan kebijaksanaan Allah yang telah menciptakan, mengatur dan memliharanya.

Timbulnya perasaan indah ini amat besar pengaruh dan manfaatnya bagi jiwa dan raga manusia. Perasaan indah yang berupayakan pujian ini adalah satu santapan yang paling lazat citarasanya bagi jiwa manusia.


Diriwayatkan oleh Imam al Qurthuby di dalam tafsiran dan dalam kitab Nawadirul Ushul, dari Anas r.a. bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bernaksud,

" Sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaan yang berada di atasnya diserahkan ke tangan seorang dari umatku, lalu orang itu berkata: " Alhamdulillah", sungguh ucapan, "Alhamdulillah itu lebih berharga dari seluruh harta kekayan itu".

Ganjaran ucapan Alhamdulillah akan berkekalan selama-lamanya sampai ke akhirat, sedang ganjaran nikmat harta kekayaan dunia ini hanya akan dapat di rasakan selama hidup yang pendik/sekejap di dunia sahaja.

Firman Allah yang bermaksud,

"Harta dan anak itu adalah perhiasan hidup dunia, sedang al-Baaqiatus-Shlihaatu (amal-amal kebajikan yang berkekalan buahnya) adalah lebih baik ganjarannya di sisi Tuhanmu dan lebih baik pula harapan yang dikandungnya"
- Al-Kahfi:46



Yang dimaksudkan al-Baaqiatus-Shalohaatu itu ialah 5 kalimah suci:
Alhamdulillah
Subhanallah
Allahu Akbar
La Ilaaha Illallah
La Hawla wala Quwwata illaa Billaah'

Kelima kalimah ini apabila diucapkan dengan penuh pengertian dan kesadaran dia mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi dari seluruh harta kekayaan yang ada di atas dunia ini.

Seruan !!!

Marilah kita mengucapkan kalimah itu sebanyak-banyaknya di dalam hidup kita, dengan syarat kita ucapkan kalimah itu dengan pengertian dan kesadaran.

Menyebut kalimah..... Alhamdulillah , adalah bererti berdoa. Syaratnya ialah agar hati setiap orang yang akan menyebutnya harus ingat dan yakin bahawa Allah akan mengabulkan dan mendengarnya . Tidaklah berdoa, berzikir atau memuji Allah bila dilakukan dengan secara main dan lalai.

Kalimah-kjalimah zikir itu sangat digemari oleh Allah, maka hendaklah kita sering menyebutnya agar Allah senang terhadap kita. Ucapan Alhamdulliah boleh diucapkan sehabis melakukan sesuatu pekerjaan umpamanya, selepas makan minum, sesudah sampai tempat yang dituju, sesudah menerima sesuatu pemberian dll.

Thursday, June 26, 2008

Bab Faraidh/Perwarisan

Khamis, 26 Jun 2008,



Firman ALLAH SWT.

"Bagi lelaki ada bahagian pada barang yang ditinggalkan ibu bapa dan kerabat-kerabat dan bagi perempuan ada pula bahagian pada yang ditinggalkan ibu bapa dan kerabat-kerabat, sedikit atau banyak menurut pembahagian yang ditentukan"

-Surah An Nissa:7
Sabda Rasulullah saw:

" Dari Ibnu Abbas ra dari Nabi saw beliau bersabda:, "Bahagi-bagahilah harta benda antara ahli faraidh menurut kitab Allah".

Riwayat Muslim dan Abu Daud.

Faraidh bererti bahagian atau qadar.
Menurut istilah syarak bererti bahagian ynag ditentukan dari harta benda yang akan dipusakai.

Ilmu faraidh ini dikenal juga dengan nama ilmu untuk memahami pembahagian harta pusaka, ilmu hutang yang dapat dipergunakan untuk mengetahui ketentuan-ketentuan tiap-tiap yang mempunyai hak pada tirkah( harta benda yang ditinggalkan si mati)

Yang bersangkutan dengan Peninggalan Mayat.

Yamg bersangkutan dengan tirkah mayat adala lima perkara,

1. Hak yang bersangkutan denan barang yang ditinbggalkan seperti zakatnya belum dikeluarkan, jinayat (imbuhnya) amdaikata ia ada membunuh orang Islam, barang-barang yang digadaikan kepadanya dan lain-lain.

2. Brlanja pengurusan jenazahnya ke kuburan menurut yang pantas dan sedrehana.

3. Hutang piutang yang ada dalam pangkuannya.

4. WEasiatnya, kalau ia meninggalkjan wasiat sebanyak-banyaknya sepertiga harta atau kurang.

5. Harta yang akan dibahagi-bahagikan untuk ahli waris.

SAebelum tirkahnya itu dibahag-bahagikan kepada ahli warisnya, wajiblah lebih dahulu diselesaikan hak yang bersangkutan dengan tirkah itu, nula dari yang pertama sampai yang ke empat, dan bakinya itulah yang akan bahagi-bahagikan oleh ahli waris.

Rukun, syarat dan sebab-sebab menjadi ahli waris.

1. Rukun-run wais:

1. Ada waris (ahli waris)
2. Ada yang waris
3. Ada hak yang diwarisi

2. Syarat-syarat Waris.

1. Nyata hidup orang yanh bakal mewarisi
2. Nyata mati orang yang diwarisi
3. Mengetahui hubungan segala ahli waris.


3. Sebab-sebab jadi ahli waris.

1. Nikah/Kahwin
2. Keturunan
3. Wilak, ertinya kemerdekaan yang diberikan kepada hamba yang dimiliki.

4. Yang menghalang menjadi ahli waris.

1. Membunuh: orang yang membunuh tidak dapat mewarisi orang yang dibunuhnya, walaupun bapanya sekalipun.

2. Berlainan agama, umpamanya Islam dan bukan Islam,

3. Hamba abdi, sebab hamba abdi itu belum ada hubungan dengan tuannya, sebelum memerdekakan. Selama ia masih hamba abadi selama itu pula ia belum dapat berkuasa atas harta bendanya.

Monday, June 23, 2008

Sentiasalah Membaca Al Quran

Isnin, 23 Jun 2008.

Diriwawatkan daripada Abu Musa r.a. "Daripada Nabi saw, baginda bersabda, " Sentiasalah membaca Al Quran ini. Demi diri dan jiwa Muhammad yang berada di tanganNya. Sesungguhnya Al Quran itu sangat mudah hilang daripada ingatan berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan daripada sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa unta duduk supaya unta tersebut tidak lari)

- HR Bukhari (9/793) dan Muslim (791)



Barang siapa yang ingin mendapatkan kebaikan daripada Allah swt hendaklah menjadikan Al Quran sebagai penghuni di dalam hatinya dan selalu memikirkan kandungannya.

Dengan membaca Al Quran seeorang itu dapat menerangkan hati dan menghadkan pandangan. Quran merupakan sebaik2 perkataan kerana seseorang yang menjadikan Al Quran sebagai petunjuk kehidupannya akan menerima nur, yang menembusi liang hatinya. Sesudah seseorang itu merasakan betapa besarnya nikmat membaca Al Quran, sudah pasti ia tidak berpaling ke arah yang lain.

Sesungguhnya Al Quran merupakan penyembuh segala penyakit, seperti mengubati kegelisahan di dalam hati, menenangkan hati dan rasa serta menghidupkan perasaan yang telah mati. Maka perkataan yang terbaik di dunia ini adalah Al Quran.


Firman Allah, Ertinya, "Dan sesunguhnya telah kami permudahkan pembelajaran Al Quran sebagai pengajaran, maka adalkah mereka mengambil pengajaran tersebut"
- Al-Qamar;17


Allah mempermudahkan pembelajaran Al Quran bagi sesiapa sahaja yang ingin membacanya dan menerima dengan hati yang penuh keikhlasan.

Al Quran merupakan mukjizat yang rasional yang kekal selama-lamanya. Ia merupakan pembawa nikmat bagi penduduk syurga, sebagaimana nikmat yang nereka perolei ketika berada di dunia. Barang siapa yang selalu membbaca Al Quran dengan teliti dan merenung kandungan didalam nya, maka dia berada di dalam syurga dunia tanpa mengetahui hakikat syurga tersebut.

Oleh itu adalah difahamkan dari hadis di atas Allah menyeru seluruh kaum mukmin membacanya, mengulangannya, meghafal dan memahami makna serta menghayati kandungannya.

Sunday, June 22, 2008

Erti Wasiat

Ahad, 22 Jubn 2008 .

Wasiat bererti pesan atau satu kebajikan yang harus disampaikan sesudah seorang meninggal dunia. Wasiat itu sunat hukumnya bagi setiap orang, sebab kit amanusi sentiasa ada di dalam kekuasaan Tujan dan tidaklah seorang juga mengetahui bila ia akan meninggal dunia. Dalam hal ini membayar hutang harus di dahulukan sebelum wasiat dilaksanakan.

Rukun dan syarat wasiat:

1. Pertama:Mushi orang yang berwasiat
2. Kedua: Musha lah tempat berwasiat
3. Musha bih yang diwasiatkan
4. Keempoat: Lafaz wasiat: Umpamanya,

'
" Kalau akau mati nanti, aku wasiatkan barangku itu untuk memperbaki masjid" atau " Kalau aku mati, tolong bayarkan hutang ku kepada si Anu sebanyak sekian ringgit...." dan lain-lain.

Friday, June 20, 2008

riya'

Jumaat, 20 Jun 2008

Riya' menggugurkan amal, sebagaimana disebut dalam hadis, bahawa pada hari kiamat orang yang mati syahid di medan perang disuruh dimasukkanke neraka. Ia memprotes: " Wahai Tuhan, aku gugur di jalanMu". Allah Tala menjawab, ":Tapi kamu ingin disebut orang gagah berani. Dan Sememang kamu kadang-kadang disebut demikian. Itulah pahalamu". Begitu pula nanti dikatakan kepada seorang alim, haji dan qari.

Monday, June 16, 2008

Ulamak yang menyembunyikan......

Sumber: Utusan Malaysia, Isnin, RKIB : 15/06/2008

Apabila ulama disifat bagaikan anjing

IBN Taimiyyah (661-728H) atau dikenali dengan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah merupakan cahaya indah yang menghiasi sejarah para ulama gemilang. Beliau ilmuwan terbilang yang tiada tolok bandingnya, lagi pejuang yang berperang menentang penaklukan Tatar ke atas wilayah Islam.

Berjihad dengan pena, suara dan pedang. Satu ketika Ibn Taimiyyah bersama sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan. Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan. Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan menjamu yang hadir dengan hidangan. Kesemuanya makan dengan lazat. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?” Jawab Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orang ramai!".

Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”. Kata Ibn Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”. Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?” Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”. Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi” Jawab: “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadangkala betapa ramai yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementing jubah agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah. Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas menggunakan harta rakyat? Saya menulis tajuk ini bertujuan mengingatkan diri sendiri, bukan orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar.

Tercemar

Hari ini mungkin sesetengah ulama sudah tidak bimbang jubah putih mereka tercemar lagi, kerana memiliki koleksi pakaian yang cukup banyak hasil kemewahan memakai gelaran rasmi agama. Sehingga ada yang jumlah gajinya mengejutkan Parlimen dan rakyat. Namun di zaman moden ini, mereka mungkin bimbang habuan yang dijanji tidak diberi, kontrak tidak disambung, atau pangkat tidak dinaikkan, atau bisnes yang mereka menjadi ‘duta produk’ atau juru larisnya terjejas, atau pelantikan mereka di institusi-institusi yang menghasilkan elaun bulanan terganggu. Atau ada pula yang menjaga kepentingan parti melebihi daripada membela kebenaran dan fakta.

Sehingga ada yang sanggup mengubah fatwa, hanya kerana partinya berubah. Lalu mereka akan menjauhkan diri dari sesiapa yang cuba mengikuti semangat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah. Kalau pada zaman Ibn Taimiyyah, untuk mengelakkan mereka terpaksa berjuang bersama Ibn Taimiyyah dan rakyat menentang penjajahan Tatar, para ulama berkepentingan menulis atau menyebarkan fitnah memburukkan Ibn Taimiyyah. Tujuannya, menutup kelemahan diri dan menjaga kepentingan sendiri. Sebelum dan selepas zaman Ibn Taimiyyah, gelagat ulama jenis ini tetap sama.

Apabila ulama mengutamakan kepentingan sendiri, maka umat akan kehilangan garis panduan terutama pada waktu gawat dan getir. Pandangan dan pendapat yang benar disembunyikan sedangkan umat kehausan bimbingan. Jika diberikan pandangan pun hanya tajuk-tajuk yang dipersetujui oleh penaja. Kadangkala kita rasa tidak padan tajuk yang dicakapkan dengan jawatan yang dipegang. Maka amatlah buruk golongan yang menamakan diri mereka ulama jika hanya kelihatan pada majlis-majlis rasmi sekadar pembaca doa.

Lebih menyedihkan, dalam doa itu ‘ada udang di sebalik mi’, untuk dimakan sendiri. Sehingga kita yang mendengar terasa seram sejuk dengan pujian kepada pihak tertentu yang ‘lebih daripada yang patut’. Atau hanya kelihatan dalam majlis jamuan rasmi untuk memenuhi kerusi VIP khas untuk mereka. Hanya mampu makan jamuan yang diambil daripada peruntukan rakyat, namun tidak mampu bersuara jujur membela rakyat. Ada pula ulama-ulama rasmi yang minatnya adalah lawatan atas nama jawatannya ke sana-sini. Kononnya, mengiringi orang itu dan ini. Mereka kelihatan sibuk, namun umat tidak pula tahu apakah hasil dan sumbangan mereka untuk rakyat. Apa yang disibukkan itu? Apakah kesibukan itu bersesuaian dengan peranan mereka yang sepatutnya? Atau sekadar sibuk menjadi pengiring atau sebagai panel memenuhi kerusi jamuan?. Atau sibuk untuk harta dan pangkat sendiri. Ulama jenis ini, tidak mereka berjuang dengan suara, tidak juga dengan pena. Tentu jauh sekali dengan darah dan air mata. Walaupun pena atau komputer mereka mungkin berjenama mahal, tetapi kita tidak tahu apa yang mereka tulis dan sumbangkan untuk umat.

Suara mereka tentu lebih mahal. Bak kata pepatah ‘suara emas’, sebab itu ia amat sukar untuk dikeluarkan walaupun keadaan amat memerlukan. Bicara mereka bicara ‘ranggi’. Cerita mereka tentang kereta baru, perabot baru, lawatan ke luar negara, lantikan baru, anugerah gelaran tambahan dan yang sewaktu dengannya. Wajah mereka berseri-seri jika bergambar di samping orang besar atau ‘pak menteri’. Malangnya, sebahagian wajah yang berseri-seri itu tidak mampu hadir mengajar atau memberikan pandangan untuk kepentingan awam. Kalau pun diberi, pandangan yang amat tidak berkualiti, atau dalam perkara yang kurang diperlukan.

Mereka mungkin berfatwa tentang ‘haram kanak-kanak bermain mercun’ pada musim hari raya. Kerana itu kata mereka ‘pembaziran’. Tetapi tidak pula berfatwa tentang bunga api yang dibakar di sambutan-sambutan rasmi yang memakan belanja puluhan bahkan ratusan ribu ringgit. Padahal pembazirannya lebih jelas. Maka tidak hairanlah jika ada yang berjawatan tinggi dalam agama, tetapi tidak dikenali oleh oleh rakyatnya. Jika dikenali pun, tidak pula diketahui apakah peranannya dalam membela kemaslahatan umat yang menjadi tuntutan agama?

Ulama yang seperti inilah yang menjual fatwa untuk kepentingan kedudukan, pangkat dan harta. Umat akan keliru, bahkan mungkin tersesat. Justeru, janganlah hairan jika al-Quran tidak pernah menyifatkan mana-mana golongan seperti anjing melainkan golongan ulama yang menjual agamanya untuk mendapatkan habuan dunia.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat- ayat kami. Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al- A’raf: ayat 175-176).

Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang tidak sahih menyebut nama orang tersebut ialah Bal‘am. Kita tidak menerima periwayatan tanpa sokongan seperti itu. Apa yang penting, ayat ini menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap mendapat kemuliaan.

Namun, dia gopoh dengan silauan tawaran dunia. Sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badan atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya. Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari habuan yang lain.

Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”. (al-Baqarah: ayat 174).

Bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran dan menyelewengkan fakta yang sebenar, tiada jalan untuknya mendapat keampunan melainkan taubat dan menerangkan semula kebenaran yang disembunyikan atau fakta yang diselewengkan.

Firman Allah (maksudnya): “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (penyelewengan mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah: ayat 159-160).

Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah SWT. Mereka juga boleh menjadi kaya dan berharta, tetapi tanpa menggadaikan kebenaran.

Ini kerana yang menyebabkan mereka dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia. Jika seseorang memakai pakaian ulama, atau menduduki jawatan ulama, atau memakai gelaran ulama tetapi dia kontang ilmu, dia sebenarnya bukan ulama walaupun diletakkan pelbagai gelaran dan bintang. Perkataan ulama itu berkait dengan ilmu dan peranan mereka menyampai dan menyatakan kebenaran. Bukan kerja ulama menjadi pembela setia sesebuah kerajaan ataupun parti atau individu. Ulama membela kebenaran ajaran Allah dan RasulNya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran, keadilan dan fakta.

Sebab itu, seseorang apabila ingin menjadi penuntut ilmu-ilmu Islam, wajib baginya membetulkan niatnya. Jangan dia, atau ibu bapa yang menghantarnya berfikir tujuan mempelajari ilmu-ilmu Islam untuk mendapatkan jawatan, atau menjadi penceramah yang lumayan, atau kerana ruang pekerjaan dalam bidang agama luas, atau melariskan bisnes.

Jika itu berlaku dari awal, maka lahirlah ulama-ulama ‘kakak tua’ yang akan memperkatakan apa yang digemari oleh orang ramai, atau apa yang diminati di pasaran, atau apa yang dibayar dengan harga yang tinggi oleh pihak tertentu. Maka Nabi SAW mengingatkan: “Sesiapa yang mempelajari sesuatu ilmu yang dicari keredaan Allah Azza wa Jalla dengannya, tetapi dia tidak mempelarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah. Al-Nawawi mensahihkannya dalam Riyadh al-Salihin).

Menjadi mat rempit atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. Kita memerlukan ilmuwan seperti Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a., bukan ulama yang menjaga jubah dari percikan darah pengorbanan dan kebenaran.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

E-mel: moasriza@yahoo.com

Layari http://drmaza.com/



Sumber rujukan: Muqadimmah Mastika Hadis, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (JPM) m.s. 102


Hadis Kedua Puluh Sembilan

29- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (أبو داود والترمذي)


29- Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang ditanyakan kepadanya mengenai sesuatu ilmu (agama), lalu ia menyembunyikannya nescaya Allah mengekang mulutnya dengan kekang dari api neraka, pada hari qiamat kelak."


( Abu Daud dan Tirmizi)


Hadis yang kedua puluh sembilan ini menerangkan tentang:


Balasan yang seburuk-buruknya bagi orang yang menyembunyikan ilmu agama.

Huraiannya:


Sebagaimana yang sedia diketahui, bahawa soal menyampaikan ilmu agama adalah suatu perintah yang ditetapkan oleh Allah Taala dan Rasul Nya Nabi Muhammad s.a.w. , .iaitu tiap-tiap seorang yang mengetahui sesuatu masalah agama, dituntut menyampaikannya kepada orang lain, sebagaimana ia dituntut mengamalkannya untuk kebaikan dirinya sendiri, kerana tujuan ilmu agama itu dipelajari ialah untuk diamalkan dan mendatangkan faedah, sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain.


Oleh itu, sesiapa yang menyembunyikan sesuatu masalah agama, atau tidak mahu menyebarkannya atau menerangkannya kepada orang yang bertanyakan masalah itu kepadanya, sudah tentu ia menentang perintah Allah dan Rasul-Nya dan menentang tujuan ilmu yang ada padanya. Dengan yang demikian, sudah sepatutnya ia dikenakan azab seksa yang seberat-beratnya sebagaimana yang tersebut dalam Hadis ini.


Berdasarkan hadis yang tersebut dan juga Hadis-hadis yang lain yang berhubung dengannya, alim ulama membuat kesimpulan bahawa orang yang ditanyakan kepadanya sesuatu masalah agama, wajiblah ia menerangkannya, dengan syarat:


Pertama - Orang yang bertanya itu berhak mengetahui masalah yang ditanyakan;


Kedua - Masalah yang ditanyakan itu dari perkara-perkara "fardu ain" kepadanya!

Al 'Uzlah (Pengasinga diri)

Isnin 16 Jun 2008/ 12, Jamadilakhir, 1429.

Al-'Uzlah (Pengasingan diri) . Lawannya al-mukhalazah (bercampur-baur)

Pada hari isnin 9 JUn 2008 yang lalu Ustaz Amran Shariff telah menbyampaikan ceramah maghribnya di Masjid Ar Rahimah yang bertajuk Al- 'Uzlah. Perkataan itu pernah didengar dan di baca sekadar sepintas lalu. Kebetulan membaca nota yang saya catitkan terbaca pula dalam buku Imam Ghazali, Ihya' Ulumuddin Jil 3, m.s. 207.... mengenai tajuk tersebut lalu membacanya untuk mendapatkan kefahaman dari bacaan tersebut untuk dikongsikan bersama bersama pembaca yang dirahmati Allah swt.

Nabi kita ber'uzlah (memisahkan diri) dari orang Quraisy , sewaktu mereka menyakiti dan memutuskan silaturrahim dengan beliau. Dan beliau menyuruh para sahabatnya mengasingkan diri dari orang-orang Quraiusy itu dan berhijrah ke Negeri Habsyah (Ethiopia). Kemudian para sahabat tadi menyusuli Nabi saw ke Madinah sesudah ditinggalkan Allah kalimahNya.

Ini juga pengasingan diri dari orang-orang kafir seudah merasa putus asa dari orang-orang kafir itu. Dan sesungguhnya Nabi saw tidaklah mengasingkan diri dari kaum muslimin.

Sunday, June 15, 2008

Jangan tertipu kehidupan dunia

Petikan dari Utusan Malaysia.


Ahad, 15 Jun 2008/11 Jamadilakhir 1429

Jangan tertipu kehidupan dunia

DAN tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (al-An'aam: 32)

HURAIAN Ayat ini menjelaskan nilai kehidupan dunia hanyalah satu permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan. Ia bukan kebahagian yang hakiki. Sebagai seorang muslim kita perlu sedar bahawa dunia ini adalah medan untuk beramal ibadah yang hasilnya diperoleh di akhirat kelak. Bertepatan dengan tujuan kita dijadikan oleh Allah SWT ialah untuk mengabdikan diri kepada-Nya.

Justeru jangan sekali-kali kita leka dengan kehidupan dunia sehingga sanggup mengabaikan perintah Allah dan melakukan perbuatan yang dilarang.

Ayat ini juga menggambarkan salah satu ciri orang yang bertakwa iaitu mengutamakan kehidupan akhirat yang berupa ganjaran syurga daripada tenggelam dengan keseronokan dunia yang bersifat sementara, sia-sia dan melalaikan.

Hakikatnya dunia adalah jambatan menuju kehidupan yang abadi di akhirat. Amatlah rugi mereka yang mengejar habuan dunia, asyik dengan permainan hiburan dan maksiat sehingga lupa antara halal atau haram, yang disuruh dan yang dilarang.

Mereka yang ingin meningkatkan ketakwaan kepada Allah perlulah mengawal diri agar tidak dilalaikan dengan keseronokan kehidupan dunia. Segala nikmat yang diperoleh semasa hidup wajar digunakan ke arah memperbanyakkan amal-amal kebajikan dan pengabdian kepada Allah. Kita perlu ingat bahawa habuan dunia hanyalah wasilah mencapai kebahagiaan yang hakiki dalam kehidupan akhirat yang abadi.

KESIMPULAN Keseronokan dunia adalah sesuatu yang sia-sia dan melalaikan segala nikmat kehidupan dunia perlulah menjurus kepada pengabdian yang mutlak kepada Allah. Orang yang lebih takwa lebih mengutamakan kehidupan akhirat yang abadi daripada digadaikan kepada keseronokan dunia yang bersifat sementara, sia-sia dan melalaikan. Sesungguhnya kehidupan dunia adalah jambatan dan wasilah bagi mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat.

Dari Abu Hurairah r.a. pula katanya, " Rasulullah saw bersabda:

"Dunia ini adalah penjara bagi mukmin, kalau dibandingkan dengan kenikmatan yang disediakan di syurga, dan syurga bagi orang kafir kalau dibandingkan dengan pedihnya siksa di neraka".
- Riwayat Muslim.

Dari Ibnu Umar ra katanya, " Rasulullah saw menepuk kedua belikatku lalu bersabda:

"Jadiklah engkau di dunia ini seolah-olah engkau orang gharib, yakni orang yangs edang berada di negeri orang dan tentu akan kebali ke negeri asalnya, atau sebagai orang yang menyeberangi jalan, yakni amat sebentart sekali di dunia ini"

IBNU UMAR BERKATA, " JIKALU ENGKAU DI WAKTU PETANG, MAKA JANGANLAH MENANTIKAN WAKTU PAGI DAN JIKALAU ENGKAU DI WAKTU PAGI, MAKA JANGANLAH MENANTIKAN WAKTU PETANG, UNTUK BERAMAL BAIK ITU, AMBILLAH KESEMPATAN SEWAKTU ENGKAU SIHAT UNTUK MASA SAKITMU, SEWAKTU ENGKAU MASIH HIDUP UNTUK MASA MATIMU."

- Riwayat Bukhari

Para alim ulamak mengatakan dalam syarahan hadis ini, Ertinya ialah: Jangan engkau terlampau cinta pada dunia, jangan pula dunia itu dianggap sebagai tanahair, juga janganlah engkau mengucapkan dalam hatimu sendiri bahawa engkau akan lama kekal di dunia ini. Selain itu janganlah pula amat besar perhatianmu padanya, jangan tergantung padanya , sebagaimana orang yang bukan di negerinya tidak akan menggantungkan dirinya pada negeri orang yakni bukan tanahairnya sendiri. Juga janganlah bekerja di dunia itu, sebagaimana orang yang bukan di negerinya tidak akan berbuat sesuatu di negeri orang tadi, yakni yang diperbuat hendaklah yang baik-baik saja supaya meninggalkan nama harum di negeri orang, kerana pasti ingin kembali ke tempat keluarganya semula.

Rumusan:

1. Dunia fana ini jangan sampai dianggap sebagai tempat kediaman yang abadi, agar kita tidak lengah untuk mencari bekal guna kebahgiaaan kita di akhirat.

2. Ini tidak bererti bahawa untuk kebaghiaan kita di dunia harus diabaikan, tetapi antara dua kepentingan itu wajib kita laksanakan bersamaan.mMasing-masing sama-sama dikejar menurut waktunya sendiri-sendiri. Jadi di waktu datang kewajiban ibadat jangan sekali-kali digunakan mengejar duit atau sebaliknya.

3. Mencintai harta benda duniawi jangalah melampau batas, hingga menjadi kikir untuk melakukan kebajikan. Ingatlah bahawa semua yang kita cintai itu pada suatu ketika pasti akan kita tinggalkan . Sedangkan harta benda itu nantinya menjadi milik orang lain dan tidak mustahil akan dibuat rebutan di kalangan anak dan cucu. Perbanyakkanlah amal soleh sedapat mungkin dengan harta kita miliki itu.

Dari Abdullah bin as-Sikhir r.a. bahawasanya ia berkata, "

Saya datang kepada Nabi saw dan beliau sedang membaca ayat yang ertinya: " Engkau semua dilalaikan oleh perlumbaan memperbanyak kekayaan" Lalu beliau bersabda,"

" Anak Adam itu berkata: Hartaku, hartaku! Pada hal harta yang benar-benar menjadi milikmu itu , hai anak Adam, ialah apa-apa yang engkau makan lalu engkau habiskan, apa-apa yang engkau pakai, lalu engkau rosakkan atau apa-apa yang engkau sedekahkan lalu engkau lampaukan dengan tetap adanya pahala"
- Riwayat Muslim


Rujukan:Riyadhus Shalihin (Taman Orang-orang solih), Imam Nawawi, Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura m.s 585-595

Saturday, June 14, 2008

Rumah Allah

Sabtu, 14 Jun 2008/10 Jamadilakhir 1429

Allah berfirman dalam hadis Qudsi:

"Sesungguhnya rumah-rumahku di bumi ialah masjid-masjid dan para pengunjungnya adalah orang-orang yang memamurkannya".

-( H.Q.R. Abu Na'im dari Sa'id Al-Khudri r.a)

1. Masjid merupakan rumah Allah iaitu tempat orang melakukan ibadat dan mengabdikan dirinya,bertasbih dan mensucikanNya. Kerana itu masjid merupakan tempat termulia di bumi. Mereka yang menghadiri masjid adalah tetamu Allah. Tamu Allah adalah tamu yang termulia, sebab pemilik rumah penerima tamu itu adalah Allah swt.

Firman, " Sesungguhnya orang-oarng yang memaknmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, dan tidak takut kecuali hanya kepada Allah semata. Kerana itu semoga mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk"
(-Attaubah: 18).

2. Pengnjung2 dan orang yang suka memakmurkan masjid, termasuk orang dicintai Allah. Orang itu dapat dipastikan sudah beriman dan taat kepada Allah. Selain ia kelurga sesam manusia, ia termasuk keluarga yang dicintai Alllah dan bukan keluarga syaitan. Allah memuliakan tamuNya di dalam rumahNya dengan jalan mengurniakan pahala, keredhaan dan rahmatNya.

3. Dapat juga diertikn bahawa Allah tidak menurunkan siksaanNya keraan adanya orang-rang yang memakmurkan masjid, ya saling mengasihin di jalan Allah, serta melaksanakan istighfar di waktu sahur.

4. Disunatkan apabila masuk ke asjid dimulai dengan kaki kanan dan keluar dari masjid dengkan langkah kiri dan berdoa.

5. Disunatkan apabila duduk di masjid dengan niat i'tikaf di masjid('iktikaf bererti berdiam diri di dalam masjid kerana Allah), dan menunaikan solat tahiyyatul masjid(solat 2 rakaat sebelum duduk dalam masjid) , Allah memberikan pahala kepadanya. Dalam hadis dikemukakan:

"Barang siapa yang pagi dan petang pergi ke masjid, niscaya Allah menyediakn baginya syurga tempat istirihat setiap pagi dan petang".

" Barang siapa yang membersihkan diri di rumanya kemudian berjalan emenuju rumah Allah (masjid) untuk menunaikan fardhu dari Allah, langkah ynagh satu menggugurkan dosa kesalahannya dan langkah lainnya mengangkat derajatnya"

" Masjid itu adalah rumah setiap orang yang taqwa dan Allah menjamin orang ynag menjadikan masjid itu sebagai rumahnya dengan kesenangan, rahmat dan dapat melalui titian (sirat) hingga sampai kepada keredhaan Allah, iaitu syurga".

"Diperlihatkan kepadaku pahala-pahala ummatku, termasuk juga pahala orang yang membersihkan sampah (kotoran) dari masjid."


6. Disunatkan kaum muslimin membersihkan masjid serta memberi wangi-wangian.

7. Haram hukumnya sekiranya bercakap2 bising yaang boleh menganggu orang yang sedang solat.

Semoga Allah swt memberi kurnia kepada kita rasa cinta kepada masjid dan memberkan taufik untuk memakmurkan serta menunaikan risalahnya dengan sebak-baik dan seikhlas-ikhlasnya.

Amin ya mujibas Sailin !!!!

Rujukan: KHM. Ali Usman, HAA. Dahlan, Drs. HMD Dahlan, Hadis Qudsi(Firman Allah yang tiak dicantumkan dalam Alquran) , DIPONEGORO, Bandung, 1976

Thursday, June 12, 2008

ila, zhihar, li'an

Khamis 12 Jun 2008/07 Jamadiakhir 1429.

1. Ila' ertinya bersumpah. Maksudnya ialah terlarang suami bersetubuh dengan isterinya akibat kerana sumpahnya sendiri dengan mengharamkan dirinya bercampur yang dinyatakannya bahawa ia tidak akan bersetubuh.Tetapi bila yang haram itu dihalalkan, iaitru dicampurinya isterinya selam ia mengila' itu wajib ia membayar denda. Dan itu bukan dinamkan talak
Ila' harus hukumnya , kalau ia tidak memberi kerosakan (kemelaratan ) kepada isteri. Contoh lafaznya , " Aku bersumpah tidak akan bersetubuh dengan engkau selama empat bula ini" dsn.

Bila sampai waktunya empat bulan. sedang suami tidak mahu juga bersetubuh, maka isteri boleh menuntutnya akan bercampur atau bercerai. Apabila ia tidak mahu juga bercampur, atau ia selalu mengasingkan diri di tempat lain, boleh hakim menceraikanya. Bila ia berniat hendak menceraikan dengan jala ila' itu, maka hendaklah diteruskan peceraian itu. Dan haram hukumhya menggantung-gantung perempuan dengan tidak bertali semaca itu.

Denda atau kifarat Ila':

1. memberi makan sepuluh orang miskin,bagi tiap-tiap orang satu cupak makanan ayang menyengangkan atau memberi mereka makanan, atau

2. Memerdekakan seorang hamba, atau
3. Puasa tiga hari.

2. Zihar.

Zihar adalah ucapan seorang suami menyerupakan isterinya dengan ibunya dalam perkara yang sama-sama dalam haram. Umpama siteri mengucapakan kepada isterei, " Engkau adalah seperti belakang ibuku" atau " Engkau nampaknya seperti ibuku" . Dengan ucapan itu haramlah hukumya dia bercampur dengan isterinya, sebelum ia membayar kafaratnya (dendanya).

zihjar adalah satu bentuk talak/cerai yang digunakan oleh suami pada zaman jahiliah untuk menzalimi kaum perempuan. Isteri yang dizihar menjadi haram bagi suaminya melakukan perhubungan jenis dan tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain.
Denda atau kifarat Zihar.

1. Wajibememmerdekakan seorang hamba, atau
2.Wajib puasa 2 bulan berturut-turut, kalau tidak ada hamba yan akan dimerdekakan.
3.memberi makan 60 orang miskin, bagi tiap seorang

3. Li'an.

Li'an bererti lanat Allah

Li'an ertinya menuduh dan melempar. menuirut istilah syarak, bererti sumpah suami di hadapan hakim yang menyatakan bahawa ia berkata benar tentang sesuatu yang dituduhkannya kepada isterinya perihal perbuatan zina. Tuduhan itu dapat ditangkis oleh si isteri dengan jalan bersumpah pula, bahawa apa-apa yang dituduhkan oleh suami kepadanya adalah dusta belaka.

Li'an ini disebut juga tuduh-menuduh. Suami menuduh iseri dan isteri menuduh suami berdusta. Li'an hukumya mubah (boleh) , aslal dapat mencarikan saksi seramai emapt orang lelaki. Kalau saksi tidak ada, ia wajib bersumpah sebanyak lima kali.




Petikan dari Utusan Malaysia:

RM5 bilion bayar rebat kenderaan

PUTRAJAYA 11 Jun – Kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan RM5 bilion pada tahun ini untuk pembayaran rebat kenderaan bagi mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, bayaran rebat tunai RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2000cc yang memperbaharui cukai jalan boleh dituntut di Pejabat Pos mulai Sabtu ini.

Pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc pula akan menerima bayaran tunai sebanyak RM150 setahun.

Menurut beliau, jumlah rebat yang dibayar oleh kerajaan itu dibuat selepas mengambil kira anggaran jarak perjalanan pengguna kenderaan itu sejauh 50 kilometer sehari.

“Rebat ini dibayar supaya dapat melegakan rakyat berikutan kesan kenaikan harga petrol dan diesel, masing-masing dinaikkan kepada RM2.70 seliter dan RM2.58 seliter,’’ katanya pada taklimat media di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Sementara itu, Nor Mohamed berkata, kerajaan akan mengkaji semula unjuran bajet defisit sebanyak 3.1 peratus dalam Bajet 2009 kerana sasaran awal yang ditetapkan tahun ini dibuat berdasarkan harga purata minyak sebanyak AS$70 (RM228.9) setong.

Kajian semula perlu dibuat kerana harga minyak sekarang melonjak melebihi AS$139 (RM454.5) setong dan ada kemungkinan harga bahan api itu mencecah AS$150 (RM490.5) tidak lama lagi.

Beliau berkata, Malaysia mencatatkan bajet defisit sebanyak 5.5 peratus pada 2000 tetapi kadar itu telah berjaya dikurangkan kepada 3.2 peratus tahun lalu.

Nor Mohamed berkata, negara boleh mencatatkan bajet defisit enam peratus pada tahun ini sekiranya kerajaan terus meningkatkan jumlah pemberian subsidi.

Wednesday, June 11, 2008

Keutamaan Masjid Dan 7 Golongan Yang Dinaungi Allah

Maksud hadis, dari Abu Hurairah ra dari Nabi s.a.w bersabda, " Tujuh (golongan) yang dinaungi oleh Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya iaitu:

1. Imam yang adil

2. Pemuda yang tumbuh dalam keadaan ibadah kepada Tuhannya.

3. Seseorang yang hatinya tergantung di masjid

4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah yang mana keduanya bertemu dan berpisah kerana Allah.

5. Seorang lelaki yang diminta oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan maka ia menjawab: sesungguhnya saya takut kepada Allah

6. Seorang lelaki yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu akan apa yang diperbuat oleh tangan kanannya

7. Dan seseorang yang ingat kepada Allah dalam kesunyian dan kedua matanya melelehkan air mata"

Nabi saw menjelaskan tentang sifat-sifat golongan yang doberi naungan oleh Alah besok di hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya yakni hari Qiamat, di mana mereka akan dikurniakan kesenangan, diliputi dengan naunganNya dan diberi rahmatNya, sehigga matahari tidak dekat dengan mereka,

Mereka itu ada 7 macam golongan sebagaimana yang tersebut dalam hadis di atas.

Yang disebut adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.Menurut satu pendapat adil ialah pertengahan di dalam amalnya tidak lalai dan tidak keterlaluan baik dalam i'tiqad, peribadatan dan budi pekerti.

Dan menurut satu pendapat ialah memelihara hak-hak rakyat dan yang dimaksudkan dengan imam di sini adalah mencakupi semua orang yang diberi tugas untuk mengurusi kaum muslim., seperti ketua Negara, Perdana Menteri, Hakim dan sebagainya.

Hadis di atas itu mengandungi pengertian:

a) Dorongan untuk berlaku adil dan disiplin

b) Ikhlas dalam beribadah

c) Baik dalam pergaulan dengan Tuhan dan pergaulan dengan sesama makhluk

d) Keutamaan sedekah dan berusaha untuk merahasaikannya.

e) Keutamaan menangis kerana takut kepada Allah disertai dengan menjaga diri, zuhud dan
mewujudkan amal-amal soleh,

Firman Allah yang bermaksud,

" Barang siapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan"

- (Al- Nahl : 97)

Sedekah itu ibadat

Banyak Cara Untuk Bersedekah
Hadith :
Dari Abu Dzar r.a katanya:"Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah
berkata kepada beliau,:"Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih
banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan
bersedekah dengan sisa harta mereka." Jawab Rasulullah SAW:"Bukankah
Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah?
Setiap kalimah tasbih adalah sedekah; setiap kalimah takbir adalah
sedekah; setiap kalimah tahmid adalah sedekah; setiap kalimah tahlil
adalah sedekah; amar makruf dan nahi mungkar (menagajak kepada
kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah; bahkan pada
kemaluanmu pun terdapat pula unsur sedekah." Mereka bertanya:"Kalau
begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat
kami?" Jawab Rasulullah SAW " Jika kamu melakukannya dengan yang
haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan
yang halal, kamu mendapat pahala."


(al-Bukhari)



Huraian
1. Sedekah adalah sesuatu yang dapat menambahkan pahala seseorang
selain daripada amal ibadat atau kebajikan yang diwajibkan untuk
dilakukan.

2. Sedekah yang paling mudah adalah dengan menggunakan anggota badan
seperti senyum yang tidak memerlukan sebarang tenaga mahupun wang
ringgit. Begitu juga dengan berzikir kepada Allah yang hanya perlu
diucapkan dengan lidah atau hati. Malah setiap sesuatu yang dilakukan
dengan niat kerana Allah adalah dianggap sebagai sedekah.

3. Orang yang memiliki banyak kelebihan sama ada berupa harta benda,
kekayaan, ilmu dan sebagainya selayaknya menginfakkan nikmat Allah
tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan itu hubungan
antara anggota masyarakat menjadi lebih kukuh tanpa timbul perasaan
dengki dan iri hati antara satu sama lain.

4. Bersedekah adalah tanda bahawa seseorang itu mensyukuri nikmat yang
dikurniakan Allah. Sebaliknya orang yang bersifat kedekut adalah orang
yang tamak. Sedangkan Allah SWT sahaja yang memiliki segala sesuatu
dan Dia berhak merampas kembali nikmat tersebut pada bila-bila masa
yang dikehendaki-Nya. Oleh itu Islam mengatakan bahawa keberkatan
rezeki itu adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang
menyalurkan rezeki yang diperolehinya sama ada kepada kebaikan atau
keburukan.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Mala

Ketahuilah Rukun Solat - tak sah jika tertinggal

Rabu 11 Jun 2008/6 Jamadilakhir 1429



Rukun solat ertinya tiang solat, iaitu bberapa perkara dan perbuatan tertentu dalam solat. Jika salah satu rukun (perbuiatan atau perkataan) tertinggal, maka solat itu tidak sah hukumnya. Adapun rukun solat itu 13 perkara iaitu:

1. Berniat
2. Berdiri betul
3. Membaca takbiratul-ihram
4. Membaca al Fatihah
5. Ruku' dan tamakninah
6. I'tidal dan tamakninah
7. Sujud adan tamakninak
8. Duduk antara dua sujud dan tamakninah
9. Duduk yang akhir
10. Mem,baca tasyahud akhir
11. Mengucapkan selawat atas Nabi saw.
12. Salam yang pertama
13.Tertib.

Ramai di antara kita dalam solatnya tidak melakaksanakan tamakninah seperti di masa ruku', iktidak, sujud. Ini menyebabkan meninggalakn perbuatan rukun yang mana jika ditinggalkan tidak sah solatnya.



Apakah maksud tamakninah itu ? Tamakninah ialah berhenti sebentar sekadar sebutan "subhanallah" sedang anggota berat hendaklah berhenti, Anggota berat itu ialah kedua tangan hingga ke pergelangan tangan dan kaki. Sekiranya anggota ini bergerak semasa ruku' tanpa berhenti, maka belum lagi dinamakan tamakninah. Kalau pergerakan ini berlaku tiga kali berturut-turut maka batallah solatnya.. Anggota ringan ialah jari, lidah, kelopak mata dan zakar. Jika anggota ini banyak pergerakannya , maka tidak batal solatnya, tapi hanya makruh.


Petikan:..

Mengangkat tangan

Soalan: Apakah hukum mengangkat tangan semasa imam membaca doa pada hari Jumaat pada akhir khutbahnya?

– Mohamah Hakimi Mohd Yusuf

Selayang Baru, Selangor.

Jawapannya: Perbuatan mengangkat tangan semasa imam berdoa pada khutbah Jumaat itu tidak pernah kita jumpa dalilnya tetapi selalu disebut dalam hadis seseorang itu bila berdoa dengan menadah tangannya ke langit. Rasulullah S.A.W. juga dilaporkan bila berdoa maka Baginda mengangkat tinggi dua tangannya sehingga kelihatan puteh ketiaknya. Jadi apa yang dapat difahami sudah menjadi budaya orang berdoa itu akan menadah atau mengangkat tangan ke langit. Malah untuk menyatakan kesungguhan seseorang itu akan keperluan dan pergantungannya kepada Allah eloklah dia sekurang-kurangnya menadah tangannya ke langit disamping mengaminkan doa imam tersebut sebagai tanda benar-benar keberhajatannya kepada Allah. Perbuatan tersebut janganlah pula boleh menimbulkan kebencian antara satu sama lain. Wallahualam.

Sunday, June 8, 2008

Sifat Takabbur/Sombong bakal masuk Neraka

Sifat Takabur/ sombong bakal masuk Neraka.

Bila direnungkan ramai di antara kita mempunyai sifat yang dikeji iaitu sifat takkabur/sombong.
Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang menyombongkan dirinya dari menyembahKu, mereka itu akan masuk nerakan Jahannam dengan menderita kehinaan".

Bahaya takbur
Sabda Rasulullah s.a.w

DARIPADA Abdullah: Sabda Rasulullah s.a.w: Tidak akan masuk syurga mereka yang ada dalam hatinya seberat zarah daripada sifat takbur. (Riwayat Tarmizi).

Pengertian.

Dalam hadis ini, Rasulullah menegaskan bahawa sifat takbur yang ada dalam jiwa seseorang itu adalah penghalang utama untuk dia ke syurga kerana sifat tersebut akan menggugurkan segala amalan kebaikanya, malah keimanan dan akidahnya juga dikhuatiri akan terjejas dan layu dan mati, maka seseorang itu tidak berhak untuk memasuki syurga Allah di akhirat nanti

Kesimpulan

Penyakit takbur ini amat berbahaya jika ia menyerang benih iman yang ada dalam hati seseorang itu hingga dia tidak layak untuk ke syurga kerana imannya sudah layu dan mati.

Apakah makna takkbur itu?

Takabbur adalah sifat seseorang yang merasakan sifat dirinya lebih tinggi dan lebih besar kedudukannya daripada orang lain. Dia melihat orang lain khususnya semasa berdepannya sebagai orang yang hina, bodoh, jahil dan sifat-sifat lain yang remdah kedudukannya. Dengan sifat keji tersebut seorang itu tidak dapat bergaul dan berkasih sayang sesama saudaranya sebagaimana yang dikehendaki dalam Islam.

Ia juga tidak dapat bertawadhu' atau merendahkan diri sedangkan tawadhu' itu merupakan asas bagi segala akhlak orang yang bertaqwa kepada Allah swt. Sifat ini dapat dilihat dari segi perwatakannya yang pemarah, dengki, memperkecil dan menghina orang lain dalam perkataan dan perbuatan terhadap seorang yang berurusan dengannya. Sebaliknya dia manganggap dirinya amat mulia, terhormat dan melebihi orang lain dalam segala segi. Seperti dalam alquran diriwayatkan iblis laanatullah mengatakan, "Aku terlebih baik daripadanya yakni darpada Nabi Adam a..s., Engakau jadikan aku darpada api dan Engkau jadikan dia daripada tanah.

kita perlu ingat bahawa orang ynang ,mulia disisinAllah ialah orang yang lebih bertaqwa, spt mana firman " Orang ynag terlebih mulia daripada kamu kepada Allah iaitu orang yang terlebih takut/taqwa daripada kamu akan Allah Taala"

Takkabur itu dapat dilihat dari 2 segi:

1. Yang bathin - iaitu yang merupakan pekerti di dalam hati.

2. Yang lahir - yang merupakan kelakuan-kelakuan yang keluar dari anggota badan. Kelakuan-kelakuan ini amat banyak sekali bentuknya dan oleh kerana itu sukar untuk dihitung dan diperincikan satu persatu.

Terdapat 2 jenis sifat yang merupakan himpunan dari kesombongan iaitu;

1. Menolak atau eggan menerima serta mengikuti apa-apa yang benar.
2. Menganggap hina, rendah dan kecil pada orang lain.

Bagi mereka yang takbbur atau sombong tersebut sebenarnya ia menentang Allah swt, dan perwatakan itu tidak sesuai atau layak bagi manusia kerana hanya Allah swt sahajalah yang mempunyai Zat yang Maha Esa lagi Maha Agung. Sebagai manusia ia tidak mempunyai sebarang kuasa melakukan kecuali dengan izin dan pertolongan Allah swt.

Sifat-sifat berikut mempengaruhi sifat takbur/ kesombongan seseorang.

1. Sombong dengan Ilmu pengetahuan ynag diperolehinya.
2. Sombong dengan amalan dan peribadatannya.
3. Sombong dengan asal keturunannya.
4. Sombong dengan kecantikannya
5. Sombomg dengan harta kekayaannya
6. Sombong dengan kekuatan dan ketangkasan tubuhnya.
7. Sombong dengan banyaknya pengikut, penolong, keluarga atau kerabat.

Oleh itu kita dituntut menamalkan akhlak yang mulia, berlemah lembut baik dalam perkataan, perbuatan dan hati kita. Kita seharusnya bertawadhu' mencontohi sifat-sifat Nabi yang berperangai lemah lembut, baik dalam pergaulan, riang wajahnya, gemar merendahkan diri lagi amat dermawan.

4 Jamadilakhir 1429/ 8 Jun 2008 (Ahad)



Friday, June 6, 2008

Mengapa kahwin/Nikah Siri (4)

Talak/Ruju'/Fasah/Khulu'/Eddah

1. Talak: Talak ialah menghuraikan ikatan perkahwinan yang telah terjalin iaiut memutuskan perkahwinan (akad nikah) . Talak adalah hak suami membatalka ikatan perkahwinan. Ia boleh berlaku apabila suami melafazkan kata-kata yang memberi maksud talak yang jelas.

2. Ruju': Kembali kepada isteri yang dicerai bukan dengan talak bain, ketikan dalam tempoh edahnya tanpa melalui akad nikah yang baru. Isteri yang diceraikan hendaklah dengan talak raj'i iaitu talak satu atu talak dua. Ruju' hendaklah brlaku pada waktu isteri masih dalam edah.

3. Fasah" Ialah pembatalan akad perkahwinan disebabkan kecacatan atau kekurangan yang menghalang kekalnya perkahwinan. Apabila isteri atau suami menuntut fasah daripada Hakim dan diluluskan , berakhirlah ikatan perkahwinan.

4. Edah: Ialah tempuh menunggu bagi isteri yang diceraikan suaminmya atau kematian suaminya untuk membolehkannya berkahwin denga lelaki lain.
Isteri berada dalam edah kerani talak raj'i masih lagi di bawah tanggungjawab suaminya. Dia berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal. Dia tidak boleh keluar dari rumah yang disediakn oleh suami tanpa izin dan suaminya berhak ruju' kepadanya. Isteri yang berada dalam edah talak bai'n , sekiranya hamil berhak mendapat tempat tinggal, pakaian dan makanan sehinggalah dia melahirkan anak.

4.Khulu' : Walaupun syara' memberi kuasa talak kepada suami, namun demikain isteri juda diberikan hak untuk menuntut perceraian. Hak ini anataranya melalui perceraian khulu'. Khlu' ilah perceraian yangh diminta oleh isteri daripada suami dengan memberikan wanag atau lain-lain kepada suami.Perceraian ini juga dinamakan tebus tgalak, kerana ada beberapa hal yang tidak menyenangkan isteri terhadap suami.

Wednesday, June 4, 2008

Mengiringi jenazah ke kubur

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah saw bersabda:

" Barangsispa melawat jenazah orang muslim kerana iman dan ikhlas, turut solat jenazah bersama-sama dan menyelenggarakan permakamnya sampai selesai, maka orang itu pulang membawa pahala dua qirat; satu qirat kira-kira sebesar Bukit Uhud. Dan siapa yang ikut solat jenazah saja, kemudian dia pulang sebelum dimakamkan, maka orang itu pulang membawa pahala satu qirat"

- MENGIKUT DAN MENYELENGGARAKAN JENAZAH AMAT BESAR PAHALANYA, KERANA DI DALAMNYA TERSIMPAN HIKMAH YANG DALAM PULA. IAITU MEYEDARKAN DIRI PERIBADI BAHAWA KITA AKAN MATI PULA. MEMPERLIHATKAN SIMPATI KEPADA SUDARA KITA YANG KENA MUSIBAH SEHINGGA TIMBUL RASA PERSAUDARAAN YANG AKRAB; PELAKSANAAN HIDUP BERTOLONG-TOLONGAN, TIDAK SAJA SEMASA HIDUP, TETAPI SAMPAI KE PINTU KUBUR.

Sebagai seorang muslim hendak-lah kita memberikan penghormatan yang ikhlas dan penuh keinsafan melakukan pesanan Nabi tersebut iaitu dengan melawat jenazah, besolat jenazah dan megiringi mayat ke kubur.

Semoga Allah memberikan ganjaran kepada kita sebagaimana ynag dijanjikan dalam hadis di atas


Pada 2 Jun 2008/Isnin, jam 9.00 pagi saya menerima telefon dari rakan saya Ust. Sabudin yang Hj. Harmain b. Mohd Asri telah kembali ke rahmatullah. Saya sempat membantu memandi dan mengkafankan mayat allahyaham yang diketuai oleh Imam masjid jam 11.45 pagi di Masjid Ar Rahimah. Selepas solat zohor mayat di solatkan di Masjid diimamkan oleh Ustaz Zul/. Lepas itu saya sempat pula ke tanah perkuburan di Taman Selasih 2 menyaksikan pengkebumiannya yang diikuti dengan talqin, tahlil dan doa.

Semoga rohnya dicucur rahmat dan diampuni dosa-dosanya dan di tempatkan di syurga sebagai orang salihin oleh Allah swt.

Hari ini 4 Jun 2208 (Rabu) tarikh yang tidak boleh dilupakanoleh rakyaat Malaysia iaitu Harga minyak naik daripadfa RM1.92 kepada RM2.70.

Petikan dari Utusan Malysia:

PUTRAJAYA 4 Jun - Harga petrol dinaikkan RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter berkuat kuasa mulai esok.

Ia merupakan kenaikan harga hampir 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pada sidang akhbar di sini hari ini.

Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58 sekarang.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata, kerajaan akan memperkenalkan rebat tunai bahan api dibayar kepada pemilik kenderaan persendirian sebagai satu bentuk subsidi minyak.

Perdana Menteri juga mengumumkan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang ditentukan secara progresif berdasarkan kegunaan. - Utusan.

Sunday, June 1, 2008

Mengapa kahwin/Nikah - Siri 3. Merisik , Meminang, akad nikah, mahar/maskahwin

1. Merisik

Merisik adalah langkah permulaan untuk seorang lelaki mengenali bakal isterinya. Islam mengharuskan seorang lelaki itu melihat bakal isterinya dengan lebih dekat tetapi sekadar muka dan dua tangan sahaja.

Sabda Rasulullah dari Abu Hurairah r.a. yang bermaksud. " Bahawa Nabi bersabda kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: Adakah kamu telah melihatnya? Jawabnya: Tidak. Sabdanya, "Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin betkekalan".

2. Peminagnan ialah tidakan yang diambil oleh seorang lelaki dengan melamar wanita yang diplih bakal menjadi isterinya.Peminangan ialah sebagai tanda persetujuan pihak lelaki untuk mengambil wanita itu sebagai isterinya. Lamaran itu boleh dilakukan dengan kata-kata yang terus terus terang maksudnya atau dengan bahasa kiasan. Lamaran boleh diajukan kepada wali wanita itu atau melalui orang perantaraan. Wanita yang boleh dipinang ialah wanita yang sah dikahwini dan yang belum bertunang.

Maksud hadis, Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

"Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia memutuskannya."
- (
Al Bukhari dan Muslim )

Apabila lamaran telah diterima oleh pihak perempuan terjalinlah ikatan pertunangan antara bakal suami isteri. Namun demikian mereka belum lagi boleh bergaul secara bebas. Pertunangan bukanlah kebebasan yang pasangan tersebut boleh berdua-duan atau bersekedudukan sehingga boleh menimbulkan implikasi dan gejala buruk kepada diri dan masyarakat.

3. Akad Nikah.

Akad nikah adalah ikatan perjanjian antara suami dan isteri untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah bagi membina institusi keluarga yang penyanyang.

Ijab dan qabul hendaklah dilakukan pada majlis yanag sama. Ucapan qabul (Penerimaan) pula hendaklah tidak menyalahi sighat ijab. Selain itu bahasa yang digunakan mesti jelas dan dapat difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi.

4. Mahar( Maskahwin).

Mahar adalah sesuatu yang bernilai diberikan kepada isteri kerana akad perkahwinan. Suami wajib memberi mahar kepada isteri sebagai tanda penghargaan, tanggungjawab dan kasih sayang. Firman Allah Surah An NIsa :4.

"Terjemahannya, " Berikan lah maskahwin kepada perempuan-perempuan sebagai pemberian wajib."

Mahar tidak ditentukan kadarnya. Ia boleh ditentukan mengikut kedudikan bakal isteri dan persetujuan kedua-dua pihak. Mahar yang paling baik mengikut syariat Islam ialah mahar yang sederhana kadarnya.
Islam tidak menggalakkan pihak isteri meletakkan mahar yang tinggi sehingga menimbulkan kesulitan bagi pihak bakal suami.
menyebut kadar mahar ketika akad nikah hukumnya sunat. Mengikut hukum syara' mahar boleh dibayar secara tunai atau hutang. Apabila berlaku perceraian atau kematian salah seorang daripadanya, mahar yang terhutang wajiblah dibayar segera.

Terdapat 2 jenis mahar mengikut penentuan kadarnya. Pertama ialah Musamma iaitu mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Kedua ialah mahar mithlin yang kadarnya ditentukan mengikut kadar mahar saudara-saudara perempua pihak isteri.

5. Walimatul urus.

Majlis kenduri atau jamuan bagi meraikan perkawinan, denha tuan merasakan kesyukuran dan menjemput saudara mara dan sahabat handai di samping memberitahu orang ramai berlangsungnya perkahwinan antar kedua pengantin lelaki dan perempuan tersebut.

Hukum mengadakan walimatul urus adah sunat muakad. Ia hendaklah diadakan secara sederhana mengikut kemampuan. Pembaziran adalah ditegah dan majlis hendaklah bebas dari perkara yang haram yang kharafat dan berunsur maksiat.



Rahmat Allah di dunia terlalu sedikit

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda:

" Allah menjadikan kerahmatan itu sebanyak 100 bahagian, Olehnya ditahanlah yang 99 dan diturunkanlah ke bumi yang 1 bahagian sahaja. Maka dari kerahmatan yang satu bahagian itu sekalian makhluk dapat saling sayang-menyanyangi, sehingga seekor binatang pun pasti mengangkat kakinya dari anaknya kerana takut kalau akan mengenai, mengijak anaknya itu".

Dalam riwayat lain disebutkan:

Sesungguhnya Allah Ta'ala memiliki sebanyak seratus kerahmatan dan olehNya diturunkan satu bahagian dari seratus kerahmatan itu untuk diberikan kepada golongan jin , manusia, binatang dan segala yang merayap. Maka dengan satu kerahmatan itu mereka dapat saling kasih- mengasihi , dengannya pula dapat sayang-menyanyangi bahkan dengannya pula binatang buas itu menaruh iba hati kepada anaknya. Allah mengakhirkan yang sembilan puluh sembilan kerahmatan itu yang dengannya Allah akan merahmati hamba-hambanya pada hari kiamat."
- (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat lain disebutkan;

"Sesungguhnya Allah itu di waktu menciptakan semua langit dan bumu, diciptakan pula olehNya seratus kerahmatan, setiap kerahmatan itu dapat merupakan tutup yang memenuihi alam di antara langit dan bumi. (Catatan: Ini andaikata diperagakan menjadi suatu ynag berbentuk sebagai benda, maka kerana banyaknya kerahmatan itu, sehingga dapat memenuhi antara langiut dan bumiu kerana amat besar dan agungnya)Kemudian dari seratus tadi yang satu kerahmatan inilah seorang ibu dapat mengasihi anaknya, binatang buas dan burung, sebahagian kepada setengah yang lainnya. Selanjutnya apabila telah tiba hari kiamat, Allah akan menyempurnakan dengan kerahmatannya ini, yakni dilengkapkan menjadi seratus penuh".

Doa kepada arwah

1 Jun 2008/26 Jamadil Awal 1429 Hari Ahad.

Malam tadi saya dijemput untuk menghadiri Majlis Tahlil Arwah untuk Allahyarham Syed Mahathir b Syed Osman Di Taman GreenWood, Gombak. Kebetulan saya di minta memimpin majlis bacaan Yaasin dan Tahlil tersebut. Semua hadirin diminta sama-sama memohon doa dengan ikhlas kepada Allah untuk kesejahteraan arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan golongkan sebagai ahli syurga dan menghrapakan pahala dari bacan ayat-ayat suci dan tahlil serta zikir yang di lafazkan dapat disampaikan disedekahkan pahalanya kepada Allayharham. Pagi ini saya kesempatan membaca beberapa hadis dari petikan Ihya Ullumudin karangan Iman Ghazali. Antaranya ialah.

1. Diriwayatkan dari Rasulullah saw bahawa beliau bersabda, ": Mayat dalam kuburnya, adalah seumpama orang karam, yang berrgantung pada tiap-tiap sesuatu. Mayat itu menunggu dia dari anaknya atau bapanya atau saudaranya atau keluarganya. Dan sesungguhnya masuk ke dalam kubur orang-orang mati, doa dari orang-orang hidup dari nur, seperti bukit"

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Mansur Ad-Dailami dari Abu Hurairah.

Dan sesetengah salaf berkata: " Doa bagi orang-orang mati adalah seperti hadiah bagi orang-orang hidup. Maka masuklah Malaikat kepada orang mati itu dan bersertanya sebuah talam dari nur, yang di atasnya sehelai sapu tangan nur. Lalu Malaikat itu berkata :"Ini lah hadiah bagimu dari saudaramu si Anu, dari keluarga si Anu. Salaf itu berkata seterusnya: "Maka senanglah mayat itu dengan yang demikian, sebagaimana senangnya orang hidup dengan mendapat hadiah".

Semoga permohonan ahli keluarga dan hadirin diberkati Allah jua hendaknaya.